.

.

Saturday, October 3, 2015

Renungan untuk Pemimpin Islam - Wasiat Abu Bakar kepada Umar bin Khattab

 
 
Abu Bakar menemui Umar dan menyampaikan kepadanya sejumlah wasiat
untuk melepaskan tanggungjawabnya. Dengan tujuan, agar beliau menemui Tuhannya 
dengan terbebas dari beban apa pun, setelah beliau mencurahkan segenap
tenaga dan fikirannya. 
 
Adapun wasiat Abu Bakar kepada Umar adalah :"Bertakwalah kcpada Allah,
wahai Umar. Ketahuilah bahawa Allah memiliki urusan di siang hari yang Dia tidak
menerimanya di malam hari, dan Dia memiliki urusan di malam hari yang tidak
diterimannya di siang hari. Dia tidak berkenan menerima yang sunat hingga kamu
menunaikan yang wajib. 
 
"Sesungguhnya timbangan amal orang yang timbangan amalannya berat pada
hari kiamat nanti adalah kerana semasa hidup di dunia mereka mengikuti kebenaran.
Dan, sesungguhnya timbangan amal orang yang timbangan amalannya ringan pada
hari kiamat nanti adalah kerana semasa hidup di dunia mereka mengikuti yang
batil. 
 
"Ketika Allah menyebut penghuni syurga, maka Dia akan menyampaikan
kepada mereka amalan-amaian baik mereka dan memaafkan kesalahan-kcsalahan
mereka. Apabila aku sebutkan hal ini kepada rakyat, maka aku katakan kepada
mereka :"Aku sungguh khuatir apabila tidak bersama mereka."Apabila Allah
menyebut penghuni neraka, maka Dia akan menyampaikan kepada mereka amalan-
amalan terburuk mereka dan tidak menerima amalan baik mereka. Apabila aku
sampaikan hal ini kepada rakyat, maka aku katakan kepada mereka :"Aku berharap
agar aku tidak termasuk golongan mereka, " 
 
"Hal ini aku sampaikan agar seorang hamba ingin masuk ke syurga dan takut
akan neraka. Dan, agar seseorang itu tidak berangan-angan kepada Allah dan tidak
berputus asa dari rahmat Allah. Apabila kamu menjaga wasiatku ini, maka tidak
ada perkara ghaib yang paling kamu sukai selain daripada kematian. Kematian itu
pasti menemuimu. Apabila kamu menyia-nyiakan wasiatku ini, maka tidak ada
perkara ghaib yang paling kamu benci selain kematian, sedang kamu tidak mampu
mengelak daripadanya."
 
Sumber: Buku Amirul Mukminin Abu Bakar As-Shiddiq
              Karangan Dr Ali Muhammad As-Shallabi