Saya bawakan kajian
menggemparkan ini beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi
mengukuhkan bukti artikel ini, satu-satunya yang berbahasa Malaysia
disekitar alam maya. Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis
dan Barat yang selama ini telah mencorakkan sejarah dunia dengan
penipuan dan konspirasi.
Daripada sekian banyak maklumat dan
teori yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada satu pun yang
dapat menyatakan secara pasti apa penyebab kematian seorang pemerintah
Nazi ini. Di manakah
sebenarnya akhir dari petualangan kisah Hitler itu? Benarkah Hitler
bersama isterinya Eva Braun bunuh diri selepas minum racun sianida?
Lantas bagaimanakah hasil kajian pihak Amerika Syarikat ketika tengkorak
Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang ternyata adalah tengkorak
wanita? Di manakah sebenarnya Hitler selepas jatuhnya Berlin pada tangan
Tentera Bersekutu?
Beberapa Versi Tentang Kematiannya
Versi yang paling popular menyatakan bahawa Hitler mati bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, ketika Jerman diduduki oleh Kesatuan Soviet.
Meskipun sejumlah ahli sejarah ragu-ragu Hitler menembak dirinya
sendiri, dan berpendapat bahawa fakta itu hanyalah propaganda Nazi untuk
menjadikan Hitler sebagai pahlawan.
Namun, lubang pada potongan tengkorak yang telah dijumpai tampak
menguatkan lagi hujah tersebut ketika tengkorak itu dipamerkan di Moscow
tahun 2000. Bagaimana dan bila Hitler meninggal sekarang ini masih
diselimuti misteri.
Dapat dijumpai penjelasan tentang punca dan bila Hitler mati dari
beberapa versi. Ada kematian versi Jerman, versi Rusia, dan versi para
pengkaji sejarah atau saintis.
Versi Jerman, seperti yang diceritakan oleh Flegel, salah seorang
jururawat Hitler dan pemimpin Nazi yang lain ketika di dalam
bunker(kereta perisai).
Versi Russia, yang dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi
Organisasi Keselamatan Rahsia Russia, KGB, yang mengatakan, bahawa Adolf
Hitler mengakhiri hidupnya bukan dengan menembak dirinya sendiri,
tetapi dengan meminum racun sianida.
Seperti yang dinyatakan oleh Leftenan Jeneral Vasily Khristoforov,
kakitangan arkib untuk Organisasi Keamanan FSB Rusia, "Unit Peubatan
Tentera Kesatuan Soviet ketika itu telah memastikan bahawa Hitler dan
Eva Braun mati selepas meminum racun sianida pada 30 April 1945."
Versi para saintis, yang terkini adalah mengikut pendapat umum
dalam hal ini diwakili oleh para saintis. Sudah lama sebenarnya para
saintis dan ahli sejarah menyatakan bahawa potongan tengkorak yang telah
diambil dari luar bunker Hitler oleh tentera Rusia dan selama ini
disimpan perisikan Soviet itu akan menjadi bukti yang meyakinkan bahawa
Hitler menembak dirinya sendiri sehingga mati selepas meminum pil sianida pada 30 April 1945.
Akhirnya analisis DNA dilakukan terhadap potongan tengkorak itu oleh
penyelidik dari Amerika Syarikat, dan mereka menyatakan, "Kami tahu
tengkorak itu ada kaitan dengan seorang perempuan berusia antara 20 dan
40 tahun," kata ahli arkelogi Nick Bellantoni dari Universiti
Connecticut, AS, yang dipetik dari Dailymail.
"Tulang itu kelihatan sangat nipis, tulang tengkorak lelaki cenderung
lebih kuat. Dan persambungan di mana kepingan tengkorak itu menyambung
nampak berkaitan dengan seseorang yang berusia kurang dari 40 tahun.
Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun. "
Dengan adanya hasil ujian DNA tersebut, bererti sejarah kematian Hitler
menjadi sebuah misteri kembali, dan para ahli teori konspirasi terus
memikirkan semula kemungkinan lain tentang kematian Hitler, seperti
Hitler tidak mati di dalam bunker.
Biografi Ringkas Adolf Hitler
Mengenai masa kanak-kanak, remaja, sampailah menjadi seorang pemerintah,
Hitler kecil adalah seorang kanak-kanak yang tidak diterima, ayahnya
sangat membencinya dan menganggap sikapnya yang "anti-sosial" sebagai
sebuah kecacatan.
Ayahnya seorang yang keras dalam mendidik anak, sedangkan ibunya, Klara
sangat baik kepadanya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dari
ayahnya inilah yang memberikan pengajaran dalam pembentukan mental dan
kejiwaan Hitler ketika dewasa.
Ketika hidupnya kucar-kacir, Perang Dunia 1 pun bermula. Tanpa ragu-ragu
Hitler mendaftar menjadi tentera dengan pangkat Koperal, bertugas di
medan perang di barisan paling hadapan. Kecewa dengan kekalahan Jerman
di Perang Dunia 1, dan melihat negara dan rakyatnya yang sengsara dan
kelaparan, Hitler mula menjadi Anggota Parti Buruh yang kemudian menjadi
NSDAP (National Socialistische Deutsche Arbeiter Partei).
Surat keiizinan masuk |
Pada tahun 1920, Hitler dilantik menjadi Ketua Bahagian Propaganda, ketika inilah terserlahnya bakat Hitler berpidato.
Satu tahun kemudian, 1921, Hitler menjadi ketua parti. Akhirnya pada
tahun 1962, Hitler mendapatkan hak kuasa mutlak daripada
partinya. Hitler dianggap sebagai seorang yang pandai berpidato, digelar
"singa podium", ahli pidato yang mampu memukau para pendengarnya.
Hitler adalah ahli politik handal dan berjaya membina imej yang berjaya
melalui propagandanya. Beliau berjaya membina idea serta pemikiran
menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang berjaya melalui propaganda.
Beliau berjaya membina sebuah kekuatan dahsyat yang ditakuti. Beliau
juga berjaya membangunkan idea sebagai fuhrer atau pemimpin yang boleh
dipercayai rakyat, membawa bangsanya ke puncak kejayaan.
Bukti-Bukti Hitler di Indonesia
Bagaimanakah Hitler boleh sampai ke Indonesia? Bagaimana dia boleh
bekerja menjadi seorang doktor di Hospital Umum Sumbawa Besar? Sehingga
kepada pertemuan Hitler dengan seorang wanita sunda yang akhirnya
menjadi isterinya?
Juga tentang kesaksian Dr Sosro Husodo ketika bertemu dengan Hitler
ketika di Sumbawa Besar. Dan semuanya telah dilengkapi dengan
dokumen-dokumen lengkap serta foto-foto sedia ada.
Hitler
yang terkenal, dengan kekejamannya di abad ke-20, rupa-rupanya telah
bersembunyi di Indonesia sejak tahun 1954 sehingga tahun 1970, yang
kemudian diketahui oleh Pakatan Bersekutu (AS, Kesatuan Soviet, Britain
dan Perancis) yang seterusnya dihasut oleh Israel untuk terus memburu
para tokoh Nazi.
Pada
tahun 1954, Adolf Hitler memasuki Indonesia dengan menggunakan nama
palsu, Dr Poch. Pada awalnya, Dr Poch tinggal di Dompu kemudiannya
berpindah ke Bima, seterusnya berpindah pula ke Pulau Sumbawa Besar,
kemudian bekerja sebagai doktor di Hospital Umum Daerah Sumbawa Besar.
Seluruh penduduk Pulau Sumbawa mengenali doktor ini, yang dipanggil
dengan gelaran "Doktor Jerman".
Salah
satu peninggalan Adolf Hitler yang meninggal pada tarikh 15 Januari
1970 di Surabaya, adalah buku nota kecil berwarna coklat bersaiz 9×16 cm
dengan tebal 44 cm.
Di
dalam buku itu tertulis puluhan alamat sekutu-sekutunya dan rakan
sekerja Hitler yang sama, seperti yang tercatat dalam sejarah Eropah.
Begitu pula tulisan tangan yang ditulisnya dibuku tersebut sangat hampir
dan mirip dengan tulisan tangan Hitler.
Buku
ini mempunyai erti yang sangat besar, kerana ianya merupakan salah satu
bukti yang boleh dipercayai yang menyatakan bahawa "Dr Poch" adalah
Pemerintah Nazi, Adolf Hitler.
Surat Izin Mengemudi Dr Poch saat tinggal di Sumbawa Besar |
Hitler yang
bertemu dengan seorang gadis bernama Sulaesih yang sedang menggembara ke
Sumbawa Besar, yang akhirnya dilamar oleh Hitler.
Tidak lama selepas Dr Poch melamar Sulaesih, beliau memeluk Islam pada tahun 1964, disaksikan oleh Ketua Jabatan Agama di Sumbawa dan menukar namanya menjadi Abdul Kohar. Pada tahun 1965, Hitler pun menikahinya.
Aries Zulkarnaen, salah seorang saksi kewujudan Dr Poch, pada tahun 2010
berkata doktor itu mempunyai dua sikap yang berlawanan antara satu sama
lain, pemarah namun sering bergurau senda dengan orang lain.
"Dia pemarah, banyak memberi penerangan tentang ubatan dengan mulut
[menyebutkan nama ubat], tapi kalau ada yang tanya lagi, dia beritahu,
kan saya sudah jelaskan tadi," kata Aries.
Poch juga akan marah jika pesakitnya menyebut penyakit yang mereka
alami. "Apa kamu doktor?," Kata Aries, meniru gertakan yang sering
diucapkan Poch.
Adolf Hitler (kanan) ketika berusia 75 tahun di Sumbawa Besar |
Aries menambah, Poch juga dikenali
sebagai seorang yang berperikemanusian. "Tidak takut gurauan kasar
dengan masyarakat," kata dia. Yang paling menonjol dari Poch, kata
Aries, adalah caranya memandu kenderaan Jeepnya.
"Jalan-jalan di Sumbawa dulu belum
bagus, tapi dia memandu dengan satu jari. Luar biasa, "kata Aries. "Itu
tanda-tanda dia bekas tentera," tambah Aries.
Adolf Hitler saat berusia 78 tahun, dengan keadaan tubuhnya yang agak bongkok |
Walaupun tidak pernah menyangka bahawa
Poch adalah Hitler, Aries mengaku bahawa masyarakat setempat
menjangkakan dia seorang bekas tentera Nazi.
"Dia sangat bertenaga, kelihatan sekali tenteranya. Penduduk ketika itu sudah mengira dia bekas tentera NAZI, "jelas dia.
Dalam akhbar Harian Pikiran Rakyat pada
tahun 1983, terdapat sebuah artikel berkenaan dengan Hitler. Penulisnya
bernama Dr Sosrohusodo, Profesor Lulusan Universiti Indonesia yang
pernah bertugas di kapal yang dijadikan hospital bernama 'Hope' di
Sumbawa Besar.
Dr Sosrohusodo menceritakan
pengalamannya bertemu dengan seorang doktor tua berasal daripada Jerman
bernama Poch di Pulau Sumbawa Besar pada tahun 1960. Poch adalah pegawai
sebuah rumah sakit terbesar di pulau tersebut. Orang itu dinyatakan
sebagai Hitler.
Bukti-bukti yang diterangkan Dr
Sosrohusodo, adalah bahawa doktor tersebut tidak mampu untuk berjalan
dengan normal. Dia selalu mengheret kaki kirinya ketika berjalan.
Foto ketika Dr Poch menikah dengan Sulaesih |
Kemudian tangannya, kata Dr
Sosrohusodo, tangan kiri doktor Jerman itu sentiasa bergetar. Dia juga
mempunyai misai menegak mirip Charlie Chaplin, dan kepalanya tidak
berambut.
Keadaan ini seperti dengan gambaran
Hilter ketika ianya tua, yang ditemui di sebuah buku biografi Fuhrer.
Ketika bertemu dengannya di tahun 1960, orang yang dikata sebagai Hitler
itu berusia 71 tahun.
Menurut Dr Sosrohusodo, doktor yang
berasal dari Jerman yang dia temui itu sangat misteri. Dia tidak
mempunyai lesen untuk menjadi doktor, bahkan dia sama sekali tidak
mempunyai kepakaran tentang kesihatan.
Surat Perkawinan Lain Dr Poch dan Sulaesih |
Dr Sosrohusodo mengakui
pernah memeriksa tangan kiri Poch yang selalu bergetar. Ketika beliau
bertanya bilakah gejala ini mula terjadi, Poch lalu bertanya pada
isterinya yang lalu menjawab, "Ini terjadi ketika Jerman kalah di
pertempuran dekat Moscow. Ketika itu Goebbels menyatakan kepadanya
dengan memukul meja berkali-kali. "
Goebbels yang disebut isteri Poch
berkemungkinan ialah Joseph Goebbe, menteri propaganda Jerman yang
dikenali setia dengan Hilter.
Kata Dr Sosrohusodo,
isteri Poch, iaitu Eva Braun, beberapa kali memanggil suaminya 'Dolf',
yang dikatakan nama panggilan pendeknya daripada Adolf Hitler.
Hitler Mati di Indonesia
Pengakuan Hitler kepada isterinya yang
berasal dari Indonesia, Sulaesih, bahawa dia adalah memang Hitler yang
sebenarnya, Der Fuhrer. Apa sahaja kegiatan Hitler sebelum dia
meninggal?.
Terdapat kenyataan daripada Stanlin,
bahawa yang terbunuh di dalam bunker di Jerman bukanlah Hitler asli. Dan
di bahagian akhir buku ini menceritakan bagaimana akhirnya seorang
pemerintah Nazi meninggal di Indonesia.
Selama ini kematian Hitler memang
sangat misteri, kerana tidak ada saksi yang dapat menunjukkan di mana
mayat Hitler ataupun mayat Eva Braun, isteri terakhirnya ketika dia
berada di Eropah.
Dalam pertemuan rundingan Postdam 1945,
Stanlin menyatakan bahawa mayat Hitler dan Eva Braun tidak dijumpai.
Stanlin menyatakan kemungkinan, bekas pemerintah Nazi ini telah
melepaskan diri dan lari ke Sepanyol atau Amerika Latin.
Dan tidak berapa lama kemudian, ada
sebuah khabar yang menyatakan Hitler melarikan diri menggunakan kapal
selam ke sebuah pulau. Tapi tidak ada yang tahu pulau apa dan di mana.
Dunia antarabangsa sama sekali tidak
menyedarinya. Bahawa seorang pemimpin Nazi yang terkenal sangat kejam
itu bersembunyi dengan aman di Sumbawa Besar, sehingga ia meninggal di
Surabaya dan dikebumikan di perkubuan awam muslim di Ngagel.
Penutup
Kematian Pemerintah Jerman, Adolf
Hitler yang diyakini tewas dalam pertempuran dengan membunuh diri dalam
sebuah bunker, pada tanggal 30 April 1945 di Berlin, tetap masih
dipersoalkan dan menjadi misteri.
"Siapa yang menyaksikan peristiwa di bunker saat Hitler bunuh diri? Tidak ada, sumber cerita tersebut hanya dari mulut ke mulut. Dan pada saat itu, walaupun tidak ada saksi dan bukti yang jelas, pihak sekutu tetap mengumumkan secara rasmi bahwa Hitler dan istri, Eva Braun telah meninggal.
Bukan tidak mungkin Hitler mati di Indonesia. Kerana Indonesia dianggap tempat yang aman, bagi Hitler. Silakan siapa pun untuk menemukan jawaban yang sesungguhnya. (Ir KGPH Soeryo Goeritno, Msc.,Penulis Buku)
(Foto-foto diatas ditanda untuk menghargai hak cipta)
Judul Buku : Hitler Mati di Indonesia
Katagori : Umum / Tokoh / Sejarah
Ukuran : 14 X 21 cm
Penulis : Ir. KGPH Soeryo Goeritno, Msc
ISBN : 978-602-97263-0-5
Isi Buku : vi + 122 halaman
Penerbit : Titik media Publisher
Buku
ini akan menjawab beberapa soalan yang belum terjawab, spt: Mengapa
Hitler lari ke Indonesia? Mengapa Hitler akhirnya menjadi Muslim? Apa
hubungan Hitler, Indonesia dan Yahudi? Apa yang dilakukan Hitler di
Indonesia? Bagaimana hubungan Hitler dengan Sukarno? Dimana kubur Hitler
di Indonesia? Bagaimana Hitler boleh berada di Indonesia? Apa kata
Jerman, Rusia, Inggeris dan Israel? Siapa lagi yang mengetahui Hitler di
Indonesia? Bagaimana Hitler menyembunyikan identitinya?” Buku yang akan menggemparkan dunia” (H.Oetoyo Oesman, SH- Mantan Menteri Kehakiman).
” Merinding saya membacanya” (Drs. J.B Soedarmanto Kadarisman- Mantan Dubes RI untuk Argentina dan Belanda).
” Merinding saya membacanya” (Drs. J.B Soedarmanto Kadarisman- Mantan Dubes RI untuk Argentina dan Belanda).
No comments:
Post a Comment