.

.

Saturday, November 10, 2012

Pemerintahan Islam di Andalusia



Secara umum, pemerintahan Islam di Andalusia dilihat sebagai satu pemerintahan yang mementingkan kecemerlangan ketamadunan dari sudut ilmu, sosial dan masyarakat. Sejarawan pada umumnya mengakui bahawa sebelum Islam membuka Andalus, masyarakat Kristian Eropah hidup di dalam kegelapan
dan kejahilan.12 Ini bermaksud, kedatangan dan era pemerintahan Islam di Andalusia telah melonjakkan tamadun Islam secara keseluruhannya sehingga ada yang menganggap ia lebih hebat dari tamadun Islam di Timur yang berada di bawah pemerintahan Bani Umayyah dan Abbasiyyah.
Para pengkaji membahagikan tahap perkembangan Islam di Andalusia kepada beberapa tahap. Antaranya ada yang membahagikan kepada:

1. Tahap penubuhan dan pembinaan
2. Tahap krisis dan pemberontakan
3. Tahap kegemilangan
4. Tahap kelemahan dan keruntuhan

Manakala dari aspek pemerintahan Islam di Andalusia pula, para pengkaji sejarah membahagikan kepada tahap-tahap berikut:

1. Zaman Pemerintahan Gabenor – Bani Umayyah Damsyik (711 – 756M)
2. Zaman Pemerintahan Bani Umayyah (756 – 1031M)
3. Zaman Pemerintahan Kerajaan Kecil ( hingga 1086M)
4. Zaman Penguasan Kerajaan Afrika Utara (1086 – 1143M)
5. Zaman Pemerintahan Bani Nasr (hingga 1429M)

Secara umum, pemerintahan Islam di Andalusia telah menjadi pemangkin kepada kejayaan Eropah dalam membina tamadun mereka. Usaha-usaha yang dilakukan oleh para pemerintah Islam telah memberikan impak positif sehingga barat dapat membina tamadun mereka yang membanggakan pada hari ini.
Pada peringkat awal, pemerintah Islam berjaya untuk mengawal masyarakat Andalusia walaupun mereka mempunyai pelbagai latarbelakang. Ada dikalangan mereka berbangsa Arab, Yahudi, Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat dicapai apabila masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna. Namun, antara punca kejatuhan kerajaan Islam Andalusia juga turut disebabkan oleh kepelbagaian budaya ini yang merenggangkan sesame sendiri sehingga akhirnya kerajaan turut menjadi lemah.

Pemerintahan Islam digambarkan berjaya menjamin hak-hak asasi kaum lain sehingga mereka boleh membantu dalam usaha meninggikan tamadun. Antaranya dapat dibuktikan daripada kajian yang menyatakan bahawa:

"after five centuries of Muslim rule duirng which the Jewish community had been allowed to follow their practices practically unhampered – often with Jews being given high-ranking posts in the administration of the country, and especially after Abdul Rahman I had become the Amir of Andalus in 756 – their numbers had increased considerably."

Daripada gambaran ini, dapat difahami bahawa perpaduan antara kaum berasaskan jaminan terhadap hak-hak kaum minoriti sebenarnya boleh membantu mewujudkan kestabilan selagi manaia tidak bertentangan dengan hasrat pemerintahan. Oleh sebab itu kita dapat menyaksikan tamadun Islam Andalusia menguasai dunia dan meniti dibibir umat dalam menghormati ketamadunan yang dibina.
Peringkat Kecemerlangan Islam di Andalusia Kecemerlangan pemerintahan Islam di Andalusia boleh dikatakan berlaku pada zaman pemerintahan Bani Umayyah Andalusia, selepas mereka bertindak keluar dari penguasaan Abbasiyah terhadap wilayah Andalusia. Kejayaan ini berlaku pada zaman Abdul Rahman al-Dakhil yang mula mengukir nama di Andalusia pada tahun 138H / 756M. Zaman ini berterusan selama kira-kira 3 abad sehingga 422H / 1031M di mana pemimpinnya berjaya membentuk satu masyarakat yang dinamis dan harmonis dalam kepelbagaian latarbelakang penduduknya. Dalam hal ini, Ahmad Zaki mempertegaskan bahawa kecemerlangan di zaman pemerintahan Umayyah ini telah berlangsung dalam dua peringkat pentadbiran yang penting iaitu;

Pertama: era kepimpinan Umayyah yang memerintah tanpa campur tangan asing.
Kedua: era pemerintahan Umayyah yang tidak dipengaruhi oleh kerajaan Abbasiyyah di Baghdad dari segi politik bersama semangat rohnya.

Melihat kepada zaman kecemerlangan ini, boleh dikatakan bahawa pentadbiran yang diberi kuasa mentadbir secara sendiri tanpa pengaruh anasir luar, boleh sebenarnya memacu kecemerlangan yang ingin dicapai. Apabila pentadbiran itu tidak dicampur dengan urusan-urusan lain, maka mereka tidak akan disibukkan dengan pergolakan luaran yang berlaku. Lalu, tumpuan mereka adalah dalam kerangka mempertingkat daya dan usaha ke arah merealisasikan matlamat yang digariskan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah Andalusia itu muncul sebagai satu ketamadunan yang cukup membanggakan Timur dan Barat.

Bermula dengan era pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil jugalah telah memperlihatkan perkembangan pesat ketamadunan berlaku. Di zaman beliau, masjid Cordova17 telah dibina dan sekolah-sekolah telah didirikan di beberapa kota besar Andalusia. Hisyam pula merupakan orang yang mengungguli syariat Islam dan Hakam didapati banyak memberi sumbangan dalam melengkapkan aspek ketenteraan dari segi kelengkapan dan latihan yang sempurna untuk pasukan pertahanan ini.

Bermula pada zaman Abdul Rahman III yang dikenali juga dengan nama Abdul Rahman al-Nasir, pemerintahan di Andalusia mula menggunakan gelaran Khalifah, mungkin disebabkan oleh merekalah satu-satunya kerajaan yang meneruskan pemerintahan Bani Umayyah di kala Bani Abbasiyyah mula mengukir kuasa di Baghdad. Ada yang mengatakan bahawa pemakaian gelaran Khalifah itu berlaku kerana Abdul Rahman III melihat bahawa Kerajaan Bani Abbasiyyah mungkin akan runtuh disebabkan oleh pergolakan yang menyaksikan al-Mu’tadil dibunuh oleh pengawalnya sendiri. Gelaran Khalifah ini sudah tentu akan mengangkat martabat beliau kerana ia akan dianggap sebagai pemerintah bagi keseluruhan wilayah Islam.

Di atas semangat Abdul Rahman III inilah telah memperlihatkan kejayaan pemerintahan beliau dalam mendirikan pusat kecemerlangan ilmu, iaitu Universiti Cordova yang terus berdiri megah sehingga hari ini. Namun begitu, seakan sudah menjadi lumrah bahawa di sana ada kitaran ketamadunan seperti yang dibicarakan oleh Ibn Khaldun. Kitaran ketamadunan itu menyebabkan kita berfikir bahawa segala apa yang berada dipuncak pasti akan melalui zaman menurun. Kitaran inilah yang turut melanda Andalusia sehingga kejayaan yang dibina semakin lama semakin menunjukkan ketidakmampuan untuk dipertahankan. Apa yang dimaksudkan ialah ketidakmampuan untuk mempertahankan penguasaan Islam di sana dari sudut politik pentadbiran, bukannya dari sudut kecemerlangan intelektual dan fizikal.

Kejatuhan Andalusia tidak berlaku sekelip mata, tetapi ia melalui proses yang panjang. Sayangnya, tiada dikalangan pemimpin umat Islam pada ketika itu yang berjaya mempertahankan ketuanan Andalusia. Bibit-bibit kejatuhan itu bermula apabila pemerintahan Andalusia dijuzukkan kepada kerajaan-kerajaan kecil.

Kewujudan Kerajaan Kecil AndalusiaMembawa Keruntuhan Kerajaan-kerajaan kecil yang muncul di Andalusia terbentuk apabila kepimpinan utama mula lemah. Lebih tepat, ia rentetan daripada kelemahan pemimpin dikalangan Bani Umaiyyah yang menguasai Andalusia selepas daripada Khalifah al-Mustansar Billah (961 – 976M). Bermula dari itu, Andalusia yang diperintah oleh satu kerajaan, berpecah menjadi banyak daerah yang membentuk lebih daripada 20 kerajaan-kerajaan kecil.

Pembentukan kerajaan-kerajaan kecil ini yang turut dikenali sebagai Muluk al-Tawa’if wujud disebabkan oleh antaranya semangat puak, iaitu untuk mengangkat kaum sendiri. Mereka seolah secara tidak lansung berpegang kepada semangat ke-bangsa-an dan seakan menjurus kepada perkauman sesama sendiri.
Fenomena ini berlaku setelah pucuk pimpinan di Cordova menghadapi masalah dalaman iaitu bergaduh dan bercakaran malah ada yang saling menindas untuk merebut kuasa khalifah. Secara tidak lansung, kerajaan – kerajaan kecil ini wujud pada dekad akhir pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia, iaitu kira-kira sekitar tahun 403 H / 1012 M.

Namun bibit – bibit perpecahan awal telah pun wujud atau dapat dilihat 20 tahun lebih awal iaitu semasa Khalifah Hisham II memegang tampuk pemerintahan. Perpecahan adalah jelas ketara setelah Al-Mansur Ibn Abi Amir meninggal dunia pada tahun 392H/ 1002 M.18.

Sumber:  karangan: SEJARAH PERKEMBANGAN DAN KEJATUHAN PEMERINTAHAN ISLAM DI ANDALUSIA : TELADAN DAN SEMPADAN1 Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor2 (m_roslan@um.edu.my)

No comments:

Post a Comment