.

.

Saturday, June 22, 2013

Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi Kritik Hizbullah dan Menolak Rencana Penggulingan Mursi


Syaikh Yusuf Qaradhawi menolak tuntutan Damsyikke PBB terhadapnya kerana telah menyeru Jihad ke Syria. Syaikh mengatakan itu adalah haknya setelah dirinya menyaksikan pembunuhan, rogol meluas yang mensasarkan kalangan Sunni di Syria. Selain itu Syaikh juga menganggap seruan untuk menggulingkan Presiden Mesir Muhammad Mursi pada tarikh 30 June depan adalah "Haram", dan menyatakan bahawa Mursi adalah Pemimpin yang Muslim dan bertanya-tanya "apakah Mursi seorang fasik?"

Al-Qaradhawi dalam khutbah Jumaat di ibu negara Qatar, Doha, menyampaikan bahawa ia berdiri sejak awal bersama rakyat Syria sebagaimana berdiri bersama negara negara Arab. Ia menambahkan, "Perbezaan besar antara tentera Rejim dan tentera Pembangkang adalah tentera pembangkang hanya memiliki senjata ringan, dan terkadang mereka kekurangan peluru sedangkan mereka harus menghadapi tentera Rejim yang mempunyai pesawat pejuang dan peluru berpandu yang dibekalkan dari Rusia dan Iran, yang mereka juga menghantar tentera, wang, dan Senjata dan terakhir mereka menghantar "Hizbullah".

Kemudian Syaikh mengkritik keras Hizbullah dengan mengatakan bahawa Hizbullah, "tidak ada hubungan dengan Allah, dan Ia adalah Hizbut THOGUT dan Hizbusyaitan," kemudian menambah, "mereka tidak menganggap rakyat Syria sebagai saudara, dan mereka bukanlah pengikut Allah melainkan pengikut Husein. Mereka tidak berseru: "wahai Allah" namun "wahai Husein". Namun Husein dahulu menentang kezaliman sedangkan kalian bersama kezaliman maka Husein telah berlepas diri dari kalian. "

Setelah menjelaskan permasalahan Syria di khutbah keduanya Syaikh Al-Qaradhawi menyinggung situasi Mesir khususnya isu penggulingan pada tarikh 30 June akan datang, Syaikh berkata, Presiden Mursi telah dipilih secara sah melalui Pilihanraya, dan Ia adalah orang yang selalu berpuasa, bangun malam dan Takut akan Allah ... . dan ia dari awal pemerintahannya bekerja dengan sebaik perkhidmatan. '

Syaikh memperingatkan akan kemasukan beberapa penyokong Rejim Mubarak dalam rancangan ini, Syaikh mengatakan, "tidak dibenarkan bagi siapapun untuk menyokong rancangan penggulingan ini."

Pada akhir khutbahnya Al-Qaradhawi mengatakan, "ini (Mursi) adalah pemimpin kita dan kita harus mentaatinya, tidak boleh menentangnya dan menuntut perubahan sebelum masa kepemimpinannya berakhir, dan saya mengatakan HARAM atas kalian menyeru kepada semua orang untuk ikut dalam" fitnah "ini dan untuk ikut dalam rancangan penggulingan Muhammad Mursi. "

Sumber: https://www.facebook.com/pages/Ikhwanul-Muslimin

No comments:

Post a Comment