.

.

Tuesday, October 22, 2013

Brunei Kuatkuasa Kanun Jenayah Syariah



Brunei akan menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam pada suku pertama tahun depan.
Ini termasuk mengenakan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri dan rejam untuk kesalahan berzina.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ketika mengumumkannya bertitah, kanun jenayah syariah hanya akan dikuatkuasakan ke atas masyarakat Islam.
Pelaksanaannya, titah baginda, akan menjadi sebahagian daripada sejarah terbesar negara itu.
Undang-undang berkenaan diwartakan hari ini dan akan dikuatkuasakan dalam tempoh enam bulan secara berperingkat.
Mufti Brunei, Awang Abdul Aziz, dalam pada itu berkata, pelaksanaan hukuman mengikut undang-undang itu akan dilakukan dengan syarat dan kaedah yang adil.
Selama ini, mahkamah syariah brunei hanya mengendalikan kes berhubung keluarga Islam.
Dua pertiga daripada 420 ribu penduduk Brunei adalah masyarakat Islam.


-Sumber: http://www.tv3.com.my/beritatv3/

No comments:

Post a Comment