Seorang wanita tua selalu
menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan
di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW
tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila
wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati
menunjukkan kasih sayang terhadapnya,dengan keperibadian mulia yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas
wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.
Kisah yang seakan sama
berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib
Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.
Suhaib menceritakan seorang
Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di
Bronx, New York. Jiran warga Sudan itu ialah seorang wanita tua Yahudi.
Warga Sudan dan isterinya
sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tersebut. Tetapi
wanita Yahudi itu mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi
mereka. Tetapi keluarga warga Sudan itu terus menyantuni jirannya,
kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita tua
Yahudi itu dirompak, lalu warga Sudan tersebut ternampak dan
menyelamatkannya. Akibat kecederaan wanita tua Yahudi itu terlantar di
hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahinya, hanya warga Sudan
itu sahaja. Tetapi wanita tua Yahudi itu masih tetap memarahinya.
Apabila sihat, wanita tua
Yahudi itu kembali ke rumah, namun warga Sudan tersebut masih berbuat
baik kepada jirannya walaupun wanita tua Yahudi itu tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua Yahudi
tersebut jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital dan tiada
sesiapa juga yang menziarahinya hanya warga Sudan dan isterinya sahaja.
Dengan keperibadian Islam yang ada pada warga Sudan tersebut menarik
perhatian wanita Yahudi itu, lalu bertanyalah kepada warga Sudan
tersebut mengenai Islam, Akhirnya terbukalah pintu hidayah lalu wanita
tua Yahudi itu memeluk Islam. Subhanallah….
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.
Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi itu telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan
belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu
menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana
sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”
(Al-Baqarah: 195)
Islam menyeru umatnya berbuat
baik sesama makhluk, baik berupa manfaat ilmu, harta benda dan juga
yang berbetuk nasihat ke agamaan, sepertimana sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas setiap sesuatu.”
Sumber: http://pengajarandantauladan.blogspot.com/
Sumber: http://pengajarandantauladan.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment