Di sebuah sudut gelap di ibu negara
Uzbekistan, Tashkent, terdapat satu peninggalan yang bersejarah bagi
umat Islam, iaitu Al-Quran yang tertua di dunia. Al-Quran ini berasal
dari zaman pemerintahan khalifah ketiga iaitu Uthman bin Affan.
Uthman bin Affan merupakan
perintis buku Al-Quran pertama, setelah sebelumnya Al-Quran hanya
dihafal atau ditulis di atas lembaran kayu dan tulang unta. Pembukuan
Al-Quran pertama ini dilakukan Uthman bin Affan ketika berada di
Madinah. Pembukuan Al-Quran ini selesai pada tahun 651 atau 19 tahun
selepas kematian Rasulullah SAW.
Pembukuan ini dilakukan Uthman
untuk mengelakkan perselisihan dan perbezaan versi dari ayat Al-Quran,
sehingga beliau memutuskan untuk membukukannya. DiTashkent, Al-Quran
ini disimpan di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama Hast-Imam
lokasi yang jauh dari orang ramai.
Lokasi
simpanan Al-Quran ini terletak berdekatan dengan makam saintis dari
abad ke-10, Kaffel Sashi. Simpanan Al-Quran ini berada di kawasan
bangunan yang menjadi pusat aktiviti Mufti Uzbekistan atau pimpinan
keagamaan tertinggi di negara ini.
Al-Quran pertama yang dibukukan
ini sangatlah berharga, kerana ia disimpan dalam sebuah peti kaca yang
melekat ke dinding. Malangnya, kerana sudah berusia beratus-ratus
tahun, Al-Quran ini tidak kukuh lagi. Kini yang tinggal hanya tinggal
sepertiga sahaja atau sekitar 250 halaman lagi. Ayat-ayatnya ditulis
dalam bahasa Bahasa Hejaz dan ditulis di atas kulit rusa.
Disebutkan bahawa Khalifah
Uthman membuat lima salinan Al-Quran ini dan menyebarkannya ke pelbagai
wilayah Islam. Selain yang ada di Tashkent, salinan lain juga masih
tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.
Tidak jauh dari lokasi simpanan
Al-Quran, ada juga sebuah rumah yang ternyata menaungi benda bersejarah
yang lain, iaitu helaian rambut Rasulullah SAW. Selain Al-Quran tertua,
helaian rambut ini juga menjadi salah satu koleksi bersejarah yang
dimiliki Asia Tengah dalam kaitan mereka dengan sejarah Islam.
Dilokasi yang sama juga
terletak perpustakaan yang menyimpan kekayaan dengan koleksi
bersejarahnya. ”Dianggarkan di perpustakaan itu terdapat sekitar 20
ribu buku dan tiga ribu naskhah,”ujar Ikram Akhmedov, pembantu mufti.
Kebanyakan buku itu rata-rata
adalah buku yang berkaitan tentang sejarah abad pertengahan, astronomi,
dan perubatan. Namun ada juga Al-Quran dan buku-buku tentang ilmu
hukum. ”Namun benda yang tertua di perpustakaan ini adalah Al-Quran
yang berasal dari abad ketujuh atau dari masa pemerintahan khalifah
Utsman bin Affan,”jelasnya.
Kewujudan Al-Quran yang tertua
di dunia ini mengingatkan kita betapa kawasan Asia Tengah memberikan
peranan sangat penting dalam sejarah perkembangan agama Islam. Ini juga
merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, bahawa harta karun umat
Islam berada di negara yang dulunya merupakan pecahan negara komunis
yang terbesar di dunia, Kesatuan Soviet.
Sejarah sampainya Al-Quran dari
dinasti pemerintahan Uthman bin Affan keTashkent ini sangatlah luar
biasa. Setelah kematian Uthman bin Affan, sebahagian orang menyatakan
bahawa Al-Quran ini dibawa oleh Ali bin Abi Thalib ke Kuffah atau yang
sekarang dikenali sebagai Iraq.
Tujuh ratus tahun kemudian,
ketika Tamerlane (penakluk rantau Asia Tengah) datang ke daerah ini, ia
mencari Al-Quran ini dan membawanya ke ibu kotanya di Samarkand,
Al-Quran ini berada di Samarkand lebih dari empat abad, sehingga lah
Rusia menakluk bandar ini pada tahun 1868.
Pada waktu itu, Gabenor Rusia
menghantar Al-Quran ini ke St Petersburg di mana Al-Quran ini kemudian
disimpan di perpustakaan kerajaan. Namun setelah berpecahnya revolusi
Bolshevik, Lenin yang sangat bernafsu menguasai daerah umat Islam
menghantar Al-Quran ini ke Ufa atau yang kemudian dikenali sebagai
Bashkortostan.
Namun akhirnya, setelah
berkali-kali diminta oleh Muslim Tashkent, Al-Quran ini akhirnya
kembali lagi ke Asia Tengah pada tahun 1924. Sejak saat itu, Al-Quran
ini ditempatkan di Tashkent dan terus berada di sana sehingga kini.
Sejak awal kewujudannya, Al-Quran ini telah menarik ramai orang
termasuk pemimpin umat Islam untuk mengunjunginya. Sehingga dirasakan
sangat aneh kerana Al-Quran ini masih ditempatkan di lokasi tersebut.
Barangkali ini merupakan
ketakutan kerajaan Uzbekistan yang banyak diwarisi oleh nilai-nilai
dari era komunis Soviet. Sehingga kini mereka masih tidak mempercayai
Islam kerana mereka juga masih memandang Islam dengan penuh kecurigaan.
Mufti yang juga menguruskan
serta menjaga kewujudan benda-benda ini menyatakan bahwa Al-Quran ini
tidak dipertontonkan dan dijaga agar tidak terlalu menarik banyak
perhatian. Ini dilakukan untuk menjaganya dari hal-hal negatif yang
mungkin berlaku.
. Selain yang ada di Tashkent, salinan lainnya juga masih
tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.Sebuah naskah kuno Al-Quran ditemukan di wilayah otonom Dongxiang provinsi Gansu dan salinan Al-Quran ini merupakan yang tertua ditemukan di Cina. Menurut informasi dari media lokal, naskah kuno berupa salinan Al-Quran tersebut yang ditulis dalam bahasa Arab, terdiri dari 536 halaman dan menggunakan daun Samarkand yang dibawa ke Cina dari kota Samarkand di Uzbekistan. Salinan Al-Quran yang tersimpan di masjid Dong Si, provinsi Qinghai barat laut Cina ini merupakan yang tertua di Cina berasal dari abad 8-13 masehi.Banyak kelompok etnis yang memeluk agama Islam yang hidup di daerah barat laut Cina, yang meliputi provinsi Qinghai, Gansu, Ningxia dan wilayah Xinjiang.
Ini adalah al quran tertua yang dijumpai di Nusa Tenggara Timur (NTT) milik Kesultanan Ternate Al-Quran kuno ini dibawa ke Alor Besar Indonesia pada 1519 M oleh Iang Gogo yang merantau bersama keempat saudaranya dengan misi penyebaran Agama Islam hingga ke Alor. Saat itu, Al-Quran ini dibawa pada masa Kesultanan Babullah lima bersaudara berlayar dari Ternate dengan menggunakan perahu layar yang menurut riwayat bernama Tuma Ninah, yang berarti "Berhenti/Singgah Sebentar".
Begitulah mukjizat al quran yang masih sama sehinggga sekarang, yang mana Allah sudah berjanji akan memelihara kandungan Al Quran shinggalah kiamat menjelma. Bilamana kajian-kajian saintifik dan perjumpaan artifak sepertimana yang telah tercatit dalam Al Quran, mana mungkin ianya adalah tulisan manusia atau mainan kata-kata nabi muhamad saw, sudah pasti ia datang dari Allah yang Maha Kuasa Pencipta sekian alam
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. Quran [15.9]
Sumber
sumber : http://id.berita.yahoo.com/alquran-tertua-di-indonesia-singgah-ke-ternate-20110331-215531-006.html
http://www.eramuslim.com/berita/dunia/naskah-al-quran-kuno-ditemukan-di-cina.htm
http://insanberdakwah.blogspot.com/2012/03/al-quran-tertua-dunia.html
http://baca-blogspot.blogspot.com/2011/12/tahukah-anda-di-mana-al-quran-tertua-di.html
No comments:
Post a Comment