.

.

Monday, April 29, 2013

Musa Hasan dilantik Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan

 
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan hari ini bersetuju untuk dilantik sebagai Penasihat kepada Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR).

Penyataan persetujuan itu dimaklumkan beliau dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini selepas bertemu dengan Pengerusi MPKPR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

"InsyaAllah saya kan bantu tapi sekali lagi nak saya sebut bahawa saya tidak terlibat politik. Siapa nak nasihat saya, saya akan bagi untuk kebaikan negara dan rakyat.

"Saya akan berikan nasihat terbaik untuk menentukan tidak ada sesuatu masalah keselamatan akan berlaku daripada kedua-dua belah pihak," katanya.

Ditanya skop nasihat yang akan diberikan, beliau berkata ianya lebih kepada bagaimana untuk berkerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa.

Beliau yang juga Patron, Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) berkata, beliau sangat prihatin terhadap isu keselamatan negara dan melahirkan harapan agar proses kuasa berlaku secara aman.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini.

Ianya termasuk isu letupan dalam satu ceramah di Nibong Tebal serata beberapa siri perbuatan khianat ke atas markas pilihan raya kedua-dua belah pihak.

"Saya prihatin isu ini kerana kita nak pilih sebuah kerajaan dan pemimpin bukan nak bergaduh. Saya berharap penyokong tidak akan mengganggu gugat mana-mana parti yang mahu berkempen.

"Saya juga ingin menasihatkan polis agar adil dalam siasatan terhadap kedua-dua pihak, jangan ambil bahagian dalam mana-mana politikal parti," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan agar parti-parti yang bertanding memaklumkan kepada pihak polis untuk sebarang ceramah yang diadakan.

"Dengan ancaman letupan ini saya rasa polis perlu lebih memantau. Mungkin selepas dimaklumkan akan dibuat ceramah, polis akan menghantar anggota lebih awal untuk memastikan kawasan itu selamat untuk digunakan," katanya.
Sila lihat video berkaitan di bawah:
 

Saturday, April 27, 2013

Nik Aziz lancar surat Qardawi sokong Anwar jadi PM

Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat hari ini melancarkan kempen risalah yang mengandungi surat surat terbuka dari Ulamak Sunni terkemuka di peringkat antarabangsa, Yusuf Qaradawi, menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

NONENik Aziz (berjubah putih) melancarkan risalah bertajuk Surat terbuka
Dr Yusuf Al Qaradawi untuk rakyat Malaysia
, di projek perumahan rakyat Pantai Permai rakyat di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Mengiringi beliau ialah calon PKR kerusi Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang berdepan dengan saingan sengit untuk mempertahankan kerusinya. Nurul dicabar oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Pelancaran risalah tersebut oleh Nik Aziz di tengah-tengah kawasan Melayu yang berpendapatan rendah itu, dilihat sebagai usaha
meningkatkan sokongan Melayu-Islam kepada Nurul, yang telah merampas kerusi tersebut dari bekas Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam penampilan sulungnya pada pilihan raya umum 2008.
NONESebelum ini, Anwar dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut berceramah dan mengadakan tinjauan mesra di Lembah Pantai untuk meningkatkan sokongan kepada anak perempuan mereka itu (tengah dalam gambar).

Surat bertarikh 2 Mac itu ditujukan kepada rakyat Malaysia.

Qaradawi mengetuai Ittihad Ulama Dunia, badan tertinggi yang mewakili ulama Islam di seluruh dunia.

NONE"Sesungguhnya saya sendiri berpandangan bahawa Anwar Ibrahim,
“berdasarkan sejarah dan pengalaman, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan orang Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan Ketua Kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia," tulis ulama Islam.











Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/228174

AWAL PENCIPTAAN ROBOT DARI ILMUWAN ISLAM


Bicara tentang robot, pasti ramai di antara kita yang akan ingat Negara Jepun adalah negara pelopor industri robot-robot cerdas ketika ini.

Tetapi ramai kah di antara kita yang tahu siapa orang yang pertama kali menemukan sistem robotik moden?.

Abu Al -'Iz Ibn Ismail ibn al-Razaz al-Jazari(1136-1206)adalah orang Arab penting dalam ilmu robotik Islam. Al-Jazari dilahirkan di Al-Jazira, Mesopotamia semasa Zaman Kegemilangan Islam. Dia tinggal di Diyar Bakir, Turki. Dia adalah penulis Kitáb fí ma'rifat al-hiyal al-handasiyya (Buku Pengetahuan Ilmu Mekanik) pada tahun 1206, di mana dia menerangkan 50 alat mekanik di samping dengan arahan bagaimana membinanya.


Seperti juga ayahnya dia bekerja untuk raja-raja Urtuq atau Artuqid di Diyar Bakir dari tahun 1174 sampai tahun 1200 sebagai ahli teknikal. Pada waktu itu, Al Jazari telah mampu mencipta robot manusia (humanoid) yang boleh diprogram. Al Jazari mengembangkan prinsip hidrolik untuk menggerakkan mesin yang kemudian hari dikenal sebagai mesin robot.

Ada pun mesin robot yang diciptakan Al Jazari kala itu berbentuk sebuah perahu terapung di sebuah danau yang ditumpangi empat robot pemain musik, dua pemukul dram, satu robot pemetik harpa, dan peniup seruling. Robot ini dicipta untuk menghibur para tamu kerajaan dalam suatu acara jamuan minum.

Sebagai robot pemain muzik, tentu saja mereka pun ahli menghasilkan suara muzik yang indah.Contoh kata lah misalnya, robot pemukul dram dapat memainkan berbagai irama yang berbeda-beda. Jadi, robot itu pun bermain muzik seperti manusia yang memainkan nya!

Penemuan penting lainnya dari Al Jazari adalah pencuci tangan automatik. Alat tersebut automatik boleh mengeluarkan air tanpa harus diputar kepala paip atau tombol. Sistem pencuci tangan yang di asaskan Al Jazari itu juga telah digunakan saat ini dalam sistem kerja toilet moden atau toilet mewah.

Teknologi yang dikembangkan Al Jazari mencapai 50 jenis dan semua ditulis dalam kitab yang berjudul “The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices”

Seorang ahli teknik Eropah , Donald Hill begitu kagum dengan pencapaian Al Jazari.Donald Hill berpendapat, ”Tak mungkin mengabaikan hasil karya Al-Jazari yang begitu penting. Dalam bukunya, ianya begitu detail memaparkan instruksi untuk merekacipta, merakit, dan membuat sebuah mesin.”

Jam gajah dalam sebuah manuskrip oleh Al-Jazari (1206 M) dari Buku Ilmu Alat Mekanikal Pintar


Salah satu karya Al Jazari yang membuat Donald Hill kagum adalah jam gajah – diciptakan sekitar tahun 1206. Replika jam gajah dapat dilihat saat ini di London Science Museum.Jam gajah adalah sebuah reka cipta zaman pertengahan Islam oleh al-Jazari , terdiri dari sebuah jam air yang berkuasa pemberat dalam bentuk sebuah gajah. Pelbagai unsur-unsur jam ditempatkan di atas gajah. Jam ini telah direkabentuk untuk bergerak dan menghasilkan bunyi tiap setengah jam.

Sebuah hasilan semula moden saiz penuh yang berfungsi dapat ditemukan sebagai sebuah hiasan tengah di Ibn Battuta Mall, sebuah pusat beli-belah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Sebuah lagi hasilan semula yang berfungsi dapat dilihat di luar Musée d'Horlogerie du Locle, Château des Monts, di Le Locle, Switzerland.
Dalam dunia Islam zaman pertengahan (632-1280 M), penggunaan jam air berakar umbi ketika kebangkitan Iskandariah di Mesir, dan berterusan hingga zaman Byzantium. Sungguhpun begitu, jam air/Jam Gajah ciptaan Al-Jazari dipuji kerana jauh mendahului "segalanya" yang tercipta sebelumnya.


Dalam treatisnya yang dikarang pada tahun 1206, al-Jazari menceritakan kan salah sebuah jam air ciptaannya yang bergelar jam gajah. Jam ini mencatat jam waktu yang berlalu—justeru kadar aliran perlu diubah setiap hari untuk memadankan jangka masa siang yang berubah-ubah sepanjang tahun. Untuk itu, jam ini ada dua tangki, iaitu tangki atas yang disambung dengan mekanisme penandaan masa dan tangki bawah yang disambung dengan pengatur kawal aliran. Pada dasarnya, pada waktu fajar, pili dibuka dan air mengalir dari tangki atas ke tangki bawah melalui pengatur apungan yang memastikan kemalaran tekanan dalam tangki bawah.


Jam astronomi janaan air yang paling canggih ialah "jam istana" ciptaan Al-Jazari pada tahun 1206 yang dianggap sebagai contoh terawal komputer analog yang boleh diatur cara. Ia merupakan peranti kompleks yang tingginya 11 kaki, dan dilengkapi berbagai-bagai fungsi selain menjaga masa. Jam ini bercirikan paparan zodiak dan orbit-orbit matahari dan bulan, dan penunjuk berbentuk bulan sabit yang beredar di atas gerbang, digerakkan oleh kereta sorong terlindung dan membuka pintu-pintu automatik, setiap satunya mendedahkan sebuah patung untuk setiap satu jam. Kepanjangan tempoh jam-jam seharian boleh diatur cara semula setiap hari untuk mencerminkan perubahan kepanjangan tempoh siang dan malam sepanjang tahun. Jam ini juga dilengkapi lima robot pemuzik yang mendendangkan muzik secara automatik apabila digerakkan oleh tuas-tuas yang dikendali oleh aci sesondol terlindung yang bersambung dengan kincir air.Ciri-ciri lain jam istana ini termasuk takungan utama dengan apungan, pengatur bilik apungan dan aliran, palung plat dan injap, dua takal, cakera bulan sabit yang memaparkan zodiak, dan dua automaton berbentuk burung falkon yang menjatuhkan bebola ke dalam pasu.


Jam air pertama yang menggunakan gear kisar bersegmen kompleks dicipta oleh jurutera Arab, Ibn Khalaf al-Muradi di Al-Andalus sekitar tahun 1000 M. Jam air ciptaannya dipacu oleh roda air, seperti yang digunakan oleh beberapa jam air di China pada abad ke-11. Jam air sedemikian juga dibina di Damsyik dan Fez. Jam di Fez (Dar al-Magana) masih berdiri sehingga hari ini dan mekanismenya juga pernah dibina semula. Jam buatan Eropah pertama yang menggunakan sistem gear kompleks ini ialah jam astronomi yang dicipta oleh Giovanni de Dondi sekitar tahun 1365 M. Sama dengan orang Cina, jurutera Arab pada zaman itu juga mengembangkan mekanisme pelepas yang digunakan dalam sesetengah ciptaan jam air mereka. Mekanisme tersebut berbentuk sistem turus malar yang dilengkapi apungan berat sebagai beban.

Pada acara World of Islam Festival yang diselenggarakan di Inggris pada 1976, banyak orang yang berdiri kagum dengan hasil karya Al-Jazari. Ketertarikan Donald Hill terhadap karya Al-Jazari membuatnya terdorong untuk menerjemahkan karya Al-Jazari pada 1974, atau enam abad dan enam puluh delapan tahun setelah pengarangnya menyelesaikan karyanya.

Tahukah kamu bahwa menurut Encylopedia of Britanica, Leonardo Da Vinci mendapat banyak pengaruh ilmu dari Al Jazari…?



Pautan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jam_air

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jam_gajah

http://www.hamariweb.com/

Eramuslim.com.
dan sumber-sumber berpautan dengan Al Jazari.


KETERANGAN GAMBAR 1 : LAKARAN WAJAH AL JAZARI
KETERANGAN GAMBAR 2 :ROBOT MUZIK CIPTAAN AL JAZARI
KETERANGAN GAMBAR 3 :JAM AIR/JAM GAJAH.

Wednesday, April 24, 2013

AYAT-AYAT AL QURAN MENGENAI JIHAD DAN PERANG.




''Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang. Dengan begitu, kamu menggetarkan musuh Allah dan musuh kamu.” (Al-Anfal: 60)

“Telah diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal sesuatu itu baik bagimu. Dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal sesuatu itu buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah, Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
Q.S.At-Taubah: 41)

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapatkan rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan kepada mereka dan mereka bergembira hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang mereka yang belum menyusul, bahawa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati .”
(Ali Imran: 169-170)





“Maka berperanglah kamu di jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri. Kobarkanlah semangat mukmin (untuk berperang). Mudah2an Allah menolak serangan orang2 kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(nya)”
(An Nisa’: 84)

“Perangilah mereka, niscaya Allah menyiksa mereka dengan tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman. Dan menghilangkan panas hati orang-orang mukmin. Dan Allah menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha bijaksana.” (At-Taubah: 14-15)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan dimuka bumi atau mereka berperang, ‘kalau mereka tetap bersama kita, tentu mereka tidak akan mati dan tidak akan dibunuh.’ Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat dalam hati mereka.

Allah menghidupkan dan mematikan. Dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan. Dan sungguh kalau kamu gugur dijalan Allah atau meninggal, tentulah ampunan Allah dan rahmat-Nya lebih baik bagimu dari harta rampasan yang mereka kumpulkan. Dan sungguh jika kamu meninggal atau gugur, tentulah kepada Allah kamu semua dikumpulkan.”
(Ali Imran: 15)


“Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa; ‘ya Rabb kami, keluarkanlah kami dari negeri ini, yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau dan berilah kami penolong dari sisiMu”
(Alquran.S.An Nisa: 75)

“Kerana itu, hendaklah orang-orang menukar kehidupan dunia dengan akhirat dengan berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang dijalan Allah, lalu gugur dan memperolah kemenangan, maka kelak akan kami berikan kepadanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 78)

“Wahai orang2 yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kalian, “Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah”, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?…..” (QS. At Taubah: 38)

“Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”
(At taubah: 39)

Monday, April 15, 2013

TS Kadir dakwa pakar khas diupah buat video fitnah

 
KUALA LUMPUR: Bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat wujudnya pasukan khas yang ditubuhkan pihak tertentu untuk membuat video fitnah bagi merosakkan imej pemimpin politik tertentu.

Pemimpin veteran Umno yang menghubungi sendiri Harakahdaily berkata, pasukan khas itu terdiri daripada beberapa pakar video yang yang dibayar dengan upah khas.

"Saya diberitahu bahawa terdapat suatu pasukan khas yang pakar dalam kerja-kerja video ini telah ditubuhkan, dengan mendapat pembiayaan dan upah khas, bagi menjahanamkan imej tokoh-tokoh politik tertentu menerusi video-video seks.

"Mereka ini adalah pakar yang boleh memetik video-video tertentu dari internet dan diadunkan sedemikian rupa agar menyerupai imej pemimpin-pemimpin tertentu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas video fitnah terbaru yang mengaitkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Kadir yang juga Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyifatkan pembikinan video fitnah itu sebagai sangat jijik, kejam dan tidak masuk akal.

"Dan sekarang ini pula, yang ganjil dan pelik, terhadap seorang yang terkenal, bersih dan kuat beragama, Datuk Mustapha Ali," katanya sambil menyifatkan sangat mengenali peribadi Mustafa yang bersih, bermoral dan berprinsip tinggi sejak beliau menjadi Ketua Pemuda PAS pada awal 70an lagi.

Baliau juga yakin rakyat kini muak dan jijik dengan pihak yang menggunakan cara tidak bermoral itu dalam kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya yakin seluruh rakyat Malaysia mengutuk dan menjijikkan kempen politik seperti itu, dan saya berharap ianya dapat dihentikan serta merta.

"Sejak berpuluh tahun lamanya negara dan rakyat kita telah berpolitik secara yang begitu gentleman dan bersih, dan selepas 50 tahun lebih kita harus lebih dewasa dan lebih matang berpolitik," katanya.

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18305--ts-kadir-dakwa-pakar-khas-diupah-buat-video-fitnah

Thursday, April 11, 2013

Turkey dan PRU 13 Malaysia..

 
Rajab Tayyip Erdogan berkata jika Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 13 ini maka beliau bercadang akan mula membentuk kembali jaringan negara-negara Umat Islam di bawah Empayar Othmaniah seperti ketika di zaman keagungan empayar tersebut suatu ketikan dahulu..

Malaysia dipilih kerana sejarahnya telah bermula semenjak 500 tahun dahulu di mana Empayar Kesultanan Melayu Melaka pernah menjadi sayap kanan kepada Empayar Othmaniah Turkey di sebelah rantau Asia tenggara selepas Negara Aceh Darussalam..

Jaringan islam ini agak sukar dilaksanakan kerana para pemimpin negara umat islam kebanyakkan agak gentar utk menghadapi tekanan dari EU kerana kebanyakan menolak islam dalam kehidupan bernegara.. Tetapi Insyallah usaha ke arah itu akan belaku..

Jaringan ini bukannya utk menghancurkan dunia tetapi ingin menyatukan suara umat islam seluruh dunia di atas ketidak-adilan dunia barat menindas umat islam dan juga umat masua yg tidak sehaluan dengan mereka selama ini..

Sebelum kita membina kekuatan material kita harus membentuk kekuatan akidah, iman dan mental.. Umat islam tidak akan bangkit buat selama-lamanya selagi mana mereka menolak hukum Allah dan melakukan kezaliman di dalam pemerintahan bernegara..

Perjuangan Anwar Ibrahim yg memberikan hak kesamarataan kepada keseluruhan rakyat jelata, keadilan, kebajikan dan menekankan espek ilmu sebagai tunjang kekuatan adalah menepati kehendak agama islam.. dan itulah juga yang menjadi teras kekuatan empayar-empayar islam sehingga mampu berdiri teguh dan memerintah lebih dari 800 tahun

Tuesday, April 9, 2013

Video Pembunuhan Syeikh Muhammad Ramadhan Al Buthi

Video yang mengandungi adegan pembunuhan Syaikh Muhammad Ramadhan Al Buthi di Masjid Al Iman Damsyik dimuat naik oleh akaun Jabhat Al Nusrah, pada 8 April 2013, di Youtube.

Dalam video tersebut, Syaikh Al Buthi nampak sedang duduk di belakang meja, memberikan kajian tafsir Al Quran rutinnya. Kemudian sebuah bom meletup, namun ledakannya tidak membuat Syaikh Al Buthi meninggal.

Kemudian seorang lelaki memakai jas hitam datang ke depan meja Syaikh Al Buthi dan menembak senjata apinya dalam jarak dekat. Setelah menembak Syaikh Al Buthi, ia pergi. Sementara Syaikh Al Buthi nampak tak sedarkan diri dengan bersimbah darah. Diduga, pelaku penembakan tersebut adalah ahli Shabiha, kumpulan pelindung Basyar Al Assad.

Segera Download sebelum di hapus oleh pihak yang berkepentingan ...
 

Sunday, April 7, 2013

Bandar purba zaman Nabi Ibrahim ditemui

BAGHDAD - Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim.
Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun.
Kawasan berkenaan dipercayai merupakan pusat pentadbiran bandar Ur.
Campbell berkata, kompleks itu bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap sisi.
DUA orang pekerja menggali di lokasi bekas sebuah kompleks pentadbiran zaman Nabi Ibrahim di Tell Khaiber pada 31 Mac lalu.- ap

Menurutnya, kompleks bersaiz besar itu merupakan sesuatu yang jarang ditemui.

Ia merupakan penggalian pertama kumpulan arkeologi dari Britain di Iraq sejak tahun 80-an.
Penggalian itu bermula pada bulan lalu apabila enam anggota pasukan Britain dan empat ahli arkeologi Iraq menggali tanah di Tell Khaiber, wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu terletak 320 kilometer ke selatan Baghdad.
- AP

Thursday, April 4, 2013

Semboyan jihad pilihan raya sudah ditiup

KUALA LUMPUR: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengajak para pendukung perjuangan Islam supaya berjuang bagi memenangkan Islam.
Ini semboyan jihad pilihan raya sudah ditiup ekoran Parlimen telah dibubarkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.
“Marilah kita melakukan ‘Ribat Mujahidin dalam Pilihanraya’ untuk memenangkan Islam di persada kuasa dengan mewakafkan semaksimum masa, tenaga dan harta yang ada,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau meminta para penyokong PAS bermula pada saat ini supaya melakukan beberapa perkara dalam menghadapi PRU13 nanti:

Beliau menasihatkan mereka agar jangan meninggalkan solat malam walaupun 2 rakaat, begitu juga dengan solat dhuha walaupun 2 rakaat serta melazimi solat berjamaah.
Di samping itu, beliau turut mengingatkan mereka supaya membaca al-Quran minimum 1 muka sehari, memperbanyakkan bersedekah dengan minima RM10 setiap hari.
Selain itu, katanya pendudung perjuangan Islam agar berdoa untuk kemenangan Islam setiap kali selepas solat 5 waktu dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.
Harakahdaily.net