Apa Yang Kita Perlu Tahu?
1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?
Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali
dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad
diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang
berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim
Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap
rakyat Syria.
2) Apakah penyembelihan umat Islam Syria di zaman Hafez Al-Asad?
- Penyembelihan Hayyul Masyariqah di dalam wilayah Halab:
Berlaku pada pagi hari Raya Adilifitri bertarikh 11 Ogos 1980 ketika
penduduk sedang menziarahi sanak-saudara serta jiran tetangga, seorang
tentera berpangkat tinggi, Hashim Ma’ala bersama-sama sekumpulan
tentera lain mengepung kawasan Masyariqah dan mengarahkan lelaki-lelaki
keluar dari rumah, kemudian mereka melepaskan tembakan hingga membunuh
86 orang penduduk,kebanyakkan adalah kanak-kanak.
- Penyembelihan Taman El-Qasr di Halab:
Hari kedua Aidilfitri bersamaan 12 Ogos 1980 juga diketuai oleh
Hashim Ma’ala telah memberkas dan mengumpulkan 35 orang penduduk Halab
lalu mereka dibunuh beramai-ramai.
- Penyembelihan di Hama:
Pada tahun 1982, oleh sebab ingin menggagalkan usaha pembangkang,
Rejim Syria membunuh hampir 46000 ribu penduduk Hama, selama 27 hari.
3) Apakah pegangan sebenar Bashar Asad dan rejim mereka? Adakah mereka menganut agama Islam?
Rejim Asad sebenarnya berpegang kepada Syiah Nusairi. Golongan ini
jauh sama sekali daripada mengamalkan Islam sepertimana yang dibawa
oleh Rasulullah SAW.
Syiah nusairi ini adalah agama campuran dari agam islam, kristian dan pagan.Itulah diantara aqidah sesat Syiah Nusairi yang dianut oleh rejim Bashar Asad.
4) Apakah pandangan ulama’ terhadap fahaman Syiah Nusairi?
Ijma’ Ulama’ Sunni telah mengeluarkan fatwa bahawa penganut Syiah Nusairi ini telah terkeluar daripada ahlul kiblat.
5) Apakah hubungan Rejim Syria dengan Iran?
Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian
lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga
diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka
menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke
Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula
ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.
6) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?
Selain pelbagai hubungan perniagaan, sebenarnya mereka merupakan
sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan
faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa
terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah
pembekal senjata paling banyak ke Syria ($5 billion).
Syria dan Russia telah memiliki hubungan yang intim semenjak zaman
Perang Dingin lagi. Pada zaman Presiden Hafez Al-Assad ayah kepada
Presiden Bashar, Syria telah mendapat perlindungan ketenteraan dari
Rusia.
Syria menggunakan alat persenjataan dari Russia dan dari Blok Sosialis.
Manakala Rusia dibenarkan menempatkan kapal-kapal tentera lautnya di
perlabuhan Syria. Ini kerana selama 6 bulan perlabuhan Russia di utara
Eropah disalut oleh air batu, maka perlabuhan Syria menjadi tempat
terbaik.
7) Apa pula hubungan Rejim Syria dengan Israel?
Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai
anti-Israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas
menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang
menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel
dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dan lain-lain.
Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi rejim Bashar
al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi,
tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak 6
kilometer dari Bukit Golan.
Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu
oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera
dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam
terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala
menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.
8) Apakah punca Kebangkitan Rakyat di Syria?
Sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu
didinding sekolah mereka. apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah RAKYAT
MAHU JATUHKAN KERAJAAN. slogan ini telah dilaungkan dinegara2 yg
berrevolusi.bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah
menangkap kanak2 ini.mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2
kaki dan tangan mereka.salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan
keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain
dilepaskan.kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan
kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk
dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.perkara ini merupakan sesuatu yang
menghinakan.lantas berlakulah revolusi di Syria.
9) Bagaimana keadaan rakyat Syria sekarang?
- Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Rejim Bashar telah membunuh lebih 12,000 orang rakyatnya sendiri.
- Mengakibatkan lebih 40,000 rakyat Syria yang tidak berdosa telah cedera.
- Lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan kerana bangkit menentang kezaliman Rejim Bashar.
- Lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki akibat kekejaman yang berlaku di Syria sekarang.
- Angka ini semakin bertambah setiap hari dek kerana kekejaman Rejim Bashar.
- Sebelum berdemonstrasi, penunjuk perasaan akan mandi dan berwudhu
sebelum keluar dari rumah mereka kerana mereka tidak pasti mereka akan
kembali lagi ke rumah mereka. Hampir 95 peratus rakyat Syria menentang
regim Syria yang kejam ini.
10) Apa yang patut saya buat untuk membantu Rakyat Syria?
- Membaca doa qunut Nazilah pada setiap ruku’ rakaat terakhir setiap waktu solat
- Mengambil cakne segala perkembangan terbaru di Syria
- Menyebarkan maklumat mengenai Kebangkitan di Syria kepada keluarga,
kenalan dan masyarakat umum sama ada melalui media massa atau media
alternatif
- Memberi sumbangan derma kepada rakyat Syria melalui saluran yang diyakini
- Menyertai demonstrasi solidariti untuk rakyat Syria
Izinkan saya share ya,,
ReplyDeleteInsya Allah, boleh
ReplyDeleteSaya sungguh minat dengan blog anda.. thanks
ReplyDeleteTerima kasih atas info yg menarik.
ReplyDelete