.

.

Thursday, April 4, 2013

Semboyan jihad pilihan raya sudah ditiup

KUALA LUMPUR: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengajak para pendukung perjuangan Islam supaya berjuang bagi memenangkan Islam.
Ini semboyan jihad pilihan raya sudah ditiup ekoran Parlimen telah dibubarkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.
“Marilah kita melakukan ‘Ribat Mujahidin dalam Pilihanraya’ untuk memenangkan Islam di persada kuasa dengan mewakafkan semaksimum masa, tenaga dan harta yang ada,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau meminta para penyokong PAS bermula pada saat ini supaya melakukan beberapa perkara dalam menghadapi PRU13 nanti:

Beliau menasihatkan mereka agar jangan meninggalkan solat malam walaupun 2 rakaat, begitu juga dengan solat dhuha walaupun 2 rakaat serta melazimi solat berjamaah.
Di samping itu, beliau turut mengingatkan mereka supaya membaca al-Quran minimum 1 muka sehari, memperbanyakkan bersedekah dengan minima RM10 setiap hari.
Selain itu, katanya pendudung perjuangan Islam agar berdoa untuk kemenangan Islam setiap kali selepas solat 5 waktu dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.
Harakahdaily.net


3 comments:

  1. nak tanya dan nak tahu? adakah jika kami pilih PR bermakna kami dah berjihad dijalan Allah dlm konteks Malaysia inilah. Sebab kami tertanya-tanya sehingga sekarang kenapa DAP(sahabat PAS dan PKR dlm pakatan ini) terlalu ekstrem menghina bangsa Melayu dan Islam (melalui ceramah yg kami hadiri dan blog2 mereka)ini malah LGE dan Karpal selalu menegaskan mereka tidak menerima hudud jika PR menang. Kami keliru. Tolong jelaskan???

    ReplyDelete
  2. Tiap2 org ada pandangan tersendiri, tapi yg paling baik biarlah pandangan berdasarkan ilmu. Saya berpandangan tuan rujuk luah pada org berilmu berkaitan Jihad. Satu lagi, selidiklah apa2 berita yg kita terima. Sy disini hanya berkongsi artikel yg sy pandang manfaat utk semua.

    ReplyDelete
  3. PR tak boleh perintah sebab dah nampak hina Islam dan Melayu.Sebaik baiknya dibubarkan atau dihapuskan sebab PR nanti yang akan huru harakan Malaysia terutama sekali ketuanya dan kedua ketua Cina DAP yang nampak sang at bencinya pada kerajaan melayu Islam Malaysia.

    ReplyDelete