Fenomena Tidur Singkat Dan Keajaiban Al Quran
“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian
dari karunia Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang mendengar, “[Qs. Ar-rum: 23]
Tidur singkat dapat menrefreshkan otak,
ketika ia merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan maklumat
sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu sebenarnya
memerlukan rehat sejenak yakni dengan tidur.
Rehat cara ini
bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun
gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.
Oleh kerana
itu, para pengkaji menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur
sebentar pada siang hari dan bahawa merehatkan otak ini akan
memperkuatkan ingatan. Mereka mendapati bahawa orang yang biasa tidur
sebentar di siang hari, prestasi mereka lebih baik dan kemampuan
mengingat akan lebih cepat.
Pasukan
penyelidik dari Universiti Lubeck Jerman melakukan ujian diagnostik
terhadap 52 sukarelawan. Para sukarelawan diminta untuk tidur dalam
tempoh masa tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam. Dan
hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak berbeza.
Dan hasilnya
ternyata tidur singkat di ‘siang hari’ sama pentingnya dengan tidur di
malam hari. Para penyelidik mengatakan tidur siang hari sebentar yang
disebut dalam Islam dengan istilah Qailullah itu sangat berguna sama
seperti tidur di malam hari. Mereka menjelaskan bahawa dari perspektif
pembaikan sikap dan perilaku, tidur siang adalah sama seperti tidur
malam berkaitan dengan fungsi kognitif seseorang.
Diingatkan
kembali terhadap apa yang disampaikan Al Quranul Karim untuk tidur di
malam dan siang hari. Bahkan tidur sebentar di siang hari juga penting
sebagaimana tidur malam.
Ini adalah
tanda keajaiban Al-Qur’an sebagai kitab yang diturunkan dari Allah Yang
Maha Mengetahui. Maklumat ini baru bagi para Ilmuwan, bahkan mereka
tidak tahu pentingnya tidur siang kecuali di abad ke 21. Sedangkan Al
Quran telah menegaskan pentingnya tidur malam dan siang, sebagai suatu
keajaiban dan tanda kekuasaan Allah sejak empat belas abad lalu!
Memori Otak Ketika Seseorang Baru Saja Bangun Tidur
Para saintis
Universiti Harvard melakukan kajian berkaitan hubungan antara memori
ingatan dan tidur. Mereka menggunakan alat scan resonansi MRI berfungsi
magnet sehingga mereka mengesan adanya aktiviti otak di kawasan yang
tertentu. Kemudian aktiviti bergerak ke wilayah kedua dan begitulah
seterusnya bahawa otak melakukan penyusunan maklumat, menyelaras, dan
menyimpan maklumat sehingga mudah diambil kembali selepas seseorang
bangun dari tidur.
Namun kajian
selanjutnya menunjukkan bahawa fokus otak seseorang ada pada tahap
minimum ketika ia baru saja bangun tidur. Diperlukan waktu antara 15-30
minit untuk dapat mengembalikan kemampuan fikiran. Oleh kerana itu,
penyelidik menyarankan agar seseorang setelah bangun tidur melakukan
beberapa latihan ringan untuk memulihkan aktiviti otak.
Di sini, kita
juga boleh memahami mengapa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam banyak
mengingatkan Allah selepas bangun dari tidur. Beliau kemudian berwuduk,
berdoa dan solat. Jadi beliau menggunakan bahagian waktunya setelah
tidur untuk berdoa dan berzikir sebelum melakukan aktiviti lain atau
menentukan keputusan. Jika kita kaji pandangan para pengkaji sekarang
ini, mereka menegaskan bahawa memori manusia berada pada kedudukan
terendah selepas baru sahaja bangun dari tidur.
Para penyelidik
memberi amaran kepada doktor yang berjaga malam juga pekerja dimalam
hari yang memerlukan keputusan penting selepas bangun tidur. Disyorkan
mereka untuk tidak mengambil keputusan atau tidak mengambil apa-apa
tindakan hingga selepas satu perempat jam selepas bangun tidur.
Inilah Sebabnya Allah swt berfirman:
“Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. “(Qs. Az-Zumar: 42).
“Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. “(Qs. Az-Zumar: 42).
Ayat ini
menjelaskan tentang pentingnya tidur dan kaitan antara tidur dengan
mati. Kerana itu kita perlu dengan berzikir kepada Allah swt sebelum
tidur dan selepas bangun dari tidur. Bercermin pada apa yang dilakukan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Apa Pelajaran yang kita perolehi dari kajian ini?
1. Jangan
terlalu banyak tidur, dan bangunlah disaat solat Subuh. Gantilah
sebahagian kekurangan tidur kita diwaktu malam dengan tidur sejenak
diwaktu siang.
2.
Manfaatkan waktu tidur kita dengan mendengar bacaan Al-Quran. Otak akan
berfungsi menyimpan ayat-ayat yang dibacakan itu apabila kita tidur. Ini
adalah salah satu cara untuk membantu kita menghafal Kitabullah.
3. Hal
pertama yang harus dilakukan setelah bangun tidur adalah berdo’a
sebagaimana diajarkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,
“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami dikumpulkan”.
Lalu
berwudhulah, solat dan bacalah Al Qur’anul karim selama kira-kira 15
minit sekurang-kurangnya. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan menambah
keupayaan kita untuk membuat keputusan penting dalam hidup.
Detik Islam
http://azizulhakim91.blogspot.com