.

.

Wednesday, April 18, 2012

BIODATA MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.


Nama                         : Muhammad bin Abdullah
Bapa                          : Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah.
Ibu                             : Aminah binti Wahab bin Abd Manaf bin Zuhrah bin Qilab bin Murrah.
Nenek sebelah ibu    :  Fatimah binti Umar al-Makhzumiyah.
Nenek sebelah Bapa: Burrah binti Abd Uzza bin Usman bin Abdul Darr bin Qusay bin Murrah.
Tarikh Lahir             : Isnin, sebelum terbit matahari, 12 Rabiulawal tahun ke 53 sebelum Hijrah/570 Masihi.
Tempat Lahir           : Makkah al Mukaramah berhampiran Bukit Sofa (rumah Abu Talib).
                      (Tempat tersebut telah dibangunkan sebagai perpustakaan Makkah dan masih wujud sehingga sekarang)


Tarikh diangkat Menjadi Nabi: 27 Ramadhan tahun ke-13 sebelum Hijrah/ 609 Masihi, Gua Hira', Makkah al-Mukaramah.
Wafat: Isnin, sebelum tengahari, 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah/632 Masihi di Madinah.
Pekerjaan: 1. Pengembala Kambing.
                 2. Berniaga (sehingga umur 40 tahun)
                 3. Bertugas secara rasmi sebagai Nabi/Rasul.
Tanda Istimewa: Cop Kenabian di antara dua bahu, sentiasa dinaungi oleh bayangan awan ke mana saja baginda pergi.

Jabir bin Samurah r.a. meriwayatkan,
                  Maksudnya: "Saya melihat tanda kenabian di antara kedua bahu Rasulullah saw, yaitu daging berwarna merah sebesar telur burung merpati" 
(Riwayat Tirmidzi, Muslim dan Ahmad)

Cop Kenabian

            
Sifat-Sifat: 1. Wajah: Putih bersih berseri.

 Abu Hurairah r.a. Meriwayatkan,
                      Maksudnya: "(Kulit) Rasulullah saw, itu putih bersih seolah-olah beliau tercipta dari perak. Beliau juga memiliki rambut yang indah dan rapi."
(Riwayat Tirmidzi) 
                 2. Mata: Hitam.
                 3. Rambut: Hitam.
                 4. Ketinggian: Sederhana dan Dada Bidang.

Al-Bara' ibn Azib r.a. meriwayatkan:
                Maksudnya: "Postur tubuh Rasulullah saw sedang (tidak tinggi dan tidak pendek). Bagian badan di antara kedua bahunya lebar. Rambut beliau lebat, ujungnya menyentuh daun telinga bagian bawah. Beliau memiliki baju berwarna merah. Saya belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada beliau"
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibn Majah dan Ahmad)

Nama Bidan: Shifa' Binti Auf(Ummu Abd Rahman).
Nama Penjaga: Ummu Aiman.
Nama Penyusu: 1. Tsuwaibah al-Aslamiyah 2. Halimah binti Dzuaib as-Sa'diyah.
Warna Kegemaran: Hijau dan Putih.
Keistimewaan: Rahmat sekian alam.

Rujukan: Syamil Muhammad S.A.W Keperibadian Rasulullah - Imam al-Tirmizi.

No comments:

Post a Comment