Pelbagai
alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa
pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak ada masjid/surau dan
yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat
kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.
Peringatan untuk diri sendiri
juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita
tidak pernah jemu mencatatkannya.
Semoga gambar-gambar di bawah
memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan
kewajipan kita sebagai seorang hamba.
Usamah bin Zaid merupakan tokoh Islam
yang tidak asing lagi. Beliau merupakan panglima perang yang dikasihi
Rasulullah sejak beliau masih bayi. Beliau menjadi panglima perang
semasa usianya baru berumur 19tahun namun kehebatannya tidak bisa
ditandingi.
Ibu beliau bernama Ummu Aiman wanita
Habsyi yang diberkati dan ayahandanya Zaid bin Haritsah yang merupakan
anak angkat Rasulullah sebelum Zaid memeluk Islam.
Sejak Usamah meningkat remaja,
sifat-sifat dan pekerti yang mulia sudah kelihatan pada dirinya, yang
memang patut menjadikannya sebagai kesayangan Rasulullah. Dia cerdik dan
pintar, bijaksana dan pandai, takwa dan wara. Ia sentiasa menjauhkan
diri dari perbuatan tercela.
Waktu terjadi Perang Uhud, Usamah bin
Zaid datang ke hadapan Rasulullah saw. beserta serombongan anak-anak
sebayanya, putra-putra para sahabat. Mereka ingin turut jihad fi
sabilillah. Sebagian mereka diterima Rasulullah dan sebagian lagi
ditolak karena usianya masih sangat muda.
Usamah bin Zaid teramasuk kelompok
anak-anak yang tidak diterima. Karena itu, Usama pulang sambil menangis.
Dia sangat sedih karena tidak diperkenankan turut berperang di bawah
bendera Rasulullah.
Dalam Perang Khandaq, Usamah bin Zaid
datang pula bersama kawan-kawan remaja, putra para sahabat. Usamah
berdiri tegap di hadapan Rasulullah supaya kelihatan lebih tinggi, agar
beliau memperkenankannya turut berperang.
Rasulullah kasihan melihat Usamah yang
keras hati ingin turut berperang. Karena itu, beliau mengizinkannya,
Usamah pergi berperang menyandang pedang, jihad fi sabilillah. Ketika
itu dia baru berusia lima belas tahun.
Ketika terjadi Perang Hunain, tentera
muslimin terdesak sehingga barisannya menjadi kacau balau. Tetapi,
Usamah bin Zaid tetap bertahan bersama-sama denga ‘Abbas, Sufyan bin
Harits, dan enam orang lainnya dari para sahabat yang mulia. Dengah
kelompok kecil ini, Rasulullah berjaya mengembalikan kekalahan para
sahabatnya menjadi kemenangan.
Dalam Perang Mu’tah, Usamah turut
berperang di bawah komando ayahnya, Zaid bin Haritsah. Ketika itu
umurnya kira-kira delapan belas tahun. Usamah menyaksikan dengan mata
kepala sendiri tatkala ayahnya tewas di medan tempur sebagai syuhada.
Tetapi, Usamah tidak takut dan tidak pula mundur. Bahkan, dia terus
bertempur dengan gigih di bawah komando Ja’far bin Abi Thalib hingga
Ja’far syahid di hadapan matanya pula.
Setelah peperangan, Usamah kembali ke
Madinah dengan menyerahkan kematian ayahnya kepada Allah SWT. Jasad
ayahnya ditinggalkan di bumi Syam (SYiria) dengan mengenang segala
kebaikan almarhum.
Pada tahun kesebelas hijriah Rasulullah
menurunkan perintah agar menyiapkan bala tentera untuk memerangi pasukan
Rum. Dalam pasukan itu terdapat antara lain Abu Bakar Shidiq, Umar bin
Khattab, Sa’ad bin ABi Waqqas, Abu Ubaidah bin Jarrah, dan lain-lain
sahabat yang tua-tua.
Rasulullah mengangkat Usamah bin Zaid
yang muda remaja menjadi panglima seluruh pasukan yang akan
diberangkatkan. Ketika itu usia Usamah belum melebihi dua puluh tahun.
Usamah terus maju membawa pasukan tentara
yang dipimpinnya. Segala perintah Rasulullah kepadanya dilaksanakan
sebaik-baiknya. Tiba di Balqa’ dan Qal’atud Daarum, termasuk daerah
Palestina, Usamah berhenti dan memerintahkan tentaranya berkemah.
Kehebatan Rum dapat dihapuskannya dari hati kaum muslimin. Lalu,
dibentangkannya jalan raya di hadapan mereka bagi penaklukan Syam
(Syiria) dan Mesir.
Usamah berjaya kembali dari medan perang
dengan kemenangan gemilang. Mereka membawa harta rampasan yang banyak,
melebihi perkiraan yang diduga orang. Sehingga, orang mengatakan, “Belum
pernah terjadi suatu pasukan bertempur kembali dari medan tempur dengan
selamat dan utuh dan berhasil membawa harta rampasan sebanyak yang
dibawa pasukan Usamah bin Zaid.”
GEMPARR!! Seorg pendeta yahudi bernama Joseph Chohien telah mengemparkan masyarakat yahudi Israel bila beliau mengisytiharkan diri memeluk Islam...Kini nama barunya ialah Yusof Muhammad Khattab..
Lebih menggemparkan ialah beliau turut membawa beberapa ahli keluarganya
yg lain termasuk isteri dan anak2nya berhijrah meninggalkan agama
yahudi dgn memeluk Islam...
Sejarah keislaman beliau bermula dari saat beliau berkenalan dgn seorg
daie dari Kuwait melalui internet....yg banyak memberikannya kesedaran
dan pendedahan akan hakikat Islam..hampir 2 tahun lamanya mereka
berhubung hinggalah akhirnya beliau diperkenalkan pula dgn seorg Daie
lagi di al-Quds, Palestin...
Dari situlah....akhirnya Allah swt menguatkan serta membuka pintu hati beliau utk menuturkan kalimah Syahadah..hingga akhirnya isteri dan anak2nya juga turut sama mendapat hidayah Allah swt dgn memeluk Islam....
Di peringkat awal keislamannya beliau telah menempuh berbagai kesusahan dan tekanan2 termasuk dari 2 org tuanya yg masih beragama yahudi..
Antara yg turut memberikan tekanan dan gangguan hebat ialah pihak Kementerian Dalam Negeri Israel sendiri dan persatuan 'Syaas' yg
pernah dianggotainya sblm ini ...di mana beliau telah dituduh konon
ditimpa penyakit gila, gangguan fikiran dsb...di samping itu pula banyak
hak2 beliau sebagai rakyat Israel dinafikan oleh rejim Israel yg sangat
menguji keimanannya yg baru tersebut...
Setelah puas menempuh pelbagai rintangan dan tekanan akhirnya beliau
berjaya juga melepasi kesemua halangan tersebut dan berjaya pula
mendapatkan pengiktirafan serta hak2nya sebagai warga negara yg telah
dinafikan sebelumnya ..
Kini Yusof mula bergiat cergas dlm amal2 dakwah dan kebajikan di sekitar kota al-Quds bersama2 rakan arab yg lain..
Di tengah-tengah isu kenaikan harga
barang dalam negara dan kebangkitan rakyat Arab di luar negara tiba-tiba muncul
isu Tabung Memali yang kononnya diselewengkan. Ia semacam anti klimaks,
membangkitkan isu lapuk yang telah selesai dan berkubur lebih 10 tahun lalu.
Tetapi biasalah BN, Utusan Malaysia,
RTM dan yang terbaru adalah TV3 di saat ketandusan isu, mereka jadi lalat dan
langau akan menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk mencari bahan
busuk yang boleh dijadikan isu bagi memperbodohkan kalangan rakyat yang kurang
cerdik agar mempercayai propaganda mereka. Maka terus kekallah sokongan
terhadap BN bermodalkan bara fitnah yang dinyalakan saban waktu.
Halal atau haram membuat fitnah
bukan persoalan mereka kerana tiada perhitungan kematian, alam barzakh,
akhirat, syurga atau neraka. Yang penting bagi mereka ialah berusaha mengekalkan
kuasa BN melalui apa cara sekalipun kira-kira sampai turunnya Dajal.
Media-media talibarut BN ghairah
membangkitkan isu tabung Memali kerana sedar bahawa ramai pemimpin PAS yang
terlibat dalam kepimpinan PAS Kedah sewaktu peristiwa berdarah Memali dan sejurus
selepasnya telah pergi untuk selamanya. Mereka tidak mungkin bangun membela
diri untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
Antaranya Ustaz Fadzil Noor, Ustaz
Azahari Razak, Ustaz Abd Wahab Sulaiman, Cikgu Mustafa Long, Tuan Guru Haji
Yahya Junid, Ustaz Suhaimi Ahmad dan ramai lagi. Fitnah oleh media talibarut BN
ini dipanjangkan ke medan maya.
Puteri Umno yang sebahagian besar
ahlinya belum melihat dunia sewaktu berlakunya peristiwa Memali turut memanjang
fitnah isu tabung Memali dalam platform maya mereka. Mereka sama sekali tidak
tahu bahawa peristiwa Memali adalah simbol kezaliman BN, menjadi ‘pembela’
kepada balu-balu dan anak mangsa Memali. Begitu jugalah umumnya generasi muda
hari ini, tidak begitu memahami akan peristiwa Memali.
Maka ada baiknya kalau sebelum
penjelasan mengenai tabung Memali dibuat, elok gambaran sebenar mengenai
peristiwa Memali itu diperjelaskan terlebih dahulu kepada generasi terbaharu
hari ini.
Peristiwa Berdarah Memali berlaku
pada 19 November 1985 di sebuah perkampungan bernama Mali, Mukim Siong, Baling.
Pertukaran nama Mali ke Memali dibuat oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu,
Datuk Musa Hitam dan nama it uterus popular hingga ke hari ini.
Peristiwa itu berlaku bermula dari
tindakan nekad pihak polis dan Kementeria Dalam Negeri untuk menangkap Ustaz
Ibrahim Libya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana
ceramah-ceramahnya yang dianggap menggugat keselamatan (menggugat ‘keselamatan’
politik BN?). Ustaz Ibrahim enggan menyerah diri dan bertegas jika pihak polis
mahu mengambilnya maka ambillah mayatnya sahaja.
Musa Hitam telah menghantar satu
ketumbukan polis yang luar biasa kekuatan dan jumlahnya untuk menangkap Ustaz
Ibrahim. Berlakulah apa yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai
“massacre” atau pembunuhan beramai-ramai terhadap Ustaz Ibrahim dan pengikutnya
di Memali. 14 orang kampung mati diserang, manakala empat anggota polis
terbunuh.
Musa Hitam adalah Timbalan Perdana
Menteri dan Timbalan Presiden Umno, manakala Ustaz Ibrahim adalah seorang aktivis
PAS maka apa yang dilakukan oleh Musa Hitam itu adalah tindakan politik untuk
menyekat kemaraan politik PAS. Kerajaan mempunyai 1001 langkah untuk menangkap
Ustaz Ibrahim tanpa melalui pertumpahan darah tetapi mereka sengaja memilih
tindakan yang ganas dan rakus terhadap orang kampung yang lemah.
Pihak yang terbabit dicop sebagai
penjenayah, Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan dituduh sebagai pengamal ajaran
sesat, ilmu kebal dan sebagainya. Ekoran serangan berterusan oleh jentera
propaganda BN dan saluran media kedua belum wujud di Malaysia, maka imej PAS
menjadi buruk. Akibatnya pada pilihanraya umum 1986, PAS hanya menang satu
kerusi di Parlimen Pengkalan Chepa.
Ekoran peristiwa itulah Tabung
Mangsa Memali ditubuhkan untuk membela balu-balu mangsa yang terbunuh,
anak-anak yatim dan juga mangsa peristiwa Memali yang masih hidup, ditahan ISA,
sakit, terlantar dan sebagainya. Ia dikendalikan oleh Badan Perhubungan PAS
Kedah. Setiap sen wang derma disalurkan kepada yang layak dan berhak menerima.
Jika hari ini ada pihak memberitahu
bahawa haram hukumnya memakan wang anak yatim, maka ketahuilah bahawa para
pemimpin PAS Kedah pada masa itu; bermula dari Ustaz Fadzil Noor yang mengaji
di Universiti Al-Azhar hinggalah kepada Aris Awang yang belajar di sekolah Cina
pun lebih tahu bahawa haram juga mengambil harta orang lain yang bukan haknya.
Mereka lebih tahu bahawa satu sen
rezeki haram yang menumbuhkan daging di jasad kita, maka api neraka adalah
lebih layak untuknya.
Tabung mangsa Memali adalah
pembelaan sementara untuk mangsa. Ia bukan skim insuran untuk pembelaan
sepanjang hayat. Sampai ke satu peringkat di mana anak-anak yatim mangsa Memali
kesemuanya sudah akil baligh dan para balu mangsa Memali pun sudah mempunyai
anak-anak yang boleh berdikari, di samping ada yang mempunyai suami baru; maka
Ustaz Fadzil Noor mengumumkan ketidakperluan mewujudkan tabung tersebut.
Dakwaan berlaku penyelewengan tabung
Memali pernah dibuat sewaktu Ustaz Fadzil Noor masih ada. Laporan polis dibuat.
Siasatan dibuat oleh unit yang paling professional dikatakan dari Bukit Aman.
Pihak yang dituduh berjaya
mengemukakan catatan akaun yang sempurna tanpa sepicing pun penyelewengan.
Soalan cepu emas yang mesti dijawab oleh semua; Adakah pihak polis dari
kerajaan BN akan membiarkan begitu sahaja penyelewengan jika ada (terutamanya
kewangan) dalam PAS tanpa diambil tindakan atau pendakwaan? Jika polis Malaysia
buat begitu ia termasuk dalam lapan benda ajaib di dunia.
Cukuplah itu sebagai jawapan kepada
pihak BN yang membuat fitnah kononnya terdapat penyelewengan dalam tabung
Memali. Walaupun jawapan yang terperinci ada tapi ia tidak semesti perlu
didedahkan. Macam seseorang dituduh tidak bersunat. Bukti yang nyata untuk
menolak fitnah itu ialah dengan menyelak kain biar semua orang tengok. Tapi
orang yang cerdik tidak perlu buat sampai ke situ.
Bila namanya disebut, gentar hati musuh. Seorang sahabat Rasulullah yang
berjaya memimpin pasukan tentera mengalahkan tentera Parsi dan Rom.
Gelaran Pedang Allah / Saifullah tidak membuatkan dirinya sombong.
Bahkan beliau mengharapkan keredhaan Allah. Berperang kerana Allah bukan
kerana arahan khalifah.
Beliau mendambakan mati syahid tetapi akhirnya beliau menemui Allah di
atas katil. Semua ini ketentuan Allah. Hanya Allah yang mengetahui
tempat dan waktu ajal kita.
Pernah suatu ketika, Khalid bin Al-Walid memerintahkan tenteranya
mengepung benteng-benteng ini. Namun begitu, terdapat juga anggota
tenteranya yang tidak sabar mahu menyerbu masuk bagi menamatkan
pengepungan itu. Bagi mereka, penantian itu suatu penyeksaan.
"Tentera kita sudah berpengalaman menembusi benteng seperti ini. Mereka
hanya menunggu perintah daripada panglima bagi membuat serbuan," kata
Yazid.
"Mereka yang berlindung di sebalik benteng itu kebanyakannya terdiri
daripada wanita yang suaminya dibunuh dalam peperangan dan kanak-kanak
yang kehilangan bapa. Tentera yang mempertahankan benteng itu kurang
hebat kerana pahlawan yang terbaik sudah kita bunuh," jelas Khalid bin
Al-Walid.
"Cukup sekadar serang dari luar sahaja. Saya yakin tidak lama lagi mereka pasti kalah," sambung Khalid lagi.
Beliau mahu tentera Islam sabar. Kejayaan pasti menjadi milik mereka,
cuma kesabaran itu perlu disemai supaya tidak berlaku pertumpahan darah
yang banyak, terutama sekali di kalangan wanita dan kanak-kanak. Mereka
tidak patut diperangi tetapi perlu dibantu.
Tentera Islam mematuhi arahan itu. Mereka menghujani benteng itu dengan
anak panah, api dan batu yang dilontar dengan menggunakan pelantik.
Ramai musuh yang terbunuh dan cedera akibat serangan itu. Ada juga
sebahagian benteng yang mula pecah akibat hentaman batu yang dilemparkan
oleh tentera Islam.
"Musuh yang mempertahankan benteng Benbaqilla mengibarkan bendera putih.
Mereka mahu menyerah kalah," kata Muthana bin Harith kepada Khalid bin
al-Walid.
"Suruh mereka buka pintu bentang dan berjalan keluar tanpa memegang
senjata. Pastikan itu bukan muslihat peperangan," Khalid bin Al-Walid
mengingatkan Muthana.
Dalam peperangan apa asahaja boleh berlaku. Mereka perlu bijak dan
berwaspada selalu. Tidak lama kemudian, pintu benteng itu dibuka. Mereka
yang berkubu di salamnya keluar sambil mengibarkan bendera putih dan
mengangkat tangan tanda menyerah kalah. Khalid menyuruh ketua mereka
datang menghadap.
"Siapa nama saudara?" tanya Khalid. dia bertanya dengan penuh hormat walaupun dalam ketegasan.
"Nama saya Amru al-Masih, tetapi kaum saya memanggil dengan nama Ibnu Baqilah," jawabnya.
"Berapa tahun umur saudara?" tanya Khalid al-Walid lagi.
Dia tidak faham kenapa insan tua seperti itu boleh terlibat dalam
perang. Jawatannya sebagai ketua mendatangkan pertanyaan di mindanya dan
menimbulkan rasa hairan di hatinya. Matanya masih tertancap pada insan
yang sedang berdiri di hadapannya.
"100 tahun," jawab Ibnu Baqillah.
Khalid tersentak sedikit tetapi dia pandai menyembunyikan rasa terkejutnya.
"Mengapa saudara dilantik menjadi ketua dalam umur begini?" Akhirnya terkeluar juga persoalan yang berlegar-legar di mindanya.
Ibnu Baqillah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Memang dia sudah
menjangkakan soalan itu pasti terbit dari bibir pahlawan yang digeruni
ramai itu.
"Ini kerana saya lebih bijak daripada kaum saya,' jawabnya tanpa ada
perasaan megah. Dalam hatinya, dia baru sahaja berniat mahu berdamai
dengan tentera Islam.
"Mengapa saudara membuat benteng?" tanya Khalid.
"Saya mengurung orang bodoh supaya dibuka oleh mereka yang cerdik," Khalid tersenyum mendengar jawapan itu.
"Adakah saudara ingin menyerah diri atau berperang?" tanya ketua pahlawan Islam itu lagi.
"saya mahu menyerah diri," katanya dengan yakin.
"Mengapa perlu berperang sekiranya sudah tahu kemenangan pasti
menyebelahi pihak musuh? Langkah paling bujak adalah berdamai,"
tambahnya lagi.
"Saudara mahu memeluk islam atau membayar jizyah?"
"Saya mahu membayar jizyah," jawab Ibnu Baqillah.
"Saudara boleh hidup dengan aman dan berpegang kepada agama asal," balas Khalid bin al-Walid lagi.
Tiba-tiba Khalid ternampak botol kecil trejatuh dari saku baju Ibnu
Baqilah. Serentak dengan itu, dahinya berkerut sehingga keningnya hampir
bercantum dua.
"Apa yang terkandung dalam botol itu?" tanya Khalid.
"Sejenis racun yang amat bisa. Sesiapa yang meminumya pasti mati serta merta," jawab Ibnu Baqilah.
"Sekiranya dipenjarakan, saya mahu minum racun ini kerana saya lebih
rela mati daripada dipenjarakan. Sekiranya tindakan saya berunding
dengan saudara tidak dipersetujui oleh kaum saya, saya lebih rela mati
daripada hidup dibenci oleh kaum sendiri," Ibnu Baqilah memberitahu
Khalid dengan jujur tanpa berselindung.
Khalid al-Walid mengambil racun itu lalu berkata dengan penuh
yakin,"Racun ini tidak boleh membunuh orang selagi belum sampai
ajalnya."
Baginya, seseorang itu tidak akan mati tanpa izin dari Allah.
"Racun itu amat berbisa. Sesiapa sahaja yang meminumya boleh mati serta
merta," Ibnu Baqilah membantah kata-kata Khalid bin Al-Walid.
Beliau kelihatan yakin. Penutup botol dibuka. orang lain memandangnya dengan cemas.
"Jangan minum racun itu. Ia akan memudharatkan tuan," Yazib cuba menghalangnya.
"Lebih baik buang sahaj racun itu," kata Muthana.
Namun begitu Khalid tetap bertegas mahu meminumya.
"Saya mahu buktikan racun ini tidak memberi apa-apa kesan kepada diri saya dengan izin Allah," ujar Khalid.
Kemudian Khalid berdoa yang membawa maksud,
"Dengan nama Allah yang sebaik-baik nama, Tuhan penguasa bumi dan langit
yang dengan namanya racun ini tidak mendatang mudharat."
Selepas membaca doa itu, Khalid mendekatkan botol beracun itu ke bibirnya.
"Jangan minum!" ada suara yang menjerit dnegan tindakannya.
Khalid terus meneguk racun itu dan menelannya.
Orang ramai terpegun. Masing-masing bingung dengan keberanian pahlawan
Islam itu. Ibnu Baqilah adalah orang yang paling terkejut kerana Khalid
mampu tersenyum dan berdiri selepas menelan racun itu.
"Mustahil tiada apa-apa berlaku selepas meminum racun itu," bisik hatinya.
Mulutnya melopong kerana kehairanan.
"Saya sudah beritahu saudara yang racun itu tidak boleh memudharat
sesiapa dengan izin Allah," Khalid Al-Walid mengulangi kata-katanya.
Hebatnya keyakinan para sahabat. Mungkin kita tidak seyakin Khalid untuk
bertindak sedemikian. Dengan tindakannya ini, ramai yang memeluk Islam.
Subhanallah!
Khalid al-Walid juga seorang yang pandai mengatur strategi peperangan.
Dalam peperangan melawan tentera Rom 240 000 tentera. Manakala tentera
Islam seramai 40 000 orang sahaja. Jika dikira secara logik mustahil
tentera Rom boleh kalah.
Antara rahsianya yang disebut oleh tentera Rom kepada Maharaja Hercules.
"Tuanku, tentera kita berperang dengan satu kaum yang berpuasa pada
siang hari dan beraml ibadat pada waktu malam. Mereka berpegang teguh
pada janji, saling berkasih sayang sesama mereka bagaikan saudara
sendiri. Mereka sentiasa mengerjakan kebaikan dan tidak melakukan
kemungkaran," katanya dengan jujur.
"Tentera kita pula suka minum arak, melakukan zina, selalu mungkir
janji, suka berbuat jahat dan melakukan kezaliman. Disebabkan itulah
kita kalah," tambahnya lagi walaupun suaranya ketakuta dihadapan
maharajanya.
Video Jejak Rasul berkaitan kisah Khalid Al Walid di bawah:
Pedang yang
diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat.
Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang
lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan
pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini
telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur
milik Raja Arthur.
Pedang "Damascus" yang digunakan Salahuddin Al-Ayyubi
Pedang ini
diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT
(Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni
pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.
Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini
Kajian
metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk
menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban
Islam pada kurun ke-12 ini.
Setelah sekian
lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji
barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.
Rod "Damascus" bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi
Rupa-rupanya
didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz
nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan
mampu membelah apa saja. Apa itu CNT?
Rod "Damascus" berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat
CNT merupakan
suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara
heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2
nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga
berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah
sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya. Pencirian yang
dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai
kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat
kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon
nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta
mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium. Teknologi NANO.
Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12
Kehebatan
Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler
dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut
bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika
itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam
ini sangat tajam tetapi mudah lentur.
Salahuddin Al-Ayyubi
Teknologi NANO
ini menggunakan besi baja "damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih
besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan
karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi
menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.
Kehebatan pedangnya di geruni musuh-musuh Islam
Teknik
pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga
tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun
ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.
Teks kajian barat tentang Pedang "Damascus"
Apa yang
tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di
pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa
Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.
Hancurnya bangsa Yahudi
merupakan salah satu daripada tanda-tanda datangnya hari kiamat. Bermula
dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia
termasuk bangsa Yahudi. Sebelum berlaku peperangan ini, terdapat
beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini
menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.
Pertempuran dahsyat ini
dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di
lembah Megiddo atau Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap
Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan Hollywood belaka.
Kenyataannya, Hollywood yang disokong oleh Yahudi memang mahu
menyembunyikan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem.
Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang
peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.
Disebutkan dalam Kitab
Zakaria (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam
perang Armageddon dan dua pertiga daripada mereka akan musnah. Sedangkan
dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan: "Akan berlangsung tujuh bulan
sehingga rumah Israel berjaya menguburkan mereka (orang-orang mereka
yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi".
Sebutan Armageddon
sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam
kajian-kajian Kristian dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar
bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di
Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan.
Perang ini juga dikatakan sebagai perang terakhir dengan menggunakan
seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin
perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang
Nuklear.
Banyak yang mengatakan
bahawa dalam Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan. Ada
diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang
diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya
amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi
seperti Zaman Pertengahan di mana bala tentera hanya akan menunggang
kuda dan bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.
"Jika Perang Dunia
Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan
berjuang dengan busur dan anak panah." - Louis Lord Mountbatten
"Saya tidak tahu dengan
apa senjata Perang Dunia Ketiga akan digunakan, tetapi Perang Dunia
Keempat akan bertempur dengan kayu dan batu." - Albert Einstein
Apakah kenyataan
Einstein dan Mountbatten hanya kebetulan? Kononnya ini disebabkan semua
teknologi tidak boleh digunakan lagi pada masa itu kerana EMP
(electromagnetic pulse) senjata nuklear itu sendiri berlaku ketika
Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia
Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya
menggunakan peralatan perang yang sama.
Malah, ada sebahagian
hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang
menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang. Hadis Nabi
juga ada menyebut, Yahudi Zionis akan bersembunyi di balik-balik batu
dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad,
yang banyak ditanam di Israel sekarang ini.
"Tidak akan berlaku
kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi.
Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi
di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu
bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan
bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia
adalah pokok Yahudi ". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya".
Namun, setiap pagi Muhammad
Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa
berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui
bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW,
tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada
pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW
iaitu Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain
tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada
anaknya itu, "Anakku, apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku
kerjakan?".
Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah,
engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu
kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW
selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang
pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abu Bakar RA
pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis
itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu
kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah
sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku
itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan
tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan
perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan
air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku
memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang
dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad
Rasulullah SAW".
Seketika itu juga pengemis itu
pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata,
"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia
tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa
makanan setiap pagi, ia begitu mulia...."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi muslim.
Wahai saudaraku, bolehkah kita
meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau setidak-setidaknya
mempunyai niat untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlak,
semulia-mulia akhlak.
Khitam Benyan menceritakan pengalaman beliau semasa di tahan oleh tentera rejim.
22 hari telah berlalu selepas saya dibebaskan daripada tahanan rejim
Basyar. Saya berasa begitu trauma dan pelbagai persoalan tidak pernah
berhenti dalam fikiran saya. Kenangan orang yang saya temui di dalam
penjara tidak pernah saya dapat lupakan. Semua orang memberitahu saya, anda akan lupa dan anda akan menyesuaikan diri bila telah keluar dari penjara. Tetapi ternyata tidak.
Saya tidak akan melupakan apa yang saya lihat di dalam penjara dahsyat rejim.
Saya tidak akan melupakan (Um Tayim, 25 tahun ) yang dipanggil ke
pejabat penjara pada tengah malam dan kembali semula dalam keadaan
trauma selepas dirogol dengan kejam sebanyak dua kali.
Saya
tidak akan melupakan wajah (Muna Al Wadi) apabila mereka (pengawal
penjara) memberitahu dia akan dikenakan hukuman tembak yang akan
dilaksanakan jam 10 pagi esok.
Saya tidak akan lupa suara
(Ala'a Kayyal) gadis 20 tahun, apabila dia meminta saya untuk memeriksa
kembali belakang tubuhnya selepas datang dari sesi penyeksaan.
Saya tidak akan pernah lupa bagaimana (Elham) menggigil serta
menggeletar apabila dia terkena sawan epilepsi, dan pengawal mengejek
beliau dan menuduh beliau kononnya berlakon.
Saya tidak akan
melupakan (Thana'a Al Hasan) seorang wanita berusia 45 tahun apabila dia
mengalami strok dan dia tidak boleh bernafas. Kami memanggil dan
menjerit kepada pengawal tetapi tiada siapa yang menyahut.
Saya akan tidak akan pernah memadamkan memori gelap ini di dalam
kehidupan saya apabila melihat air matanya turun seperti sungai menangis
untuk anak-anaknya dan kerana dia telah mati tanpa dapat melihat
mereka.
Beritahu saya, bagaimana boleh saya lupa akan
orang-orang yang saya tinggalkan di penjara tersebut dan menjalani
kehidupan yang normal. Sebahagian besar daripada mereka masih dalam sel
gelap. Muka mereka, kesakitan mereka dan jeritan mereka sentiasa
menghantui saya.
Allah
memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan manusia. Dan
setiap yang benar-benar manfaat dan dikehendaki manusia dalam
kehidupannya, pasti disyariatkan atau diperintahkan oleh-Nya. Di antara
perintah Allah itu adalah berjilbab bagi wanita muslimah. Berikut ini
beberapa manfaat berjilbab menurut Islam dan ilmu pengetahuan.
1. Selamat dari azab Allah (azab neraka)
“Ada
dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya;
sekelompok laki-laki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka
memukul manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun
telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip bonggol unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk surga
dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau surga itu tercium dari
jarak yang jauh” (HR. Muslim).
Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan
bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun
telanjang” ialah mereka yang menutup sebagian tubuhnya dan menampakkan
sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya.
“Wanita-wanita
yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebagian
tubuhnya dan menampakkan sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan
kecantikannya.
2. Terhindar dari gangguan
Banyaknya gangguan seksual terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku
mereka sendiri. Karena wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar.
Sebagaiman sabda Nabi Muhammadshallallahu 'alaihi wasallam, “Sepeninggalku tak ada fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada wanita.” (HR. Bukhari)
Jikalau
wanita pada jaman Rasul merupakan fitnah terbesar bagi laki-laki
padahal wanita pada zaman ini konsisten terhadap jilbab mereka dan tak
banyak lelaki jahat saat itu, maka bagaimana wanita pada zaman
sekarang??? Tentunya akan menjadi sasaran. Hal ini telah
terbukti dengan tingginya kes gangguan seksual di negara-negara Eropah (wanitanya
tidak berjilbab).
3. Memelihara kecemburuan laki-laki
Sifat cemburu adalah sifat yang telah Allah subhanahu wata'alatanamkan
kepada hati laki-laki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi
mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam.
“Allah
itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah
apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR.
Muslim)
Bila jilbab ditanggalkan, rasa cemburu laki-laki akan hilang. Sehingga jika terjadi gangguan tidak ada yang akan membela.
4. Akan seperti biadadari surga
“Dalam
surga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka
tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya.” (QS. Ar-Rahman: 56)
“Mereka laksana permata yakut dan marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58)
“Mereka laksan telur yang tersimpan rapi.” (QS. Ash-Shaffaat: 49)
Dengan
berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari surga. Yaitu
menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya,
yang senantiasa dirumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah
merupakan perhiasan yang amatlah berharga.
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari surga.
5. Mencegah penyakit kanser kulit
Kanker
adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebagian sel tubuh berubah
sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat
kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran, zat-zat kimia, dan
sebagainya.
Penelitian
menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet
(UV) yang menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak
menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar
matahari.
Kanker
tidaklah membeda-bedakan antara laki-laki dan wanita. Hanya saja,
wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh
karena itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanker
kulit.
Oleh
karena itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan
menutupi kulit. Salah satunya dengan berjilbab. Karena dengan
berjilbab, kita melindungi kulit kita dari sinar UV. Melindungi tubuh
bukan dengan memakai kerudung gaul dan baju ketat. Kenapa? Karena hal
itu percuma saja. Karena sinar UV masih bisa menembus pakaian yang ketat
apalagi pakaian transparan. Berjilbab disini haruslah sesuai kriteria
jilbab.
6. Memperlambat gejala penuaan
Penuaan
adalah proses alamiah yang sudah pasti dialami oleh semua orang yaitu
lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh.
Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit keriput,
dan lain-lain.
Penyebab
utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang
penting bagi pembentukan vitamin Dyang berperan penting terhadap
kesehatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahwa sinar
matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan
melanin, akibatnya rusaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan
kolagen dan elastin berperan penting dalam menjaga keindahan dan
kelenturan kulit.
Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah.
Krim-krim
pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari
sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan
jilbab.
Jilbab
adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Dan jilbab pun memiliki
manfaat. Ternyata tak sekedar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga
manfaat duniawinya. Jilbab tak hanya sekedar menjaga iman dan takwa
pemakainya, namun juga membuat kulit terlindungi dari penyakit kanker
dan proses penuaan.
Ternyata jilbab tak sekedar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya.
Jilbab
tak hanya sekedar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat
kulit terlindungi dari penyakit kanker dan proses penuaan.
Demikianlah Allah memberi kasih sayangnya kepada wanita melalui syariat islam yang sempurna.