Hancurnya bangsa Yahudi
merupakan salah satu daripada tanda-tanda datangnya hari kiamat. Bermula
dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia
termasuk bangsa Yahudi. Sebelum berlaku peperangan ini, terdapat
beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini
menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.
Pertempuran dahsyat ini
dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di
lembah Megiddo atau Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap
Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan Hollywood belaka.
Kenyataannya, Hollywood yang disokong oleh Yahudi memang mahu
menyembunyikan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem.
Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang
peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.
Disebutkan dalam Kitab
Zakaria (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam
perang Armageddon dan dua pertiga daripada mereka akan musnah. Sedangkan
dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan: "Akan berlangsung tujuh bulan
sehingga rumah Israel berjaya menguburkan mereka (orang-orang mereka
yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi".
Sebutan Armageddon
sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam
kajian-kajian Kristian dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar
bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di
Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan.
Perang ini juga dikatakan sebagai perang terakhir dengan menggunakan
seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin
perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang
Nuklear.
Banyak yang mengatakan
bahawa dalam Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan. Ada
diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang
diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya
amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi
seperti Zaman Pertengahan di mana bala tentera hanya akan menunggang
kuda dan bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.
"Jika Perang Dunia
Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan
berjuang dengan busur dan anak panah." - Louis Lord Mountbatten
"Saya tidak tahu dengan
apa senjata Perang Dunia Ketiga akan digunakan, tetapi Perang Dunia
Keempat akan bertempur dengan kayu dan batu." - Albert Einstein
Apakah kenyataan
Einstein dan Mountbatten hanya kebetulan? Kononnya ini disebabkan semua
teknologi tidak boleh digunakan lagi pada masa itu kerana EMP
(electromagnetic pulse) senjata nuklear itu sendiri berlaku ketika
Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia
Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya
menggunakan peralatan perang yang sama.
Malah, ada sebahagian
hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang
menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang. Hadis Nabi
juga ada menyebut, Yahudi Zionis akan bersembunyi di balik-balik batu
dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad,
yang banyak ditanam di Israel sekarang ini.
"Tidak akan berlaku
kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi.
Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi
di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu
bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan
bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia
adalah pokok Yahudi ". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sumber: http://detikislam.blogspot.com/
maaf saya tahu mungkin ramai orang akan cakap saya menipu. tapi saya pernah bermimpi pada suatu hari ketika berperang, saya salah seorang yang sertai perang tersebut. ketika rakan saya sedang menggunakan senjata seperti M16, tiba2 tidak boleh menggunakannya sedangkan ia masih penuh dengan peluru lagi. dan ramai orang menggunakan senjata seperti pedang dan lembing untuk berperang. bila saya tanya mak saya, mak saya hanya cakap ianya hanya mimpi.adakah mimpi saya hanya 1 kebetulan?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Delete