Musa Hasan dilantik Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan
KUALA
LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini bersetuju
untuk dilantik sebagai Penasihat kepada Majlis Penasihat Keselamatan
Pakatan Rakyat (MPKPR).
Penyataan persetujuan itu dimaklumkan
beliau dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini selepas bertemu
dengan Pengerusi MPKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.
"InsyaAllah saya kan bantu tapi sekali lagi nak saya sebut bahawa saya
tidak terlibat politik. Siapa nak nasihat saya, saya akan bagi untuk
kebaikan negara dan rakyat.
"Saya akan berikan nasihat terbaik
untuk menentukan tidak ada sesuatu masalah keselamatan akan berlaku
daripada kedua-dua belah pihak," katanya.
Ditanya skop nasihat
yang akan diberikan, beliau berkata ianya lebih kepada bagaimana untuk
berkerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa.
Beliau yang
juga Patron, Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) berkata, beliau
sangat prihatin terhadap isu keselamatan negara dan melahirkan harapan
agar proses kuasa berlaku secara aman.
Beliau juga melahirkan
rasa kecewa dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku sepanjang
kempen Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini.
Ianya termasuk isu
letupan dalam satu ceramah di Nibong Tebal serata beberapa siri
perbuatan khianat ke atas markas pilihan raya kedua-dua belah pihak.
"Saya prihatin isu ini kerana kita nak pilih sebuah kerajaan dan
pemimpin bukan nak bergaduh. Saya berharap penyokong tidak akan
mengganggu gugat mana-mana parti yang mahu berkempen.
"Saya
juga ingin menasihatkan polis agar adil dalam siasatan terhadap
kedua-dua pihak, jangan ambil bahagian dalam mana-mana politikal parti,"
katanya.
Dalam pada itu beliau turut menasihatkan agar
parti-parti yang bertanding memaklumkan kepada pihak polis untuk
sebarang ceramah yang diadakan.
"Dengan ancaman letupan ini
saya rasa polis perlu lebih memantau. Mungkin selepas dimaklumkan akan
dibuat ceramah, polis akan menghantar anggota lebih awal untuk
memastikan kawasan itu selamat untuk digunakan," katanya.
No comments:
Post a Comment