TS Kadir dakwa pakar khas diupah buat video fitnah
KUALA
LUMPUR: Bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir
(gambar) hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat wujudnya pasukan
khas yang ditubuhkan pihak tertentu untuk membuat video fitnah bagi
merosakkan imej pemimpin politik tertentu.
Pemimpin veteran
Umno yang menghubungi sendiri Harakahdaily berkata, pasukan khas itu
terdiri daripada beberapa pakar video yang yang dibayar dengan upah
khas.
"Saya diberitahu bahawa
terdapat suatu pasukan khas yang pakar dalam kerja-kerja video ini telah
ditubuhkan, dengan mendapat pembiayaan dan upah khas, bagi
menjahanamkan imej tokoh-tokoh politik tertentu menerusi video-video
seks.
"Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video
tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai
imej pemimpin-pemimpin tertentu," katanya dalam satu kenyataan kepada
Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas video fitnah terbaru yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Kadir yang juga Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)
menyifatkan pembikinan video fitnah itu sebagai sangat jijik, kejam dan
tidak masuk akal.
"Dan sekarang ini pula, yang ganjil dan
pelik, terhadap seorang yang terkenal, bersih dan kuat beragama, Datuk
Mustapha Ali," katanya sambil menyifatkan sangat mengenali peribadi
Mustafa yang bersih, bermoral dan berprinsip tinggi sejak beliau menjadi
Ketua Pemuda PAS pada awal 70an lagi.
Baliau juga yakin rakyat
kini muak dan jijik dengan pihak yang menggunakan cara tidak bermoral
itu dalam kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya yakin seluruh rakyat Malaysia mengutuk dan menjijikkan kempen
politik seperti itu, dan saya berharap ianya dapat dihentikan serta
merta.
"Sejak berpuluh tahun lamanya negara dan rakyat kita
telah berpolitik secara yang begitu gentleman dan bersih, dan selepas 50
tahun lebih kita harus lebih dewasa dan lebih matang berpolitik,"
katanya.
Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18305--ts-kadir-dakwa-pakar-khas-diupah-buat-video-fitnah
kadir pun fitnah juga. Mana bukti video itu dibuat oleh pakar khas. Siapa pakar khas. Main sedap cakap itulah fitnah.
ReplyDeleteMintak polis siasat dakwaan kadir.nak tau kebenaran.kalau org umno kena video tu betul.kalau pembangkang kena video tu palsu...........hampehhh
ReplyDeleteSebenarnya konsep pemerintah atau pembangkang sama saja .Apa yang berlaku di depan dan belakang umum adalah bonus kerana mereka pihak pemerintah dan juga pembangkang mempunyai kebijaksanaan memimpin dan petah berbahasa politik. Inilah anugerah tuhan kepada mereka.Biarlah kedua pihak ini memerintah , asalkan jangan negara kita huru hara ,kita miss soru dan hilang pekerjaan sudah.Wallahualam.
ReplyDeleteAlahai Datuk Kadir .. sudah2 lah... dah tak jadi org penting dlm kerajaan dan tak de jawatan.. dlm kerajaan mulalah nak tuduh kerajaan macam... dulu klu duk dlm kerajaan dan jd menteri pelancongan semuanya kerajaan baguih....jgn la mcm tu Datuk...bila kita tak duduk dlm kerajan pun sokong lah parti....jgn bila dah tak terpilih .. kecik hati dan nak tuduh sini plak......kesian sungguh kat bekas MP Kulim B Bharu nie....
ReplyDelete