Thursday, August 25, 2016

MELAYU DAN MATEMATIK



Assalamualaikum. 
Kita selalu dengar rungutan murid dan pelajar Melayu bahawa subjek matematik sangat susah. Malah ada yg beranggapan bahawa org Melayu memang tak pandai matematik. 

Tahukah anda 105 tahun dulu sudah ada pakar matematik Melayu yg sudah mengarang buku matematik? Buktinya sebuah manuskrip matematik (ilmu hisab) yg ditulis oleh Sheikh Omar Nuruddin dari Sungai Keladi, Kelantan pada tahun 1910.

Pakar2 matematik kontemporari dari institut matematik UPM yg mengkaji kandungan manuskrip tsb mendapati rumus matematik (formula) yg ditulis sama tepatnya dgn formula moden dari Barat.

Salah satu halaman tercatat "kira dhorab (multiplication). Jumlah bilangan yg majhul dgn majhul menjadi ma'lum." Maksudnya unknown number × unknown number = known. Atau kini negative  x negative = positive. 

Jadi di mana betulnya tanggapan bahawa org Melayu tidak pandai matematik? 

Manuskrip ini dan banyak lagi boleh dilihat di Muzium Warisan Melayu UPM. Datanglah beramai2.

Sumber: Facebook Abdul Muati Ahmad, Pensyarah UPM.

Saturday, July 23, 2016

TOKOH AGAMA: Tuan Guru Hj Salleh bin Musa


ANDA kenal siapakan Insan Ini?

Siapakah insan istimewa ini?

 Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah : Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir : Pekan Sik Kedah
Bil Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3

 Pendidikan : 
1. Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)

 2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah

 3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy

 4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .

 Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi
Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah.
Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya.
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang.
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .

Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang .
Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir .

 Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .

 KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009,

Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato' Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

 SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMANYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH

 Antara masyaikh hafizahumullah yang menziarahi beliau : 
 Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
 Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
 Habib Kazim ( Yaman )
 Habib Abdullah ( Jeddah)
 Syeikh Habib ( Jordan)

 Saudara yang saya kasihi ,Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .

 -ke 2 Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh

 - Ke 3 Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan. Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .

 -Ke 4 Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya "Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik" 

 -ke 5 Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru Mulia beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)

 -ke 6 Fikiran beliau sangat terbuka

 -ke 7 Beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti Parti Islam Se-Malaysia Peringkat Pusat & Negeri.

 Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata " Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas dan punya sahabat dan musuh semua tunduk padanya"

 BERASA DOSA andai tidak perkenalkan Ulama yang dikenali kepada Umum .

 Masyarakat sekarang selalunya kenal ulama setelah ulama itu meninggal , Alhamdulillah, sekarang mari kita mula berazam untuk memperkenalkan ulama tempatan seramai mungkin kepada masyarakat umum , mudahan dengan usaha ini ramai masyarakat dapat mengenali ulama kita yang masih wujud untuk kita sama-sama ambil menafaat dengan mereka .

ULAMA PEWARIS ANBIA , seharusnya kita mendekati mereka.

Tuesday, July 19, 2016

Peringatan Ahzab Yang Dirakamkan Oleh Allah


Oleh : Ahmad Hakimi Othman

Pernah dalam khutbah Jumaat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mengingatkan tentang peristiwa Ahzab yang dirakamkan oleh Allah dalam Al Quran.

Orang yang mengaku beriman akan sentiasa diuji oleh Allah. Ujian yang datang membuktikan siapa mereka yang sebenar, adakah benar akan iman mereka atau olok-olok dibibir semata-mata.

Saat berlaku perang Ahzab, Yahudi sanggup pergi ke Mekah untuk mendesak Quraisy supaya mereka tegaskan pendirian dan menyokong agama mereka adalah benar. Yahudi menyokong Quraisy untuk menyerang Madinah. Tentera Ahzab yang mengepung Madinah melebihi seluruh orang beriman Madinah.

Maka, bandingkan apa yang berlaku hari ini, pemeluk ajaran yahudi moden seperti kapitalis, liberalis dan sosialis, mereka mengatakan kepada sebahagian orang Islam yang rosak bahawa mereka betul, agama mereka betul, lantas mengiyakan Maqasid Syariah mereka.

Hasil pujukan yahudi moden, mereka terpengaruh lantas mahu menentang saudara mereka yang selama ini membawa perjuangan islam.

Di kala itu, ada pula yang orang Islam yang punyai penyakit hati yang rosak dan ada munafik merasa bimbang. Mereka terbeliak biji mata, hampir terkeluar halkum ketakutan dan kebimbangan kepungan Ahzab akan membuat mereka sengsara. Lantas mereka condong untuk bersama yahudi dan meninggalkan perjuangan bersama orang beriman.

Tinggallah beberapa kerat orang beriman yang diuji keimanan mereka dengan sebesar-besar ujian.

Namun, Allah tidak akan membiarkan cahaya islam terpadam. Walaupun ada orang mukmin yang terkorban dan syahid, mereka membuktikan iman mereka.

Pengorbanan mereka dibayar oleh Allah dengan syurga dan bahagia. Sehingga nyata kemenangan oleh Allah walaupun dikepung seawal syawal sehingga awal Zulkaedah.

Begitulah kita hari ini, Ahzab moden yang mengepung perjuangan Islam mengepung kita dengan pelbagai prasangka dan propaganda. Malah mereka mendapat sokongan pelbagai sehingga mendapat sokongan dari mereka yang bergelar jemaah Islam sendiri.

Berlaku pula di awal syawal dan akan terus menyerang di seluruh negara.

Mereka bimbang sokongan bukan Islam kepada mereka akan menyebabkan lemah. Mereka bimbang sokongan bukan Islam kepada mereka lari dan merugikan.

Lantas dibuat pakatan baru menjayakan agenda perjuangan Islam Tanpa Syariat. Mereka bersetuju cara Maqasid Syariah yang sama dikehendaki oleh bukan islam.

“Kamu boleh berjuang Islam, tapi bukan seluruh Syariat Islam terutama agenda politik Islam iaitu hukum Islam dan Negara Islam.”

Mereka melolong kebajikan rakyat, tetapi berpolitik di Ramadhan, dan Syawal menunjukkan sebaliknya. Bukan sekali, malah sudah masuk dua kali Syawal dan Ramadhan.

Namun, Allah berjanji untuk menolong orang beriman. Dan pastinya keyakinan aku Allah pasti menolong dengan tentera yang tidak nampak. Yang mana hanya dirasai dan didambai oleh orang beriman sahaja.

Kekuatan hanya dari Allah, bantuan hanya dari Allah. Bergembiralah, kemenangan hampir tiba.

*Tulisan ini telah diterbitkan pada 17 Julai 2015, merujuk kepada Khutbah Jumaat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 2015, berkaitan kisah Ahzab.