Sungai Merbok adalah sebuah sungai yang terletak di utara bandar Sungai
Petani dalam negeri Kedah Darulaman. Dengan kelebaran hampir kurang
lebih 1 km disesetengah tempat ia menjadi laluan mudah bagi kapal-kapal
layar yang besar dizaman dahulu untuk mudik ke hulu. Sungai ini di
kualanya terletak kawasan peranginan Pantai Merdeka di selatan dan
Tanjung Dawai di Utaranya.
Sekiranya kita memudikki sungai ini
dari kuala ke hulu sungai, dikanan kita adalah Kuala Muda sementara di
kiri ialah Lembah Bujang. Memang ada pun nama kampung seperti Kg
Pengkalan Bujang dan Kg Segantang Garam dikiri sungai ini. Di kanan pula
terletak Kg Sungai Layar tempat membaiki kapal layar zaman dahulu.
Nama-nama ini sudah pasti ada kaitan dengan aktiviti perniagaan
masyarakat setempat ketika itu. Oleh sebab itu nama-nama lain seperti
Sg. Jagong, Sg. Tukang, Sg. Layar, Sg. Pasir dll disekitar Sungai
Petani, Telok Bayu, Bendang Raja, kolam Duli merupakan kawasan
perdagangan di raja pada zaman dahulu. Di kawasan Sungai Merbok inilah
terdapat kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan terutama sekali dikawasan
yang di panggil Istana Pulau Tiga.
Peninggalan sejarah disini kami boleh bahagikan kepada tiga iaitu,
1) Peninggalan Kota Istana Pulau Tiga
2) Peninggalan ‘Gok’ pembakar kayu untuk membuat arang dan batu bata
3) Peninggalan kubu tentera British
Peninggalan Kota Istana Pulau Tiga
Terdapat
3 buah pulau kecil dalam Sungai Merbok, iaitu Pulau satu, Pulau dua dan
Pulau Tiga. Pulau tiga turut juga dikenali sebagai Pulau Kunyit.
Pulau-pulau ini walau pun hari ini dikelilingi oleh pokok bakau akan
tetapi tanah dibahagian tengahnya kejap dan rata, sesuai untuk didirikan
bangunan.
Menghampiri Pulau Tiga. Walaupun berpaya bakau disekelilingnya, dibahagian tengah nya mempunyai tanah dan batu yang kukuh.
Pak
Saad menceritakan semula sejarah, setakat yang diketahuinya. Tanah yang
didudukkinya berhampiran Sg Merbok dikatakan milik raja, raja mana tak
pasti pulak.
Menurut seorang penduduk tempatan yang tinggal
berhampiran, berusia 73 tahun iaitu Pak Saad terdapat sebuah istana yang
didirikan diatas air berhampiran dengan Pulau Tiga. Sewaktu air surut
kesan-kesan batu-bata istana ini boleh dilihat didalam air. Istana ini
telah dirobohkan sekitar tahun 1876-1881 sewaktu negeri kedah dijajah
oleh tentera thai. Malah tanah kampung yang mana Pak Saad mendirikan
tanah diklasifikasikan sebagai tanah milik raja, bermula dari jambatan
Sembeling hingga ke Laguna Merbok.
Alor
Sungai Tukang telah pun ditutp untuk membina kawasan perumahan Bandar
Laguna Merbok. Sungai Tukang adalah tempat dimana kapal-kapal layar
zaman dahulu berlabuh untuk dibaiki.
Didalam buku sejarah
Mahawangsa terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah ada
menyebut bahawa Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pernah
bersemayam diistana Pulau Tiga sewaktu melarikan diri tentera thai
dahulu. Kalau dicari istana ini hari ini, sememangnya tidak akan
dijumpai lagi. Ia telah lama di musnahkan oleh tentera penjajah di zaman
dahulu dan serpihannya dibuang kedalam air. Bumi bertuah ini sejak
zaman dahulu tidak pernah dilanda gempa bumi untuk merobohkan binaan ini
semua. Sekiranya ada, pasti serpihannya dapat dilihat oleh kita hari
ini. Begitu juga candi di Lembah Bujang yang sengaja ditimbus untuk
menutup sejarah bangsa.
Di
riwayatkan bahawa Istana Pulau Tiga adalah sebuah istana lama yang
dibina semenjak zaman Iskandar Zulkarnain lagi. Malah dikatakan juga
pembinaan istana di Mandalay oleh Raja Mandalika Sultan Madzafar Syah
III bergelar Rama Tibodi I adalah mengambil kira saiz dan rekabentuk
bangunan tersebut. Hari ini, kesahihannya sudah pasti tidak dapat
dipastikan lagi. Dari segi kupayaan masyarakat setempat sememangnya ada
kerana Borobodur yang jauh lebih besar pun mampu didirikan di Pulau
Jawa. Yang tinggal hanyalah dinding-dinding kotanya sebagai bukti untuk
generasi kita hari ini.
Ini
adalah gambar Istana Ananda Paagan bermaksud 'Anakanda bawa wang' yang
tersergam di Mandalay, Myanmar (Burma) hari ini. Di riwayatkan bahawa
Raja Mandalika (Mandalay adalah sempena nama baginda) Sultan Madzafar
Syah III bergelar Rama Tibodi I (di Ayuthia) melihat contoh Istana di
Pulau Tiga untuk membina istana ini disana. Raja Mandalika inilah dimana
namanya terpahat pada Batu Bersurat Trengganu. Adakah Pagaan @ Bagan di
Bagan (Serai), Pulau Pinang mempunyai persamaan?
Duit
dinar matahari yang dikatakan pernah dijumpai di Pulau Tiga disamping
serpihan pinggan mangkuk China. Duit dari 'cowries' iaitu sejenis siput
turut pernah digunakan di Siam. Dengan itulah penduduk di Utara menyebut
kupang untuk sen hinggalah ke hari ini.
Tambak
Bunga seperti yang ditunjukkan oleh Saudara Yusuf merupakan tambakan
pejal yang kini ditumbuhi pokok jenis Acasia. Di hadapan inilah
dikatakan terletaknya istana Pulau tiga terapung diatas permukaan air.
Pada tambakan ini perahu akan terus bertemu dengan tanah pejal bukannya
paya pokok bakau. Ada kemungkinan juga istana tersebut serpihannya
berada didalam air sungai (dibuang kesitu) akan tetapi lokasi sebenarnya
adalah diatas darat
Di samping itu terdapat tambak yang
ditanam dengan pokok-pokok bunga sebagai backdrop kepada istana
tersebut. Hingga sekarang tambak yang rapat kegigi air ini masih lagi
dikenali sebagai Tambak Bunga.
Tidak
jauh diseberang Sungai Merbok terdapat kolam-kolan ikan peliharaan yang
dinamakan Kolam Duli. Nama seperti Kolam Duli, Tambak Bunga telah kami
perolehi melalui wasiat dan kami tidak menyebutnya kepada Saudara Yusuf
Saad yang membawa kami mudik Sungai Merbok. Beliau sendiri yang
menyebutnya dan menunjukkan kepada kami kawasannya.
Namun
begitu kesan-kesan diatas daratan masih lagi jelas kelihatan
diantaranya dinding kota istana Pulau Tiga. Batu bata yang digunakan
adalah jenis lebar dan leper sepertimana bata-bata candi di Lembah
Bujang dan juga binaan pintu gerbang Kota Kuala Muda (Lembah Bujang
hanya 15 min sekiranya berkereta).
Walau
bagaimana pun rekabentuk binaannya pula tidak pula seperti rekabentuk
candi yang dijumpai dengan begitu banyak sekali di Lembah Bujang ini.
Kota ini ada tanda-tanda dirobohkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawap seperti diterbalikkan dsbnya. Yang anehnya kenapa
kewujudan kota ini tidak dihebahkan? Adakah kerana rekabentuknya yang
lain dari rekabentuk candi lembah bujang (walaupun bahannya sama) akan
menyebabkan 'contradict' dengan maklumat sedia ada yang mengatakan candi
adalah untuk penganut agama Hindu?
Gok untuk membakar Kayu Arang dan Bata
Gok
adalah merupakan tempat membuat kayu arang menggunakan kayu-kayu bakau
yang banyak kedapatan di pesisiran Sungai Merbok. Kawasan Sungai Petani
ini tanahnya berbukit-bukitdan sesuai untuk mendirikan bangunan yang
lebih tinggi berbanding Alor Setar dimana tanahnya berlumpur.
Sekiranya
baru dikorek, tanah disekitar ini kelihatan merah seperti luka kerana
baru di korek. Tanah yang berwarna hitam hampir tidak ada dikawasan ini.
Dengan peninggalan sejarah sedia ada, adakah kawasan ini, Tanah Merah
atau
'the red earth land' yang dimaksudkan dalam penulisan sejarah zaman dahulu itu? Cukup untuk kita renungkan seketika.
Pintu
masuk ke Gok jelas mempunyai rekabentuk Siam Parsi. Mungkin ini adalah
ikutan dari rekabentuk pintu masuk ke Istana Pulau Tiga yang masih ada
lagi sewaktu Gok ini dibina dahulu.
Gok ini didirikan
sekitar tahun 1850an sahaja memandangkan bata yang digunakan adalah
sepertimana saiz bata pada hari ini. Dari jumlah Gok yang berbelas-belas
terdapat disini kami yakin ada satu industri membuat arang yang luas
dikawasan ini disamping juga untuk membuat batu-bata. Apakah kegunaan
arang ini sebenarnya disamping untuk membuat dapur arang, membakar
kemian, atau menggerakan kapal steam yang kekurangan arang batu disatu
ketika dahulu? Walau apa pun, industri sebegini yang kami kira besar
dizaman dahulu pasti dimiliki oleh pembesar dizaman dahulu.
Memandangkan
Sungai Merbok ini luas dengan air yang tenang ia mudah dimudikki oleh
kapal-kapal dizaman dahulu apatah lagi kapal-kapal layar yang mengutip
barang-barang dagangan. Yang pasti, Sungai Merbok menyimpan seribu
misteri sejarah negara berlatarbelakangkan Gunong Jerai yang juga
mempunyai kisah lagenda yang tersendiri.
Pengusaha
dari keturunan China dikawasan ini sudah pun meninggal dunia dan
keturunannya yang masih ada tidak lagi ingin meneruskan kerjaya
tersebut, lalu Gok ini dibiarkan/ditinggalkan begitu sahaja.
Walaubagaimanapun usia Gok ini sudah pasti telah menjangkaui lebih 150
tahun.
Peninggalan kubu tentera British
Objektif
kami bukannya mencari kubu tentera Inggeris. Akan tetapi diatas
maklumat yang kami dapat, kami turun padang mencari setiap tinggalan
sejarah yang ada kaitan dengan pengkajian kami. Di kawasan ini terdapat
banyak tinggalan kubu-kubu tinggalan tentera Inggeris teutama sekali di
sekitar kawasan peninggalan istana Pulau Tiga. Kubu-kubu ini mungkin
didirikan mungkin seawal tahun 1900 ke atas sahaja. Terdapat juga
bilik-bilik pegawai yang membawa dari satu ruang ke satu ruang yang
lain.
Terletak dibawah tanah, ia dirikan dengan binaan bata moden
dan di plaster dengan simen sebagai kemasan akhir. Terdapat ‘Cubicle’
untuk tentera berlindung dari serangan. Kami sertakan gambar-gambarnya.
Sumber:
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com