Adli Mansour Presiden Baru Mesir dari Kristian Qibti |
Buat pertama kali dalam sejarah moden negara Arab mempunyai ciri-ciri
pemimpin Islam yang sebenar. Presiden Mesir yang baru di gulingkan Dr
Muhammad Morsi walaupun tidak sampai setahun memerintah mempunyai akhlak
dan ilmu Islam yang tinggi. Beliau diberitakan sentiasa bermunajat
kehadrat Allah bagi memohon bimbingan memrintah Mesir dan juga seorang
yang hafiz al-Quran.
Kerajaan Islam Mesir tumbang akibat dari pengkhianatan dari golongan
Islam sendiri yang terdiri dari Parti Nur, yang dianggotai oleh golongan
Salafi yang mendapat bantuan dari Arab Saudi. Sebaik saja Parti Nur
mengalihkan sokongan kepada tentera, Saudi dengan serta-merta
menjanjikan habuan sebanyak $150 juta dolar setahun kepada parti
tersebut. Setelah berjaya menggulingkan Morsi barulah Saud menawarkan
bantuan ekonomi kepada Mesir. Muhammad bin Naif bin Abd Aziz, menteri
luar negeri Arab Saudi memberi jaminan kepada kerajaan Mesir, dengan
rampasan kuasa ini. Kerajaan Arab Saudi akan memberi $3 billion dolar
kepada kerajaan Mesir, dalam masa yang sama, separuh dari duit ini, akan
diserahkan sebelum tempoh 5 hari. Saud yang mengaku sebagai pemimpin
negara Islam Sunni ini telah menjalankan usaha menjatuhkan sebuah
Kerajaan Islam Sunni dengan bantuan golongan Salafi. Tetapi sungguh amat
menghairankan atas dasar apakah yang membolehkan mereka menjatuhkan
seorang pemimpin Islam yang warak tetapi melantik Adli Mansur seorang
Kristian Qibti dengan sokongan penuh gereja Coptic!
Saud yang dulunya mencipta sejarah apabila pertama kali membebaskan bumi
Mekah dan Madinah dari pemerintahan khalifah Othmaniyyah, kali ini pula
dengan bantuan Saud buat pertama kalinya selepas Amru Ibn Al A’s R.A.
membuka Mesir, dan memperkenalkan Islam ke Mesir pada tahun 639 di bawah
Khalifah Omar Ibn Al Khattab RA. Mesir sebelum ini hanya diperintah
oleh umat Islam dan pemimpin Islam sahaja! Sehingga malam kelmarin 2013
termaktub dalam sejarah umat Islam diperintah oleh Kristian Qibti
(Coptic).
Bagaimanakah Saud Menggerakan Rancangannya
Kekuatan tentera Mesir sahaja tanpa bantuan dari luar tidak mampu untuk
menggulingkan Dr Morsi kerana dalam kalangan general terdapat juga
sokongan kepada Dr Morsi. Perancangan tersebut memerlukan perancangan
yang teliti dan kewangan yang besar. Ia memerlukan bantuan dari agensi
perisikan, inilah sumbangan dari Saudi dan Dubai.
Arab Saudi dan UAE mengerahkan segala kekuatan dan kewangan dengan
menaja beberapa orang general yang berpengaruh. Denagn jatuhnya Dr.
Morsi melalui rampasan kuasa tentera, Raja Saudi, Abdullah berjaya
membalas dendam atas kejatuhan sekutu kuatnya Hosni Mubarak pada
Februari 2011 yang lalu. Dua negara ini bergabung bagi menjatuhkan
Ikhwan dan menjamin bantuan kewangan kepada General Abdel Fattah
El-Sisi, Menteri Pertahanan dan Ketua Tentera, seperti berikut:
- Arab Saudi dan UAE menjamin bantuan ketenteraan tahunan sebanyak $1.3 billion dolar jika pentadbiran Obama menyekat bantuan akibat rampasan kuasa.
- Saudi, UAE dan negara-negara teluk lain, seperti Bahrain dan Kuwait, akan serta-merta memberi bantuan kewangan segera yang mencukupi bagi menggerakkan ekonomi Mesir. Rakyat Mesir dijamin mempunyai taraf hidup lebih baik dan makanan yang mencukupi berbanding semasa diperintah oleh Ikhwan.
- Mengikut beberapa sumber, Saudi dan UAE menjanjikan jumalah yang sama seperti diberikan oleh Qatar kepada Ikhwan tahun lepas iaitu sebanyak $13 billion dolar.
Maka tersingkaplah sandiwara yang mereka laungkan kononnya mereka
memperjuangkan pembebasan al-Aqsa, padahal merekalah merupakan batu
penghalang. Disaat hasrat umat Islam hampir tercapai untuk melihat
pembebasan al-Aqsa, maka ketika itulah mereka menggerakkan rancangan
untuk menggagalkan kekuatan umat Islam ini. Kenapa tidak dengan segala
keupayaan perisikan, ketenteraan dan kewangan mereka sepatutnya
menggerakkan untuk pembebasan al-Aqsa tetapi sebaliknya menumbangkan
kerajaaan Islam yang bertekad untuk menjayakannya!
Apakah Matlamat Krisis Asia Barat
Dengan jatuhnya Ikhwan di Mesir ia memberikan impak yang amat besar
kepada Israel. Kesan sertamerta dalam tempoh yang terdekat ialah ia
memberikan kelegaan terhadap keselamatan Israel terutamanya bahaya yang
dihadapi Israel dari Sinai. Tetapi yang menghadapi kesan yang paling
teruk ialah pejuang Palestin Hamas, yang selama ini mendapat bantuan
kewangan dan ketenteraan dari kerajaan Morsi. Sudahlah kekurangan
bantuan persenjataan berat akibat putus hubungan dengan Iran hasil dari
krisis Sunni-Syiah yang berlarutan, maka pasti rancangan Israel untuk
meluaskan wilayahnya menjadi lebih mudah.
Suasana peperangan di Asia Barat hari ini hanyalah mempunyai satu
matlamat iaitu untuk menjamin keutuhan Israel. Ia terbukti sebaik sahaja
Kerajaan Islam pimpinan Dr Morsi digulingkan, tentera Mesir yang
lengkap bersenjata dan menggunakan jentolak menutup laluan ke Gaza yang
dibuka oleh Dr. Morsi bagi membantu umat Islam Palestin. Laluan terowong
antara Mesir dan Gaza adalah satu-satunya laluan bagi mendapat bekalan
untuk kehidupan seramai 1.8 juta penduduk Gaza sejak kepungan oleh
Israel pada 2006.
Rejim Tentera Mesir Menutup Laluan Rafah Dengan Kawalan Ketat Tentera |
Pertelingkahan yanng berlaku dikalangan umat Islam hari ini adalah
kerana mereka gagal mengenali siapakah musuh sebenar mereka. Mereka
enggan kembali kepada al-Quran padahal dalam al-Quran jelas menyatakan
musuh sebenar bagi umat Islam ialah Yahudi dan Nasrani. Tetapi
sebaliknya mereka sanggup menghabiskan segala sumber hasil dan kewangan
yang Allah anugerahkan kepada mereka untuk menghunus senjata sesama
Islam. Mereka perlu faham bahawa dengan mereka bersatu menentang Zionis
barulah mereka dapat bersatu dan duduk semeja mencari titik
persefahaman. Kerana unsur-unsur Zionis lah yang menjadi penghalang
kepada kemenangan umat Islam kini. Mereka sentiasa mengadakan masalah
supaya pertikaian sesama umat Islam berlarutan.
sumber;
- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=467799223306921&set=a.242211945865651.59469.241317679288411&type=1&theater
- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=677445658949006&set=a.454156034611304.118916.108081752552069&type=1&theate
- http://www.debka.com/article/23090/Saudis-Gulf-emirates-actively-aided-Egypt’s-military-coup-settling-score-for-Mubarak-ouster
- http://mbinenglish.wordpress.com/2013/07/05/ahmed-mansour-reveals-a-jew-in-egypts-seat-of-power/
- http://www.middleeastmonitor.com/news/africa/6460-egyptian-army-demolishes-tunnels-with-gaza
- http://www.saudigazette.com.sa/index.cfm?method=home.regcon&contentid=20130705172350
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete