Presiden Mesir Mohammad Mursi mengumumkan pada hari Sabtu, memutuskan hubungan dengan rejim Bashar al-Assad dan menyeru pemberlakukan zon larangan terbang bagi pesawat Syria apapun di atas wilayah negaranya.
"Mesir, hari ini menyatakan secara jelas memutuskan hubungan dengan rejim saat ini di Syria, untuk menutup kedutaan ...," kata Presiden Mursi di sebuah perhimpunan di Kaherah pada Sabtu.
Perarakan "Sokongan untuk Syria" diadakan di Kaherah, sehari selepas Ikhwanul Muslimin mengecam campur tangan tentera Hizbullah di Syria dan menyokong panggilan jihad (perang suci) di sana.
Ulama Muslim berkumpul di Kaherah minggu lalu mendesak pemuda Muslim untuk pergi berperang di Syria melawan Hizbullah Syiah dan Iran.
Dalam ucapannya pada hari Sabtu, Mursi juga mendesak kuasa dunia untuk tidak ragu-ragu untuk menegakkan zon larangan terbang di atas Syria.
Berikut adalah terjemahan petikan ucapan Presiden Mesir, Dr Morsy ketika Himpunan Rakyat Mesir bersama rakyat Syria di Kaherah semalam :
"Kepada Hizbullah (baca : Hizbu Syaitan), mestilah keluar daripada Syria. Ini adalah kata-kata yang serius, tiada peluang dan tempat buat Hizbullah (baca : Hizbu Syaitan) di Syria.
Hari ini kita (Mesir) telah membuat keputusan untuk memutuskan sepenuhnya hubungan dengan rejim Syria yang ada sekarang. Ditutup Kedutaan Syria di Kaherah dan dipanggil pulang Kedutaan Mesir di Dimasyq."
assalam, sy ingin bertnya,apakah kaitan tamadun islam dengan konflik yg berlaku di mesir skrg??
ReplyDeleteApa yg berlaku di Mesir adalah ujian bagi pejuang Islam Dan bagi kita di sini utk mengambiil semangat supaya tidak berputus Asa Dgn pejuangan Islam.
ReplyDelete