Anda
tentu pernah melihat peta-peta lama semenanjung Tanah Melayu. Kita juga
tahu bahawa Tanah Melayu suatu ketika dahulu tercatat di dalam
peta-peta pelayaran di barat malahan Gunung Ledang juga telah dikenali
sekian lama dahulu.
Di
dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa
Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari
Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari
negeri Ophir. Negara
Barat mengenalinya sebagai Mount Ophir iaitu berasal daripada bahasa
Yahudi tua atau Hebrew yang turut tercatat dalam Kitab Zabur yang
antara lain menyatakan kawasan itu mempunyai banyak logam emas.
manakala pedagang China pula, gunung itu digelar sebagai Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas.
Sejak
lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang
luar sebagai tempat pengeluar emas. Ptolemy yang menulis pada abad
kedua Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas, Aurum
Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang
terletak di antara negeri China dengan negeri India. Mengikut
pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah
Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan,
menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas
hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur
Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.
Laksamana
Cheng Ho dikatakan pernah melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang
dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya. Di
keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap
satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali
ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang
dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas. Dalam peta lama
Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah
pusat perusahaan emas. Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih
merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang
sehingga tahun 1817.
Rounsevelle
Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui
seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih
pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.
Cuba teliti dua peta lama versi barat ini pula.
Peta
pertama dicetak pada 1572 oleh Ignazio Danti, manakala yang kedua pada
1606 oleh Jodocus Hondius. Hondius menamakan sungai itu sebagai R
Fermoso. Mengikut peta Danti, kota Melaka terletak sedikit ke darat
hampir dengan banjaran Titiwangsa, dekat gunung Ledang.
Sekiranya
kita mencari lokasi kota Melaka menurut lakaran Ignazio Danti,
kemungkinannya Melaka terletak di sekitar Gemas atau Segamat. Pernah
suatu ketika beberapa orang telah melakukan penerbangan melalui ruang
udara hutan Endau-Rompin terlihat sebuah kota lama seolah-olah dijaga
orang.
Misteri
bigfoot di Endau-Rompin memang sudah diketahui ramai. Dikatakan Yeti
menjaga Shangri-La di Himalaya, bigfoot Malaya mungkin ditugaskan
menjaga kota ini. Lagipun banjaran Titiwangsa bersambung dengan
Himalaya.
Adat
Melayu, rajanya bersemayam di istana hulu di sungai. Jarang-jarang
istana raja-raja Melayu di kuala sungai. Kalau pun ada istana kecil di
kuala sungai, ia milik Temenggong atau Laksamana.
Jadi
persoalannya apakah kemungkinannya pusat pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka bukan terletak di lokasi sekarang sepertimana yang kita sedia
maklum? Apakah kita sekali lagi tertipu dengan sejarah yang diciptakan
orang-orang Barat yang jelas memusuhi Islam.
Apakah
kemungkinannya sebuah kota lama sengaja ditenggelamkan bagi memberi
laluan pembinaan empangan Lingui yang dibina pada tahun 1990 serta
diuruskan oleh Public Utility Board yang menguruskan sumber bekalan air
untuk Singapura? apakah kemungkinannya Kota Gelanggi itu sebenarnya
adalah pusat empayar kerajaan Melayu suatu ketika dahulu.
Walaupun
satu kajian telah dilakukan oleh kerajaan pada tahun 2005 yang
menafikan sebarang kewujudan kota di dasar empangan berkenaan, namun
dakwaan beberapa pengkaji yang pernah melihat foto para pegawai British
bergambar berlatar belakang sebuah kota yang gah terletak di dalam
hutan tebal masih merupakan satu misteri buat kita.
yang jaga empangan linggiu tu bukana 'PULADA' ke?
ReplyDelete