.

.

Sunday, May 12, 2013

Nasrudin syor seorang hafiz setiap keluarga


TEMERLOH: Kehadiran Ahli Parlimen Temerloh yang baru, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia pada setiap program dan aktiviti bersama rakyat di Temerloh mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, tanpa mengira usia dan bangsa.


Memulakan khidmat sebagai wakil rakyat sejurus diumumkan memenangi kerusi P.088 Parlimen Temerloh, beliau melahirkan rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi serta ucapan penghargaan kepada jentera PAS dan PR yang gigih menjayakan misi Pakatan Harapan Rakyat.

Pada Jumaat lepas, beliau meluangkan masa sehari suntuk untuk bertemu dengan masyarakat Temerloh.


Bermula dengan mengimami solat Jumaat dan menyampaikan khutbah di Masjid Felda Lakum, dengan kehadiran melebihi kebiasaan daripada masyarakat Temeroh dan daerah sekitar, ia turut disusuli ddengan sesi bual bicara 'Tanyalah Ustaz' secara santai bersama jemaah.

Beliau juga sempat beramah-mesra dengan anak muda di pekan Temerloh, sebelum menunaikan solat Maghrib dan menyampaikan kuliah perdana di Masjid Tanjung Besar, Temerloh.

Dengan limpahan hadirin yang datang dari kawasan sekitar, Nasrudin membicarakan iktibar daripada peristiwa perang Badar, Isra' Mikraj, Hijrah dan saranan untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah melalui martabat taqwa, sabar dan tawakkal sebagai pra-syarat kemenangan, di samping turut menyarankan setiap ibu bapa dan kampung di Temerloh untuk 'menginfaqkan' seorang daripada anak-anak untuk mendalami dan menghafal Al-Quran.


Majlis tersebut disusuli dengan jamuan kesyukuran bersama masyarakat setempat.

Sejurus selepas itu, beliau menghadiri mesyuarat bersama PAS Kawasan Temerloh untuk merangka sinergi perancangan dan penyelarasan agenda Membangun Temerloh Berkebajikan secara efektif dan tersusun.

Ramai yang berkesempatan berjumpa dengan beliau melahirkan rasa syukur dan bertuah mempunyai seorang wakil rakyat yang mudah didekati dan mampu mendidik masyarakat, khususnya generasi muda, yang pastinya akan membawa kebaikan untuk seluruh warga Temerloh.

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php

6 comments:

  1. PAS parti golongan khawarij. Keluar dari jamaah islam. Menentang pemerintah. Beralasan demokrasi membenarkan adanya pembangkang. sedangkan demokrasi itu adalah bukan dari ajaran islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau PAS khawarij, boleh bagi contoh yang manakah menyerupai kerajaan Saidina Ali? Khawarij lawan dia Ahlus Sunnah yang merupakan kerajaan Saidina Ali ketika awal kemunculan khawarij, jadi boleh bagi contoh?

      Delete
  2. Kita perlu hidup mengikut ulamak, ulamak pewaris Nabi. Jgn kita menuduh tanpa ilmu.

    ReplyDelete
  3. Saya bersetuju dengan pendapat saudara Hisham. Ulamak adalah pewaris. Bercakap menggunakan akal. Bukan nafsu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tahu pakai akal atau nafsu, silalah rujuk kepada Al Quran dan hadis sahih mengikut pemahaman sahabat dan para salufu soleh generasi terawal. Jangan main sebut sahaja ikut orang.

      Delete
  4. PAS talibarut Cina DAP,tak guna bekerja sama dengan Cina lagi kafir.Kan lebih afdhal bekerja sama dengan UMNO se bangsa lagi seagama.Tengok sendiri macam mana Cina PAP menindas Melayu Islam Dari segi politik,ekonomi dan lain2 selepas mereka dikeluarkan dari Malaysia.

    ReplyDelete