.

.

Friday, December 27, 2013

Kerana Terpersona Membawanya Kepada Agama ALLAH

Peter Sanders(Abd al-Adheem) - Jurugambar Kelas Dunia
"Menurut Peter Sanders, fotografi mengenalkan Islam kepada Barat. Beliau adalah jurugambar kelas dunia yang juga merupakan pemilik Peter Sanders Photography Library.

“Masyarakat Barat banyak tidak tahu dan tidak mengenal Islam secara benar,” kata Sanders.

Berikutan peristiwa 11 September 2001, dari situlah barat mengetahui Islam yang sebenarnya secara lebih mendalam, termasuk melalui hasil karya seni juga fotografi, sebagaimana yang dihasilkan Sanders.
“Hasil fotografi yang indah akan lebih cepat memperkenalkan Islam kepada Barat,” demikian menurut Sanders lagi.

Sebagai salah seorang jurugambar legenda dan ternama, Sanders tergolong unik, kerana tidak pernah menuntut ilmu khusus pendidikan fotografi, sebagaimana umumnya para jurugambar profesional.

Sanders hanya belajar fotografi secara biasa-biasa dan mengaku terjun ke dunia fotografi hanya menuruti kehendak hatinya.

Kerana ia tidak mempunyai kemampuan dan kepakaran yang boleh dipercayai terutamanya untuk menampung hidup.

Segalanya bermula dengan hobi lantas beliau merasa bakal mampu bersaing di dunia fotografi walaupun tanpa mempunyai sijil yang khusus dalam  bidang tersebut.

Sanders akrab dengan dunia fotografi lebih daripada 50 tahun lamanya. Namun, agama Islam, baru dikenalinya ketika ia melakukan perjalanan ke India pada tahun 1970.

Waktu itu, beliau sangat aktif dalam dunia fotografi dan sering mengambil gambar bintang-bintang muzik terkenal serta banyak mengambil gambar aksi pentas Bob Dylan, Jimi Hendrix, The Doors, The Who, atau Rolling Stones.

Namun, Sanders merasa kering. Tepu. Akhirnya persepsinya terhadap fotografi membawa beliau kepada sebuah perjalanan yang rumit. Hal itu membawanya mengembara ke India pada tahun 1970.

Di India, beliau mengenali Islam dan cuba mempelajarinya. Semakin lama, beliau semakin terpesona dengan keindahan Islam.

“Ketika itu, usia saya baru menginjak 24 tahun. Saya bertanya tentang mati. Apa kemudian yang terjadi pada diri kita setelah mati? Soalan itu terus menghantui saya . Saya pergi ke India. Saya belajar Agama Hindu, Buddha, Sikh dan Islam,” ungkapnya.

Saat berada di India, Sanders mengalami peristiwa yang amat berbekas di hatinya. Pada suatu pagi, ketika sedang menunggu kereta api di stesen yang penuh dengan orang dan hiruk pikuk kesesakannya, seorang ibu tua tiba-tiba menghamparkan tikar berhampiran dengannya.

Ibu tua tersebut lantas melakukan gerakan solat di situ. Hal ini mengejutkan Sanders. Kerana selama ini beliau memang belum pernah melihat orang solat.

Kemudian, Sanders bertanya kepada seorang anak muda yang berdiri berhampirannya,

“Ibu itu sedang buat apa ya?”

Anak muda tersebut menjawab,

“Itu nenek saya. Dia seorang Muslim dan ia sedang solat.”

Hinggalah kenangan tersebut terus melekat dalam ingatannya.

Setelah perjalanan ke India tersebut, Sanders kembali ke Inggeris dan mendapati teman-teman lamanya banyak yang terjerumus dalam dadah.

Namun, ada beberapa orang temannya yang menjadi Muslim dan terhindar daripada dunia dadah serta kehidupan malam.

Ketika itu, beliau berkata pada dirinya sendiri,

“Inilah jalan yang harus saya tempuh.”

Tidak memakan mahupun menunggu waktu yang lama, Sanders memutuskan masuk Islam dan menukar namanya menjadi Abd al-Adheem.

Mengapa Sanders masuk Islam?

Menurut beliau, tidak ada yang menariknya kepada agama yang dibawa Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam ini, selain yang menciptakan manusia.

“Allah yang telah memilihkan saya mengikuti agama yang benar ini,” katanya.

Setelah menjadi Muslim, Sanders tidak lagi merasa kering dan gersangnya hati. Sekarang Sanders sudah ‘pencen’ daripada dunia yang membesarkannya.

Tiga bulan setelah kembali kepada Islam, beliau berkesempatan menunaikan ibadah haji ke Makkah atas perbelanjaan seorang kenalannya.

Ketika menunaikan ibadah haji, Sanders mendapat kesempatan untuk mengambil gambar Kaabah dan lautan jamaah haji dari jarak dekat.

Pada tahun 1971, waktu itu masih dikatakan agak sukar untuk mengambil gambar di Makkah dan Kaabah khususnya serta lokasi lain di Arab Saudi. Namun, berkat kesungguhannya, beliau mendapatkan keizinan daripada orang yang tepat dan terpandang di Arab Saudi waktu itu.
 http://www.suatuperjalananmaya.com/
Kredit: Open Minda

Thursday, December 26, 2013

Penjelasan Hukum Fizik Mengapa Lelaki Diharamkan Memakai Emas & Emas Putih



Di sini saya sediakan sebab- sebab mengapa emas haram dipakai oleh lelaki berdasarkan kepada sifat unsur-unsur sains mengikut pandangan Islam terhadap emas itu.
1. Dari sudut metafizik sains, lelaki bersifat +ve dan unsur emas juga +ve. Maka ianya berlawan dari segi magnet dan gelombangnya. Tekanan ini menyebabkan tulang akan mudah membengkok dan rapuh.


2. Emas adalah berwarna kuning oren dalam sistem gelombang adalah berelektrik untuk fungsi adrenalin buah pinggang. Maka ianya memberi kesan buruk ketahanan sistem buah pinggang dan perkumuhan. Penyakit gout, sendi dan batu karang mudah berlaku.
3. Emas juga beresonans tinggi dan tarikannya kewangan mampu membiaskan sifat riak dan takabur bagi lelaki yang memakainya.

............
Tahukah anda pemakaian emas oleh golongan lelaki boleh menyebabkan penyakit Alzheimer? Kajian menarik ini mampu membuka mata anda mengapa islam mengharamkan pemakaian barangan berunsur emas oleh lelaki. Inilah manfaat yang kita perolehi dari pengharaman pemakaian emas seperti rantai emas, gigi emas, cincin emas, subang emas dan sebagainya.
Dari Abi Musa RA bahawa Rasulullah saw bersabda, 
”Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi laki-laki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya..” 
[HR Tirmizi dengan sanad hasan sahih] 
1400 tahun yang lalu, setiap kali perintah Allah SWT turun melalui RasulNya, para sahabat tak pernah bertanya dan langsung melakukannya ketika itu juga. Hampir jarang ada penjelasan ilmiah. Dan biasanya kemudian, pada beberapa ratus tahun lagi tersingkap kebenaran misteri dalam berbagai perintah Rasul itu.

Begitu pula dengan larangan lelaki memakai perhiasan dibuat dari emas termasuk emas putih. 
Secara perubatan, inilah fakta kenapa hal itu berlaku dalam Islam. Para ahli fizik telah menyimpulkan bahawa atom pada emas mampu menembus ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia.

Dan jika lelaki mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesan yang ditimbulkan iaitu di dalam darah dan air kencing akan mengandungi atom emas dalam peratus yang melebihi had (dikenali dengan sebutan ” Migrasi Emas “). 
Dan apabila ini terjadi, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Alzheimer adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fizikal serta menyebabkan kembali seperti anak kecil.

Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa.

Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas?

Wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui keuzuran. 
Fakta: Pakar perubatan di China telah membuat rawatan ‘Negatively Charged Gold Nanoparticles’ untuk mengubati Alzheimer.

....................

Zarah yg wujud dlm emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori2 dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandung atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas).

Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.

Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal,tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah charles bronson, ralph waldo emerson, ronald reagan dan sugar ray robinson.

Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas?

Jawapannya adalah.. "Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi." itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas.

itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih 1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains.

Dlm satu hadis nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yg kecil.

Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR. Bukhori & Muslim) Wallahua'lam."

................




...............

Hukum Lelaki Memakai Emas Putih
Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Ogos 1999 memutuskan :
' Bahawa Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 23 Ogos 1999 sebulat suara memutuskan bahawa hukum lelaki memakai emas putih adalah haram berdasarkan kenyataan Prof. Zahari Dato" Sulaiman bahawa emas putih terhasil campuran daripada 2 unsur logam iaitu emas kuning dicampur perak. Hujjah bagi pengharaman lelaki memakai emas putih kerana kadar emas yang dicampurkan dengan perak adalah lebih tinggi daripada perak sehinggalah kadar emas itu melebihi daripada 50% setahun adakalanya mencecah sehingga 75%'.
Keterangan/Hujah:
Dari Abu Musa bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari umatku dan diharamkan keduanya terhadap kaum lelaki. Terdapat satu riwayat bahawa Rasulullah s.a.w pernah melihat sebuah cincin dari emas ditangan seseorang, maka Rasulullah s.a.w meragutnya lalu membuangnya lantas bersabda, "Seseorang dari kamu sengaja memegang bara api dari neraka lalu diletakkan ditangannya", lalu Rasulullah meninggalkan lelaki pemilik cincin tersebut dan membiarkan cincinnya terbuang di hamparan bumi lantas sebahagian orang berkata kepada si pemilik cincin, "Rasulullah telah pergi, ambil cincinmu dan pergunakanlah", Lelaki itupun menjawab dengan tegas, "Tidak, Demi Allah aku tidak akan mengambilnya apa yang sudah dilempar Rasul". Menurut para Fuqaha" golongan Maliki, bagi kaum lelaki boleh memakai cincin dari perak asalkan tidak lebih dari dua dirham dengan syarat bertujuan mengikut jejak Rasulullah s.a.w. Berdasarkan analogi cincin ini, maka setiap benda yang diperbuat daripada emas (termasuk emas putih) yang dipakai untuk berhias oleh kaum lelaki, maka benda-benada tersebut hukumnya tetap diharamkan bagi mereka (Yunos Ali al-Mudhor: Terjemahan Halal dan Haram dalam Islam).

Sebab-sebab lelaki haram memakai emas: Maksudnya : Dari Abu Musa, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Emas dan Perak itu dihalalkan bagi kaum wanita dari umatku dan diharamkan bagi lelakinya
(Riwayat Nasa"i, Termizi dan Ahmad)
Islam mengharamkan pemakaian ini hanya kerana memakai emas boleh menjurus kepada dua bahawa : Satu sisi akan menjurus pada gaya hidup yang mewah dan berlebih-lebihan yang tidak diperkenankan Islam. Sisi lain akan mengacu kepada kemewahan yang dapat merosakkan bangsa dan penyianyian harta yang tidak sepatutnya oleh kaum lelaki.
...........................

Tukar Cincin Emas saat prosesi pernikahan: bukan budaya Islam

Penyakit yang disebabkan oleh kandungan emas ini, tidak ditemukan pada perempuan. Penelitian tentang penyakit ini menyebutkan bahwa dalam tubuh seorang perempuan/wanita, terdapat suatu lemak unik, lemak yang berbeda yang tidak dimiliki seorang laki-laki dimana lemak ini akan mencegah unsur senyawa atom emas (Au) untuk masuk ke dalam tubuh, sehingga saat atom ini masuk, hanya mampu menembus kulit, namun tidak bisa menembus lemak yang menghalangi jalan menuju daging dan darah.

Penelitian lain menyebutkan bahwa di dalam tubuh seorang wanita, zat emas bisa masuk ke dalam tubuh dan mengalir bersama darah, namun zat ini tidak akan berbahaya karena akan dibuang bersama darah saat haid/menstruasi. Jadi Nabi membolehkan seorang istri/wanita mengenakan cincin/perhiasan dari emas, namun sangat dilarang bagi suami/laki-laki.

Alasan Islam melarang pria memakai emas, telah disampaikan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam lebih 1400 tahun yang lalu. Padahal beliau tidak pernah belajar ilmu fisika.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Al-Bara’ bin Azib Radhiyallahu ‘anhu, bahwa ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya mencopot cincinnya, kemudian melemparkannya ke tanah. (HR Bukhari & Muslim).

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang cincin emas (bagi laki-laki),” (HR Bukhari No 5863 & Muslim No. 2089).

Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam pernah bertemu seorang lelaki yang memakai cincin emas di tangannya. Beliau mencabut cincin tersebut lalu melemparnya, kemudian bersabda,
« يَعْمِدُ أَحَدُكُمْ إِلَى جَمْرَةٍ مِنْ نَارٍ فَيَجْعَلُهَا فِى يَدِهِ » (“Seseorang dari kalian telah sengaja mengambil bara api neraka dengan meletakkan (cincin emas semacam itu) di tangannya”).

Lalu, setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pergi, ada yang mengatakan kepada lelaki tadi, “Ambillah dan manfaatkanlah cincin tersebut.” Ia berkata, “Tidak, demi Allah. Saya tak akan mengambil cincin itu lagi selamanya karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah membuangnya,” (HR Muslim No. 2090, dari hadits ‘Abdullah bin ‘Abbas).

Imam Nawawi rahimahullah ketika menjelaskan hadits ini berkata, “Seandainya si pemilik emas tadi mengambil emas itu lagi, tidaklah haram baginya. Ia boleh memanfaatkannya untuk dijual dan tindakan yang lain. Akan tetapi, ia bersikap waro’ (hati-hati) untuk mengambilnya, padahal ia bisa saja menyedekahkan emas tadi kepada yang membutuhkan karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah melarang seluruh pemanfaatan emas. Yang beliau larang adalah emas tersebut dikenakan. Namun untuk pemanfaatan lainnya, dibolehkan,” (Syarh Shahih Muslim, 14: 56).

Imam Nawawi rahimahullah berkata dalam Syarh Shahih Muslim (14: 32), “Emas itu haram bagi laki-laki berdasarkan ijma’ (kesepakatan) para ulama.” Dalam kitab yang sama (14: 65), Imam Nawawi juga berkata, “Para ulama kaum Muslimin sepakat bahwa cincin emas halal bagi wanita. Sebaliknya mereka juga sepakat bahwa cincin emas haram bagi pria.”

(nabawia.com dan sumber lainnya)

Wednesday, December 18, 2013

Kempen Boikot Referendum Perlembagaan Mesir Yang Baru


Penguasa rampasan kuasa telah mengumumkan tarikh pelaksanaan referendum perlembagaan , iaitu tarikh 14 dan 15 Januari 2014 akan datang . Kempen yang mengajak rakyat mengikuti referendum tersebut juga sudah ramai dhebohkan baik melalui media massa mahupun di tempat - tempat awam.

Namun demikian kempen yang kontra perlembagaan pun mula marak. Baik yang mengajak untuk memilih " La " ( menolak ) , mahupun yang mengajak untuk memboikot referendum sama sekali. Kebanyak kempen tersebut disampaikan dengan pelbagai media internet seperti jejaring sosial mahupun youtube.


Banyak fakta perlembagaan yang disampaikan untuk mengajak rakyat menolaknya.


Pertama, orang-orang yang terlibat dalam menyiapkan perlembagaan ini bukanlah pakar dalam menyusun negara. Tapi artis yang terkenal dengan tidak bermoralnya, aktivis yang terkenal sebagai penagih dadah, dan lain-lain.


Kedua, tentang hak pengangkatan dan pemberhentian menteri pertahanan. Maklumnya, semua menteri kabinet dilantik oleh presiden, tapi perlembagaan yang baru menyebutkan bahawa menteri pertahanan diangkat oleh Dewan Tentera, padahal ahli Dewan Tentera adalah hasil pelantikan menteri pertahanan. Masa kerja menteri pertahanan juga tidak seperti menteri lain, tapi 8 tahun.


Ketiga, ada beberapa pegawai yang tidak boleh dijatuhkan dengan mekanisme apapun. Mereka adalah Syeikhul Azhar, Peguam negara, ketua Mahkamah Perlembagaan, dan menteri pertahanan. Ertinya, sekorup apapun para pegawai dalam kedudukan-kedudukan itu tidak akan boleh disentuh.


Keempat, presiden tidak boleh dijatuhkan dengan perhimpunan dan demonstrasi sebesar apapun rakyat yang menuntut penurunannya. Hal ini bertolak belakang dengan aksi mereka yang menjatuhkan Presiden Mursi dengan dalih jutaan rakyat menuntutnya turun pada 30 June yang lalu.


Kelima, dihapusnya pasal yang melarang para tokoh rejim Mubarak berpolitik selama setahun kedepan. Dengan demikian , fulul ( sisa rejim Mubarak ) akan kembali berpolitik dan kes rasuah mereka tidak akan diproses secara hukum. Bahkan beberapa orang yang sudah dipenjara pun satu persatu dibebaskan. Pasal yang asas penubuhan institusi pembasmian rasuah pun dikeluarkan.


Keenam, dibolehkannya rakyat awam diadili dalam mahkamah tentera, jika terlibat dalam jenayah yang berkaitan dengan ketenteraan.


Ketujuh, berkaitan dengan bidang keagamaan, hak tafsiran undang-undang syariah Islam tidak menjadi kuasa institusi Al-Azhar dan institusi ulama senior Al-Azhar, tapi kini dipegang oleh mahkamah perlembagaan. Kemudian, pasal yang menganggap gangguan agama sebagai perbuatan jenayah pun dihapuskan.


Kelapan, tidak ada sama sekali pasal tentang Revolusi 25 Januari dan hak-hak rakyat yang menjadi mangsa pembunuhan rejim Mubarak dalam peristiwa itu.


Itulah beberapa perkara yang dijadikan bahan dalam kempen menolak perlembagaan dan referendum. Sebahagian besarnya mensasarkan lapisan rakyat yang mempunyai jiwa pembelaan kepada agama Islam. Sehingga dalam kempen tersebut jika dinyatakan bahawa perlembagaan sama sekali tidak menyebutkan ayat-ayat Al-Qur'an, sebaliknya malah menyebutkan perkataan Paus Shenouda , " Mesir adalah negera tempat kita semua hidup, dan hidup di hati kita semua . "
sumber: https://www.facebook.com/pages/Ikhwanul-Muslimin/ 

Monday, December 16, 2013

Sejarah Lambang Bulan Bintang Dalam Islam

 

Beberapa versi ahli sejarah mengatakan bahawa sebenarnya asal usul lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khilafah Turki Utsmaniah.

Khilafah ini adalah warisan terakhir kejayaan umat Islam. Memiliki luas wilayah yang membentang dari hujung barat sampai hujung timur dunia.

Wilayahnya mencakupi tiga benua besar dunia, Afrika, Eropah dan Asia. Ibukotanya adalah kota yang sejak 1400 tahun yang lalu telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW sebagai kota yang akan jatuh ke tangan umat Islam.



Rasulullah bersabda, “Qonstantinopel akan kalian bebaskan. Pasukan yang mampu membebaskannya adalah pasukan yang sangat kuat. Dan panglima yang membebaskannya adalah panglima yang sangat kuat..”

Berabad-abad lamanya umat Islam memimpikan realisasi khabar gembira Rasulullah itu. Namun sejak zaman Khilafah Rasyidah, Khilafah Bani Umayah hingga Khilafah Bani Abbasiyah, khabar gembira itu tidak pernah juga terlaksana.

Memang sebahagian Eropah sudah jatuh ke tangan Islam, iaitu wilayah Sepanyol dengan kota-kotanya antara lain: Cordova, Seville, Granada dan seterusnya. Namun jantung Eropah belum pernah jatuh secara penuh ke tangan Islam.

Sehinggalah ketika Sultan Muhammad II yang lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi panglima, jatuhlah kota yang pernah menjadi ibu kota Eropah itu.

Semasa pertempuran yang sangat dahsyat dengan menggunakan senjata paling moden di masa itu, iaitu CANON, atau meriam yang sangat besar, Muhammad Al-Fatih berjaya menjatuhkan kota konstantininopel itu dan menjadikannya sebagai ibu kota Khilafah Turki Utsmaniah serta menjadikannya pusat peradaban Islam.

Wilayahnya adalah tiga benua dengan semua peradaban yang ada di dalamnya. Pada masa itu bulan sabit digunakan untuk melambangkan posisi tiga benua itu:


- hujung yang satu menunjukkan benua Asia yang ada di Timur,

- hujung lainnya mewakili Afrika yang ada di bahagian lain dan

- di tengahnya adalah Benua Eropah.


Sedangkan lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.

Bendera bulan sabit ini adalah bendera rasmi umat Islam pada masa itu, kerana seluruh wilayah dunia Islam berada di bahawa satu naungan khilafah Islamiyah.

Tidak seperti sekarang ini yang terpecah-pecah menjadi sekian ratus negara yang berdiri sendiri hasil dari penjajahan barat.

Wajar kalau lambang itu begitu melekat di hati umat dari hujung barat Marocco sehingga hujung Timur Marauke.

Inilah lambang yang pernah dimiliki oleh umat Islam secara bersama, bulan dan bintang.

Dan lambang ini kemudian seolah menjadi lambang rasmi umat Islam dan selalu muncul di kubah-kubah masjid
kredit: openminda

Sunday, December 15, 2013

[GAMBAR] Bala Apa Yang Menimpa Bangladesh Sehingga Syahidnya Sheikh Abdul Kader Mullah?

Ketahuilah apa sebenarnya punca kepada kebangkitan rakyat di Bangladesh. Kenali juga siapakah insan pilihan Allah, Sheikh Abdul Kader yang telah syahid baru-baru ini? Baca juga apakah kata-kata terakhir beliau kepada para pejuang Islam bukan sahaja di Bangladesh malah di seluruh dunia. Lihat juga gambar-gambar sekitar pengebumian asy syahid di Bangladesh. AllahuAkbar!

Mahkamah Pengadilan Internasional Bangladesh yang diasaskan Sheikh Hasina Wajed telah mendakwa pemimpin Jamaat-El-Islami menjadi tali barut kerajaan Pakistan untuk menjatuhkan negaranya sendiri kerana tidak bersetuju dengan proses pemisahan Pakistan-Bangladesh. Konflik bersejarah itu berlaku selama 9 bulan, iaitu pada 16 Disember 1971 di mana Pakistan Barat (kini Pakistan), Pakistan Timur (kini Bangladesh) dan India, bertempur sehingga membawa kepada penubuhan negara Bangladesh.

Sheikh Abdul Kader Mullah

Terbaharu pihak mahkamah telah mendakwa Abdul Kader Mullah, pemimpin Jamaat-el-Islami bersalah dan memutuskan hukuman mati di atas tanggungjawab kejahatan perang 1971. Sedangkan pada bulan Februari lalu, Abdul Kader Mullah dihukum penjara seumur hidup dan tiba-tiba berubah menjadi hukuman mati. Human Rights Watch yang berpusat di New York sebelum ini mengatakan prosedur hukuman yang digunakan oleh mahkamah itu tidak memenuhi standard internasional.



Perubahan hukuman terhadap Abdul Kader Mullah ini adalah perubahan yang berpunca daripada protes golongan sekular yang menganggap keputusan asal terhadap Abdul Kader Mullah terlalu ringan dan mendesak hukuman lebih berat dikenakan ke atasnya. Dalam hal ini, Mahkamah Agung Bangladesh tunduk kepada tekanan segelintir golongan sekular pelampau dengan mengenepikan keadilan yang sebenar yang sepatutnya diberikan kepada Abdul Kader.
Sejak tahun 2010 lagi Perdana Menteri Hasina Wajed membentuk Mahkamah Internasional berkenaan isu kejahatan perang Bangladesh untuk mengadili mereka yang dituduh melakukan kejahatan di masa perang 1971, tetapi pengadilan itu telah dikritik luas kerana menjadikan lawan politiknya mangsa dan sasaran, dan ia beroperasi tanpa melibatkan pengawasan PBB. 
Sepatutnya Mahkamah Bangladesh melihat kepada keadilan dengan berpandukan kepada fakta kes dan bukan kepada sentimen sesetengah pihak semata-mata. Apakah Abdul Kader telah mendapat keadilan yang sewajarnya dengan hukuman mati dan adakah ia adil untuk rakyat Bangladesh? Hukuman ini menggambarkan kerajaan Bangladesh adalah zalim dan Sheikh Hasina adalah pemimpin kuku besi yang mewarisi pemerintahan negara tersebut.
Dalam keadaan parti politik seperti Jamaat-el-Islami semakin berpengaruh dan mendapat tempat di hati rakyat, kerajaan Bangladesh sanggup mengharamkan pertubuhan gerakan Islam tersebut pada bulan lepas. Sementara itu, hampir ke semua pemimpin tertinggi Jamaat-el-Islami ditangkap dan beberapa orang pemimpin telah dijatuhkan hukuman mati. Apakah ini bentuk demokrasi yang ingin disuburkan di Bangladesh?
Kata-kata terakhir buat keluarga as-Syahid:
"Aku telah menjadi pelindung kalian. Jika kerajaan membunuhku tanpa keadilan, maka matiku itu syahid. Selepas kesyahidanku, Allah Maha Besar yang akan menjadi pelindung kalian. Dialah sebaik-baik Pelindung. Maka janganlah kalian khuatir.


Aku memang tidak bersalah. Mereka hendak membunuhku kerana aku terlibat dengan gerakan Islam. Bukan semua orang bertuah untuk mati syahid. Sesiapa yang dikurniakan syahid oleh Allah, maka dia sememangnya orang yang bertuah. Jika aku menerima kesyahidan, maka inilah pencapaian yang terbaik dalam hidupku. Setiap titis darahku akan menambah kemaraan gerakan Islam dan menyebabkan kehancuran penindas. Aku tak risaukan diriku. Aku begitu prihatin dengan masa depan negara dan gerakan Islam. Setahu aku, aku tidak pernah buat salah.  
Aku telah menginfakkan diriku sepenuhnya untuk gerakan Islam untuk menyelamatkan orang-orang Bangladesh. Aku tidak pernah tunduk pada ketidakadilan dan tidak akan sekali-kali di masa depan. Tak terlintas di fikiran untuk aku memohon belas kasihan daripada pihak berkuasa yang mementingkan keduniaan. Allah penentu kehidupan dan kematian. Kematianku tidak akan terjadi berdasarkan keputusan orang lain. Masa dan hari kematianku hanyalah mengikut takdir Allah. Maka aku redha menerima takdir Allah dengan sebaiknya. 
Bersabarlah kalian. Keredhaan dan keampunan Allah hanya diperoleh melalui kesabaran dan toleransi. Hanya jaminan keselamatan di Akhirat menjadi keinginanku. Aku memohon doa dan sokongan orang ramai agar syahidku diterima. Sampaikan salamku pada rakyat atas sokongan dan restu mereka."
Sheikh Hasina Wajed, Perdana Menteri Bangladesh

Mengenai isu berkaitan politik dendam Hasina Wajed, Ikhwanul Muslimin telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari Jumaat, 8 Februari 2013 :

  1. Kami bersama deru angin kemerdekaan laungan rakyat yang bertiup melalui seluruh pelusuk dunia, menganggap perbicaraan di Bangladesh terhadap tujuh pemimpin kumpulan Islam (Jamaat-el-Islami) melanggar hak keadilan sejagat dan merupakan tuduhan bersifat politik (tuduhan kerajaan pemerintah terhadap parti Islam), bukannya tuduhan jenayah.
  2. Kami menyeru kepada semua Negara, dan di negara-negara Islam khususnya, bersama badan-badan dan institusi antarabangsa untuk melakukan tekanan agar tragedi kemanusiaan yang menimpa akibat ketidakadilan politik terhadap tahanan politik di Bangladesh ini dihentikan.
  3. Salah satu tujuan syariah (undang-undang Islam) adalah untuk melindungi kehidupan rakyat supaya hak-hak mereka dipenuhi. Kita mesti mendukung nilai Islam yang tinggi, prinsip dan cita-cita keadilannya melebihi dari pihak-pihak tertentu yang bercakap tentang keadilan kerana sebab-sebab politik dan matlamat menjatuhkan politik lawan.
  4. Kami menuntut kerajaan Bangladesh (pimpinan Hasina Wajed) agar melepaskan semua pimpinan Jamaat-El-Islami yang ditangkap sementara menunggu penyiasatan ke atas kes diselesaikan. Mereka harus menerima perbicaraan yang adil sebelum hakim menentukan semula hak-hak mereka yang termaktub dalam semua lapangan perlembagaan.
  5. Kami memberi amaran kepada pimpinan yang diberi amanah mentadbir negara agar tidak menggunakan kuasa untuk melakukan penindasan, dendam dan ancaman untuk menghilangkan lawan politik rejim.
  6. Kami yakin bahawa Persidangan Kemuncak Islam yang diadakan baru-baru ini di Kaherah, menyokong sepenuhnya pendaulatan negara berpaksikan keadilan dan kesaksamaan. Kami berdoa kepada Allah agar membimbing mereka berkhidmat demi kepentingan terbaik rakyat dan negara, serta menolak ketidakadilan untuk semua yang ditindas.
  7. Jamaat-el-Islami diasaskan pada tahun 1941 dan berakar dari politik pemikiran Maulana Sayyid Abul A'la Maududi (1903-1979), intelektual yang paling penting Islam dalam sejarah Asia Tenggara. Al-Maududi juga mempunyai pengaruh yang besar ke atas Ikhwanul Muslimin dan secara global ia mempunyai hubungan rapat dengan Jamaat-el-Islami. Kerana pengaruh yang dibawa oleh Al-Maududi, Kerajaan Bangladesh telah mengambil tindakan mengharamkan seluruh buku-buku karangan beliau di negaranya. Al Maududi sebagaimana yang didakwa Hasina Wajed telah membawa ideologi radikal dalam ajaran Islam.
Kepada pendukung Jamaat Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.



Demikian gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berikutan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Quader Molla yang menemtui syahid di tali gantung, hari ini. 


Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi. 
Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.  
Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabiladisabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.  
Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa. 
Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.  
Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah. 
Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!  
Saudaramu,
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS Malaysia
Gambar Sekitar Upacara Pengebumian Sheikh Abdul Kader Mullah:

Di bawah pula gambar-gambar sekitar krisis dan penindasan yang telah dilakukan oleh kerajaan diktator dekular Sheikh Hasina terhadap rakyatnya sendiri:


Lihatlah dunia. Dikala saudaramu di Bangladesh dibunuh, diseksa, dikurung, ditindas oleh orang yang mengaku diri mereka Islam sendiri, dunia hanya membutakan mata, diam membisu, memekakkan telinga. Buang sentimen sempadan negara bangsa, semaikan sentimen aqidah Islamiah. Di bumi yang bermandikan darah beginilah bangkitnya para pejuang Jamaat Islami memimpin kebangkitan umat Islam di sana sehingga membawa kepada syahidnya salah seorang pimpinan mereka, Sheikh Abdul Kader Mullah. Ketahuilah, 40 000 ribu ahli Jamaat Islami sekarang dipenjara. Awas Hasina Wajed, anda bakal jatuh!

Mari Mengenali Storan USB Tiruan

oleh

Pada minggu lepas, saya sempat singgah ke Jalan Pasar yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur ketika selepas solat Jumaat. Bagi yang tidak mengenali lokasi ini, Jalan Pasar cukup sinonim bagi warga Kuala Lumpur sebagai ‘syurga’ untuk barangan elektronik. Boleh dikatakan hampir jumlah besar kedai yang berada di sini kesemuanya menjual peralatan elektronik. Kebiasaannya, saya akan ke sini untuk mencari peralatan audio visual.
Selain daripada menjual peralatan elektronik, Jalan Pasar juga turut sinonim dengan jualan barangan kering yang dijual di kaki lima kedai lokasi ini. Ada yang menjual beg, pakaian, ubat-ubatan, dan pelbagai barangan menarik yang untuk dilihat. Cuma pada kali ini, saya tertarik dengan jualan aksesori telefon yang menjual storan USB yang kita sedia kenali sebagai ‘pendrive’ dijual dengan harga yang sangat murah. Ekspresi pertama saya sudah tentu ini pendrive tiruan. Tidak mungkin pendrive 128GB boleh didapati dengan harga RM9!
IMAG0190
Sebelum ini, saya perasan kehadiran storan tiruan mula dijual secara meluas di beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur terutamanya pada tahun ini. Sekiranya anda berkunjung ke Bazaar Masjid India, anda pasti akan perasan kehadiran peniaga yang menjual pendrive dengan harga murah terutamanya di hadapan Masjid India itu sendiri. Selain Masjid India, lokasi popular lain yang turut menjadi sindiket jualan storan seperti ini boleh didapati di Pasar Karat Kuala Lumpur, Petaling Street, dan sudah tentu, Jalan Pasar yang saya nyatakan di atas sebelum ini.
Yang menariknya, barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan USB original. Sekiranya pembeli inginkan bukti bahawa pendrive tersebut betul-betul mempunyai storan 128GB di dalamnya, si peniaga pasti boleh menunjukkannya.
Storan USB tiruan ini sekiranya ia dipalam pada komputer, ia akan menunjukkan storan bebas yang sama seperti original. Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada kebiasaannya.
Jadi, Apa Sebenarnya Storan Tiruan Ini?
Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.
Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran.
IMAG0250
Sebagai contoh, saya ambil storan USB yang dikatakan dalamnya ada 512GB. Tapi disebabkan ia telah digodam, storan ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ yang sebesar 16GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 512GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.
Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses godaman.
Apa yang turut membimbangkan, storan microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini.
Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Storan Original atau Tiruan?
Perkara paling mudah yang anda boleh bezakan jenis storan ini adalah dari segi harga dan saiz kapasitinya. Harga storan USB yang murahnya dalam sekitar 10%, 20%, dan 40% lebih murah daripada harga asal masih boleh dikatakan original tapi sekiranya ia menjangkau harga 60%, 70% malah sehingga 90% lebih murah daripada harga sebenar, anda perlu mula berhati-berhati.
IMAG0251Sebagai contoh, harga pasaran storan USB bagi kapasiti 128GB adalah sekitar RM265. Di kedai lain, saya menjumpai harga yang lebih murah daripada kedai tersebut yang menjualnya dengan harga RM210 sahaja. Kedua-dua ini masih lagi boleh dikatakan harga pendrive original kerana ia masih lagi agak mahal. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM9, RM15, RM30, inilah yang dikatakan storan palsu.
Perkara lain yang anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk dan tidak sekemas packaging original. Cara ini mungkin agak sukar bagi pengguna biasa kerana bila dilihat, ia kelihatan lebih kurang sama. Saya sarankan sekiranya anda membeli storan original, telitikan cara packaging storan tersebut. Biasakan diri untuk membaca hasil kekemasan packaging original dan anda akan mula merasa perbezaan apabila memegang packaging storan tiruan.
Tipu Helah dan Simptom Storan Tiruan
Apabila anda melihat properties storan tiruan ini, sistem operasi seperti Windows, OS X dan termasuk Linux sendiri akan menunjukkan jumlah kapasiti seperti yang dinyatakan pada kotak pembelian. Melalui pemerhatian ini, ia seolah-olah menunjukkan storan yang betul dan sebenarnya inilah merupakan kapasiti yang telah digodam dan bukan jumlah kapasiti yang sebenar pada storan tersebut.
Pendrive FakeTipu helah kedua, storan USB ini boleh digunakan sama seperti storan original. Anda boleh gunakan untuk membuat proses copy dan paste file ke dalamnya asalkan tidak mencapai storan ‘sebenarnya’.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, storan tiruan akan menunjukkan simptom apabila data yang dimasukkan melebihi jumlah ‘sebenar’ daripada apa yang dinyatakan.
Selepas ia mencapai tahap tersebut, data baru yang dimasukkan akan hilang secara sendirinya. Folder mungkin ada yang tidak terkesan langsung akan tetapi data di dalamnya akan mula corrupt (selalunya dalam 0 byte) apabila ia dibaca semula. Perkara ini mudah dikenal pasti sekiranya anda cuba untuk membuka file di dalamnya, anda akan dapati gambar, video, dan dokumen anda rosak dan hilang tanpa diduga.
Simptom lain yang boleh didapati apabila storan jenis ini mula membuat proses overwriting secara sendirinya yang mana anda akan dapati root folder pada storan ini menjadi blank secara tiba-tiba. Ada juga simptom yang mana storan ini menjadi write protected apabila mencapai had storan sebenar dan ada juga simptom yang mana ia tidak akan menunjukkan sebarang error sehinggalah storan ini dikeluarkan dan dimasukkan kembali ke dalam komputer.
Bagaimana Untuk Menguji Storan Ini?
Salah satu cara anda boleh menguji storan tiruan ini adalah dengan meletakkan banyak data di dalamnya. Saya sarankan anda untuk meletakkan data sekurang-kurangnya 25% daripada kapasiti yang dinyatakan pada storan tersebut. Storan tiruan akan mula menunjukkan tidak ketulenannya apabila lebih 25% kapasiti digunakan daripada kapasiti storan asal.
Fake Pendrive TestSetelah anda meletakkan data lebih daripada yang dinyatakan di atas, keluarkan storan tersebut dan masukkan kembali ke dalam komputer. Sekiranya ada file yang mula corrupt atau salah satu file di dalamnya secara tiba-tiba mempunyai salinan file yang sama secara banyak, bermakna storan tersebut adalah dikatakan storan tiruan.
Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan perisian h2testw yang membolehkan anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam.
Menggunakan perisian h2testw juga mudah yang mana ia hadir dengan antara muka yang ringkas dan straight-forward untuk pengguna. Anda hanya perlu memilih ‘target’ iaitu storan yang ingin diuji kemudian jalankan proses ‘write and verify data’. Sekiranya ia menunjukkan data loss yang banyak lebih daripada apa yang dinyatakan, storan tersebut disahkan mempunyai storan palsu di dalamnya.

Inilah sebab mengapa sindiket jualan storan tiruan sukar dibasmi kerana ia sukar dikenalpasti pada permulaannya dan memerlukan satu proses yang ‘proper’ seperti di atas yang mengambil masa yang agak lama.
Konklusi
Sekiranya anda terbeli storan seperti ini, anda masih boleh gunakannya seperti biasa cuma ada beberapa langkah perlu diambil. Saya sarankan anda jalankan ujian melalui perisian di atas dan kenal pasti storan sebenarnya. Sekiranya ia menunjukkan storan sebenar sebanyak 128MB, jangan masukkan data di dalamnya lebih daripada kapasiti tersebut. Jika tidak, file anda akan mula rosak dan sudah pasti ia mengundang bahaya pada data penting anda.


7837704Perkara ini juga turut memberi jawapan mengapa ada peniaga berani meletakkan harga pendrive yang jaraknya hanya RM1 bagi setiap perbezaan saiz seperti gambar yang berada pada awal artikel ini kerana storan ‘sebenarnya’ adalah sama. Cuma ia dilabel dengan saiz storan yang lebih besar dan itulah yang menjadikan ia lebih mahal RM1 berbanding storan 32GB yang dalamnya juga mempunyai storan ‘sebenar’ sebesar 128MB.
Bagi anda yang membaca artikel ini, saya menyeru untuk memberitahu keluarga dan rakan-rakan anda mengenai perkara ini. Jangan biarkan virus epidemik ini terus menular ke tangan orang yang kita sayangi dan jangan pula kita sendiri tumpas ke tangan storan USB tiruan ini. Sama-samalah kita membanteras sindiket ini demi kesejahteraan orang di sekeliling kita dan dunia pengkomputeran sejagat.

sumber: http://amanz.my/2013/12/mari-mengenali-storan-usb-tiruan/

Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna!



Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Sumber: Islamic Eschatology
kredit: Islamituindah.my

Friday, December 13, 2013

Pimpinan Jamaat Islami Bangladesh Syahid di Gantung



DHAKA - BANGLADESH. Abdul Kader Mullah yang dikatakan terlibat jenayah perang pada 1971 yang menuntut kemerdekaan telah digantung, lapor media antarabangsa.

Pejuang Islam Bangladesh itu disabitkan  kesalahan jenayah kemanusiaan semasa perang 1971 yang menuntut kemerdekaan, telah kehilangan rayuan terakhir terhadap hukuman mati dan laporan media tempatan menyatakan akan dilaksanakan selepas matahari terbenam.

Mahkamah Agung Bangladesh mengeluarkan petisyen saat terakhir meminta kajian semula hukuman mati ke atas pemimpin parti  Jamaat e-Islami dan berkata peraturan akan membuka jalan untuk menggantung beliau.

Mullah yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Februari lalu telah mencetuskan protes jalanan di Bangladesh yang mengorbankan kira-kira 100 orang, akan dijatuhkan hukuman mati pada bila-bila masa, mungkin pada waktu matahari terbenam, kata Daily Star.

 PM Turki Erdogan menelepon Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, agar menghentikan hukuman mati kepada Abdul Quader Mullah, Sekjen Partai Jamaat-e Islami, tetapi semuanya sia-sia. Perdana Menteri Sheikh Hasina, tokoh sosialis, dan menjadi rivalitas Partai Jamaat-e-Islami, dan sangat berkepentingan memusnahkan tokoh Islam, seperti Abdul Qadir Mullah.

 "Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama roh para syuhada. Hari yang amat sedih untuk para pejuang dan pendakwah Islam seluruh dunia". 








 Friday, 13 December 2013 SUASANA SOLAT JENAZAH AS-SYAHID SHEIKH ABDUL QUADER, PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG JAMAAT-E- ISLAMI BANGLADESH YANG DIJATUHKAN HUKUMAN GANTUNG OLEH MAHKAMAH AGUNG BANGLADESH. Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS: Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran. Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh. Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa. Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam. Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah. Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar! حسبنا الله ونعم الوكيل اللهم اقبله فى الشهداء واجعل دمه لعنه على قاتليه -omakkau


Sekjen Jamaat-e-Islami Bangladesh Abdul Qader Mullah,di hukum gantung atas tuduhan melakukan  kejahatan perang yang dilakukan pada tahun 1971, kata seorang pejabat pemerintah, Kamis/12/12/2013.
Mollah, digantung di Penjara Pusat kota Dhaka, ungkap Wakil Sekjen Partai Jamaat-e-Islami, yang dilarang ikut pemilu, dan merupakan kekuatan oposisi utama di Bangladesh, dan lawan kekuatan sekuler, yaitu Partai Nasionalis Bangladesh (BNP).
Ekskusi hukuman gantung  terhadap Abdul Qader Mullah, ditunda dua kali, karena adanya tekanan internasional, termasuk Perdana Menteri Turki, Erdogan, tetapi Mahkamah Agung Bangladesh, Kamis, melakksanaan keputusan hukukaman gantung terhadap Sekjen  Jamaat-e Islami, atas tuduhan melakukan pembunuhan, pemerkosaan dan penjarahan selama Perang Kemerdekaan tahun 1971, dan Mahkamah Agung  menolak permintaan banding  peninjauan hukuman mati.
PM Turki Erdogan menelepon Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, agar menghentikan hukuman mati kepada Abdul Quader Mullah, Sekjen Partai Jamaat-e Islami, tetapi semuanya sia-sia. Perdana Menteri Sheikh Hasina, tokoh sosialis, dan menjadi rivalitas Partai Jamaat-e-Islami, dan sangat berkepentingan memusnahkan tokoh Islam, seperti  Abdul Qadir Mullah. Af/hh
- See more at: http://www.voa-islam.com/read/world-world/2013/12/13/28116/pemimpin-jamaateislami-bangladesh-abdul-qader-mullah-digantung/#sthash.rGyOF7vh.dpuf

Seruan Imam Syahid Hasan Al-Banna



Imam Hasan Al-Banna rahimahullah melalui penanya menulis...


Ia adalah satu seruan yang hidup dari lubuk hatinya ditujukan kepada:
- setiap da'ie yang berjalan di atas jalan dakwah sebagai pemberi nasihat kepada selainnya
- setiap musleh yang mengangkat panji islah di kalangan manusia
- setiap murabbi yang membawa amanah tarbiah, memelihara dan mentazkiah mereka
- setiap mas'ul atau qaid yang memimpin sof dan menanggung amanah kepemimpinan
- setiap muwajih yang berdiri di tengah-tengah manusia memberi arahan dan panduan
kepada mereka semua dan selain mereka dari kalangan du'ah dan muslehin Imam Al-Banna menyeru dengan seruan ringkas ini dengan katanya:


نداء من الإمام البنا

"Ya akhi, orang yang tidak memiliki sesuatu tidak akan mampu memberi. Orang yang hatinya terputus hubungan dengan Allah SWT, bagaimana dia akan mampu menarik makhluk kepadanya? Peniaga yang tidak memiliki modal, bagaimana dia akan meraih keuntungan? Seorang mu'allim (guru) yang tidak mengetahui silibusnya, bagaimana dia boleh mengajar kepada orang lain? Dan orang yang tidak mampu (lemah) memimpin dirinya sendiri, bagaimana dia akan mampu untuk memimpin orang lain?".

(sumber: makalah Imam Hasan Al-Banna, diterbitkan dalam Akhbar IM pada 25 Rabiul Awal 1356H bersamaan 5 Jun 1937)
kredit: http://abuamru1208.blogspot.com/

Thursday, November 14, 2013

Makna angka 40 dalam usia manusia



Tuan Ibrahim Tuan Man, 

Assalamu’alaikum,



Bila ada persoalan tentang umur 40 tahun manusia, saya terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa sebelum ini. Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan.



Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,



حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ



"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)



Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.



Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.



Pada ayat yang lain, firman Allah;



أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ



Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)



Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.



Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.



Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.



Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:



“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).

Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.


Mengapa umur 40 tahun begitu penting.



Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu

1. Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh)
2. Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun)
3. Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun)
4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati)



Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.



Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,



لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد



"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)



Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”



Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah.”



Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.



Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at fourty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.



Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati"

sumber: http://bm.harakahdaily.net/