DAMASKUS – Allahuakbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar..
Mujahidin Syria telah menguasai beberapa kota berhampiran Golan Heights
yang diduduki “Israel” dalam waktu 24 jam terakhir, Mujahidin
mengatakan pada Kamis (21/3/2013). Hal ini membawa ketegangan di zon
militer sensitif.
“Kami telah menyerang posisi pemerintah
di mana para tentera telah menembak warga awam dan kami berhasrat untuk
mengambil lebih banyak kota,” kata Abu Essam Taseel, dari pejabat media
Martyrs of Yarmouk, Pasukan Tentera mujahid yang beroperasi di daerah
tersebut.
OBSERVATORIUM SYRIA UNTUK HAK ASASI MANUSIA iaitu
sebuah kumpulan yang berpengkalan di London yang memantau konflik di
Syria, mengatakan pasukan mujahidin telah mengambil alih beberapa kota
di dataran tinggi Golan, yang pernah dikuasai dan kemudian dirampas
oleh“Israel” dari Syria dalam perang Timur Tengah tahun 1967.
OBSERVATORIUM SYRIA UNTUK HAK ASASI MANUSIA mengatakan lagi bahwa pada
Rabu (20/3) malam,pasukan mujahidin telah merebut Khan Arnabeh, yang
terletak di perbatasan “Israel”-Syria dan melintasi jalan utama yang
mengarah ke wilayah yang dikuasai “Israel”.
Mujahidin juga
mengambil alih Mashati al-Khadar dan Seritan Lahawan, dua perkampungan
berhampiran batas gencatan senjata, katanya.
Peperangan
berserta pertempuran bersenjata antara Pasukan mujahidin dan pasukan
rezim syiah nushairiah dan sekutu-sekutunya telah menimbulkan kerisauan
“Israel” bahwa mujahidin mungkin akan berani untuk merebut wilayah yang
selama ini dipertahankan oleh Assad dan ayahnya di Golan sejak tahun
1974.
Sumber Pasukan mujahidin mengatakan pasukan boneka Syria
melakukan penembakan intensif ke atas desa-desa di wilayah Saham
al-Golan pada Khamis 21 march waktu subuh.
Mereka mengatakan
bahwa mujahidin di wilayah Quneitra, sebelah Golan, meningkatkan
serangan untuk merebut lebih banyak wilayah, namun mereka menambah lagi
kenyataan bahawa kota strategik Quneitra — yang sebahagian besar hancur
dan ditinggalkan sejak pertempuran “Israel”-Israel pada tahun 1974 —
masih di tangan pemerintah diktator Syria
diterjemahkan dan di sunting dari: Arrahmah.News.com
Video salah satu pasukan Mujahidin Syria di bawah:
Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid
( 1876 – 1909 )
Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan
wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i
Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.
“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan
kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan
aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.
“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.
Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin
sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid
menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa
tanah itu selama 99 tahun.
Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi
bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk.
Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan
Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.
“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang
memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.
Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum
malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak
disebut di dalam khutbah.
“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.
Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.
“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”,
Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada
gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.
Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan
anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah
jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah
oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda
bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian,
dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece. (Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922. Dengan
sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk
telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam
daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.)
Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99
umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu
ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan
masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.
“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa
begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini
menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.
Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis
ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari
Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.
“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.
Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.
Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan
kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.
“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.
Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi
yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan
tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah
kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.
Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.
“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.
Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.
Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut.
Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan
beliau.
“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.
Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918.
Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka
sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah
Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10
tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan
penyesalan itu.
*Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid
——————————————————————————————————-
Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut :
Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.
Kedua : Meninggalkan amalan Islam.
Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektronik
di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan
pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan
teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur
bersama – samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain
instrument kewangan.
Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir
sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat Islam
mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal
perniagaan tidak diperlukan lagi.
Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan
sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi
keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam
kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah Othmaniah
, perkara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi
TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.
Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British.
Tentera jihad diganti dengan tentera makan gaji. Sistem demokrasi
diperkenalkan, jawatan wazir besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai
dinaikkan.
Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit . Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis.
Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui
waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi
golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan
, tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain
– lain institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas
nama ‘memodenkan empayar’.
Undang – undang Islam ke atas status ahlu Zhimmah dihapuskan.
Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran (
administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah
tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.
Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.
Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan
menggantikan dinar dan dirham , ini membawa kepada penguasan banker
YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker – banker
ini dijemput untuk mencipta sistem kewangan moden dengan sistem riba
mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang
dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk
membuka bank – bank baru.
Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea
memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar
Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi
pinjaman dengan interest. Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling.
Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada
system kuasa berada ditangan pemilknya banker – banker Yahudi
Antarabangsa.
Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.
Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund.
Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan pengumpul dan
pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi
pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana
dan melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak
wang baru.
Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana
tempatan seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat
dengan dana antarabangsa. Satu system penguasaan kewangan telah
diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap
aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti
masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan
seterusnya dana kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank.
Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds.
Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan
syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan
Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan
kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi
bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar
Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang.
Tahun itu juga , undang – undang tanah baru menafikan hak Sultan.
Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah.
Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria
dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek
ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank –
bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini
dengan bon – bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873
, berlaku ‘ crash 1873 ‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon – bon
tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk
konkrit bangunan semata – mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi
ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka
– angka pada dokumen kewangan yang dipanggil saham dan bon.
Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis
kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil
pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap
rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.
Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah.
Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876.
Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum
tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi
dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau
tidak percaya kepada pegawai – pegawai yang berkhidmat sebelumnya.
Secara beransur – ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam
kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.
Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui
beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi
tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh
kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempunyai tanahairnya
sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar
di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik.
Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah
nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal
masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan
projeknya.
Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang
ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan
tersebut :
“Saya menganjurkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan perkara
ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan
walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik
saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta
mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan
mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada
sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang
berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka
boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat
kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab
apapun..“
Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma Rothschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.
Dalam kehidupan para sahabat, sering membuat
orang kehairanan kerana karamah Ilahi yang diberikan kepada mereka untuk
menolong mereka dalam menyiarkan agama Allah dan menghapus kejahilan
yang membelenggu akal manusia. Di antara para sahabat ada yang diberi
karamah dapat menyaksikan malaikat yang sedang memukul pasukan kafir di
medan peperangan; seperti Abu Thalhah. Di antara mereka ada yang diberi
karamah Allah melihat malaikat yang menjelma menjadi payung di atas
rumahnya ketika ia membaca Al-Quran, seperti Usaid Ibnu Al-Hudair.
Di
antara mereka ada pula yang diberi karamah Allah, ia dapat menurunkan
hujan bila ia menadahkan tangannya ke langit dan berdoa kepada Allah
agar hujan diturunkan, maka Allah segera mengabulkan doanya, seperti
Al-Abbas bapa saudara Rasulullah SAW.
Di antara mereka ada yang
diberi karamah Allah, tongkat boleh berubah menjadi lampu yang menyinari
jalannya pada malam yang gelap gelita, seperti Thufail Ad-Dausi. Di
antara mereka ada yang mendapat kiriman makanan dari Allah, ketika ia
dipenjara kaum musyrikin, di dalam bilik yang tertutup, seperti Khabab
Ibnu Al-Arat. Di antara mereka ada pula yang setelah mati syahid
jenazahnya dimandikan oleh malaikat seperti Handhalan Ibn Abi Amir.
Beraneka
ragam karamah dari Allah yang diberikan kepada para sahabat yang
disebutkan sejarah Islam di mana kisah-kisahnya dikuatkan oleh
sanad-sanad yang tidak dicampuri oleh keraguan. Karamah Allah yang
diberikan kepada Abu Umamah Al-Bahili telah menyebabkan kaumnya
tercengang kerana takjub. Maka mereka segera memeluk agama Islam yang
didakwahkan Abu Umamah, hati mereka terbuka untuk menerima cahaya Ilahi,
meskipun sebelum itu hati mereka terbelenggu oleh ajaran jahiliyah yang
berisi kesesatan dan dugaan saja.
Adapun sebab-sebab kaum Abu
Umamah masuk Islam adalah kerana pada suatu hari Suday Ibn Ajlan yang
biasa dipanggil Abu Umamah datang kepada kaumnya dan mengajak mereka
menyembah Allah. Abu Umamah mengisahkan peristiwa yang terjadi ketika ia
bersama kaumnya yang menggembala. Ia berkata: “Ketika aku datang kepada
kaumku, mereka telah memberi minum kambing-kambing mereka, memerah
susunya dan meminumnya.
Ketika mereka melihat kedatanganku,
mereka berkata: “Selamat datang wahai Suday Ibn Ajlan, kami mendengar
bahawa kamu telah cenderung pada Muhammad.” Jawabku: “Tidak, tetapi aku
telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah telah mengutus aku
kepada kalian supaya menunjukkan Islam kepadamu.”
Ketika aku
sedang bersama dengan mereka, tiba-tiba mereka menghidangkan bekas yang
berisi darah, kemudian mereka berkumpul di sekelilingnya. Mereka berkata
kepadaku: “Wahai Suday Ibn Ajlan, kemarilah.” Aku berkata kepada
mereka: “Celakalah kalian! Aku datang kepadamu sebagai utusan dari orang
yang mengharamkan atas kalian makanan semacam ini kecuali yang
disembelih sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.”
Mereka bertanya: “Bagaimana bunyi firman-Nya?”
Jawabku.
“Telah diturunkan ayat Al-Quran yang menerangkan tentang makanan yang
diharamkan: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi,
(daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, (haiwan) yang
tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam
binatang buas kecuali sempat kamu sembelih, dan (diharamkan bagi) yang
disembelih untuk berhala.”
(Al-Maidah: 3) Kemudian aku
mengajak mereka kepada Islam, tetapi mereka menolak, ketika aku kehausan
aku berkata kepada mereka: “Berilah aku minuman air, sungguh aku sangat
haus.” Mereka berkata: “Tidak, kami akan membiarkan kamu mati
kehausan.” Setelah itu aku membungkus kepalaku dengan kain serban
kemudian aku tidur di bawah terik matahari yang sangat panas, dan aku
biarkan mereka makan darah. Tiba-tiba dalam tidurku aku melihat
seseorang datang kepadaku dengan membawa sebuah bekas yang dibuat dari
kaca; aku tidak pernah melihat bekas yang sebaik itu. Di dalamnya ada
minuman yang menyegarkan yang tak pernah aku dapatkan di dunia. Aku
mengambil bekas itu dan segera meminumnya hingga aku merasa kenyang.
Setelah selesai minum, aku bangun. Demi Allah sejak saat itu aku tidak
pernah haus sama sekali.
Ketika aku kenyang, salah seorang
daripada mereka berkata pada mereka: “Telah datang padamu seorang dari
keluarga kamu, mengapa kamu tidak memberinya makan.” Maka mereka datang
kepadaku dengan membawa segelas susu; maka aku katakan pada mereka: “Aku
tidak perlu lagi minuman ini.” Kemudian aku memperlihatkan perutku yang
sudah kenyang pada mereka, sehingga mereka akhirnya masuk Islam.”
Mereka meninggalkan berhala-berhala mereka dan masuk Islam. Mereka masuk
Islam dengan hati yang rindu pada cahaya Ilahi dan kesucian agama
Islam.
Abu Umamah adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW
yang dipilih Islam untuk menyampaikan sinar Islam, ia belajar Islam dari
Rasulullah SAW dan ia menjalankan apa yang diajarkan padanya dengan
penuh ketaatan dan kesungguhan.
Pada suatu ketika, ia mendengar
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menjadikan ucapan salam
kesejahteraan untuk umat kita dan jaminan bagi ahli Dhimmah kita.” Sejak
itu Abu Umamah sentiasa memberi salam kepada setiap yang dijumpainya.
Tidaklah ia bertemu dengan seorang muslim baik itu muslim kecil atau
besar, melainkan ia mengucapkan: “Assalamu’alaikum.”
Tidak
seorang pun yang mendahului ia mengucapkan salam, kecuali hanya sekali
saja. Iaitu ketika ada seorang Yahudi bersembunyi di balik pohon,
kemudian Yahudi itu keluar dengan secara tiba-tiba dan mengucapkan salam
padanya.
Maka Abu Umamah berkata padanya: “Celakalah kamu wahai orang Yahudi, apa yang mendorongmu untuk berbuat demikian?”
Jawab
Yahudi itu; “Kamu adalah orang yang banyak mengucapkan salam, dan aku
tahu itu lebih utama, maka aku ingin mendapatkan keutamaan itu dengan
mengucapkan salam lebih dulu.”
Maka jawab Abu Umamah, “Sesungguhnya salam adalah ajaran akhlak Islam yang diajarkan oleh Rasulullah pada kami.”
Hal
lain yang didapatkan oleh Abu Umamah dari Rasulullah adalah perintah
untuk berbakti kepada kedua orang tuanya. Pada suatu ketika bonda Abu
Umamah sedang sakit, maka baginda menyuruh Abu Umamah supaya tetap
mendampingi ibunya hingga meninggal pada saat peperangan berlangsung.
Setelah Rasulullah SAW memperoleh kemenangan pada peperangan tersebut
dan baginda kembali ke Madinah, maka baginda mendatangi kubur bonda Abu
Umamah dan meminta rahmat bagi almarhumah.
Abu Umamah salah
seorang yang berbaiat kepada Rasulullah pada baiatur Ridwan yang
diikrarkan di bawah pohon, hingga akhirnya kaum musyrikin mengajak
berdamai dengan kaum muslimin yang terkenal dengan “Perjanjian
al-Hudaibiyah.” Peristiwa itu terjadi pada 6 H. Ketika turun firman
Allah dalam Al-Quran surah Al-Fath ayat 18 yang ertinya: “Sungguh Allah
telah reda terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia
kepada-Mu di bawah pohon, maka Allah telah mengetahui apa yang ada dalam
hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan
kepada mereka dengan kesenangan yang dekat (waktunya).” Abu Umamah
berkata: “Wahai Rasulullah SAW, aku termasuk orang yang berbaiat
pada-Nya di bawah pohon itu.”
Rasulullah berkata padanya: “Kamu bahagian dari aku dan aku bahagian dari kamu.”
Abu
Umamah sangat haus dengan ilmu pengetahuan; ketika ia mendengar suatu
kalimat dari Rasulullah SAW maka ia menghafalkan. Ketika ia ditanya
tentang rahsia mengapa ia lebih mengutamakan ilmu daripada berbaiat, ia
berkata: “Tatkala Rasulullah SAW ditanya tentang dua orang, yang satu
orang ahli ibadah dan yang satu seorang ahli ilmu, mana yang lebih utama
dari keduanya? Rasulullah SAW bersabda: “Keutamaan seorang alim atas
seorang ahli ibadah itu, bagaikan keutamaan diriku daripada orang yang
mengajarkan kebaikan kepada orang ramai.” Kemudian baginda membaca ayat
(Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya,
hanyalah ulama).
Di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh Abu
Umamah Al-Bahili ialah sabar ketika ditimpa musibah, tidak pernah
mengadukan persoalannya kepada orang lain, mensyukuri nikmat meskipun
nikmat itu hanya sedikit. Sifatnya yang penyabar dan banyak bersyukur
melapangkan hatinya dalam menghadapi berbagai kesusahan, meskipun
kesusahan itu lebih berat dari sebuah gunung. Tapi ia mampu
menanggungnya dengan iman yang teguh, kerana ia tahu, bahawa semua itu
telah ditakdirkan Allah atas dirinya. Harta kekayaan tidak pernah ada
ertinya bagi dirinya, oleh kerana itu ia selalu berpaling dari
kesenangan duniawi kerana ia tidak menyukainya. Sekalipun ia tidak
pernah mengunjungi para penguasa atau gabenor daerah.
Abu Umamah
banyak hafal khutbah-khutbah Rasulullah dan ia senang meriwayatkan
khutbah itu dengan nasihatnya yang benar dan terang.
Ia hidup
sampai usia lanjut, keadaan badannya telah lemah dan kesihatannya telah
menurun, meskipun demikian ia tidak pernah meninggalkan solat berjemaah
baik ketika musim dingin atau pada musim panas. Lisannya tidak pernah
dikotori perbuatan mengumpat atau mengadu domba. Ia tidak pernah
membiarkan sesuatu masuk dalam fikirannya kecuali hanya Allah.
Ia
berkisah pada suatu hari, ia meminta Rasulullah agar baginda
menyuruhnya melakukan sesuatu amalan yang bermanfaat bagi dirinya di
sisi Allah. Maka Rasulullah SAW bersabda padanya: “Hendaklah kamu
sentiasa berpuasa, kerana pahala puasa tiada bandingan.” Sejak itu Abu
Umamah berserta keluarga dan pelayannya selalu berpuasa. Dan mereka
hanya memakan roti kering dan garam, mereka tidak menyalakan api kecuali
bila ada tamu.
Abu Umamah belum merasa cukup dengan hanya
berpuasa setahun, setelah itu ia datang pada Rasulullah SAW dan berkata
pada baginda: “Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku mengerjakan
amalan (puasa), kini aku berharap agar Allah memberi manfaat padaku
dengan amalan itu.” Rasulullah SAW bersabda padanya: “Ketahuilah, bahawa
kamu tidak akan bersujud pada Allah sekalipun melainkan Allah akan
mengangkat darjatmu dengan sujud itu atau Dia akan menghapus dosa-dosamu
kerana sujud itu.”
Meskipun Abu Umamah orang yang tidak kaya,
tetapi ia seorang dermawan, ia sering memberikan apa saja yang ada
padanya. Ia tidak peduli apakah ada sesuatu yang untuk dimakan pada hari
ini atau tidak, bahkan ia tidak pernah memberikan roti atau bawang jika
tidak ada sesuatu yang lain untuk diberikan. Isterinya meriwayatkan:
“Pada suatu hari di rumahnya tidak ada apa pun kecuali hanya wang 3
dinar. Tiba-tiba ada seorang pengemis di depan rumah, maka ia
memberinya pengemis 1 dinar. Kemudian datang pula pengemis lain maka ia
memberikan satu dinar, dan begitu juga untuk pengemis yang ketiga
datang.
Akhirnya aku marah dan berkata padanya: “Kita sudah
tidak memiliki apa-apa.” Maka kemudian ia berbaring di atas tempat tidur
dan menutup pintu sampai azan Zuhur. Aku datang padanya dan
membangunkannya, maka ia pergi ke masjid dalam keadaan berpuasa,
sehingga aku kasihan padanya, maka aku meminjam wang untuk membeli
makanan untuknya berbuka.
Ketika aku menyiapkan lampu dan makan
malam, ia berkata: “Hidangan ini lebih enak daripada yang lain.” Setelah
ia baru selesai makan malam, tiba-tiba salah seorang sahabatnya datang
dan berkata padanya: “Wahai Abu Umamah, ini wang sejumlah 3,000 dinar
sebagai keuntungan pinjaman dari wang yang aku pinjam darimu beberapa
tahun yang lalu.” Maka ia menatapkan wajahnya ke langit sambil berbisik:
“Wang satu dinar dibalas dengan seribu dinar, alangkah besarnya balasan
Zat Tuhan Yang Maha Pemurah.”
Pada tahun 86 H. Abu Umamah
meninggal dunia menuju kampung akhirat untuk menikmati kehidupan di
hadirat Allah, dengan memperoleh balasan sebagai orang mukmin, ahli
ibadah, penyabar dan orang yang bersyukur.