Beberapa versi ahli sejarah mengatakan bahawa sebenarnya asal usul lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khilafah Turki Utsmaniah.
Khilafah
ini adalah warisan terakhir kejayaan umat Islam. Memiliki luas wilayah
yang membentang dari hujung barat sampai hujung timur dunia.
Wilayahnya
mencakupi tiga benua besar dunia, Afrika, Eropah dan Asia. Ibukotanya
adalah kota yang sejak 1400 tahun yang lalu telah dijanjikan oleh
Rasulullah SAW sebagai kota yang akan jatuh ke tangan umat Islam.
Rasulullah
bersabda, “Qonstantinopel akan kalian bebaskan. Pasukan yang mampu
membebaskannya adalah pasukan yang sangat kuat. Dan panglima yang
membebaskannya adalah panglima yang sangat kuat..”
Berabad-abad
lamanya umat Islam memimpikan realisasi khabar gembira Rasulullah itu.
Namun sejak zaman Khilafah Rasyidah, Khilafah Bani Umayah hingga
Khilafah Bani Abbasiyah, khabar gembira itu tidak pernah juga
terlaksana.
Memang
sebahagian Eropah sudah jatuh ke tangan Islam, iaitu wilayah Sepanyol
dengan kota-kotanya antara lain: Cordova, Seville, Granada dan
seterusnya. Namun jantung Eropah belum pernah jatuh secara penuh ke
tangan Islam.
Sehinggalah
ketika Sultan Muhammad II yang lebih dikenali dengan Sultan Muhammad
Al-Fatih menjadi panglima, jatuhlah kota yang pernah menjadi ibu kota
Eropah itu.
Semasa
pertempuran yang sangat dahsyat dengan menggunakan senjata paling moden
di masa itu, iaitu CANON, atau meriam yang sangat besar, Muhammad
Al-Fatih berjaya menjatuhkan kota konstantininopel itu dan menjadikannya
sebagai ibu kota Khilafah Turki Utsmaniah serta menjadikannya pusat
peradaban Islam.
Wilayahnya
adalah tiga benua dengan semua peradaban yang ada di dalamnya. Pada
masa itu bulan sabit digunakan untuk melambangkan posisi tiga benua itu:
- hujung yang satu menunjukkan benua Asia yang ada di Timur,
- hujung lainnya mewakili Afrika yang ada di bahagian lain dan
- di tengahnya adalah Benua Eropah.
Sedangkan lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.
Bendera
bulan sabit ini adalah bendera rasmi umat Islam pada masa itu, kerana
seluruh wilayah dunia Islam berada di bahawa satu naungan khilafah
Islamiyah.
Tidak seperti sekarang ini yang terpecah-pecah menjadi sekian ratus negara yang berdiri sendiri hasil dari penjajahan barat.
Wajar kalau lambang itu begitu melekat di hati umat dari hujung barat Marocco sehingga hujung Timur Marauke.
Inilah lambang yang pernah dimiliki oleh umat Islam secara bersama, bulan dan bintang.
kredit: openminda
btol ke pada zaman uthmaniyah nie ada nama yusuf rais ?? terima kasih kerana menjawab
ReplyDelete