.
Wednesday, November 21, 2012
GAZA: Amaran dari Pimpinan Umum Brigade Al-Qasam
Gaza-PIP: Pimpinan umum Brigade Al-Qassam, Muhammad Dhaif memberi amaran, perang darat yang dijadikan Israel untuk menakut-nakutkan kami sebaliknya akan menjadi harapan terbesar untuk menculik dan menawan tentera Israel.Memasuki hari ketujuh peperangan "Bebatuan Sijjil", Selasa (20/11) Dhaif mengancam penjajah Israel bahawa Al-Qassam akan menculik dan menawan tentera Israel dan menegaskan bahawa Israel akan membayar harga sangat mahal jika melakukan serangan darat ke Gaza.Dhaif menyatakan, "Operasi bebatuan sijjil telah dipersiapkan dengan matang, usaha terus menerus, keringat dan darah dalam latihan dan pengeluaran senjata selepas perang Furqon pada tahun 2009."Pemimpin umum Al-Qassam ini menyebutkan bahawa pimpinan brigade dalam keadaan siap sedia penuh dan terus memantau jalannya pertempuran, dan menyampaikan apresiasi atas usaha aktivis-aktivis Al-Qassam di lapangan yang telah membuat kerugian besar bagi penjajah Israel.Dhaif menyampaikan mesej kepada segenap pejuang Al-Qassam, "Ini adalah hari kamu, maka perlihatkanlah kebaikan dirimu kepada Allah."Usai menyampaikan mesej, Brigade Al-Qassam langsung merilisnya dalam bahasa Arab dan Israel ke video bersama operasi yang mengungkap hancurnya tank Mirkava milik pasukan Israel di sempadan Gaza, dan mengancam Israel bahawa balasan yang akan datang lebih besar ketika Israel melakukan serangan darat ke Gaza. (Qm)
http://www.infopalestina.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment