.

.

Monday, July 22, 2013

APA YANG SAYA BIMBANGI DI SEBALIK TPP?



Menurut laman web rasmi Australia, motif penting Trans-Pasific Partnership (TPP) ialah untuk merealisasikan perdagangan bebas di Asia Pasific. "The Trans-Pacific Partnership Agreement (TPP) is a viable pathway for realising the vision of a free trade area of the Asia-Pacific."

Free Trade asasnya bertepatan dengan Islam sebagaimana sabda nabi SAW: “biarkan orang ramai menentukan rezeki masing-masing”. Tetapi ia akan menjadi barah apabila sumber perniagaan adalah bersifat peruntukan (resources allocation) yang bersumberkan cukai orang ramai. Orang ramai dipaksa membayar cukai yang akhirnya diguna pakai oleh golongan 1% tersebut.

Sememangnya struktur dan pengurusan permodalan (resources management), perdagangan bebas dan lain-lain di lihat sebagai baik apabila dilihat dari kacamata berasingan. Tetapi dari persektif ekonomi Islam ia adalah masalah kerana Islam melihat dari semua aspek berkaitan. Seorang yang memberi pinjam RM1000 dilihat sebagai baik. Si peminjam memberi hadiah kepada si pemberi pinjam RM300 sebagai tanda terima kasih juga adalah baik. Kedua-dua transaksi ini dilihat baik jika ia berasingan, tetapi akan jadi riba apabila kedua-dua transaksi ini dicampurkan sekali di dalam satu kontrak.

Kebimbangan saya ialah, apabila TPP dilaksanakan, ia akan memberikan kesan negatif dari dua aspek posisi:
1. Jika kita negara pengguna, produktiviti di dalam negara kita akan terjejas akibat tidak mampu bersaing dengan barangan import yang dibawa masuk oleh kuasa-kuasa ekonomi luar. Akibatnya, local production akan mati.

2. Jika kita boleh mengeksport barangan-barangan kita, maka demand capital oleh Korporat-korporat yang seramai sekitar 1% rakyat akan semakin bertambah. Bagi memenuhi demand golongan 1% ini, cukai-cukai dan hasilan negara akan semakin ditompokkan kepada golongan ini. Kesannya, golongan 99% rakyat akan terbeban dengan kenaikan kepelbagaian cukai termasuk yang terbaru ialah dikenakan GST. Jika kerajaan takut rakyat bangkit akibat dikenakan cukai pelbagai, maka hasilan negara seperti Petronas mungkin akan dialihkan chanelnya banyak kepada golongan 1% ini. Bagi saya, cukuplah rakyat dibebani dengan pelbagai jenis dan bentuk cukai.

Bagi saya, rakyat perlu disedarkan dan dikejutkan dari tidur. Perlu ada movement bantahan terhadap usaha malaysia ini.

Penyelesaian terbaik kepada masalah ekonomi rakyat dengan cara menumpukan sistem aliran kewangan untuk menaikkan kuasa modal rakyat tempatan dan membuang kekangan monopoli melalui kawalan perdagangan yang dikenakan ke atas rakyat malaysia. Bukan membuang kekangan kawalan ke atas kuasa dagang asing melaluil TPP, khususnya dari Amerika Syarikat.

Itulah sistem Usyur di dalam islam, iaitu mengawal pedagang asing ke Malaysia, bukan mengawal dan mengekang pedagang tempatan.

Ustaz Zaharudin Muhammad.
Ahli Majlis Syura PAS

No comments:

Post a Comment