Chechen dan Dagestan merupakan kawasan bergolak sejak
sekian lama dahulu. Pertumpahan darah sering sahaja berlaku
di bumi bertuah ini sejak tentera Rusia menceroboh masuk
sekitar abad ke 18 lagi. Namun, Chechnya dan Dagestan
tidak pernah sunyi daripada pejuang-pejuang kebenaran
yang terdiri dari anak watannya.
Perjuangan dan jihad untuk membebaskan Chechnya dan
Dagestan dari cengkaman puak kuffar Rusia yang dipimpin
tentera –tentera Tsar telah dimulakan oleh Imam Ghazi
Muhammad Ismail al Gimruni dan diikuti Imam Hamzah
Bek ibnu Ali Iskandar Bek al Hutsali. Kemudian ianya
diteruskan oleh Imam Shamil, pemimpin agung yang
berasal dari daerah Caucasus.
Kehidupan Awal
Imam Shamil dilahirkan pada tahun 1212H / 1796/97 M di
Caucasus, sebuah daerah di Chechnya yang bersempadanan
dengan Turki. Bapanya bernama Dengaw Muhammad,
seorang zahid manakala ibunya adalah kerabat kepada
keluarga bangsawan Ghazi Ghumuq yang berasal dari
Ashilta.
Sewaktu bayinya beliau diberi nama Ali, tetapi kerana keadaan
kesihatannya yang kritikal, nama tersebut ditukar kepada
Shamuyil ( disebut Shamil mengikut dialek Caucusas ).
Setelah pulih dari penyakitnya , Imam Shamil membesar
dengan perawakan yang mengkagumkan.
Ketinggiannya adalah luar biasa sehingga mencapai enam
kaki lebih ( sekitar dua meter tinggi ) dengan tubuh yang
tegap dan sasa.
Sememangnya Imam Shamil dianugerahkan oleh Allah
kelebihan semulajadi sebagai seorang pahlawan dan
pemimpin umat. Keperkasaannya hamper tidak dapat
ditandingi oleh pemuda-pemuda lain zamannya.
Begitu juga dengan kemahirannya menggunakan senapang
berlaras panjang ( musket ), pedang dan badik serta
merupakan seorang penunggang kuda yang terhebat
didaerahnya.
Imam Shamil turut memiliki ciri-ciri seorang pemimpin yang
baik. Beliau merupakan seorang yang terpelajar, mempunyai
keazaman yang tinggi , disiplin diri yang ketat,
ketabahan yang jitu dan mampu mengawal dirinya
dari bisikan dunia.
Pendidikan
Sejak kecil lagi Imam Shamil telah menjalinkan hubungan
yang rapat dengan Imam Ghazi Muhammad ( 1790 / 1823 ).
Melalui rakannya ini, beliau diperkenalkan kepada pengjaran
agama. Mereka bersama-sama menuntut ilmu agama dari
Said al Harakani, seorang ulama besar masa itu.
Mereka turut mengikuti ajaran tareqat Naqsyabandiah dari
Syaikh Sayyid Jamaluddin sebagi murshid dan dibimbing
serta dibentuk sebagai khalifah atau imam oleh Syaikh
Muhammad al Yaraghi.
Apabila shabat karibnya, Ghazi Muhammad melibatkan diri
dalam arena politik dan kemudiannya menjadi pemimpin
( imam ) pertama Dagestan. Imam Shamil tidak turut serta
tetapi meneruskan pengajiannya di bawah bimbingan
Syaikh Jamuluddin. Setelah beberapa lama barulah Imam
Shamil menceburkan diri ke kancah politik Negara dan
berkhidmat sebagai panglima perang kepada Imam Ghazi
Muhammad. Beliau kemudiannya menyertai beberapa
misi jihad termasuk peperangan Gimrah pada tahun 1832
yang menyaksikan syahidnya Imam Ghazi Muhammad dan
para syuhada yang lain.
Pertempuran di Gimrah sungguh memilukan. Moshe
Gammer di dalam bukunya “ Muslim Resistance to the Tsar “
menyifatkan hanya dua orang sahaja dari tentera Islam yang
tidak menemui ajal, yang mana salah seorangnya ialah
Imam Shamil.
Setelah sembuh dari luka-luka yang amat parah
( ramai penduduk sekitar menyangka kecederaannya
akan membawa maut ) . Imam Shamil terus sahaja
melapor diri untuk berkhidmat di bawah Hamzah Bek,
Imam kedua Chechnya dan Dagestan.
Beliau amat dipercayai oleh Imam Hamzah Bek. Imam
kedua ini telah melantik Imam Shamil sebagai Gabenor
bagi wilayah Hindal bersama-sama dengan beberapa
gabenor lainnya yang berkuasa di daerah asal masing-masing
seperti Said al Ihall, Ghazi Yo al Karati, Qibid Muhammad
al Tiliqi dan Abdul Rahman al Qarakhi.
Pada 19 September 1843, sampai kepada Imam Shamil
berita kematian Imam Hamzah Bek yang dibunuh ketika
memasuki masjid Khunzakh untuk mengimamkan solat
Jumaat. Motif pembunuhannya dikenal pasti sebagai
menuntut bela yang
dilakukan puak Khan Khunzah setelah terpedaya dengan
propaganda yang dimainkan tentera Rusia.
Imam Shamil kemudiannya memanggil satu perjumpaan
para ulama dan pembesar –pembesar Negara sekembali
dari Hutsal ( pusat pemerintahan Imam Hamzah ) untuk
memilih pemimpin baru. Para ahli majlis syura tersebut
tidak ragu-ragu lagi telah memilih beliau sebagai Imam Ketiga.
Bagaimanapun, cadangan tersebut telah ditolak oleh Imam
Shamil dan beliau sendiri mencadangkan beberapa calon
yang menurutnya lebih berkelayakan. Tetapi ahli syura ,
terutamanya Sayyid Jamaluddin seorang ulama agung dari
Dagestan, berkeras untuk tetap melantik Imam Shamil.
Akhirnya, setelah sidang syura hamper berputus asa.
Imam Shamil menyatakan kesanggupan dengan hati
yang berat. Para perwakilan merasa amat gembira dengan
keputusan tersebut lantas dengan segera memberikan bai’ah
( kesetiaan dan ketaatan ) mereka kepada Imam ketiga yang
begitu mashyur dalam sejarah sebagai seorang mujahid dan
mujadid yang soleh dan agung.
Struktur Kenegaraan Imam Shamil
Setelah dilantik menjadi pemimpin utama pada hujung tahun
1834, Imam Shamil memerintah Chechnya dan Dagestan
melalui jentera pemerintahan yang cekap berbanding
sebelumnya. Hieraki pentadbiran diketuai oleh beliau
sebagai Imam, meliputi urusan duniawi dan keagamaan
termasuk di bidang perundangan dan kehakiman.
Imam Shamil memakai gelaran Amirul Mukminin. Beliau
menganggap dirinya bukanlah sebagai pemimpin yang
mempunyai kuasa yang mutlak tetapi hanya sebagai
pelaksana syariah Allah dimuka bumi.
Beliau bersungguh-sungguh melaksanakan syariah
di setiap pelusuk Chechnya dan Dagestan. Segala yang
dilakukannya tertakluk di bawah dasar keimanan dan
tanggung jawab. Beliau amat berpegang kuat kepada
prinsip perundangan dan cara hidup islam di dalam
pemerintahnnya.
Sebuah badan ditubuhkan untuk membantu beliau
menjalankan urusan harian dikenali sebagai Diwan.
Badan ini turut bertindak sebagai penasihat dan pemantau
kepada keputusan kerajaan. Disetiap daerah pula dilantik
naib Imam atau gabenor. Pada tahun 1856 terdapat
seramai 33 naib Imam diseluruh Chechnya dan Dagestan.
Semasa pemerintahan Imam Shamil tentera merupakan
kakitangan kerajaan yang terpenting. Disebabkan oleh
perjuangan untuk membebaskan tanah tumpah darah
mereka dari cangkaman Rusia durjana, hanya sebilangan
kecil anggota masyarakat yang teridi dari pedagang ,
pengusaha dan ejen-ejen ekonomi lainnya dikecualikan
dari menyertai tentera.
Imam Shamil berusaha membentuk sebuah pasukan
yang berdisiplin dan berkualiti. Naib Imam dan para
komander tentera perlu memastikan bahawa setiap lelaki
diluar lingkungan usia 15 ke 50 tahun menyertai pasukan
tentera. Peralatan perang seperti senjata api , peluru ,
kuda malah pakaian dan bekalan makanan juga perlu dipastikan
mencukupi bagi keperluan anggota tentera.
Urusan kewangan Negara dikendalikan oleh Baitul Mal
yang memobilasasikan segala sumber Negara. Terdapat
dua sumber utama kekayaan Negara ketika itu, pertamanya
zakat dan kharaj, manakala sumber keduanya dari harta
rampasan perang di mana 1/5 ( khumus ) diperuntukkan
untuk Negara atau maslahah umum dan bakinya (4/5 ) adalah
hak tentera yang berjuang.
Selain sumber yang berasaskan hokum syarakdi atas terdapat
juga hasil lain yang dikutip oleh Baitul Mal . Contohnya ,
harta individu yang telah meninggal dunia tetapi tidak
meninggalkan seorang waris atau denda yang dibayar
rakyat dan sumber lainnya atas kapasiti sebagai kerajaan
yang memerintah.
Imam Shamil amat berhati-hati dalam membelanjakan
sumber Negara ini. Perbelanjaan bagi setiap sumber dibuat
dengan penuh teliti agar tidak menyimpang dari
kehendak syarak. Untuk itu, setiap aliran keluar masuk
kewangan Negara direkod menggunakan akaun
yang berasingan.
Sebagai contoh, sumber yang diperolehi dari khumus
dibelanjakan untuk kepentingan tentera dan peperangan
menentang Rusia. Sementara sumber zakat untuk
kepentingan syiar agama, pendidikan dan lainnya
yang dikendalikan sekumpulan ulama.
Kesan yang amat jelas dalam pemerintahan Imam Shamil
ialah pelaksanaan hokum dan nilai-nilai Islam yang subur
di seluruh Caucasus. Beliau menentang adat yang
bertentangan dengan ajaran agama yang diwarisi
dari budaya Rusia.
Bagi Imam Shamil segala budaya sesat ini adalah perbuatan
bid’ah yang wajib dihapuskan. Penjualan minuman keras
diharamkan , para wanita digalakkan memaikai pakaian
yang sopan dan wajib menutup aurat, muzik hanya dibenarkan
pada keadaan tertentu seperti majlis perkahwinan.
Setiap lelaki muslim dimestikan hadir ke masjid pada
tengah hari jumaat untuk menunaikan solat, puasa
adalah wajib bagi setiap individu muslim di bulan
Ramadhan dan pentadbiran kerajaan perlu bersesuaian
dengan kehendak syarak dan berfungsi
mengembangkannya kepada masyarakat awam.
Perlaksanaan perundangan Islam di Chechnya dan
Dagestan di bawah tunjuk ajar Imam yang mulia ini
benar-benar mengkagumkan. Malahan, pihak Rusia
sendiri terpesona dengan perubahan moral sebilangan
besar masyarakat terutamanya bangsa Chechen.
Kegiatan Jihad
Tindakan pertama yang di ambil oleh Imam Shamil setelah di
Bai’ah ialah untuk membawa pembunuh Imam
Hamzah Bek , Bulach Khan ke muka pengadilan.
Dalam perjalanan ke Khunzakh, sampai berita yang
mengatakan bahawa tentera Rusia sedang menyerang
Gimrah.
Tentera Rusia yang dipimpin oleh Major – General Lanskoi
telah memusnahkan perkampungan tersebut pada 27
september. Imam Shamil segera berpatah balik ke Gimrah.
Beliau dengan segera melancarkan serangan balas dari
segenap penjuru dalam usaha membebeaskan semula
Gimrah. Beliau juga menjatuhkan hukuman mati kepada
seorang penduduk Gimrah yang bertindak sebagai
pemberi maklumat kepada tentera Rusia.
Kemudian termetrai perjanjian damai buat sementara waktu
di antara pihak Imam Shamil dan Rusia termasuk para
pemberontak seperti kumpulan klugenau. Bagaimanapun
dalam tempoh ini
Imam Shamil ditentang pula oleh naib-naib Imam di
zaman Imam Hamzah seperti Haji Tasho dan Qibid
Muhammad yang tidak mengiktiraf pemerintahannya.
Mereka pula melancarkan pemberontakan tetapi diwaktu
inilah Imam Shamil memperlihatkan kualiti dirinya sebenar.
Dalam keadaan yang amat terdesak begitu, Imam Shamil
Berjaya menukar suasana yang tidak berpihak kepadanya
menjadi pemangkin kejayaannya.
Pada keseluruhan tahun 1835 tersebut, Imam Shamil muncul
sebagai idola kepada umat Islam dengan gaya hidupnya yang
sederhana , warak dan sering tenggeelam di dalam penghayatan
al -Quran.
Namun, pemberontakan tidak terhenti begitu sahaja tetapi
Berjaya dipatahkan pada pertengahan tahun 1836, yang mana
waktu itu Imam Shamil telah dibantu oleh naib-naib yang
gagah perkasa dan amat setia seperti Surkhay al Kulawi,
Ali Bek al Khunzakhi dan Akhbirdi Muhammad al khunzakhi.
Pada tahun 1837 berlaku pula pertempuran di antara tentera
jihad Imam Shamil dengan pihak Rusia yang dipimpin oleh
Karl Faesy di bawah arahan Rosen di Tiliq. Pada tahun 1839
mereka bertempur lagi di Akhulgoh. Kali ini tentera Rusia
dipimpin oleh Grabbe, seorang panglima tentera yang
sangat keras dan kejam.
Dalam peperangan ini anak Imam Shamil , Jamaluddin telah
ditawan oleh Rusia agar beliau menyerah diri. Namun
begitu, mujahid ulung ini sekali-kali tidak akan menyerah diri.
Beliau meneruskan perjuangannya demi membebaskan
tanahairnya dari cengkaman kuffar laknatullah.
Pada tahun 1853, Imam Shamil mengutuskan kepada
khalifah Uthmaniyyah, Abdul Majid ( sebelumnya telah
hamper 15 tahun Imam Shamil merayu pertolongan dari
Kerajaan Uthmaniyyah ) kerana mereka berada di dalam
keadaan yang amat sukar untuk meneruskan perjuangan
setelah berperang menentang Rusia dengan begitu hebat
selama tujuh tahun. Walaupun semangat juang para mujahidin
tidak luntur sedikit pun tetapi mereka dilanda kebuluran dan
keletihan yang amat sangat. Namun begitu, mereka masih
nekad. Pada 5 September, Imam Shamil mengetuai
serangan di Zakartalah.
Kemudian pada 17 September mereka mara ke kubu Rusia
di Mased al Kher dan melancarkan serangan terhadap
pasukan yang siap bersedia menghantar bantuan kepada
pasukan Orbeliani di Zakartalah. Mesej serangan pasukan
Imam Shamil adalah jelas iaitu untuk mara ke Tiflis dan
bersatu dengan pasukan tentera Uthmaniah. Malangnya
moral pasukan Uthmaniyyah telah runtuh setelah ditewaskan
di Colok, Cengel dan Kurudere. Oleh itu, Imam Shamil telah
bertindak sendirian. Pasukannya telah menyerang Alazan
Valley pada penghujung September 1854 dan Berjaya
menawan permaisuru Tchavtchavadze dan beberapa
orang kerabatnya di dalam peperangan yang dikenali
sebagai Crimean War.
Kemenangan ini telah menaikkan imej Imam Shamil bukan
sahaja di kalangan tentera Uthmaniyyah tetapi juga di
mata tentera British dan Perancis. Malah anaknya ,
Jamaluddin, yang ditawan turut dikembalikan tetapi
hayatnya tidak lama ekoran kesihatan yang buruk akibat
diracun oleh pihak Rusia sebelum proses pertukaran
tahanan dilaksanakan.
Nikolai Muravev yang mengantikan Voronstov sebagai
ketua tentera Rusia amat berang dengan kekalahan
yang memalukan ini. Dia langsung tidak berminat dengan
perdamaian yang ditawarkan oleh pihak Uthmaniyyah.
Di bawah arahan Tsar alexenderII, pihak Rusia telah
mengumpulkan seramai 200,000 tentera di Caucasus
untuk menghapuskan Imam Shamil dan pasukan jihadnya .
Beberapa episode perang pun meletus di antara kedua-dua
belah pihak. Kemuncak peperangan ini berlangsung di
pergunungan Ghunib pada tahun 1859. Rusia Berjaya
mendapat kuasa dalam peperangan ini.Imam Shamil
akhirnya dipujuk supaya menyerahkan diri demi menyelamatkan
nyawa kanak-kanak dan para wanita Chechnya.
Peristiwa malang ini terjadi pada 6 September 1859.
Pada tahun 1864, para pejuang Chechen sekali lagi
menerima tamparan hebat. Setelah melalui rentetan
misi jihad yang berliku dan perjuangan berdarah untuk
membebaskan tanahair mereka . Tsar Rusia Berjaya
jua memaksakan kekuasaannya kepada mereka.
Imam Shamil telah ditawan dan dibawa ke St. Petersburg
dari Ghunib untuk dihadapkan kepada Tsar Alexender II.
Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah bersama
keluarganya di Kaluga, terletak dibarat daya Moscow ,
yang diibaratkan sebagai sangkar emas.
Pada tahun 1866, beliau dibenarkan ke Kiev dan dua tahun
kemudiannya ke Makkah untuk mengerjakan haji. Imam
yang mulia ini menghembuskan nafasnya yang terakhir
pada tahun 1871 dan dikebumikan di Madinah. Semoga
rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Bagaimanapun,
perjuangan Imam Shamil tidak mati begitu sahaja.
Anak-anaknya , Ghazi Muhammad dan Kamil muncul
sebagai mujahid yang terbilang. Malah cucunya,
Said Samil meneruskan jihad menentang Rusia di
Dagestan sekitar tahun 1920-an.
Kita menyakini sejarah perjuangan jihad Imam Shamil dan
pengikut-pengikutnya yang benar-benar member suntikan
moral kepada setiap pejuang dan gerakan islam yang
ditindas, diwarisi terutamanya oleh rakyat Chechnya dan
Dagestan yang sedang berjihad menentang Rusia
laknatullah ketika ini, yang secara kebetulannya dipimpin
oleh seorang yang bernama Shamil juga iaitu
Panglima Shamil Basayev.
Sumber: http://syeikh-husna.blogspot.my