.

.

Thursday, March 27, 2014

Surat Dari Penjara : Kemenangan Kian Hampir - Prof Badi'e



Surat dari Dr Muhammad Badie' dari dalam tahanan yang telah disebarkan melalui page rasmi beliau :

"Tuhanmu telah berkehendak untuk mengumpulkan orang-orang yang benar dalam satu kelompok, dan orang-orang yang batil dalam satu kelompok lain, sebagaimana tuhan telah mengumpulkan Musa a.s dan kebenaran bersama pengikut-pengikutnya, seperti Firaun dan kebatilan bersama-sama pengikutnya sehingga apabila tidak tinggal apa-apa pilihan atau cara dan jalan dihadapan para pengikut kebenaran melainkan hamparan laut yang luas dan para tentera dibelakang mereka, maka kemenangan dari Allah akan turun menyelamatkan kebenaran dan para pengikutnya sekaligus menghancurbinasakan kebatilan dan pengikut-pengikutnya.

Yakinlah bahawa kemenangan itu telah hampir dan pengikut-pengikut kebatilan masih menjunjung kebatilan mereka, sedang pengikut-pengikut kebenaran menjunjung syariat mereka untuk membezakan kedua kelompok tadi, maka Allah akan memberi kemenangan kepada kebenaran dan pengikut-pengikutnya, dan menenggelamkan kebatilan berserta pengikut-pengikutnya"

Dr Muhammad Badie'
Mursyidul Am Ikhwan Muslimin 


tranungkite

Wednesday, March 26, 2014

MH370 dan Al-Minya 529: Dua tragedi duka bawa gembira

OLEH USTAZ AZHAR YAHYA


Malaysia dirundung kedukaan dengan pengumuman tragedi yang menimpa pesawat MH370. Seramai 239 penumpang dan anak kapal pada adat manusiawinya berpindah ke alam seterusnya menemui PenciptaNya.

Dunia Islam juga dirundung duka dengan tragedi penghakiman Al-Minya: 529, yang menyaksikan mahkamah kerajaan perampas di Mesir menjatuhkan hukuman gantung terhadap pejuang Islam yang sebelum ini diisytiharkan sebagai pengganas oleh pengganas sebenar iaitu As-Sisi.

Selaku umat Islam kita dikehendaki mengamalkan ayat 155 surah Al-Baqarah.
“Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
اِنَّا ِللهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
"Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."
Kepada ahli keluarga mangsa mintalah kebaikan di sisi Allah di sebalik apa yang berlaku berdasarkan arahan Nabimu di dalam Sahih Muslim iaitu:
اللَّهمَّ أجِرني في مُصيبَتي واخلُفني خيرًا مِنها
"Ya Allah, berilah pahala padaku menerusi musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik”




Berita gembira kepada kaum keluarga mangsa MH370 yang beragama Islam dan juga para pejuang Islam kerana kedua-dua tragedi ini adalah mereka yang telah terpilih menerima janji Rasulullah sebagai orang yang mendapat ganjaran mati syahid akhirat.

Ini berdasarkan hadis di dalam Shahih Ibnu Hibban untuk mangsa tragedi MH370.
الشهادة سبع سوى القتل في سبيل الله : والغريق شهيد ،…، وصاحب الحريق شهيد
“Ada tujuh lagi golongan yang syahid selain daripada terbunuh di dalam perang sabilillah, antaranya mereka yang mati lemas,... dan mereka yang mati dalam kebakaran…”

Manakala hadis Rasulullah saw di dalam Abi Daud dan Musnad Ahmad pula memberikan kehebatan kepada para pejuang Islam yang kini sedang berada di ambang rahmatNya;
مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ
“Barangsiapa yang dibunuh sebab mempertahankan hartanya maka ia mendapat syahid, barangsiapa yang dibunuh sebab mempertahankan keluarganya maka ia mendapat syahid, barangsiapa yang dibunuh sebab mempertahankan agamanya maka ia mendapat syahid…”

Kematian mereka merupakan kematian terindah, walaupun tragis dan boleh menimbulkan trauma jika dibayangkan saat kematian tersebut namun rahmat Allah lebih besar untuk mereka, khasnya warga MH370 yang kini sedang aman seumpama di dalam dakapan ibu sambil menunggu tiupan sangkakala kedua yang akan membangunkan semua manusia untuk ke padang mahsyar menghadapi Hari Perhitungan.
Wahai para pejuang di Bumi Kinanah, kamu sedang berada di ambang syahid yang sering kamu laungkan, kamu telah bertemu jejak yang ditinggalkan Asy-Syahid Sayid Qutb, bahkan kamu sedang dalam senarai Allah untuk menyertai ribuan syuhadak di Bumi Kinanah yang telah menyirami Bumi Kinanah dengan darah syuhadak seawal darah Al-Banna sehingga tragedi Raba’ah.

Bumi Kinanah, sesuai benar gelaran itu, “Bumi Yang Menjadi”. Mudah-mudahan bumi Mesir yang dikuasai Islam di zaman Sayidina Umar tanpa pertumpahan darah di seluruh wilayah melainkan Iskandariah itu semakin subur Islamnya dengan siraman darah syuhada. Wahai Kinanah, Islam datang kepadamu tanpa pertumpahan darah, kamu menerima Islam dengan perdamaian melainkan tentera Romawi di Iskandariah, tetapi setelah seribu tahun Islam bertapak kukuh dengan pasakan padu Al-Azhar pula, kini Islam bermandikan darah untuk ditegakkan di bumimu….

Kami diiringi seluruhnya dengan jutaan doa dan pengharapan yang terbaik buat mangsa tragedi MH370 dan AL-Minya: 529. Pelbagai bacaan Al-Quran mengiringi mereka, semuanya ini memberikan satu gambaran awal kemuliaan mereka. Tragedi yang menimpa mereka menyebabkan ummah bersatu dengan tangan yang penuh pengharapan mendoakan kebahagiaan mereka.

Yang tinggal ialah kita yang masih tidak tahu destinasi manakah berakhirnya denyutan nyawa kita, bagaimanakah tercabutnya nyawa kita? Adakah dengan rentapan malaikat maut...di saat sedang terkinja-kinja dengan kelalaian yang diaktifkan lagi dengan dadah?

Yang tinggal ialah kita yang perlu mengikut segala acuan Allah dan Rasul-Nya bagi memastikan kematian kita juga kematian terindah, kematian terpilih.

Sesungguhnya kita kini sedang berada pada zaman fitnah, Nabi dihina di tengah-tengah keghairahan ummah berselawat tetapi tiada tindakan tuntas. Muslim yang hanya pada nama berpesta syaitan di saat ummah menadah tangan beristisqa’ dan bersolat hajat. Pemerintahnya sibuk melayan 29 juta pelancong yang dijunjung dengan pelbagai konsert dan acara yang memanggil murka Allah.

Yang tinggal ialah kita yang akan meneruskan perjuangan para syuhada dan bakal syuhada Al-Minya: 529. Ayuh ummah, bersama kita meneruskan perjuangan memartabatkan Islam.

Penulis ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan.

Friday, March 21, 2014

Black Hole Dan Sijjin

Gambaran Black Holes

Black Holes tidak dapat dilihat walaupun dengan menggunakan teleskop optik kerana ia menyedut cahaya dari apa jua objek yang mengeluarkan cahaya (bintang sebagai contoh) malahan ia turut menghisap jisim dari apa saja objek yang berhampiran disebabkan oleh tarikan gravitinya yang amat kuat sekali.

Matahari juga boleh menjadi calon Black Hole disuatu hari nanti apabila ia kehabisan bahan bakar termonuklear di mana ia akan meletup menjadi Supernova sebelum jisimnya meruntuh kedalam dirinya sendiri dengan menghasilkan ketumpatan jisim yang amat tumpat menyebabkan kekuatan graviti dalaman bertambah berkali-kali ganda sehingga mampu menarik mana-mana cahaya yang melintasinya.

Secara saintifiknya, Black Hole digelar sedemikian rupa kerana ia tidak dapat dilihat lantaran ketidak wujudan cahaya padanya, tetapi apabila gas-gas dan debu-debu objek samawi misalnya bintang-bintang ataupun nebula ditarik kepadanya, bahan-bahan ini berkelajuan tinggi berkadar dengan suhu yang hasilnya adalah letusan bertenaga tinggi yang sudah tentu boleh dikesan dengan teleskop radio.

Nebula (gambar) juga boleh ditarik oleh Black Hole selain bintang-bintang yang bertaburan di angkasa


Bukanlah disebabkan Black Hole itu tidak dapat dilihat maka ia menjadi satu hipotesis tetapi ia sebenarnya menjadi satu fakta apabila cerapan menggunakan teleskop radio mengesahkan denyutan yang menjadi bukti kewujudannya. Denyutan yang dimaksudkan di sini adalah Black Hole membebaskan sejumlah tenaga bergelombang pendek yang terdiri dari sinar Gamma dan sinar X akibat penghasilan suhu yang amat tinggi diterasnya.

Teleskop radio dapat mengesan kewujudan Black Hole


Penghasilan suhu yang amat tinggi ini bersumberkan dari jisim jasad-jasad lain yang disedut dan ditelannya hatta cahaya sekalipun. Terdapat banyak calon-calon Black Holes di angkasa lepas seperti Kuasar dan juga pusat galaksi termasuk Galaksi Bima Sakti kita. Setiap galaksi adalah berputar yakni ia mempunyai banyak ‘lengan’ yang bertindak seperti jejari kipas yang berputar. Sistem suria kita berada di atas lengan Orion.

Sistem suria kita yang berada di lengan Orion pada Galaksi Bima Sakti (keseluruhan gambar)


Tentu anda akan faham jika dikatakan bahawa Buruj Orion (Si Pemburu atau Osiris) yang kita boleh melihatnya saban malam pada bulan yang tertentu adalah berada di atas salah satu lengan Galaksi Bima Sakti (Milky Way’s spiral arms). Justeru lengan Orion telah dinamakan kerana ia mengandungi bintang-bintang dari konstellasi (Buruj) Orion yang berada di atas salah satu lengan pusaran Bima Sakti yang menampung kedudukan sistem matahari kita ini.

Putaran galaksi yang terkuat diketahui di pusatnya (galactic center). Di sinilah barangkali Super-massive Black Hole (Lubang Hitam Super-tumpat) yang terkuat wujud di alam semesta kerana ia menghasilkan letusan sinaran yang amat dahsyat di mana gas yang berputar mengelilingi lubang hitam akan merupai kolam pusingan (lubuk maut angkasa) yang amat-amat besar yang berpusing beberapa ribu kilometer per saat. Di sini gas-gas menjadi padat dengan bintang-bintang berkumpul sambil pusar-memusar, suhu meningkat dan memanaskan kabus gas di sekeliling.

Gas dan bintang-bintang itu ditarik mengelilingi lohong hitam dan menghadapi risiko tertarik kedalam di mana sesetengah bahan ada juga yang terpelanting keluar. Bahan-bahan yang ditarik atau ditendang sebenarnya menunjukkan ke arah lohong hitam galaksi. NGC1275 merupakan calon yang sesuai bagi sebuah Black Hole tetapi sebenarnya ia adalah sebuah galaksi walau seakan-akan Kuasar.

NGC1275 yang dilihat dari teleskop Hubble


Kuasa tenaga NGC1275 amat kuat, gelombang radio yang dipancarkan adalah lebih banyak dari cahayanya sendiri. Sebab itu ia tidak kelihatan luar biasa jika dilihat secara optikal. Walaupun kelihatan normal, ia mempunyai denyutan radio yang sangat berkuasa di pusatnya. Cuma satu benda saja yang boleh keluarkan begitu banyak tenaga iaitulah lohong hitam yang besar dan ianya mungkin terdapat di tengah-tengah pusat tersebut.

NGC1275 menyinar dengan keamatan cahaya 100 ribu juta kali lebih terang dari matahari walau ia dipancarkan dari kawasan yang kecil sahaja di mana cahaya ini pastinya datang dari lohong hitam besar yang berputar itu. Galaksi dibentuk oleh gas hidrogen yang disatukan oleh graviti, ditengah-tengahnya gas itu dimampatkan. Jika cukup mampat, lohong hitam akan terbentuk.

Walaupun jika lohong hitam yang terbentuk itu hanyalah sebesar sistem suria kita, ia tetap dapat menarik apa jua yang melintasi atau menghampirinya. Kuasar (Quasar) mempunyai tenaga yang jauh lebih kuat dari sesuatu galaksi, mungkin daya graviti lohong hitamnyalah yang memberi tenaga kepadanya. Selain dari Kuasar dan pusat galaksi, andaian sesebuah bintang untuk menjadi black hole juga tidak dapat ditolak.

Bintang Cygnus X-1 iaitu sebuah bintang kembar dua yang memancarkan sinar-X paling terang dalam Buruj Cygnus (Angsa) merupakan calon bagi sebuah Black Hole. Ia menjadi calon bagi Black Hole kerana salah sebuah kembarnya yang tidak dapat dilihat sedang menyedut gas-gas dan jisim dari kembarnya yang satu lagi. Sedutan gas-gas dan jisim ini meletuskan radiasi sinar-X paling hebat di angkasa.

Bintang Cygnus X-1 yang terletak di Buruj Cygnus


Salah satu calon Black Hole yang lain dari kategori bintang ialah V861 Scorpii di Buruj Scorpius. Pada 26 Mei 1994 yang lalu, berdasarkan pemerhatian teleskop angkasa lepas Hubble (HST), NASA telah mengumumkan penemuan sebuah Black Hole. Ia begitu jelas kelihatan di mana bahan-bahan serta gas disedut masuk kedalam satu lubang yang dikelilingi oleh awan-awan gas (nebula).

Apa yang menjadi misteri paling mengejutkan ialah rakaman gelombang radio berfrekuensi ultra menggunakan sistem komputer sensitiviti bunyi kuasa tinggi telah dapat meghuraikan (extraction) raungan kesakitan dari lubang yang amat dalam itu. Rahsia ini dibongkarkan oleh seorang yang rapat dengan NASA. Adakah teleskop Hubble telah menemui “Neraka”? Tidak.

Hubble dengan peralatan saintifik yang ada padanya telah secara tidak langsung membuktikan kewujudan lubang hitam di angkasa. Selepas beberapa abad bertelagah pendapat, saintis akhirnya berhadapan dengan kepercayaan agama. Rakaman pita magnetik imej dan frekuensi bunyi memberi bukti terhadap apa yang dikenali sebagai roh tanpa sinar yang terbakar dan menjerit kesakitan dalam penyeksaan.

Menggunakan resolusi peleraian imej sangat tinggi, HST merakamkan imej seakan-akan roh-roh manusia yang terbakar dalam api yang sangat besar di dalam lubang hitam angkasa itu. Namun begitu, pihak NASA tidak memberitahu perkara sebenar kecuali seorang lain yang berhubung rapat dengannya yang telah mengakui melihat imej tersebut serta rakaman sebenar pita tambahan pula krew NASA juga sangat yakin bahawa imej seakan-akan roh-roh yang diambil tersebut memang sama bentuk dengan fizikal manusia.

Tidak diketahui di mana imej tersebut kini. Sebenarnya banyak lagi imej yang boleh membawa kepada kebenaran Islam telah disembunyikan oleh pihak NASA dengan alasan sulit dan rahsia besar (Top Secret Classified). Sekarang apa telahan anda?. Sebenarnya tidak sukar untuk mempertemukan ayat atau dalil Al Quran berkenaan Black Hole dengan adanya penemuan dari NASA seperti yang disebutkan di atas itu tadi.

Adakah penemuan “Neraka” di angkasa itu benar-benar neraka dalam erti kata yang sebenarnya? Walaupun kita sedar dan tahu bahawa neraka itu benar sepertimana yang disebutkan dalam Al Quran dan Hadis, sekarang kita berdepan pula dengan penemuan “Neraka” dari ahli sains astronomi. Mari kita lihat hadis Nabi SAW berkenaan neraka. 


Bersabda Rasulullah SAW:
“Api kamu ini adalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian api di neraka Jahannam. Para sahabat mengatakan: Yang ini pun sudah mencukupi. Berkata Nabi: Bahkan api neraka itu melebihi (api dunia) sebanyak enam puluh sembilan kali, setiap bahagiannya sama panasnya.”

Bersabda baginda lagi:
“Dibakar di atas neraka Jahannam seribu tahun hingga menjadi merah. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi putih. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi hitam legam seperti malam yang gelap gelita.”

Adakah takwil dari sabda Nabi “hitam legam” boleh merujuk kepada lohong hitam yang panas itu? Wallahua’lam. Tetapi sekurang-kurangnya begitulah kerana lohong yang hitam sememangnya benar-benar dahsyat panasnya! Hakikat ini tidak dapat ditolak.

Namun Black Hole tidak dapat menjadi “Neraka” dalam erti kata hakiki walaupun penemuan NASA mengesahkan bagaimana bunyi raungan datang dari sumber Black Hole itu. Kenapa saya berkata begini? Ikuti alasan saya yang lain.

Saya tidak ingin mengatakan jumpaan NASA itu satu neraka tetapi biarlah saya kemukakan Hadis dan dalil Al Quran berkenaannya. Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya bila seorang mukmin akan putus hubungannya dengan dunia dan segera akan menuju ke akhirat, maka datang kepadanya para malaikat dengan wajah terang bercahaya seperti terangnya sinar matahari. Mereka duduk sejauh pandangan mata orang mukmin itu. Kemudian datang malaikatul maut dan berkata: Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju pengampunan dan kerinduan Allah. Maka keluarlah dan dibungkus dengan kain putih berbau amat harum dan dibawanya pergi. Malaikat lain bertanya: Siapa orang itu? Jawabnya: Fulan bin Fulan, namanya terbaik yang dipakainya di dunia. Maka ketika pintu langit dibuka, malaikat bersama menyembutnya. Kemudian Allah bertitah: Tempatkan hambaku ke dalam Illiyyin (langit ke tujuh tempat orang mukmin). Setelah itu dikembalikan ke bumi.” 
[hadis ini amat panjang sekali, memadai ditaip setakat untuk menjelaskan. Jika hendak baca kesemuanya sila dapatkan buku bertajuk "Ibnul Qayyim: ROH: Perjalanan Bersama Roh Di Alam Lain: Perbahasan dan Komentar; Leila Mabruk" keluaran Thinkers Library]

Lain pula halnya dengan si kafir laknatullah yang hidupnya hanya mengabdi dunia semata-mata. Bila menjelang maut, bukan wajah seri malaikat yang datang tapi malaikat bermuka hitam dan kelam dengan pakaian berbulu. Didekati kepalanya, “Wahai jiwa yang jahat, keluarlah menuju kemurkaan Allah”. Berkerumun malaikat saling berebut mencabut jasad. Dibungkus kain yang juga berbulu dengan bau yang amat busuk. Dibawanya ke atas. Malaikat yang dilewati bertanya: “Siapa si busuk itu?” Jawabnya: “Fulan bin Fulan”, disebutkan nama yang paling jelek di dunia. Sampai di langit, tak dibuka pintu baginya. Allah bertitah: “Catatlah namanya pada Sijjin (di bumi terendah dan ketujuh) dan rohnya ditempatkan di sana. Lalu firman-Nya lagi: 


“Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka seoalah-olah ia jatuh dari langit, lalu disambar burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh”. 
(Al Haj ayat 31)

Apakah Itu Sijjin? 


Jika anda buka Surah Al Muthaffifin iaitu Surah ke-83 ayat 7 hingga 22 diterangkan apakah itu Sijjin dan apakah itu Illiyyin. Menurut tafsir Quran menyebut bahawa Sijjin itu adalah ‘penjara’ di mana kitab amal orang-orang yang jahat itu terletak di situ dengan kesempitan, kegelapan, kehinaan dan penyeksaan di penjara itu menjadi gambaran nasib malang dan kecelakaan.

Manakala Illiyyin ertinya tempat yang tinggi dan mulia di mana kitab amalan orang-orang soleh (baik) berada dan disimpan di situ, tidak akan hilang dan tidak akan rosak. Jika penerangan berkenaan laungan penyeksaan orang-orang yang tercelaka dinyatakan dalam Al Quran itu tadi sebagai memperlihatkan akan apa yang telah dijumpai oleh pihak NASA. Barangkali saja Sijjin adalah lubang siksaan atau telaga yang amat dalam yang kita kenali sebagai Black Hole dalam dunia saintifik ini.

Roh orang-orang kuffar akan ditempatkan terlebih dahulu di Sijjin (Black Hole) ini sebelum ditempatkan pula di Neraka pada hari kiamat. Inilah hakikatnya. Wallahua’lam bil ghaib. Saya tidak menganggap Neraka yang sebenar (An Nar atau Hell) berada dalam Alam Semesta kerana apa yang kita nampak walaupun satu titik cahaya di satu penjuru Alam Semesta dengan menggunakan teleskop yang paling berkuasa di dunia ini sekalipun sebenarnya masih berada dalam lingkungan Langit Pertama yang diperkatakan jauhnya oleh saintis kaji bintang sebagai 15 ribu juta tahun cahaya.

Menurut apa yang saya faham, jika langit diperkatakan mengandungi tujuh lapis, perlu saja menempuhi tujuh pintu langit untuk sampai ke sana sama ada ke Syurga atau ke Neraka. Saya juga berpendapat bahawa jika koordinat galaktik di mana satah pelataran Galaksi Bima Sakti dijadikan asas paksi Utara dan Selatan Alam Semesta (perhatian: Alam Semesta bermaksud rantau yang dikelilingi Langit Pertama), maka paksi Utara Galaksi Bima Sakti (paksi Utara galaktik) mungkin menuju terus ke Syurgawi manakala paksi Selatan Galaksi Bima Sakti (paksi Selatan galaktik) pula mungkin menuju terus ke arah Neraka.

Itupun perlu menempuhi kejauhan jarak jejari dari pusat Galaksi Bima Sakti ke pintu Langit Pertama sahaja sudah sejauh 15 ribu juta tahun cahaya (perhitungan saya: 14 ribu 285 juta 714 ribu 290 tahun cahaya atau jarak 135 ribu 150 juta 402 ribu 857 billion kilometer). Itu belum lagi menempuhi tujuh lapis langit keseluruhan yang saya perkirakan sebagai sejauh 100 ribu juta tahun cahaya atau 946,052,819,600,000,000,000,000 km atau 946 ribu 52.8196 trillion kilometer.

Jarak visual 100 juta tahun cahaya (bukan 100 ribu juta tahun cahaya)


Apa yang telah saya dapati menurut kajian saya ini adalah angka bagi jarak dalam kilometer dari pusat Galaksi Bima Sakti ke final frontier Langit ke-7 adalah bersamaan dengan perjalanan cahaya matahari selama setahun yang memungkinkan cahaya matahari akan mengambil masa selama 100 ribu juta tahun untuk tiba di pintu Langit ke-7 andai semua pintu langit tadi dibukakan serentak menurut konseptual Isra’ Mi’raj. Wallahua’lam bil ghaib.

Saya bukannya meneka-neka atau mereka-reka seperti apa yang telah saya pertunjukkan itu tetapi berdasarkan penyelidikan semenjak 13 tahun yang lalu. Benar atau tidak hanya Allah jualah yang lebih mengetahui kerana saya hanya mencuba, satu cubaan yang tidakpun ingin bercanggah dengan Islam tetapi sebagai satu kenyataan bahawa tidak mungkin ada siapa pun di kalangan manusia atau jin atau syaitan yang berupaya untuk melintasi jarak sejauh itu.

Jadi, sesiapa yang berasa tidak redha takdir Allah ke atasnya di alam dunia ini, perlulah dia keluar dari lingkungan jarak 946 ribu 52.8196 trillion km. Bagaimana mungkin? Firman Allah dalam Surah Ar Rahman ayat 33:

“Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan.”
(Surah Ar Rahman ayat 33)

Astaghfirullahal ‘azhim. Begitulah tuan-tuan. Kesimpulannya Black Hole dengan Sijjin kemungkinannya adalah satu istilah yang sama. Terdapat amat banyak sekali Black Hole atau Sijjin di Langit Pertama ini yang menunggu sesiapa saja yang mungkar untuk disumbatkan rohnya kedalamnya.

Ayat 19 Surah An Nabak dan ayat 16 Surah Al Haaqqah bukannya pembayang yang tepat kepada Black Holes kerana ia berkenaan pra-kehancuran ataupun kehancuran total Alam Semesta dari Langit Pertama sampai Langit Ke-7. Jangan fikir angka 7 bermakna angka bagi orang-orang dahulukala yang merujuk kepada infiniti kerana ketujuh-tujuh lapisan langit adalah pasti menurut Al Quran bahkan spektrum cahaya juga mempunyai 7 lapis iaitu ungu, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.

Mungkin warna setiap pintu yang menjadi sempadan setiap lapis langit juga demikian di mana pintu Langit Pertama adalah berwarna ungu. Justeru apabila kiamat, semua pintu langit pecah berderai maka pintu Langit ke-7 memperlihatkan rupanya dengan warnanya sebagai kilapan merah mawar sepertimana yang diterangkan oleh Allah dalam Surah Ar Rahman ayat 37:

“Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilapan minyak”.

Supernova yang berbentuk seperti mawar merah


Amat banyak sekali ayat Quran yang menerangkan kejadian kiamat terutama sekali dalam juz yang terakhir.
 

Manusia Mempunyai 360 Sendi Sudah Disabdakan 1400 Tahun Lalu

‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut:

  • 147 sendi di tulang belakang
  • 25 sendi antara tulang belakang
  • 72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
  • 50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
  • 24 sendi di dada
  • 2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
  • 18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk.
  • 2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat).
  • 2 sendi antara skapula dan dada
  • 86 sendi di hujung teratas
  • 2 sendi antara tulang scapular
  • 6 sambungan antara siku.
  • 8 sendi antara pergelangan tangan
  • 70 sendi antara tulang tangan
  • 92 sendi di hujung terbawah
  • 2 sendi pinggul
  • 6 sendi antara tulang lutut
  • 6 sambungan antara pergelangan kaki
  • 74 sendi antara tulang kaki
  • 11 sendi di pelvis
  • 4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
  • 6 sendi antara tulang acetabulm
  • 1 sendi sumphysis kemaluan


Jumlah sendi 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia.

Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.

Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

*Sumber dari mysweetmiko.blogspot.com/detik islam

Wednesday, March 5, 2014

LEMBAH PITIS KELANTAN DI PASIR MAS


             Penemuan Pitis Kelantan di Lembah Sungai Kg Kubang Pak Amin,Pasir Mas telah mencetuskan berita dalam berbagai media arus perdana. Dari penemuan kepingan syiling Pitis oleh seorang penduduk telah merebak dengan cepat dan menarik ramai manusia dari berbagai lapisan untuk turut mencari artifak warisan Kelantan itu.

                  Pitis merupakan syiling pertama yang ditempa oleh Kerajaan Kelantan dan digunakan sebagai legal tender untuk berurus niaga diseluruh Kelantan. pengunaan pitis ini dimansuhkan oleh penjajah inggris dan menggantikannya dengan syiling dan wang kertas straits settlements sekitar tahun 1920..Beberapa keping pitis yang dijumpai di Lembah Sungai Kg. Kubang Pak Amin....


             Pemerhatian depankanta mendapati berbagai varieti Pitis Kelantan terdapat di lembah sungai ini...Penemuan ini telah mendorong generasi muda untuk mengenali jenis-jenis dan berbagai variasi pitis Kelantan yang ada.

           Seorang penduduk sedang mencuba nasib, mengikut cerita orang-orang tua disini.lembah ini merupakan bekas pelabuhan/jeti tempat kapal dagang singgah untuk berurus niaga. Pendapat ini disokong dengan terdapatnya perkampongan Cina sekitar lembah penemuan Pitis ini.

       Sepanjang lawatan ini depankanta ditemani oleh cikgu Roslan Abd. Rahman yang juga merupakan peminat artifak purba.. Menurutnya penemuan pitis di Pasir Mas ini telah memberi kesedaran pada generasi muda untuk mengenali mata wang yang digunakan oleh datuk nenek mereka sebelum datangnya penjajah.

         Kunjungan orang ramai semakin meningkat bila berita penemuan ini disiar oleh berbagai media arus perdana..Kerajaan Kelantan melalui Muzium Negeri telah mengambil langkah memantau aktiviti mencari pitis sekitar lembah sungai Kg Kubang Pak Amin....

           Dari penemuan pitis ini telah memberi rezeki lain pula pada peniaga air ini....

             Saudara Mohd Yusof dari Kg Landar,Kasar,Pasir Mas adalah orang pertama yang menemui pitis yang mencetuskan berita gempar ini. Penduduk setempat disekitar kawasan ini sebenarnya telah lama menemui pitis ini tetapi hanya sekeping dua dan menganggapnya penemuan biasa...Penemuan oleh sdr Wan Mohd Yusof telah menjadikan Lembah Sungai Kubang Pak Amin tersohor hingga menggamit pengunjung dari luar termasuk dari Thailand....

        Penemuan yang sempat dirakam, kebanyakan orang ramai memilih untuk menyimpannya sebagai kenangan dari menjualnya...Mungkin pencarian ini akan berakhir tidak lama lagi, mengikut beberapa orang pengunjung yang ditemui semakin hari semakin sukar untuk menemui pitis walaupun hanya sekeping setelah sehari suntuk mencarinya...

         Pencarian adalah santai dan tidak menampakkan satu usaha yg serius...Tentu pencarian dikawasan seperti ini lebih praktikal jika menggunakan Alat Pengesan logam...Keghairahan orang ramai mencari pitis mengingatkan depankanta tentang penemuan bijih emas di Lubuk Mandi, Rusila, Terengganu suatu masa dulu....

           Fenomena air pasang adalah merbahaya kepada kanak-kanak yang berkunjung ke Lembah ini..

BERITA TV9

Sumber: http://depankanta.blogspot.com       

PITIS or KEPING KELANTAN SS 10A

PITIS  or KEPING KELANTAN
Sultan Muhammad II  [ 1838-1840  ]
Tahun 1256 hijrah / 1840
Obverse  : In Arabic Khalifatul Mukmin
Reverse   : In Arabic Karam Duriba Sanat 1256 Hijrah
Edge        : Plain
Weight    : 6.70gram
Diameter  : 28mm
Composition : Tin
Bentuk    : Bulat dan belubang empat segitepat ditengahnya  .
Condition Fine
Rarity Very Rare RR
Estimate Value EV RM100
Owner Galeri Sha Banknote 1964
Rujukan SS 10A   M/S 219


PITIS  KELANTAN SS 10A
Sultan Muhammad II
OBVERSE
Obverse
In Arabic Kalifatu Mukmin
REVERSE
Reverse
In Jawi  Karam Duriba Sanat 1256 H
EDGE
Edge Plain

Monday, March 3, 2014

Hari Ini 90 Tahun Lalu, 3 Mac, Khilafah Diruntuhkan

90 TAHUN  yang lalu, tepatnya 3 Mac 1924 lalu secara rasmi Khilafah Islam dihapuskan. Umat Islam pernah mengalami masa kejayaan pada tahun 750 – 1500. Setelah masa itu kuasa umat Islam mengalami kemunduran yang puncaknya terjadi pada 3 Mac 1924 dimana Mustafa Kamal secara rasmi mendirikan Republik Turki yang sekular menggantikan Khilafah Utsmani.
Kekalahan Di Gerbang Vienna
Pada zaman Khilafah Abbasiyah, umat Islam menikmati kejayaan sains dan teknologi. Lalu pada zaman Khilafah Utsmaniyah, umat Islam mendapati wilayah terluas. Pada masa Sultan Fatih Mehmed II dan Khalifah Suleyman Qanuni, Islam sudah menjadi sangat kuat bahkan menguasai darat dan lautan. Namun sayangnya hal ini tak dimanfaatkan untuk memperbaiki pemahaman Islam. Terlena oleh berbagai kemenangan dan kemewahan hidup, pasukan Islam tertahan dan kalah di Gerbang Vienna pada tahun 1683. Dan itulah saat terakhir umat Islam melakukan jihad, titik tolak dari kemunduran umat Islam. Dan ini menjadi awal dari bangkitnya barat.
Awal Kebangkitan Barat
Saat jihad sudah ditinggalkan demi kesenangan dunia, barat mulai melakukan penjajahan dengan motonya 3G (Gold-Gospel-Glory). Barat mulai bergerak untuk menjajah negeri muslim. Penyebab lain dari runtuhnya kejayaan umat Islam adalah ditinggalkannya bahasa arab yang merupakan bahasa Islam (dan juga dapat menjadi bahasa penyatu umat Islam). Dengan ditinggalkannya bahasa arab, maka semakin lemahlah pemahaman Islam.
Sultan-Sultan Mamalik pada awalnya mereka merupakan budak-budak yang akhirnya menggantikan bangsa Arab menjadi pemimpin umat Islam (Khilafah Islam). Masalah muncul sebab kaum Mamalik bukanlah orang arab dan kemudian tidak menjadikan bahasa arab sebagai bahasa ibu. Lalu terjadilah pemisahan “potensi Islam” dan “potensi bahasa arab” yang merupakan pokok dari pengetahuan dan ilmu dalam Islam. Rendahnya pemahaman Islam akibat ditinggalkannya bahasa arab dapat terlihat ketika Al-Qaffal menutup pintu ijtihad, sehingga umat resah.
Hal ini terus berlanjut hingga sekarang dimana di banyak negeri Islam, umat Islam tidak menjadikan bahasa arab sebagai bahasa ibu. Dan akhirnya munculah kes-kes seperti ini, “Apakah TV halal atau haram?”, “Bolehkah Al-Qur’an dicetak?” dan lain-lain lagi.
Kemunduran cara berfikir umat Islam semakin lengkap ketika diserang oleh falsafah Parsi dan Yunani yang mencampuri cara berfikir umat Islam. Pengaruh falsfah Parsi sangat nyata dalam pemikiran tasawuf. Penyucian diri dengan cara menyiksa fiksi sebagai ganti ketinggian ruh. Falsafah Yunani juga secara nyata menyerang pemahaman tentang taqdir, qadha-qadar, hingga melahirkan fitnag khalqul qur’an gaya mu’tazilah.
Dan ketika pemahaman Islam melemah, ketakwaan kepada Allah memudar. Barat mulai berani meningkatkan serangan-serangannya. Akhir abad 16, Dimulai di Malta para misionaris mulai mengacaukan pemahaman umat Islam dengan membuat umat Islam ragu akan ajaran Islam. Perancis, Inggris serta Amerika Syarikat juga bergabung menghancurkan umat Islam melalui fahaman nasionalisme.
Fahaman nasionalisme menyebar dan membuat umat Islam berfikir tidak lagi umat yang satu, yakni umat Islam, melainkan berfikir sesuai suku bangsa mereka seperti bangsa Arab, Turki, Mesir dan lain-lain. Salah satu tempat faham nasionalisme diajarkan adalah di Beirut. Dimana American University of Beirut didirikan pada tahun 1866.
Penjajahan Barat
Selain itu keruntuhan Khilafah juga terkait serangan fisik, peperangan dan imperialisme serta diikuti oleh perjanjian-perjanjian. Perjanjian Karlowitz 1699, Passarowitz 1718, Belgrade 1739, Küçük Kaynarca 1774, semuanya menghabisi wilayah kekuasaan Khilafah Utsmani.
Rusia mengambil wilayah Khilafah di bagian utara sampai berbatasan dengan laut hitam pada masa Catherine. Perancis menjajah Mesir pada tahun 1698, Aljazair pada tahun 1830, Tunisia pada tahun 1881, Maroko pada tahun 1912. Inggris menjajah India, China Barat, Sudan dan juga merebut Mesir dari Perancis. Wilayah umat Islam bagaikan hidangan yang diperebutkan.
Umat Islam semakin terperuk akibat konflik internal yang terjadi. Pasukan Yeniseri sering melakukan pemberontakan. Dan akhirnya pasukan ini dibubarkan oleh Khalifah Mahmud II pada 1826. Akibatnya kekuatan umat Islam semakin berkurangan.

Sumber:http://www.islampos.com/

Sunday, March 2, 2014

ADA HIKMAH DI SEBALIK SESUATU TAQDIR ALLAH



Ada seorang raja yang hobinya memburu binatang. Setiap kali ingin pergi memburu, raja ini membawa penasihatnya sekali. Mereka berdua masuk ke dalam hutan. Kemudian, raja tersebut ternampak seekor rusa. Lalu, raja itu menembaknya. Namun, rusa itu masih belum mati. Raja itu mengeluarkan pisau lalu meyembelih leher rusa itu. Tanpa disedari, satu jarinya telah terpotong. Lalu, dia mengadukan kesakitannya kepada penasihatnya itu. Kata raja,"Wahai penasihatku, sungguh sakit yang ku rasakan akibat terpotongnya jariku ini". Penasihat itu menjawab dengan tenang,"Ada hikmahnya, tuanku". Raja mula berang. Dikatanya,"Wahai penasihat, hikmah apakah yang ada jika jariku terpotong? Tiada hikmah. Malah aku kehilangan satu jari". Kemudian, raja itu menghumban penasihat itu ke dalam penjara istananya. Selepas itu, si raja meneruskan hobinya. Kali ini, raja itu berseorangan. Lama beliau di hutan. Namun, seekor binatang pun tidak dijumpai. Raja itu pun terus berjalan hingga sampai ke  dalam hutan tebal. Kemudian, terdapat sebuah perkampungan orang asli. Orang asli disitu makan orang. Kebetulan pula, hari tersebut adalah Hari Raya Korban bagi mereka. Lalu, mereka menangkap raja tersebut untuk dijadikan korban. Raja itu diletakkan di dalam kawah besar. Perencah dan rempah sudah dimasukkan. Air pun telah dimasukkan sehingga paras dadanya. Hanya belum dinyalakan api sahaja. Maka, orang asli disitu bertanyakan kepada Tok Batin mereka. Kata mereka,"Tok, bolehkah kita menjadikan orang itu sebagai korban kita?". Tok Batin menjawab,"Boleh sekiranya tiada kecacatan pada tubuhnya". Lalu, mereka memeriksa tubuh raja itu dan mendapati jarinya kurang satu. Hal itu pun diadukan kepada Tok Batin. Kemudian Tok Batin menjawab,"Lepaskanlah dia kerana kecacatan pada jarinya". Raja itu pun dilepaskan. Dengan segera si raja pulang ke istana. Si raja bergegas menuju ke penjara istana. Lalu, dia menemui penasihatnya kemudian memeluknya sambil menangis. Penasihat itu pun pelik. Kemudian dia bertanya,"Wahai tuanku, apakah yang telah terjadi?". Tuanku menceritakan segala yang terjadi. "Benarlah katamu. Ada hikmah hilangnya satu jariku ini. Jika tidak, pasti aku menjadi korban mereka". Kemudian si penasihat menjawab,"Wahai tuanku, ada hikmahnya engkau meletakkan ku di dalam penjara ini. Jikalau aku turut bersamamu, pasti engkau akan terselamat dan aku akan menjadi korban mereka".
---
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. Begitu juga dengan sunnah Nabi. Sunnah dalam pemakaian, tutur kata, ketika berjalan, ketika hendak makan dan minum. Terkadang ianya nampak remeh. Namun, pahalanya sangat besar di sisi Allah swt.
Moga Allah Redha.