"KHAIBAR, khaibar ya Yahud! Jaysyu Muhammad Saya'uud ..! Asy-Sya'b yurid tahrir filastiin!!! "
(Ingatlah perang Khaibar wahai kaum Yahudi. Sesungguhnya pasukan
Muhammad akan kembali mengalahkan kamu. Masyarakat menginginkan
kemerdekaan Palestina). Begitulah di antara teriakan-teriakan jemaah
solat Jumaat di Masjid Al-Azhar Mesir, beberapa jam lalu waktu Kaherah,
setelah mendengar khutbah Jumaat Syeikh Yusuf Qaradhawi, ketua Persatuan
Ulama Islam se-dunia.
"Musuh-musuh Islam berusaha untuk mengurangkan jumlah umat Islam, akan
tetapi malah disebalik, justru jumlah umat Islam setiap hari bertambah.
Israel mahu menghina umat Islam dengan segala macam cara dan pelbagai
senjata, akan tetapi tidak mungkin umat ini akan jatuh selamanya, iaitu
umat Muhammad yang siap berperang di jalan Allah, "ungkap beliau.
"Bangsa Israel yang terkutuk melakukan kezaliman kepada saudara-saudara
kita di Gaza. Wahai bangsa Israel, sesungguhnya di depanmu ada umat
yang besar sebagai umat yang satu, satu barisan, yang disatukan oleh
Islam, dan disatukan oleh Muhammad SAW.
"Kita melihat ketika
ibadah haji seluruh warna dan jenis berkumpul, dan di antara tanda-tanda
kebesaran Allah adalah penciptaan langit dan bumi, tidak akan jatuh
umat ini di hadapan kesombongan Israel, dialah umat Al-Quran dan umat
Islam, dan ini adalah panggilan besar untuk umat islam iaitu dakwah yang
tidak ada keraguan di dalamnya, maka kami mengajak seluruh dunia
bebaskanlah diri kamu daripada menyembah hawa nafsu, dan dari menyembah
selain Allah swt, dan menyembah manusia satu sama lain, wahai ahli kitab
mari kita bersatu!
"Ini adalah dakwah untuk umat manusia
seluruhnya, untuk saudara kita di Mesir, dan seluruh dunia, kerana kita
menganggap seluruh dunia ini adalah saudara bagi yang lain kecuali yang
membusungkan dada dan mengikuti kemahuan syaitan," demikian Syeikh
Qardawi.
"Musuh-musuh Islam berusaha untuk mengurangkan jumlah umat Islam, akan tetapi malah disebalik, justru jumlah umat Islam setiap hari bertambah. Israel mahu menghina umat Islam dengan segala macam cara dan pelbagai senjata, akan tetapi tidak mungkin umat ini akan jatuh selamanya, iaitu umat Muhammad yang siap berperang di jalan Allah, "ungkap beliau.
"Bangsa Israel yang terkutuk melakukan kezaliman kepada saudara-saudara kita di Gaza. Wahai bangsa Israel, sesungguhnya di depanmu ada umat yang besar sebagai umat yang satu, satu barisan, yang disatukan oleh Islam, dan disatukan oleh Muhammad SAW.
"Kita melihat ketika ibadah haji seluruh warna dan jenis berkumpul, dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah adalah penciptaan langit dan bumi, tidak akan jatuh umat ini di hadapan kesombongan Israel, dialah umat Al-Quran dan umat Islam, dan ini adalah panggilan besar untuk umat islam iaitu dakwah yang tidak ada keraguan di dalamnya, maka kami mengajak seluruh dunia bebaskanlah diri kamu daripada menyembah hawa nafsu, dan dari menyembah selain Allah swt, dan menyembah manusia satu sama lain, wahai ahli kitab mari kita bersatu!
"Ini adalah dakwah untuk umat manusia seluruhnya, untuk saudara kita di Mesir, dan seluruh dunia, kerana kita menganggap seluruh dunia ini adalah saudara bagi yang lain kecuali yang membusungkan dada dan mengikuti kemahuan syaitan," demikian Syeikh Qardawi.
No comments:
Post a Comment