Di tengah-tengah isu kenaikan harga
barang dalam negara dan kebangkitan rakyat Arab di luar negara tiba-tiba muncul
isu Tabung Memali yang kononnya diselewengkan. Ia semacam anti klimaks,
membangkitkan isu lapuk yang telah selesai dan berkubur lebih 10 tahun lalu.
Tetapi biasalah BN, Utusan Malaysia,
RTM dan yang terbaru adalah TV3 di saat ketandusan isu, mereka jadi lalat dan
langau akan menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk mencari bahan
busuk yang boleh dijadikan isu bagi memperbodohkan kalangan rakyat yang kurang
cerdik agar mempercayai propaganda mereka. Maka terus kekallah sokongan
terhadap BN bermodalkan bara fitnah yang dinyalakan saban waktu.
Halal atau haram membuat fitnah
bukan persoalan mereka kerana tiada perhitungan kematian, alam barzakh,
akhirat, syurga atau neraka. Yang penting bagi mereka ialah berusaha mengekalkan
kuasa BN melalui apa cara sekalipun kira-kira sampai turunnya Dajal.
Media-media talibarut BN ghairah
membangkitkan isu tabung Memali kerana sedar bahawa ramai pemimpin PAS yang
terlibat dalam kepimpinan PAS Kedah sewaktu peristiwa berdarah Memali dan sejurus
selepasnya telah pergi untuk selamanya. Mereka tidak mungkin bangun membela
diri untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
Antaranya Ustaz Fadzil Noor, Ustaz
Azahari Razak, Ustaz Abd Wahab Sulaiman, Cikgu Mustafa Long, Tuan Guru Haji
Yahya Junid, Ustaz Suhaimi Ahmad dan ramai lagi. Fitnah oleh media talibarut BN
ini dipanjangkan ke medan maya.
Puteri Umno yang sebahagian besar
ahlinya belum melihat dunia sewaktu berlakunya peristiwa Memali turut memanjang
fitnah isu tabung Memali dalam platform maya mereka. Mereka sama sekali tidak
tahu bahawa peristiwa Memali adalah simbol kezaliman BN, menjadi ‘pembela’
kepada balu-balu dan anak mangsa Memali. Begitu jugalah umumnya generasi muda
hari ini, tidak begitu memahami akan peristiwa Memali.
Maka ada baiknya kalau sebelum
penjelasan mengenai tabung Memali dibuat, elok gambaran sebenar mengenai
peristiwa Memali itu diperjelaskan terlebih dahulu kepada generasi terbaharu
hari ini.
Peristiwa Berdarah Memali berlaku
pada 19 November 1985 di sebuah perkampungan bernama Mali, Mukim Siong, Baling.
Pertukaran nama Mali ke Memali dibuat oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu,
Datuk Musa Hitam dan nama it uterus popular hingga ke hari ini.
Peristiwa itu berlaku bermula dari
tindakan nekad pihak polis dan Kementeria Dalam Negeri untuk menangkap Ustaz
Ibrahim Libya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana
ceramah-ceramahnya yang dianggap menggugat keselamatan (menggugat ‘keselamatan’
politik BN?). Ustaz Ibrahim enggan menyerah diri dan bertegas jika pihak polis
mahu mengambilnya maka ambillah mayatnya sahaja.
Musa Hitam telah menghantar satu
ketumbukan polis yang luar biasa kekuatan dan jumlahnya untuk menangkap Ustaz
Ibrahim. Berlakulah apa yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai
“massacre” atau pembunuhan beramai-ramai terhadap Ustaz Ibrahim dan pengikutnya
di Memali. 14 orang kampung mati diserang, manakala empat anggota polis
terbunuh.
Musa Hitam adalah Timbalan Perdana
Menteri dan Timbalan Presiden Umno, manakala Ustaz Ibrahim adalah seorang aktivis
PAS maka apa yang dilakukan oleh Musa Hitam itu adalah tindakan politik untuk
menyekat kemaraan politik PAS. Kerajaan mempunyai 1001 langkah untuk menangkap
Ustaz Ibrahim tanpa melalui pertumpahan darah tetapi mereka sengaja memilih
tindakan yang ganas dan rakus terhadap orang kampung yang lemah.
Pihak yang terbabit dicop sebagai penjenayah, Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan dituduh sebagai pengamal ajaran sesat, ilmu kebal dan sebagainya. Ekoran serangan berterusan oleh jentera propaganda BN dan saluran media kedua belum wujud di Malaysia, maka imej PAS menjadi buruk. Akibatnya pada pilihanraya umum 1986, PAS hanya menang satu kerusi di Parlimen Pengkalan Chepa.
Pihak yang terbabit dicop sebagai penjenayah, Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan dituduh sebagai pengamal ajaran sesat, ilmu kebal dan sebagainya. Ekoran serangan berterusan oleh jentera propaganda BN dan saluran media kedua belum wujud di Malaysia, maka imej PAS menjadi buruk. Akibatnya pada pilihanraya umum 1986, PAS hanya menang satu kerusi di Parlimen Pengkalan Chepa.
Ekoran peristiwa itulah Tabung
Mangsa Memali ditubuhkan untuk membela balu-balu mangsa yang terbunuh,
anak-anak yatim dan juga mangsa peristiwa Memali yang masih hidup, ditahan ISA,
sakit, terlantar dan sebagainya. Ia dikendalikan oleh Badan Perhubungan PAS
Kedah. Setiap sen wang derma disalurkan kepada yang layak dan berhak menerima.
Jika hari ini ada pihak memberitahu
bahawa haram hukumnya memakan wang anak yatim, maka ketahuilah bahawa para
pemimpin PAS Kedah pada masa itu; bermula dari Ustaz Fadzil Noor yang mengaji
di Universiti Al-Azhar hinggalah kepada Aris Awang yang belajar di sekolah Cina
pun lebih tahu bahawa haram juga mengambil harta orang lain yang bukan haknya.
Mereka lebih tahu bahawa satu sen
rezeki haram yang menumbuhkan daging di jasad kita, maka api neraka adalah
lebih layak untuknya.
Tabung mangsa Memali adalah
pembelaan sementara untuk mangsa. Ia bukan skim insuran untuk pembelaan
sepanjang hayat. Sampai ke satu peringkat di mana anak-anak yatim mangsa Memali
kesemuanya sudah akil baligh dan para balu mangsa Memali pun sudah mempunyai
anak-anak yang boleh berdikari, di samping ada yang mempunyai suami baru; maka
Ustaz Fadzil Noor mengumumkan ketidakperluan mewujudkan tabung tersebut.
Dakwaan berlaku penyelewengan tabung
Memali pernah dibuat sewaktu Ustaz Fadzil Noor masih ada. Laporan polis dibuat.
Siasatan dibuat oleh unit yang paling professional dikatakan dari Bukit Aman.
Pihak yang dituduh berjaya
mengemukakan catatan akaun yang sempurna tanpa sepicing pun penyelewengan.
Soalan cepu emas yang mesti dijawab oleh semua; Adakah pihak polis dari
kerajaan BN akan membiarkan begitu sahaja penyelewengan jika ada (terutamanya
kewangan) dalam PAS tanpa diambil tindakan atau pendakwaan? Jika polis Malaysia
buat begitu ia termasuk dalam lapan benda ajaib di dunia.
Cukuplah itu sebagai jawapan kepada
pihak BN yang membuat fitnah kononnya terdapat penyelewengan dalam tabung
Memali. Walaupun jawapan yang terperinci ada tapi ia tidak semesti perlu
didedahkan. Macam seseorang dituduh tidak bersunat. Bukti yang nyata untuk
menolak fitnah itu ialah dengan menyelak kain biar semua orang tengok. Tapi
orang yang cerdik tidak perlu buat sampai ke situ.
engko pun sedarla...kaki fitnh jugak
ReplyDeletewak lu
ReplyDelete