Suratkhabar terkemuka di Barat, The Independent pada edisi 11 Mac
2006 telah menerbutkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk
”Bagaimana Pencipta Muslim Mengubah Dunia. Salah satunya adalah
pencipta kamera obscura.
Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai oleh umat
manusia. Dengan flash dan tembakan kamera, manusia dapat merakam dan
mengabadikan pelbagai bentuk gambar bermula dari sel manusia hingga
galaksi di luar angkasa.
Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta
Jepang. Sehingga, banyak umat Muslim yang meyakini kamera berasal dari
peradaban Barat.
Jauh sebelum masyarakat Barat menemuinya, prinsip-prinsip asas
pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim lebih kurang
1,000 tahun silam. Penemu prinsip kerja asas kamera itu adalah seorang
saintis legenda Islam yang bernama Ibnu al-Haitham.
Pada akhir abad ke-10 Masihi, Al-Haitham berjaya mencipta sebuah
kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling
berkesan. Penemuan yang sangat inspiratif itu berjaya dilakukan
al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Mereka berdua berjaya meneliti
dan merakam fenomena kamera obscura.
Penemuan itu bermula ketika mereka mempelajari gerhana matahari.
Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil
pada dinding yang membenarkan cahaya matahari diunjurkan melalui
permukaan datar.
Kajian ilmu optik serupa kamera obscura itulah yang menjadi asas cara kerja kamera yang pada masa ini digunakan umat manusia.
Dari kamus Webster, fenomena ini diertikan sebagai “ruang gelap”.
Biasanya bentuknya seperti kertas kardus dengan lubang kecil untuk
masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah memberi
ilham penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan
kepada penonton.
“Kamera obscura pertama kali dibuat saintis Islam, Abu Ali Al-Hasan
Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J
Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical
instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.
Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang
terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk
membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, legenda pakar fizik Islam
itu kemudian menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan
sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.
Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham:First
Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama
yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan saintis
pertama yang berjaya memprojeksikan seluruh gambar dari luar rumah ke
dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.
Istilah kamera obscura yang ditemui oleh al-Haitham pun
diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi. Lima abad setelah
penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang
terpengaruh dengan pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik
lensa dengan lensa (camera).
Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera onscura juga dilakukan
Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan
bahwa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali
diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler
meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di
belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar projection gambar
(prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden).
Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang
berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665
M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham piring-piring foto
pertama kali digunakan secara statik untuk menangkap gambar yang
dihasilkan oleh kamera obscura. Gambar statik pertama diambil oleh
Joseph Nicephore Niepce di Prancis pada 1827.
Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk
mengambil gambar dari tentera Inggeris semasa Perang . Dia
mengembangkan plat-plat dalam perjalanan bilik gelapnya. Tahun 1888,
George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan
al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak
itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.
Sebuah versi kamera obscura digunakan dalam Perang Dunia I untuk
melihat kapal terbang dan pengukuran perfomance. Pada Perang Dunia II
kamera obscura juga digunakan untuk memeriksa ketepatan navigasi radio.
Begitulah penciptaan kamera obscura yang diilhamkan al-Haitham mampu
mengubah peradaban dunia.
Peradaban dunia moden tentu sangat berutang budi kepada ahli fizik
Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham semasa hidupnya
telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semuanya didedikasikannya
untuk kemajuan peradaban manusia.
Sayangnya, umat Islam kini lebih terpesona kepada pencapaian
teknologi Barat, sehingga kurang menghargai dan mengulangi pencapaian
saintis Islam di era kejayaan Islam.
Sumber:http://www.isuhangat.net/v1/2012/03/29/pencipta-kamera-adalah-saintis-islam/
No comments:
Post a Comment