Berita tentang perbicaraan kes Moshe Katsav,
merupakan bekas presiden Israel (2000 - 2007) menarik perhatian saya,
tapi bukan kerana kes yang dibicarakan. Tahukah kita bahawa beliau
dilahirkan dalam wilayah Isfahan Iran? Jumlah penduduk Yahudi di Iran
sebelum terjadinya Revolusi Islam adalah seramai 150,000 pada tahun
1948 dan sebaik sahaja revolusi yang tinggal hanyalah 80,000 orang,
iaitu sermai 70,000 orang telah keluar berhijrah ke Israel! Yang
tinggal sekarang ini hanyalah sekitar 25,000 orang sahaja Yahudi di
Iran, sebahagian besarnya dalam wilayah Isfahan.
Beberapa hadis Rasulullah ada menceritakan kedatangan Dajjal pada akhir zaman. Selain itu, ada dimaklumkan tentang keluarnya Dajjal adalah ia dikuti oleh Yahudi Isfahan yang menjadi anggota pasukan tentera Dajjal.
Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW :
"Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama Khurasan."- Hadis riwayat al-Tirmizi.
Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW :
حدثنا منصور بن أبي مزاحم حدثنا يحيى بن حمزة عن الأوزاعي عن إسحق بن عبد الله عن عمه أنس بن مالك
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال يتبع الدجال من يهود أصبهان سبعون ألفا عليهم الطيالسة
"Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai Al-Tayalisah ". Hadis riwayat Muslim.
Hadis ini memberi panduan untuk mengetahui bahawa Dajjal telah muncul
ialah dengan mengenal pasti pengikutnya secara khusus iaitu Yahudi
Isfahan. Kaum Yahudi pada asasnya terdiri dari 12 suku dan Yahudi
Isfahan merupakan salah suku tergolong dalam suku Ephraim.
Berbeza dengan puak-puak yang lain Yahudi Isfahan ini mempunyai
ciri-ciri tersendiri yang jelas dapat dibezakan dari puak-puak lain.
Rasulullah s.a.w menjelaskan secara khusus bahawa Yahudi Isfahan ini
memakai Al-Tayalisah (Persian Shawl) yang merupakan pakaiannya
tersendiri membezakan dari puak-puak yang lain. Pengenalan yang khusus
ini membolehkan kita mengetahui peristiwa kemunculan Dajjal seperti
yang diberitahu dalam hadis tersebut.
Gambar-gambar yang dipaparkan ini menunjukkan selendang Al-Tayalisah
tersebut dengan ciri-cirinya kain berwarna putih dan mempunyai corak
jalur biru tua secara memanjang.
Inilah selendang al-Tayalisah yang dipakai Yahudi Isfahan |
Yahudi Isfahan dapat dibezakan dari yang lain ketika berada di Wailing Wall |
Tentera Yahudi Isfahan yang memakai Al - Tayalisah berada di medan perang |
Tentera Dajjal bersamanya Yahudi Isfahan memakai Al-Tayalisah |
Lambang Dajjal Jelas Pada Pesawat Tempurnya |
No comments:
Post a Comment