Pada tahun 1932 (tahun
1351H), Raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi dia ditegur oleh
Hudhaifah al-Yamani (salah seorang sahabat Nabi) berkata:
Raja Faisal |
" Wahai raja !
Ambillah jenazahku dan jenazah Jabir al-Ansari (juga salah seorang
sahabat nabi) dari tepian sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di
tempat yang selamat kerana kuburanku sekarang dipenuhi oleh air;
kuburan Jabir juga sedang dipenuhi oleh air. "
Mimpi yang sama berlaku
berulang kali pada malam-malam berikutnya akan tetapi Raja Faisal I
tidak peduli dengan mimpi itu kerana dia merasa ada hal-hal lain yang
jauh lebih penting dalam kehidupannya seperti urusan-urusan kenegaraan.
Pada malam ketiga Huzaifah al-Yamani hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq.
Huzaifah al-Yamani berkata dalam mimpi sang Mufti itu:
" Aku telah
memberitahu raja dua malam sebelumnya untuk memindahkan jenazah akan
tetapi nampaknya dia tidak peduli. Beritahukanlah kepada raja agar dia
mhau sedikit empati untuk memindahkan kubur-kubur kami. "
Lalu setelah
membincangkan masalah ini, Raja Faisal disertai oleh Perdana Menteri dan
Mufti Besar berusaha melaksanakan tugas ini. Diputuskan bahawa Mufti
Besar akan memberikan fatwa mengenai perkara ini dan Perdana Menteri
akan memberikan kenyataan kepada akhbar supaya semua orang tahu tentang
rancangan besar ini. Kemudian diumumkan kepada umum bahawa rancangan ini
akan dijalankan pada tarikh 10 Zulhijjah selepas solat Zohor dan Asar.
Kuburan kedua sahabat Nabi itu akan dibuka dan jenazahnya (atau mungkin
kerangkanya) akan dipindahkan ke tempat lain.
Kerana pada waktu itu
sedang musim haji, maka para jemaah haji juga ikut berkumpul di bandar
Mekah. Mereka meminta Raja Faisal I untuk menunda rancangan itu selama
beberapa hari agar mereka juga boleh melihat dengan mata kepala sendiri
proses pemindahan sahabat nabi itu. Mereka ingin agar proses pemindahan
itu ditunda hingga mereka selesai menjalankan ibadah haji. Akhirnya Raja
Faisal bersetuju untuk menangguhkannya dan mengundurkannya hingga
tarikh 20 Zulhijjah.
Selepas solat Zohor dan
Asar, pada 20 Dzulhijjah tahun 1351 (Hijriah) atau tahun 1932 Maseh,
ramai orang datang ke kota Baghdad. Yang datang bukan saja kaum
Muslimin, juga orang bukan Islam. Mereka berkumpul di bandar Baghdad
hingga penuh sesak. Ketika kubur Hudzaifa al-Yamani dibuka, mereka
melihat bahawa kubur itu dipenuhi air di dalamnya. Tubuh Hudzaifa
al-Yamani diangkat dengan menggunakan takal dengan sangat berhati-hati
agar tidak rosak dan kemudiannya jenazah yang kelihatan masih sangat
segar itu dibaringkan di sebuah tandu. Raja Faisal beserta Mufti Besar,
Perdana Menteri dan Putera Faroq dari Mesir mendapatkan kehormatan untuk
mengangkat tandu itu bersama-sama dan kemudian meletakkan jenazah segar
itu ke sebuah keranda yang dibuat khusus untuk menempatkan
jenazah-jenazah itu. Tubuh Jabir bin Abdullah Al Ansari juga dipindahkan
dengan segenap penghormatan .
Pemandangan yang sangat
menakjubkan itu sekarang sedang dilihat oleh ramai orang lelaki dan
perempuan, muda dan tua, miskin dan kaya, Muslim dan juga bukan Muslim.
Kedua jenazah suci dari sahabat sejati Nabi yang kurang dikenali kaum
Muslimin ini kelihatan masih segar dan tidak tersentuh bakteria pengurai
sedikitpun. Keduanya dengan mata terbuka menatap kedepan menatap
kenabian yang mana kedua-duanya membuat para penonton terkejut dan tidak
boleh menutup mulutnya.
Keadaan sepi. Mereka seolah tak percaya atas apa yang mereka saksikan pada hari itu.
Selain tubuh keduanya yang kelihatan segar bugar. Begitu
juga keranda mereka yang juga kelihatan masih utuh dan baru. Pakaian
yang mereka kenakan pada saat dikebumikan semuanya berkeadaan baik dan
jika dilihat seperti kedua sahabat nabi dan pahlawan Islam ini masih
hidup dan hanya terbaring saja.
Kedua jasad suci ini
akhirnya dibawa dan dikebumikan semula di kubur yang baru tidak jauh
dari kubur sahabat sejati nabi lain yaitu Salman Al-Farisi yang terletak
di SALMAN PARK lebih kurang 30
batu jauhnya dari bandar Baghdad. Kejadian ini mengundang kekaguman
para saintis, kaum falsafah dan para doktor. Mereka yang biasanya yang
sering berkicau memberikan analisa sesuai dengan bidangnya masing-masing
kali ini tunduk dan membisu dengan kejadian tersebut.
Salah seorang dari
mereka ialah seorang ahli fisiologi dari Jerman yang kelihatan sangat
tertarik dengan fenomena ini. Dia ingin melihat keadaan tubuh jenazah
kedua sahabat nabi itu yang pernah dikebumikan selama kurang lebih 1300
tahun lamanya. Oleh kerana itu, dia berjumpa dengan Mufti Besar Iraq.
Apabila dia sampai di tempat di mana peristiwa itu berlaku, dia terus
memegang kedua tangan Mufti dengan eratnya sambil berkata: " Bukti
apalagi yang boleh menguatkan bahawa Islam itu benar. Aku sekarang akan
masuk Islam dan tolong ajarkan aku tentang Islam . "
Di hadapan beribu - ribu
pengunjuung yang menyaksikan dirinya, doktor dari Jerman itu menyatakan
keIslamannya. Begitu juga degan orang lain yang beragama Kristian atau
Yahudi turut juga menyatakan diri sebagai Muslim pada saat itu kerana
mereka telah melihat bukti yang sangat nyata dipampangkan di depan
mereka. Ini bukan yang pertama dan terakhir. Masih ramai lagi kaum
Nasrani dan Yahudi serta dari agama lain yang berbondong-bondong masuk
Islam kerana telah menyaksikan atau turut mendengar kejadian aneh dan
menakjubkan.
*Diterjemahkan dari sumber islampos.com
kredit: detikislam.blogspot
No comments:
Post a Comment