.

.

Tuesday, July 29, 2014

Bendera Rasulullah SAW

Info


Bendera Al Liwa'


Bendera Ar Rayah

Ketahuilah bahawa Islam merupakan agama yang lengkap mengatur segala aspek hidup salah satunya dalam masalah tata negara, termasuk pengaturan bendera. Bendera Islam telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW seharusnya menjadi rujukan umat. Bendera Rasulullah SAW terdiri daripada: 1. Al-Liwa' (bendera putih) 2. Ar-Rayah (panji hitam) Di dalam bahasa Arab, bendera dinamai dengan Al-Liwa'. Sedangkan panji-panji perang dinamakan dengan Ar-Rayah. Disebut juga dengan al-‘alam. Ar-Rayah adalah panji-panji yang diserahkan kepada pemimpin peperangan, di mana seluruh pasukan berperang di bawah naungannya. Sedangkan Al-Liwa' adalah bendera yang menunjukan posisi pemimpin pasukan, dan ia akan dibawa mengikuti posisi pemimpin pasukan. Al-Liwa' adalah Al-‘Alam (bendera) yang berukuran besar. Jadi, Al-Liwa' adalah Bendera Negara Islam Global. Sedangkan Ar-Rayah berbeza dengan Al-‘Alam. Ar-Rayah adalah bendera yang berukuran lebih kecil, yang diserahkan oleh Khalifah atau wakilnya kepada pemimpin perang, serta komandan-komandan pasukan Islam lainnya. Ar-Rayah merupakan tanda yang menunjukan bahawa orang yang membawanya adalah pemimpin perang. Al-Liwa' (Bendera Negara Islam Global) berwarna putih, sedangkan Ar-Rayah (Panji-Panji Perang) berwarna hitam. Banyak riwayat (hadis) warna Al-Liwa' dan Ar- Rayah, diantaranya : 'Ar-Rayahnya (Panji Peperangan) Rasulullah SAW berwarna hitam, sedang Al- Liwa' (Benderanya) berwarna putih.' (Hadis Riwayat Thabrani, Hakim, dan Ibnu Majah) Meskipun terdapat juga hadis-hadis lain yang menggambarkan warna-warna lain untuk Al- Liwa' (Bendera Negara Islam Global) dan Ar- Rayah (Panji Peperangan), akan tetapi sebagian besar ahli hadis meriwayatkan warna Al-Liwa' dengan warna putih, dan Ar-Rayah dengan warna hitam. Tidak terdapat keterangan yang menjelaskan ukuran bendera dan panji-panji Islam di masa Rasulullah SAW, tetapi terdapat keterangan tentang bentuknya, iaitu empat persegi. 'Panji Rasulullah SAW berwarna hitam, berbentuk segi empat dan terbuat dari kain wol' (Hadis Riwayat Tirmidzi) Pada Al-Liwa' (Bendera Negara Islam Global) dan Ar-Rayah (Panji Peperangan) terdapat tulisan ‘ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ’ . Pada Al-Liwa' yang berwarna dasar putih, tulisan itu berwarna hitam. Sedangkan pada Ar- Rayah yang berwarna dasar hitam, tulisannya berwarna putih. Hal ini dijelaskan oleh Al-Kittani, yang berkata bahawa hadis-hadis tersebut (yang menjelaskan tentang tulisan pada Al-Liwa' dan Ar-Rayah) terdapat di dalam Musnad Imam Ahmad dan Tirmidzi, melalui jalur Ibnu Abbas. Imam Thabrani meriwayatkannya melalui jalur Buraidah al-Aslami, sedangkan Ibnu ‘Adi melalui jalur Abu Hurairah. Begitu juga hadis-hadis yang menunjukan adanya lafaz ‘ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ’ , pada bendera dan panji-panji perang, terdapat pada kitab Fathul Bari. Berdasarkan paparan tersebut diatas, bendera Islam di masa Rasulullah SAW adalah berwarna putih, berbentuk segi empat dan di dalamnya terdapat tulisan ‘ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ’ dengan warna hitam. Dan panji-panji perang di masa Rasulullah SAW berwarna dasar hitam, berbentuk persegi empat, dengan tulisan di dalamnya ‘ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ’ berwarna putih. Negara Khilafah Islamiyah akan segera bangkit kembali sesuai dengan janji Allah SWT, bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah dan Rasulullah SAW, pasti akan memperjuangkannya dan menantikan dengan hati gembira hadirnya kembali --Negara Islam Global-- yang akan mempersatukan seluruh umat Islam di dunia dalam satu naungan Negara iaitu Khilafah, dalam satu kibaran Bendera iaitu Bendera bertuliskan ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ , iaitu bendera Islam yang akan berkibar di setiap tiang-tiang bendera di seluruh Negeri Muslim di dunia. Insya Allah,

Friday, July 25, 2014

Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An-Nur

bediuzzaman said nursi2 Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An Nur
Ustaz Bediuzzaman Said Nursi dan tafsir beliau, “Risalah an-Nur” merupakan  “Mujaddid” pada zaman ini, lagipun kedua-duanya telah diterima oleh ulama-ulama terkenal dari kalangan “Ahli Sunnah wal-Jamaat” seperti Yusuf al-Qardawi, Ramadan al-Buti, Wahbah al-Zuhayli,kebanyakan ulama dari Universiti al-Azhar, Jabatan Agama Islam di Turki serta pelbagai kumpulan atau orang-orang lain yang penting di sisi umat Islam. Marilah kita menghayati kisah perjuangan dan pemikiran Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi:

Bediuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1877 di kampung bernama Nurs, di timur Anatolia. Perkataan Nursi pada akhir nama beliau adalah sempena nama kampungnya ini. Beliau menerima pendidikan awal dalam berbagai bidang agama dan sains dari beberapa ulama terkenal di sekitar daerah nya dan di beberapa daerah lain di Turki. Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kepandaian dan kemahiran yang luar biasa di dalam pelajaran. Hal ini membuatkan beliau terkenal bukan sahaja di kalangan guru dan rakan-rakan tetapi juga orang ramai. Dalam masa yang singkat, beliau mampu mendalami ilmu Tafsir, Hadith, Fiqh, Mantiq, Logik dan Nahu.
Beliau juga berjaya menghafal lebih kurang 80 buah Matan. Semasa masih berusia 16 tahun, beliau telah mengalahkan beberapa ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke beberapa majlis perbahasan. Ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan ulama. Mereka kemudian menggelarnya Bediuzzaman atau Keunggulan Zaman.
Pengalaman beliau dalam berbagai bidang pendidikan yang dilalui telah mengubah fikirannya untuk memikirkan cara menghasilkan sistem pendidikan yang bersepadu. Ketika itu dunia sedang memasuki satu zaman baru yang membawa angin erubahan di mana ilmu sains dan ilmu mantik (logik) memainkan peranan penting. Beliau berpendapat ilmu agama perlu diajar di sekolah-sekolah moden, dan sebaliknya ilmu sains moden perlu diajar di sekolah-sekolah agama.
Katanya, “Dengan cara ini, para pelajar di sekolah moden dilindungi dari kekufuran dan para pelajar di sekolah agama dilindungi dari sikap taasub”. Dalam usaha merealisasikan cita-citanya ini, beliau telah pergi ke Istanbul sebanyak dua kali. Kali pertama pada tahun 1896 dan kali keduanya pada tahun 1907. Di sana beliau telah cuba meyakinkan Sultan Abdul Hamid supaya membina sebuah universiti di Anatolia (Turki Timur) yang mengajar ilmu agama dan ilmu sains secara bersepadu. Pada masa itu, ketika cuba meyakinkan Sultan Abdul Hamid, Bediuzzaman telah menggunakan bahasa yang agak kasar sehingga menyebabkan beliau dibicarakan di 
mahkamah tentera. Di mahkamah tentera beliau masih menggunakan bahasa yang sama. Lantaran terkejut dengan hal ini, para hakim mahkamah tentera telah menghantarnya ke sebuah hospital sakit jiwa untuk diperiksa. Walau bagaimanapun, doktor yang memeriksanya telah mengatakan “Jika Bediuzzaman dianggap gila, maka tidak akan ada seorang pun manusia yang siuman di dalam dunia ini”. Selepas itu, beliau terus dibebaskan.

Ustaz Bediuzzaman sering kali menjadi sasaran fitnah yang bertentangan dengan niat dan cita-citanya. Ketika berlakunya pemberontakan pada 31 Mac, 1909, beliau telah ditangkap dan dibicarakan di mahkamah tentera atas tuduhan mencetuskan kekacauan. Sebenarnya pada masa itu, beliau telah cuba menenteramkan keadaan sehingga telah berjaya pada sesuatu peringkat. Apabila mayat orang-orang yang dihukum gantung masih di tali gantung di luar tingkap mahkamah, Bediuzzaman telah berjaya berhujah mempertahankan diri dan akhirnya telah dibebaskan. Seterusnya, beliau kembali ke Anatolia Timur dan melawat kawasan-kawasan terpencil untuk menerangkan kepada rakyat bahawa satu gerakan pembebasan yang sedang ditubuhkan di Turki tidak bertentangan dengan Islam. Beliau telah memberitahu mereka bahawa semua bentuk pemerintahan kuku besi adalah bertentangan dengan undang-undang Islam. Perundangan Islam hanya akan berkembang dan menunjukkan kemuliaannya di dalam suasana yang bebas. Kemudian beliau telah mengumpulkan syarahan-syarahannya itu di dalam sebuah buku bertajuk Perbahasan.
353 215x300 Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An Nur
Pada musim sejuk tahun 1911, Bediuzzaman telah di jemput ke Damsyik untuk menyampaikan khutbah di Masjid Umayyad. Para jemaah ketika itu termasuklah 100 ulama yang terkenal. Dalam khutbahnya, beliau telah berkata bahawa tamadun sebenar yang berada pada umat Islam akan berdiri tegak di dunia moden ini. Selepas itu, beliau pergi ke Istanbul sekali lagi untuk meneruskan usahanya agar sebuah universiti didirikan di Anatolia Timur. Kemudian, Bediuzzaman telah di lantik sebagai wakil bagi Turki Timur untuk mengiringi Sultan Muhammad Resyad melawat beberapa daerah di wilayah Balkan. Ketika di Kosovo, di mana sultan bercadang untuk membina sebuah universiti, beliau telah berkata kepada sultan, “Kawasan Timur lebih memerlukan sebuah universiti kerana ia merupakan pusat dunia Islam.” Beliau telah berjaya meyakinkan sultan Muhammad Resyad yang menyediakan peruntukan sebanyak 19,000 lira wang emas untuk tujuan itu. Sultan kemudiannya pergi ke Van, satu bandar di wilayah Anatolia Timur untuk meletakkan batu asas universiti tersebut. Malangnya, pembinaan universiti tersebut tidak dapat disiapkan kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama tidak lama kemudian.

Di dalam Perang Dunia Pertama, Bediuzzaman telah dilantik sebagai komander pasukan sukarelawan di medan perang Kaukasia dan Anatolia Timur. Keperwiraan yang telah ditunjukkan oleh beliau di medan pertempuran mendapat pujian dari para panglima Tentera Turki Kerajaan Uthmaniah, Anwar Pasya, Menteri Pertahanan dan Ketua Angkatan Tentera ketika itu.
Pasukannya telah digelar “Pasukan Topi Berbulu”. Pasukan ini telah menakutkan tentera Russia dan pengganas Armenia ketika itu. Di medan perang inilah beliau telah menulis tafsirnya yang bertajuk “Isyaratul I’jaz” di dalam bahasa Arab. Karyanya ini ditulis ketika beliau menunggang kuda di barisan hadapan dan di dalam kubu-kubu pertahanan di medan perang. Tafsir ini kemudiannya mendapat penghargaan daripada para ulama terkenal di Turki dan Kaherah.
Dalam satu pertempuran menentang pencerobohan tentera Russia, Bediuzzaman dan 90 pegawai tentera yang lain telah ditawan dan dihantar ke khemah tahanan perang di Kosturma, berdekatan Siberia di barat laut Russia selama 2 tahun. Di sini, Bediuzzaman pernah dijatuhkan hukuman tembak sampai mati kerana menghina Jeneral Nicholas Nicolavich, Ketua Angkatan Tentera Russia di medan perang Kaukasia, yang juga merupakan bapa saudara Czar, Raja Russia ketika itu. Walau bagaimanapun, hukuman itu kemudiannya dibatalkan. Peristiwa itu adalah seperti berikut: 
Pada satu hari, Jeneral Nicholas Nicolavich melawat khemah tahanan tersebut dan berjalan di hadapan Bediuzzaman tetapi beliau tidak bangun menghormatinya. Bila ditanya mengapa beliau berbuat demikian, beliau lantas berkata, “Saya seorang ulama Islam dan di dalam hati saya ada iman. Sesiapa sahaja yang ada iman di dalam hatinya adalah lebih mulia daripada mereka yang tiada. Saya tidak boleh bertindak bertentangan dengan iman saya”. Akibat dari peristiwa itu beliau kemudiannya dibicarakan di mahkamah tentera dan dijatuhkan hukuman mati.
368 209x300 Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An Nur
Sebelum hukuman dijalankan, beliau sempat bersolat di hadapan pasukan penembak. Melihat keadaan itu, Jeneral Nicholas Nicolavich datang kepadanya untuk meminta maaf serta berkata beliau kini telah sedar bahawa Bediuzzaman bertindak sedemikian kerana ingin berpegang teguh kepada imannya. Sungguh sedih sekali kerana pengiktirafan dan penghormatan yang diberikan seperti ini oleh musuh lama orang-orang Islam tidak ditunjukkan oleh sebahagian orang-orang Turki yang telah menyebabkan beliau selanjutnya menjalani hidup yang penuh dengan berbagai penderitaan.

Berikutnya, kekacauan yang meletus pada awal musim bunga tahun 1918 kerana Revolusi Komunis di Russia telah memberi peluang kepada Bediuzzaman untuk melepaskan diri dari tahanan di Kosturma. Selepas melakukan satu perjalanan yang jauh sekali, melalui beberapa negara Eropah, beliau pun sampai ke Istanbul pada bulan Jun 1918. Di Istanbul, beliau dianugerahi pingat penghormatan atas sumbangannya di medan perang. Anwar Pasya, telah menawarkan kepadanya beberapa jawatan di dalam kerajaan tetapi beliau menolak. Namun, atas cadangan pihak tentera beliau dilantik menjadi anggota Darul Hikmah Al-Islamiah tanpa pengetahuannya. Setelah mengetahui pelantikannya itu, beliau tidak membantah kerana jawatan ini adalah jawatan ilmiah semata-mata.
Semasa negara Turki dicerobohi oleh tentera British selepas kalah dalam Perang Dunia Pertama pada tahun 1918 hingga 1919, Bediuzzaman telah menunjukkan penentangan yang terang-terangan terhadap penjajah British. Hal ini hampir melibatkan nyawanya melayang. Katakata beliaukepada pihak British telah ditulis di dalam akhbar harian. Lantaran itu beliau menjadi sasaran komplot bunuh pihak British. Dengan pertolongan Allah beliau terpelihara daripada ancaman tersebut dan seterusnya berhadapan dengan tugas dan cabaran-cabaran baru.
Dalam tahun 1922, kerajaan Turki telah menjemputnya ke Ankara tetapi beliau menolak. Akhirnya, selepas dijemput sebanyak 18 kali, barulah beliau bersetuju untuk ke Ankara. Beliau disambut oleh Dewan Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Turki) di Ankara dengan penuh istiadat. Walaubagaimanapun, beliau mendapati apa yang ada di Ankara tidaklah serupa dengan apa yang diharapkannya. Kebanyakan para perwakilan di Dewan Perhimpunan Kebangsaan lalai menunaikan kewajipan agama. Pada 19 Januari 1923, beliau mengeluarkan satu kenyataan untuk mengajak para perwakilan menunaikan kewajipan bersolat. Pada mulanya 50 hingga 60 daripadamereka mula menunaikan solat dan kemudiannya angka ini semakin bertambah.
Bediuzzaman menghabiskan masanya selama lapan bulan di Ankara dan kemudian ke Van pada 17 April 1923. Beliau menghabiskan masa selama dua tahun di Van dengan mengasingkan diri, beribadat dan berzikir. Selepas itu, satu pemberontakan berlaku di timur Turki pada bulan Februari 1925. Para pemberontak meminta sokongan Bediuzzaman kerana beliau sangat berpengaruh di kalangan rakyat tetapi beliau menolak dengan berkata, “Pedang hendaklah digunakan ke atas musuh dari luar. Ia bukanlah untuk digunakan di dalam negeri. Hentikan usaha kamu itu kerana ia akan gagal. Ia akan mengakibatkan beribu-ribu orang lelaki dan wanita yang tidak bersalah terbunuh lantaran tindakan beberapa orang penjenayah”.
Seterusnya Bediuzzaman difitnah dan beliau dibuang daerah ke Burdur pada akhir bulan Mac 1925. Di sini, beliau dikenakan pengawasan ketat sehingga mengakibatkan beliau menderita. Keadaan ini langsung tidak menyekat beliau dari menyebarkan kebenaran iman kepada orang ramai di sekelilingnya dengan mengumpul segala hasil penulisannya dalam bentuk buku.
Kegiatannya ini telah dapat dikesan lalu dilaporkan kepada pihak berkuasa di Ankara menyebabkan satu rancangan diatur untuk menyekatnya. Mereka kemudiannya menghantar beliau ke sebuah rumah tahanan di Barla pada tahun 1926 yang merupakan satu tempat terpencil di bahagian tengah Anatolia. Tempat tersebut dikelilingi bukit-bukau dan mereka berharap suasana tempat ini akan menyebabkan Bediuzzaman mati dalam tahanan rumah keseorangan.
KEMUNCULAN RISALAH AN-NUR (RISALAH YANG BERCAHAYA)
Sebenarnya penyebaran iman bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Berdakwah juga bukanlah satu jenayah yang melayakkan nyawa seseorang diancam. Namun begitu, hal ini dianggap satu jenayah pada ketika itu di mana kezaliman pihak berkuasa menyelubungi negara Turki dengan dahsyatnya. Azan telah diharamkan. Beratus-ratus masjid telah digunakan untuk tujuan bukan keagamaan.
405 300x294 Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An Nur
Perancangan telah dijalankan untuk memutuskan negara Turki daripada zaman silam nya yang terkenal dengan segala nilai-nilai akhlaknya yang mulia. Sesiapa yang bercakap mengenai agama memerlukan keberanian. Ketua Jabatan Percetakan Kerajaan boleh mengarah sidang pengarang akhbar memotong sebarang makalah yang menyentuh isu agama atasalasan merbahaya dan boleh menyemai jiwa keagamaan di dalam pemikiran para belia.

Dalam suasana beginilah Bediuzzaman Said Nursi memasuki bahagian kedua hidupnya yang digelarnya “Said Jadid” (Said Baru). Bahagian kedua dalam hidupnya ini ditumpukan sepenuhnya kepada penulisan dan penyebaran Risalah an-Nur mengenai iman dan Islam. Baginya kebenaran iman ialah kebenaran sejagat yang paling penting. Membangkitkan semula iman dan Islam menjadi matlamatnya apabila beliau berkata, “Saya akan buktikan kepada dunia bahawa AlQuran ialah matahari rohani yang tidak akan luntur dan tidak akan padam”. Maka itulah yang  diperjuangkannya. Bediuzzaman tidak mati keseorangan di Barla tetapi yang muncul ialah Said Jadid yang seumpama matahari, menyinari berjuta-juta rakyat Turki dengan cahaya iman.
Di Barla, pengawasan ketat dan penindasan dikenakan ke atas Bediuzzaman. Sebenarnya, musuh-musuhnya belum mengenalinya lagi. Inilah orang yang ditakuti tentera Russia ketika Perang Dunia Pertama. Inilah orang yang sanggup meludah ke muka orang British yang menjajah Istanbul. Inilah orang yang berjaya terlepas dari tali gantung sebanyak beberapa kali. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya mengenalinya juga apabila salah seorang dari pemimpin mereka terpaksa berkata, “Segala apa yang kami lakukan selama 25 tahun yang lepas tidak berjaya menyekat Said Nursi dari meneruskan kegiatannya”.
Beliau telah menghabiskan hidupnya di Barla selama 8 tahun setengah di bawah penindasan yang dahsyat. Dalam tempoh tersebut, beliau sempat menulis tiga suku daripada penulisan agung yang berbentuk tafsir yang digelar nya Risalah an-Nur.
Kesemua penulisan dalam tafsir ini pada peringkat awalnya ditulis dengan tangan kerana beliau dan para pelajarnya ketika itu tidak mampu menyediakan belanja pencetakan dan mereka juga tidak dibenarkan berbuatdemikian. Tugas menulis tafsir ini dengan tangan adalah kerja merbahaya pada ketika itu. Mereka yang melakukannya telah diseksa di dalam penjara dan balai-balai polis. Pada masa yang sama, berbagai usaha dijalankan untuk menyekat orang ramai dari menghubungi Bediuzzaman.
600,000 NASKHAH DITULIS DENGAN TANGAN
Ketika itu penulisan atau penyebaran walaupun hanya satu karya agama bukanlah sesuatu yang sesiapa pun berani lakukan. Inilah perjuangan berani yang berterusan yang menjadi pilihan Bediuzzaman dan para pelajarnya. Apabila keadaan di mana Risalah an-Nur ditulis dan disebarkan ke seluruh Anatolia diambil kira, maka betapa benarlah kata Maryam Jamilah, “Tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa apa saja keimanan Islam yang masih ada di Turki pada ketika itu adalah atas usaha tanpa penat dari Bediuzzaman Said Nursi”.
Mereka yang telah memahami inti pati iman melalui Risalah an-Nur mencapai tahap keimanan yang kental sehingga mampu menunjukkan keberanian dan keperwiraan Islam yang hebat. Bediuzzaman, yang mewakili roh perjuangan Risalah an-Nur sendiri telah menjadi pemimpin bagi ratusan ribu pelajar dan kini telah mencapai jutaan pelajar yang menghayati karya tersebut. Beliau telah menjadi contoh kepada orang-orang Islam di Turki ketika itu. Beliaulah penyokong mereka di hari-hari yang penuh bahaya, seumpama seorang ketua tentera yang memberi galakan kepada tenteranya melalui keberanian dan kewibawaannya sendiri. Dengan ini, mereka telah berjaya menghilangkan ketakutan daripada hati orang ramai sehingga kini maruah negara telah dapat dikembalikan.
Pada tahun 1935, Bediuzzaman bersama 125 orang pelajarnya telah ditahan dan dibicarakan di Mahkamah Jenayah Eskisehir. Dalam tempoh perbicaraan berlangsung, mereka terpaksa menghabiskan selama 11 bulan di dalam penjara Eskisehir yang penuh dengan penderitaan. Bediuzzaman kemudiannya dipindahkan ke penjara Kastamonu selama 7 tahun. Di sana, Beliau masih terus menulis dan menyebarkan Risalah an-Nur. Oleh sebab beliau dan para pengikutnya tidak diberi kebebasan, mereka telah menubuhkan rangkaian pengirim Risalah al-Nuryang dinamakan “Posmen Nur” (Nurcu). Hasilnya, Nurcu telah berjaya menyebarkan sebanyak 600,000 naskhah Risalah an-Nur yang bertulisan tangan ke seluruh Anatolia.
Pada tahun 1943, beliau bersama 126 orang pelajarnya telah ditahan dan dibicarakan di Mahkamah Jenayah di Denizli. Kali ini beliau dituduh mencetak secara rahsia satu risalah di Istanbul mengenai kewujudan Tuhan. Perjuangannya tidak pernah reda sama ada dalam buangan mahupun di penjara. Di dalam penjara Denizli, beliau telah bertindak memulihkan para banduan dan penjenayah yang dianggap tidak berguna oleh masyarakat. Beliau juga telah berjaya menghasilkan karya-karya baru walaupun kertas dan pena tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam penjara. Oleh itu, karya-karyanya ditulis di atas cebisan-cebisan kertas yang dikoyak dari apa sahaja barangan yang ada. Karyanya kemudian di seludup keluar di dalam kotak-kotak mancis.
Salah satu karyanya yang berjudul “Buah-buah Iman” telah ditulis dengan cara ini. Perbicaraan di Denizli berakhir dengan keputusan beliau dibebaskan sebulat suara selepas 9 bulan dipenjarakan. Tetapi ini tidak bermakna beliau telah diberikan kebebasan sepenuhnya.
0121 212x300 Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An Nur
Atas arahan pihak berkuasa di Ankara, beliau telah dihantar ke sebuah bandar lain bernama Emirdag pada tahun 1944. Bagi Bediuzzaman, Emirdag juga sama dengan tempat-tempat yang lain. Sekali lagi beliau diawasi, ditindas dan diancam. Namun begitu, beliau terus memperjuangkan iman dan Islam. Tempohnya di Emirdag sekali lagi berakhir dengan penangkapannya semula. Kali ini pada Januari 1948, beliau bersama dengan 53 pelajarnya telah ditahan dan dihantar ke Mahkamah Jenayah Afyon untuk dibicarakan. Beliau dijatuhkan hukuman dan dipenjarakan selama 20 bulan.

Kekejaman di penjara ini adalah lebih teruk berbanding yang lain. Bediuzzaman ketika itu berumur 70 tahun dan sedang menderita akibat berbagai penyakit. Pihak berkuasa telah meletakkannya di sebuah bilik penjara bersendirian yang mempunyai tingkap-tingkap yang pecahwalaupun ketika itu beliau telah uzur. Di dalam bilik penjara bertingkap pecah inilah Bediuzzaman menghabiskan dua musim sejuk yang sangat mencabar. Apabila melihat musim sejuk pun tidak dapat membunuhnya, maka musuhnya telah meracuninya. Ada pendapat mengatakan beliau telah diracuni sebanyak 19 kali. Ketika beliau menderita kesakitan akibat diracun, beberapa orang pelajarnya memberanikan diri untuk menolongnya tetapi telah ditangkap dan diseksa dengan kejam sekali.
Akhirnya pada 20 hb. September 1949, hukuman ke atas Bediuzzaman telah dibatalkan oleh Mahkamah Agung Turki. Beliau dibebaskan setelah mahkamah mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Pilihan raya bebas dan adil yang pertama telah diadakan di Turki pada tahun 1950 di mana sistem pelbagai parti telah menggantikan sistem satu parti. Pemerintahan kejam Parti Republikan Rakyat yang tidak suka pada agama telah tamat. Pelbagai bentuk kebebasan dan hak mula diiktiraf. Satu zaman baru telah bermula bagi sejarah Republik Turki. Pengharaman ke atas azan telah dibatalkan dalam sidang pertama parlimen baru Turki. Dalam tahun-tahun berikutnya, Bediuzzaman terlibat dalam hanya satu perbicaraan sahaja iaitu pada Januari 1952 di Istanbul di mana beliau tidak ditahan. Keputusan dari perbicaraan ini ialah beliau didapati tidak bersalah sebulat suara. Akhirnya dalam tahun 1956, Mahkamah Agung di Afyon telah mengisytiharkan beliau dan anak-anak muridnya tidak bersalah.
Selepas hampir seabad berkhidmat untuk iman dan Islam, Bediuzzaman Said Nursi kembali ke rahmatullah pada pagi 23 hb. Mac, 1960. Beliau telah pergi dengan penuh kemuliaan dan kemenangan. Hasil karyanya telah menyinari abad ini dan abad-abad yang mendatang.
Bediuzzaman telah memahami sebab yang paling penting dalam keruntuhan dunia Islam sebagai kelemahan dalam asas keimanan. Kelemahan ini bersama serangan- serangan pada asas keimanan pada abad ke 19 dan 20 yang dijalankan oleh fahaman kebendaan, ateis dan lainnya atas nama sains dan kemajuan menjadikannya insaf bahawa keperluan yang mustahak dan genting adalah untuk menguatkan dan menyelamatkan keimanan. Apa yang diperlukan adalah untuk menggembleng semua tenaga untuk membangunkan ajaran Islam melalui asas keimanan dan untuk menjawab persoalan-persoalan keimanan ini pada tahap yang diperlukan dengan jihad yangmaknawi.
Sumber:http://www.malaysianur.com

Friday, July 4, 2014

SYAITAN DIIKAT PADA BULAN RAMADHAN

Gambar Hiasan ALHAMDULILLAH, Ramadan tiba lagi yang mempunyai pelbagai kelebihan di mana antara kelebihan tersebut al-Quran diturunkan seperti nas (al-Baqarah: 185) yang bermaksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Ibn al-Jauzi berkata: Ada tiga pendapat: 1. Diturunkan sekali gus, iaitu pada malam Qadar ke Bait al-'Izzah dari langit dunia seperti kata Ibn Abbas. 2. Diturunkan al-Quran dengan kefarduan puasa seperti riwayat daripada Mujahid dan al-Dahhaq. 3. Permulaan al-Quran dengan turunnya kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadan seperti pendapat Ibn Ishak dan Abu Sulaiman al-Dimasyqi. Berkenaan dengan hadis syaitan ditambat, penerangannya seperti berikut: Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim) Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari 4/132 tidak menyebut sebarang komentar ketika dikemukakan hadis ini. Dalam Faidh al-Bari 'ala Sahih al-Bukhari oleh Sheikh Anwar al-Kashmiri 3/327 menyebut: Di sisi riwayat Tirmidzi iaitu yang dirantai ialah jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya. Begitu juga sebab berlakunya maksiat bukan hanya terbatas dengan godaan syaitan semata-mata, tetapi di sana ada sebab yang lain seperti pengaruh hawa nafsu yang juga antara sebesar-besar musuh manusia. Apa yang dapat diperhatikan sedikitnya maksiat dan banyaknya ketaatan dilakukan pada bulan Ramadan ini tanpa syak. Dengan sebab itu, Saidina Uthman r.a memberi nilai tambah daripada segi amalan dua kali ganda berbanding bulan lain. Lihat juga penjelasan yang dikemukakan oleh al-Tahawi. Ibn Hajar al-Haitami dalam Ittihafu Ahlu al-Islam bi Khususiyat al-Siyam menyebut: "Diambil daripada hadis ini bahawa pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut hakikatnya. Ini untuk menggambarkan kepada malaikat dan lainnya berkenaan bulan Ramadan dan pahalanya". Ikatan dan belenggu syaitan pula termasuk hakikat demikian pada kebanyakan masa atau secara majaz kinayah daripada menahan perbuatan jahat dan tipu daya kepada manusia. Hal ini ada kebenarannya. Dalam Ahkam al-Siyam, oleh Dr. Muhammad Uqlah menyebut: "Iaitu maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan menyakiti mereka". Semoga kita mengambil semangat Ramadan ini yang memberi 1,001 macam kebaikan untuk menambahkan lagi amalan ketaatan sehingga kita mendapat rahmat, keampunan dan dimerdekakan daripada api neraka Allah SWT. Amin. Sumber: https://www.facebook.com/drzulmuftiwp?ref=ts&fref=ts