Oleh: lonewolf
"Umat
di Syria Menolak Demokrasi Sekular, Mahukan Khilafah Pelaksana Syariat
Islam Secara Keseluruhan. Apakah benar umat di Syria memang mahukan
demokrasi? Tapi jawapan sebaliknya yang sangat jelas kita akan dengar
langsung dari Allepo (Halab), Syria. "Umat ingin Khilafah sekali lagi!"
demikian laungan yang diinginkan oleh umat di Syria pada hari Jumaat, 9
Mac 2012M.
Percaya atau tidak, revolusi di bumi Syam memang
mengarah kepada perlaksanaan syariat Islam, bukan demokrasi seperti
yang diberitakan media Barat. Ribuan umat Islam di Allepo (Halab) Syria
kembali menegaskan apa yang dikehendaki umat di Syria, iaitu Khilafah
yang baru.
"Dengarlah wahai
dunia apa yang umat inginkan, umat mahukan Khilafah baru," kata
Revolusi Pemuda Pembebasan Syria dalam laman webnya (Tahrir.Syria2011).
"Wahai Arab, wahai muslim, takutlah, takutlah kerana umat di Syria.
Demi Allah, kekecewaan anda diharamkan, jadi apa yang umat di Syria
inginkan," kata pemimpin aksi seruan di hadapan ribuan penduduk dalam
aksi Jumaat "Jika mereka meminta pertolongan kepada dalam agama maka kamu wajib memberikan pertolongan ".
Umat pun serentak meneriakkan jawapannya berulang kali dengan jeritan,
"Umat ingin Khilafah sekali lagi! Umat ingin Khilafah sekali lagi!".
Aksi seruan ini merupakan aksi seruan lanjutan umat di Syria untuk
melawan rejim diktator Assad di saat pasukan Assad membantai kaum
Muslim, dari Khalidiyah, Baba Amru Homs, hingga Idlib.
Tentu
saja keinginan ini sangat jelas sekali, untuk sekali lagi menegaskan
tentang apa yang umat di Syria inginkan. Bukan demokrasi, bukan
sekular, melainkan Khilafah yang akan menegakkan syariat Islam secara
keseluruhan.
"Wahai Khalid, wahai anak cucu Walid, al-Khilafah
yang kita inginkan, dan mengembalikan kemuliaan Islam, jadi apa yang
umat di Syria inginkan?," Kata pemimpin aksi seruan disambut gemuruh
laungan, "Umat ingin Khilafah baru, Umat ingin Khilafah baru! ".
Demikianlah, umat Islam di bumi Syam tetap berpegang teguh bahkan telah
menjadikan persoalan Islam dalam hidup dan matinya, sehingga kemenangan
atau syahid yang diraih.
Semoga umat Islam di dunia mendengar
apa yang umat di Syria inginkan dan merasa malu atas berdiam dirinya
selama ini terhadap perjuangan dan pengorbanan rakyat Syria hingga
mereka dibantai rejim Assad.
Beribu-ribu orang telah syahid,
sama dengan penghulu syuhada Hamzah. Tak bersenjata, hanya sebatas
berkata-kata di depan penguasa yang memaksa, lalu penguasa itu
menumpahkan darah. Itulah bumi Syam, sebuah negeri yang dikhabarkan
Rasulullah sebagai pusat Daulah Khilafah sebuah Negara Islam Global.
Mereka terus menyeru umat Islam beserta para tentera Islam di seluruh
dunia untuk menolong penduduk Syam serta menyelamatkan Syam dari
pembunuhan rejim diktator Assad. Insya Allah, Khilafah sebagaimana yang
mereka inginkan semakin dekat waktunya.
Ya Allah, ampunilah kami hamba yang lemah ini yang tak mampu berbuat apa-apa untuk menolong saudara hamba di Syria.
Ya Allah, Berikanlah kekuatan, kesabaran, pertolongan dan kemenangan
kepada penduduk Syam. Persatukanlah kami segera di bawah Panji Al-Liwa'
dan Panji Ar-Rayah, di bawah naungan Khilafah yang sesuai mengikut
jalan kenabian, pelindung dan perisai umat. Amin. "
Sumber: http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13130
No comments:
Post a Comment