Ada banyak kisah menarik dan unik di dunia ini, termasuk kisah yang satu ini. Di kala banyak muslimah enggan untuk menutup auratnya dengan memakai tudung apalagi berbicara tentang Islam, berbeza 180 darjah dengan seorang wanita Amerika satu ini, meski masih Kristian tetapi lebih suka memakai tudung dan berani berbicara tentang Islam.
Terlepas
dari kenyataan bahawa ia masih seorang Kristian ketika merakam
wawancara ini, si wanita Amerika dengan sukarela dan lebih suka memakai
tudung. Dan Alhamdulillah, dia akhirnya masuk Islam beberapa bulan
kemudian. Dan berikan penuturannya (tidak disebutkan siapa nama wanita
Amerika ini) tentang Islam dalam keadaan dirinya masih Kristian dan
telah memakai tudung:
"Saya
sudah tertarik dengan Islam di sebahagian besar hidup saya, dan saya
sudah mempelajari tentang hal itu. Saya juga banyak tahu dasar-dasar
tentang agama selama bertahun-tahun. Kemudian ketika insiden 9/11
terjadi saya mendapat banyak maklumat propaganda, dan setelah berbagai
kejadian tersebut saya mula belajar tentang Islam, dan saya akhirnya
mencari, meskipun fakta-fakta asas yang telah saya pelajari sebelumnya
tentang Islam sebahagian besar adalah benar, namun ada banyak hal yang
telah salah diertikan dan salah difahami tentang Islam itu sendiri.
Misalnya,
perkara pertama yang saya perhatikan ialah sebenarnya tidak ada paksaan
dalam Islam, tidak ada yang memaksa anda masuk ke dalam agama ini,
Allah memanggil dan memberikan hidayah kepada mereka yang Dia panggil.
Hal
lain yang saya dapati dalam Islam adalah ikatan persaudaraan yang indah
dan bagaimana umat Islam saling memelihara satu sama lain. Saya sudah
jauh lebih bahagia kerana saya mula melawat masjid dan mengenal banyak
saudara perempuan dan menghabiskan masa bersama mereka.
Saya
menyukai Islam yang mengajar anda bagaimana bersikap baik satu sama
lain, dan bagaimana memelihara satu sama lain. Dalam Kristian, Injil
mengatakan, "Bersikaplah baik satu dengan yang lain." Dalam Islam hal
ini lebih jelas, Islam memberitahu anda bagaimana untuk bersikap baik
satu sama lain, bagaimana berbuat sopan dan cara memelihara satu sama
lain.
Islam
adalah jalan yang penuh kedamaian dalam hidup, menginginkan agar orang
menjalani kehidupan yang baik dalam keluarga mereka sebagai suami
isteri, dan dalam masyarakat. Dan saya mencari Islam yang saya
asosiasikan jauh lebih soleh daripada apa yang pernah saya alami dalam
agama Kristian, dan saya sudah sangat banyak pengalaman tentang agama
Kristian selama bertahun-tahun.
Konsep
lain yang begitu indah dalam Islam adalah konsep Syura. Ketika ada
masalah yang akan dibincangkan, pemimpin mendengar dari semua orang.
Dan saya pernah melihat ini dalam tindakan yang nyata. Hal ini
dipraktikkan dalam keluarga, dan juga dipraktikkan dalam pemerintahan.
Mereka mendengar dari semua orang, bahkan dari anak kecil, dan semuanya
dipertimbangkan, kemudian ada keputusan berdasarkan apa yang terbaik.
Ketika keputusan dibuat, masyarakat dianjurkan untuk mengikuti
keputusan itu, apakah mereka setuju atau tidak,
Berbicara bagaimana Wanita dalam Islam, wanita Amerika ini menyatakan:
Saya
fikir itu sangat indah. Saya percaya perempuan sangat dihormati dalam
Islam. Saya sangat suka mengenakan tudung, saya merasa istimewa, saya
merasa dilindungi, saya merasa bahawa saya tidak harus mempamerkan
segala sesuatu dari tubuh saya untuk semua orang, ini membantu saya
menjadi peribadi seutuhnya.
Dalam
Islam, saya merasa saya diterima sebagai seorang wanita, dan dihormati
sebagai seorang perempuan. Saya merasa bahawa saya tidak harus berjuang
untuk cuba menjadi sama dan cuba untuk menjadi seperti seorang lelaki,
seperti yang saya rasakan di dalam masyarakat Amerika.
- sumber dari eramuslim.com
sungguh indah hidayah yang diberikan
ReplyDelete