Pihak berkuasa Turki menangkap 754 pegawai dan anggota tentera yang terbabit dalam rampasan kuasa itu di seluruh negara, kara Menteri Kehakiman, Bekir Bazdag kepada stesen televisyen CNN Turk.
Pemimpin nombor satu Angkatan Tentera Turki, Jeneral Hulusi Akar, diselamatkan selepas dijadikan tebusan yang menyaksikan tentera pemberontak menggunakan kereta kebal dan helikopter dalam cubaan mereka merampas kuasa.
Ketua Polis Turki, Celalettin Lekesiz berkata, 16 anggota tentera yang berkomplot dalam rancangan itu terbunuh ketika bertempur dengan polis di pos pemerintah polis tentera, tetapi pertempuran kecil-kecilan masih berlaku.
Ibu Pejabat Angkatan Tentera Turki ditawan semula oleh askar yang setia kepada kerajaan, namun sekumpulan kecil pemberontak masih menguasai beberapa helikopter tentera.
Pegawai kanan Turki berkata, tentera pemberontak bagaimanapun tidak menguasai jet pejuang dan helikopter yang mereka tawan bakal ditembak jatuh.
Penyokong Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, turut menyerang anggota tentera yang menyerah diri di atas Jambatan Istanbul.
Erdogan berulang kali meminta penyokong dan rakyat Turki keluar di jalan raya dan berkumpul di dataran awam bagi menghalang rampasan kuasa itu. – Agensi
No comments:
Post a Comment