Kempen Boikot Referendum Perlembagaan Mesir Yang Baru
Penguasa rampasan kuasa telah mengumumkan tarikh pelaksanaan referendum
perlembagaan , iaitu tarikh 14 dan 15 Januari 2014 akan datang . Kempen
yang mengajak rakyat mengikuti referendum tersebut juga sudah ramai
dhebohkan baik melalui media massa mahupun di tempat - tempat awam.
Namun demikian kempen yang kontra perlembagaan pun mula marak. Baik
yang mengajak untuk memilih " La " ( menolak ) , mahupun yang mengajak
untuk memboikot referendum sama sekali. Kebanyak kempen tersebut
disampaikan dengan pelbagai media internet seperti jejaring sosial
mahupun youtube.
Banyak fakta perlembagaan yang disampaikan untuk mengajak rakyat menolaknya.
Pertama, orang-orang yang terlibat dalam menyiapkan perlembagaan ini
bukanlah pakar dalam menyusun negara. Tapi artis yang terkenal dengan
tidak bermoralnya, aktivis yang terkenal sebagai penagih dadah, dan
lain-lain.
Kedua, tentang hak pengangkatan dan pemberhentian
menteri pertahanan. Maklumnya, semua menteri kabinet dilantik oleh
presiden, tapi perlembagaan yang baru menyebutkan bahawa menteri
pertahanan diangkat oleh Dewan Tentera, padahal ahli Dewan Tentera
adalah hasil pelantikan menteri pertahanan. Masa kerja menteri
pertahanan juga tidak seperti menteri lain, tapi 8 tahun.
Ketiga, ada beberapa pegawai yang tidak boleh dijatuhkan dengan
mekanisme apapun. Mereka adalah Syeikhul Azhar, Peguam negara, ketua
Mahkamah Perlembagaan, dan menteri pertahanan. Ertinya, sekorup apapun
para pegawai dalam kedudukan-kedudukan itu tidak akan boleh disentuh.
Keempat, presiden tidak boleh dijatuhkan dengan perhimpunan dan
demonstrasi sebesar apapun rakyat yang menuntut penurunannya. Hal ini
bertolak belakang dengan aksi mereka yang menjatuhkan Presiden Mursi
dengan dalih jutaan rakyat menuntutnya turun pada 30 June yang lalu.
Kelima, dihapusnya pasal yang melarang para tokoh rejim Mubarak
berpolitik selama setahun kedepan. Dengan demikian , fulul ( sisa rejim
Mubarak ) akan kembali berpolitik dan kes rasuah mereka tidak akan
diproses secara hukum. Bahkan beberapa orang yang sudah dipenjara pun
satu persatu dibebaskan. Pasal yang asas penubuhan institusi pembasmian
rasuah pun dikeluarkan.
Keenam, dibolehkannya rakyat awam
diadili dalam mahkamah tentera, jika terlibat dalam jenayah yang
berkaitan dengan ketenteraan.
Ketujuh, berkaitan dengan bidang
keagamaan, hak tafsiran undang-undang syariah Islam tidak menjadi kuasa
institusi Al-Azhar dan institusi ulama senior Al-Azhar, tapi kini
dipegang oleh mahkamah perlembagaan. Kemudian, pasal yang menganggap
gangguan agama sebagai perbuatan jenayah pun dihapuskan.
Kelapan, tidak ada sama sekali pasal tentang Revolusi 25 Januari dan
hak-hak rakyat yang menjadi mangsa pembunuhan rejim Mubarak dalam
peristiwa itu.
Itulah beberapa perkara yang dijadikan bahan
dalam kempen menolak perlembagaan dan referendum. Sebahagian besarnya
mensasarkan lapisan rakyat yang mempunyai jiwa pembelaan kepada agama
Islam. Sehingga dalam kempen tersebut jika dinyatakan bahawa
perlembagaan sama sekali tidak menyebutkan ayat-ayat Al-Qur'an,
sebaliknya malah menyebutkan perkataan Paus Shenouda , " Mesir adalah
negera tempat kita semua hidup, dan hidup di hati kita semua . "
No comments:
Post a Comment