.

.

Friday, July 5, 2013

Terkini!!! Mesir Kembali Tegang - Presiden Dr Mursi Diguling Pihak Tentera.. Pejuang Presiden Sanggup Syahid..




Akhirnya Presiden Mesir yang dipilih rakyat, Dr. Mursi telah diguling oleh tentera dketuai oleh Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fattah al-Sisi dengan merampas kuasa secara rasmi. Ketua Mahkamah Konstitusi Perlembagaan Mesir. Adli Mansour telah dinamakan menjadi pemimpin sementara sehingga pilihanraya baru diadakan semula.

Kenyataan itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan Mesir sendiri dan disiarkan oleh AFP, Khamis (4/7/2013). Selain itu, Abdul Fattah juga mengumumkan pembekuan perlembagaan Islam yang disusun sebelumnya oleh Mursi.

Fattah berharap pemerintahan yang kuat akan segera terbentuk. Kenyataan beliau mendapat dukungan dari pemimpin pembangkang Mesir, Mohamed El Baradei.

"Itu sesuai dengan keinginan rakyat," kata Baradei.

Sebelumnya, ribuan warga Mesir menuntut Mursi meletakkan jawatannya. Penentangan itu telah berkembang hingga mendapat dukungan tentera. Kelmarin, pihak tentera yang mewakili golongan sekular Mesir telah memberi katadua kepada Mursi agar segera meletakkan jawatannya.

Namun Mursi telah menolaknya. Akhirnya pasukan tentera dan kereta perisai mendatangi istana presiden hingga membuat Mursi terkepung.

Sementara itu Dr. Mursi telah menolak rampasan kuasa dan penggulingan dirinya sebagai ketua negara Mesir dan menyatakan akan tetap mempertahankan keabsahannya sebagai Presiden Mesir.

"Saya menolak tegas penggulingan dari kedudukan presiden. Dan saya tetap sebagai presiden sah di negara ini," kata Mursi dalam pidato yang disiarkan oleh television Aljazeera, Kamis.

Pidato Mursi itu tidak disiarkan television setempat, dan tempat penyampaian pidatonya pun tidak diketahui.

Pernyataan Mursi itu dihantarkan ke Internet dan disiarkan oleh jaringan television Aljazeera sekitar satu jam setelah Angkatan Bersenjata mengumumkan peta jalan untuk menggulingkan dirinya.

Mursi mengatakan, ia siap melakukan dialog dengan semua kekuatan politik untuk memecahkan persoalan bangsa.

Ia juga menyerukan semua pihak termasuk pendukungnya untuk tidak melakukan tindakan ganas dan tetap memelihara keamanan negara.

Mursi yang digulingkan setelah setahun menjabat presiden itu juga meminta tentera dan polis melindungi seluruh rakyat dan menjaga kestabilan dan keamanan.

Ruang tempat pidato presiden itu dilatari oleh kaligarafi Arab dan di sisinya sebuah bendera nasional Mesir.

Sementara itu, pendokong Mursi di Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah mengecam penggulingan tersebut.

Mereka menanggapi pengumuman penggulingan itu dengan mengumandangkan takbir Allahu Akbar.


Para pejuang agama sudah bersiap sekiranya panggilan syahid memanggil mereka. Kain kafan yang ditunjukkan sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.


Ketika berita ini disiarkan, pendukung Mursi masih bertahan di Bundaran Rabiah Adawiyah. Pasukan tentera rukun kedua tentera Mesir telah mengumumkan ketidaksetujuan mereka kepada rampasan kuasa yang berlaku dan menyatakan taat setia mereka kepada Ketua Angkatan Tentera yang sah yang merupakan Presiden Dr. Mursi.

"Presiden baru" sementara Mesir, Adli Mansour telah menyampaikan ucapan sulung sebentar tadi. Beliau akan mengangkat sumpah terdekat di hadapan Anggota-anggota Hakim lain dalam tempoh sementara.

Di dalam perkembangan berkaitan, Raja Arab Saudi, Abdullah, dengan begitu cepat telah mengirimkan kawat ucap selamat kepada pejabat sementara presiden baru Mesir dan menyatakan perlantikan Adli Mansour sebagai Presiden sementara Mesir berlaku dalam saat "kritis" sejarah bangsa Mesir.

"Atas nama rakyat Arab Saudi saya mengucapkan selamat kepada anda untuk mengambil alih kepemimpinan Mesir pada saat yang kritis dalam sejarahnya," kata Abdullah dalam ucapan pertama ucapan selamat oleh pemimpin Arab untuk Adli Mansour. Demikian diberitakan pejabat berita rasmi Saudi SPA.

"Kami meminta kepada Tuhan untuk membantu anda memikul tanggung jawab untuk mencapai harapan saudara-saudara kami di Mesir," kata penguasa Sunni di negara yang kaya minyak itu dalam pesanannya semalam.

Ia juga menyampaikan pujian kepada angkatan bersenjata Mesir dan pemimpinnya Abdul Fattah al-Sisi untuk menerapkan "kebijaksanaan" dalam membantu menyelesaikan krisis dan menghindari "kesan-kesan yang tak dapat diramalkan".
Ucapan Dr Morsi : 


Sesungguhnya,

Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun,
ku mengharapkan,
kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,
untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,
la haula wa la quwwata illa billah!

No comments:

Post a Comment