Seorang ulama terkemuka daripada Andalusia, Ibnu Hazm(994M-1064M)
telah menangkis teori cendikiawan Yunani bahawa bumi berbentuk rata dan
mendatar. Idea logik Yunani tersebut telah ditangkis sepenuhnya Ibnu
Hazm dengan hanya menggunakan hujah daripada surah Az-Zumar ayat 5 yang
bermaksud,
“Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia
menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan
menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu
yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
Ibnu Hazm mendakwa bumi adalah berbentuk bulat dan sfera berdasarkan
firman Allah swt yang mengatakan bumi dan matahari bergantian untuk
memberikan malam dan siang. Tegasnya lagi, mana mungkin pengantian malam
dan siang boleh terjadi jika bumi bersifat mendatar dan rata. Atas
dasar logik sekalipun ia mustahil berlaku.
Ibnu Hazm
Teori Ibnu Hazm memberi dimensi baru dalam bidang astronomi. Miskipun
diketahui bahawa terdapat beberapa individu daripada tamadun Yunani
purba seperti Pythagoras(570M-495M) dan Parmenides(hidup pada abad ke-5 sebelum masihi) telah
mendakwa bumi adalah sfera namun pembuktian tersebut masih diragui dan
dipersendakan oleh masyarakat pada era mereka. Teori Ibnu Hazm telah
memberi inspirasi secara langsung dan tidak langsung kepada kepada ramai
ahli astronomi selepasnya sepertiAl-Idrisi(1099-1165), Ibnu As-Shatir(1304-1375), Nasiruddin al-Tusi(1201-1274) dan ramai lagi.
Ibnu As-Shatir menggambarkan bumi adalah sfera sepertimana yang terkandung dalam manuskripnya.
Boleh dikatakan bahawa manuskrip-manuskrip ahli-ahli astronomi Islam
pada abad pertengahan menggambarkan bumi adalah sfera sedangkan di
Barat, ramai cendikiawan mereka masih ragu-ragu dengan fizikal bumi yang
sebenar-benarnya. Pembelajaran di Eropah pada abad pertengahan juga
menerapkan konsep bumi adalah mendatar. Malahan ketika Christopher
Columbus dan Ferdinand Magellan memulakan perlayaran sudah ada kata-kata
daripada ahli astronomi mereka meramalkan mereka tidak akan kembali dan
jatuh terperosok ke lembah lautan.
Itulah hebatnya ulama silam. Ulama zaman dahulu tidak mengehadkan
skop pengetahuannya kepada ruang lingkup agama dan ad-din semata-mata
tetapi turut mengkaji dengan lebih mendalam berkenaan subjek berkaitan
sains dan logik. Atas semua sains dan logik, ia telah diterangkan secara
terperinci mahupun tersirat di dalam al-Quran.
Lukisan karya Orlando Ferguson yang menggambarkan bumi adalah mendatar.
Oleh yang demikian, terbuktilah bahawa al-Quran bukan kitab kosong
sepertimana dakwaan para musuh-musuh Allah, akan tetapi sebuah kitab
yang mengandungi hikmah dan pengetahuan yang luar biasa.
Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al Quran)
kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami. menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Surah Al-A’raaf 7:52)
sumber: takusahrisau.wordpress.com
http://amekaw.com/
No comments:
Post a Comment