.

.

Wednesday, March 5, 2014

LEMBAH PITIS KELANTAN DI PASIR MAS


             Penemuan Pitis Kelantan di Lembah Sungai Kg Kubang Pak Amin,Pasir Mas telah mencetuskan berita dalam berbagai media arus perdana. Dari penemuan kepingan syiling Pitis oleh seorang penduduk telah merebak dengan cepat dan menarik ramai manusia dari berbagai lapisan untuk turut mencari artifak warisan Kelantan itu.

                  Pitis merupakan syiling pertama yang ditempa oleh Kerajaan Kelantan dan digunakan sebagai legal tender untuk berurus niaga diseluruh Kelantan. pengunaan pitis ini dimansuhkan oleh penjajah inggris dan menggantikannya dengan syiling dan wang kertas straits settlements sekitar tahun 1920..Beberapa keping pitis yang dijumpai di Lembah Sungai Kg. Kubang Pak Amin....


             Pemerhatian depankanta mendapati berbagai varieti Pitis Kelantan terdapat di lembah sungai ini...Penemuan ini telah mendorong generasi muda untuk mengenali jenis-jenis dan berbagai variasi pitis Kelantan yang ada.

           Seorang penduduk sedang mencuba nasib, mengikut cerita orang-orang tua disini.lembah ini merupakan bekas pelabuhan/jeti tempat kapal dagang singgah untuk berurus niaga. Pendapat ini disokong dengan terdapatnya perkampongan Cina sekitar lembah penemuan Pitis ini.

       Sepanjang lawatan ini depankanta ditemani oleh cikgu Roslan Abd. Rahman yang juga merupakan peminat artifak purba.. Menurutnya penemuan pitis di Pasir Mas ini telah memberi kesedaran pada generasi muda untuk mengenali mata wang yang digunakan oleh datuk nenek mereka sebelum datangnya penjajah.

         Kunjungan orang ramai semakin meningkat bila berita penemuan ini disiar oleh berbagai media arus perdana..Kerajaan Kelantan melalui Muzium Negeri telah mengambil langkah memantau aktiviti mencari pitis sekitar lembah sungai Kg Kubang Pak Amin....

           Dari penemuan pitis ini telah memberi rezeki lain pula pada peniaga air ini....

             Saudara Mohd Yusof dari Kg Landar,Kasar,Pasir Mas adalah orang pertama yang menemui pitis yang mencetuskan berita gempar ini. Penduduk setempat disekitar kawasan ini sebenarnya telah lama menemui pitis ini tetapi hanya sekeping dua dan menganggapnya penemuan biasa...Penemuan oleh sdr Wan Mohd Yusof telah menjadikan Lembah Sungai Kubang Pak Amin tersohor hingga menggamit pengunjung dari luar termasuk dari Thailand....

        Penemuan yang sempat dirakam, kebanyakan orang ramai memilih untuk menyimpannya sebagai kenangan dari menjualnya...Mungkin pencarian ini akan berakhir tidak lama lagi, mengikut beberapa orang pengunjung yang ditemui semakin hari semakin sukar untuk menemui pitis walaupun hanya sekeping setelah sehari suntuk mencarinya...

         Pencarian adalah santai dan tidak menampakkan satu usaha yg serius...Tentu pencarian dikawasan seperti ini lebih praktikal jika menggunakan Alat Pengesan logam...Keghairahan orang ramai mencari pitis mengingatkan depankanta tentang penemuan bijih emas di Lubuk Mandi, Rusila, Terengganu suatu masa dulu....

           Fenomena air pasang adalah merbahaya kepada kanak-kanak yang berkunjung ke Lembah ini..

BERITA TV9

Sumber: http://depankanta.blogspot.com       

No comments:

Post a Comment