.

.

Friday, May 31, 2013

Tidak logik lagi doktor lelaki sambut bayi



KEPALA BATAS: Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri (gambar) menyarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya mengasingkan tugasan perbidanan kepada golongan wanita sahaja.


Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Ubat-ubatan Dan Vaksin Yang Tidak Halal: Perbincangan Serta Fatwa Ulama Dalam Penggunaan Dan Pengurusannya' di Konvensyen Perubatan Islam dan isu Fiqh Perubatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 di Perbadanan Produktiviti Negara, di sini pagi tadi.

Kata beliau, sudah sampai masanya kerajaan menetapkan agar wanita yang bersalin disambut oleh doktor wanita sahaja bukan lelaki seperti yang berlaku di sesetengah hospital hari ini.

"Saya sarankan kepada Kerajaan Malaysia supaya buat perubahan besar dalam kaedah perbidanan agar tidak membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi sebaliknya ianya diuruskan oleh doktor wanita," ujarnya.

Beliau yang sering bersiaran di TV Hijrah turut bertanya kepada peserta konvensyen adakah tuan tidak rasa malu tubuh badan isteri anda dilihat oleh 8 orang doktor dan pembantu doktor dalam bilik bersalin.

Katanya lagi, tidak wajar kemajuan negara yang semakin canggih masalah tersebut tidak boleh diatasi lagi.

Lagipun sekarang ini, ujarnya tidak logik sebuah negara yang sudah lama merdeka tidak boleh mengubah perkara sedemikian kerana ia tidak memerlukan akta.

"Masa kini tidak logik lagi sekiranya masalah sambut bayi tidak boleh diberikan tugasan kepada doktor wanita sepenuhnya sebab doktor wanita dah ramai di bahagian perbidanan," tegasnya.

Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam Hospital Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara dan International Muslim Aid Malaysia (IMAM ) itu dirasmikan oleh Penolong Pengarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan negeri, Dr Sabri Osman.

Sumber: Harakahdaily 

Friday, May 24, 2013

PAS sertai himpunan aman "Suara Rakyat 505" esok



 Published on Friday, 24 May 2013 18:12
Written by Super User
KUALA LUMPUR: PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam.

Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing.

Semalam penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan.

Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.

Ianya termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai himpunan itu esok.
"Saya harap pihak polis dapat memberi kerjasama untuk mengawal himpunan itu esok dan tidak menggunakan kekasaran yang boleh mengeruhkan suasana," katanya.

Sumber: pas.org.my

Wednesday, May 22, 2013

Bintang All Black peluk Islam




Sumber: beritaislamglobal.blogspot.com – Original English Version here


Menjadi sensasi dalam liga ragbi remaja, kemudian menyertai skuad bintang All Black, dan pada waktu yang sama menjadi peninju heavyweight yang berbakat. 
Tidak setakat itu, Sonny Bill Williams juga telah memeluk Islam.





Sekalipun terdapat khabar angin tentang bintang berusia 25 tahun ini memeluk Islam, namun akhbar Herald, Ahad lalu, mendedahkan bahawa beliau telah bersyahadah sejak dua tahun yang lalu. 


Sejak itu, beliau menjadi Muslim pertama yang mengenakan jersi All Black, dan meminta makanan halal semasa kempen jelajah Hemisfera Utara tahun lepas. 
Bulan Ramadan pada tahun ini akan jatuh dalam bulan Ogos – semasa All Black mengambil bahagian dalam pertandingan Tiga Negara. Di sinilah fasa terakhir persediaan pasukan bagi menyiapkan diri bertanding dalam Piala Dunia. 



Menurut sahabatnya, Williams sering hadir menunaikan sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Christchurch.


Naib presiden Persekutuan Pertubuhan Islam NZ, Javed Khan, berkata bahawa komuniti Muslim memang sedia maklum tentang hal itu. 


"Beliau mengamalkan agama dan beliau telah menjadi contoh yang baik untuk remaja. Kami berdoa supaya beliau akan memenangi Piala Dunia untuk kami. Semua orang bercakap tentangnya. Dalam komuniti Islam, setiap kami mengenali setiap seorang yang lain."


Kedua-dua pengurus William, Khoder Nasser dan mentornya yang juga bintang liga dan peninju, Anthony Mundine (gambar mereka bertiga), adalah Muslim, begitu juga dengan adiknya Johnny, yang tinggal dengan beliau di Christchurch.




Kawan William, Tairek Smith berkata yang dia selalu bersembahyang bersama William sejak beliau memeluk Islam Sunni dalam satu majlis di masjid Regent’s Park di barat Sydney pada 2008, iaitu masjid yang juga dihadiri oleh Hazem El Masri (gambar), bekas rakan sepasukannya dalam Kelab Canterbury Bulldogs. 




Pengurus All Black, Darren Shand (gambar) berkata kepercayaan agama bintang tersebut mempunyai kesan yang "minima" kepada pasukan.




Katanya: "Beliau telah memberitahu kami tentang keperluan dietnya dan kami memang telah beri kelonggaran. Kami sediakan daging halal dan lain-lain dan beliau tidak memperbesar-besarkan isu itu. 


"Kami tidak membawa agama dan benda yang berkaitan dalam sukan ini. Itu adalah kehidupan peribadi mereka dan mereka yang menentukannya."


Bila ditanya jika amalannya itu bercanggah dengan falsafah All Blacks yang menggalakkan pemain-pemain supaya berfikiran bebas dan berdikari, Shand berkata Williams adalah seorang yang jenis “menyerap” informasi.


"Itulah sebabnya beliau berjaya dalam semua sukan yang diceburi. Beliau hanya tandakan semua kotak. Dia ingin menjadi yang terbaik."


Sejak memeluk Islam, Williams berusaha untuk tidak mengulangi insiden-insiden memalukan yang berkaitan dengan alkohol.


Beliau sekarang ini sedang menjalani latihan bersama kelab Crusaders bagi menghadapi kempen Super Rugby dan tidak dapat dihubungi untuk mengulas dengan lebih lanjut.

Sunday, May 19, 2013

Raquel, Anggota Polis Detroit, Amerika, Masuk Islam Karena Peristiwa 9/11

raquel

“NAMA saya Raquel. Saya adalah seorang anggota polis di bandar Detroit. Saya bekerja di sana dari 1996 sampai 2004, dan saya pernah ditembak pada tahun 2002. Saya ditembak ketika saya sedang bekerja. Saya sangat dekat dengan kematian dan saya tahu bahwa saya memiliki awal yang baru dan hidup baru.
Saya dulu tidak tahu bagaimana beragama. Saya hanya tidak tahu untuk apa agama dipercayai, sampai saya bertemu dengan beberapa teman Muslim yang benar-benar berbicara kepada saya dan menjelaskan banyak hal kepada saya.
Itu benar-benar mengubah hidup saya dan saya tidak takut mati lagi. Satu-satunya hal yang harus kita takuti adalah Allah dan kita tidak pernah tahu apa akan berlaku hari berikutnya, mungkin saja kita yang berikutnya mati.
Sebelum saya menjadi Muslim, saya tidak memiliki pendapat yang kuat sejauh Muslim. Saya bukan seorang pro-Muslim atau anti-Muslim atau sesuatu seperti itu. Saya selalu benar-benar berpikiran terbuka. Dan itu satu hal yang sangat berbeda tentang saya, bahwa saya benar-benar berpikiran terbuka dan saya menghormati orang atas apa yang mereka yakini.
Saya benar-benar marah ketika seorang polisi menyerang seorang Muslim karena alasan yang tidak jelas sama sekali. Terutama setelah 9/11. Ini benar-benar mengerikan dan benar-benar mengganggu saya. Hanya kerana mereka adalah Muslim tidak bererti bahwa mereka adalah ekstremis atau mereka percaya pada keyakinan ekstremis.
Saya tahu teman-teman saya yang Muslim, dan mereka sama sekali bukan pengganas. Ada orang baik dan buruk dalam setiap agama dan di setiap sektor kehidupan. Sama seperti polis juga.
Kenyataan itu benar-benar menghancurkan hati saya, dan saat itulah saya benar-benar menjadi tertarik pada Islam setelah 9/11 karena saya begitu terganggu oleh hal-hal yang saya lihat sebagai seorang polis di jalanan.” [sa/islampos/onislam]

Jenis-Jenis Joran

Hari ini  ingin memberitahu sedikit info tentang joran. Kalau anda seorang kaki pancing boleh lah cari joran-joran ni untuk memancing dengan berkesan…
 
 
 










1. Surf Casting Rod



Joran untuk memancing dari pinggiran karang atau pantai, joran ini panjangnya boleh mencapai 5 meter, mempunyai posisi reel yang kuat dan grip yang besar untuk dipegang oleh kedua tangan waktu melempar umpan. Biasanya blank-nya berjenis teleskopik. 













Ada teknik-teknik moden dalam melempar umpan dengan joran ini hingga boleh mencapai jarak ratusan meter, contohnya Pendulum Cast. Joran jenis ini seperti joran antena biasa. Keunggulannya joran ini adalah panjangnya yang hampir 5 meter atau lebih. Joran ini biasa digunakan untuk memancing dipinggiran karang atau pun memancing dekat pasiran pantai.












2. Ice Fishing Rod


Joran ini biasa digunakan untuk memancing di ais. Joran untuk memancing di danau, kolam, atau sungai yang beku dengan cara membuat lubang di ais. Kerana untuk memudahkan dalam memancing di ais, joran ini relatif pendek, hanya sekitar 80-100cm saja dan menggunakan spinning reel.










3. Fly Fishing Rod






Joran ini dirancang sedemikian rupa hingga dapat melempar umpan khusus berbentuk Flies yang relatif ringan dalam jarak yang jauh. Blank panjang dan kecil diameternya dengan kelenturan yang tinggi, reel seat dirancang khusus untuk fly fishing reel. Rod ini biasanya mempunyai 1 ring guide yang besar dipanggil Stripping Guide dan beberapa ring guide yang lebih kecil dipanggil Snake Guide, diletakkan di sepanjang blank joran untuk mengawal jalannya fly line (kenur khusus untuk fly fishing) yang relatif tebal diameternya. 





Untuk menghindari gangguan dalam melempar (cast) biasanya rod ini tidak mempunyai bahagian butt yang berada belakang reel seat, atau pun ada biasanya pendek saja. Tapi ada jenis rod yang mempunyai butt di bahagian belakang reel seat dan malahan ada juga yang dilengkapi gimbal butt, biasanya untuk saltwater fly fishing. Joran jenis ini digunakan untuk umpan ringan yang memerlukan jarak yang jauh.















4. Trolling Rod






Trolling Rod Joran khusus untuk memancing dengan cara Trolling, iaitu memancing dengan menyeret umpan buatan atau umpan semulajadi memakai kapal yang berjalan dalam kecepatan tertentu. Joran ini biasanya mempunyai ukuran dari 5 kaki hingga 7 kaki. Ada 2 jenis line guide untuk joran trolling, light dan medium trolling sampai dengan 50lbs biasanya menggunakan ring guide, untuk heavy trolling 50lbs ke atas menggunakan roller guide. 





Semua jenis joran trolling menggunakan jenis Overhead Reel (conventional reel), iaitu reel yang posisinya berada pada sisi atas joran. Bahagian butt pada joran trolling ada 2 jenis, iaitu jenis bent (bengkok) dan straight (lurus).











5. Baitcasting Rod






Baitcasting Rod adalah joran dengan Overhead Reel, biasanya digunakan untuk casting umpan di lokasi-lokasi yang sulit terjangkau dengan ketepatan yang tinggi. Ciri khas joran jenis ini ditandai dengan adanya pegangan untuk jari telunjuk disebut Trigger Grip atau Pistol Grip (menyerupai trigger pada senapan) pada real seatnya, dan ring guide untuk joran jenis ini biasanya berdiameter jauh lebih kecil daripada ring guide pada spinning rod. 





Biasanya jenama-jenama terkenal mengeluarkan 2 model untuk jenis joran yang sama, iaitu model spinning dan model baitcasting. Joran jenis ini biasa digunakan untuk teknik casting kerana dapat menjangkau tempat-tempat tertentu dengan tepat.











6. Spinning Rod


Spinning Rod adalah joran dengan Spinning Reel, joran ini biasa digunakan untuk casting umpan jarak jauh dengan mengorbankan sedikit ketetapatan lemparan. Joran dengan spinning rod adalah joran yang paling umum digunakan di Indonesia kerana mudah untuk digunakan dan harga yang berpatutan. Joran spinning boleh berbentuk teleskopik, 1 section hingga 3 section blank. 


Spinning rod mempunyai ring guide yang relatif besar terutama pada ring guide yang pertama bila dihitung dari reel seat, fungsi ring guide yang besar ini adalah me-minimalkan friksi kenur yang berputar terhadap ring guide pada saat umpan dilempar. Spinning rod mempunyai jenis-jenis yang popular dikalangan pemancing seperti joran yang biasa dipakai memancing di empangan, joran surf casting, joran popping, joran jigging dan sebagainya.











7. Popping Rod






Popping Rod adalah joran untuk memancing dengan teknik Popping, iaitu melempar umpan buatan dari kayu atau plastik yang disebut Popper. Joran popping menggunakan spinning reel sebagai penggulung kenur. Joran ini mempunyai rentang panjang blank mulai dari 7 kaki hingga 8.6 feet. Bagian butt dari joran ini sangat kuat, bahagian grip nya menggunakan EVA foam dan dilengkapi dengan gimbal butt, beberapa jenis joran menggunakan reel seat dengan kunci pengaman. Joran popping masa kini menggunakan bahan dasar carbon composite untuk blank-nya, bahan ini sangan kuat dan ringan sehingga joran popping moden dapat memiliki rating sampai dengan 100lbs, hampir rata-rata joran popping mempunyai fast action tapper.






Rating joran popping biasanya disebutkan dalam satuan PE, misalnya PE5, PE6, PE8, PE10. PE adalah satuan ukuran maksimal beban (breaking strain) pada kenur braided, ertinya bila suatu joran popping mempunyai rating PE8 bererti kekuatan kenur maksimal untuk joran tersebut adalah PE8. Ring guide untuk joran popping rata-rata sudah memakai bahan metal alloy atau Silicon Carbide untuk menjangka gesekan kenur braided dengan beban yang besar.












8. Jigging Rod


Banyak pemancing terutama orang-orang Jepun suka memancing dengan joran memancing yang dinamakan Jigging ini, iaitu memancing dengan menggunakan umpan berbentuk Metal Jig. Umpan ini boleh dilempar kemudian ditarik-tarik, atau bisa juga dihulur masuk ke air sampai dengan kedalaman tertentu kemudian ditarik-tarik dengan irama tertentu (horizontal jigging atau vertical jigging). Joran jigging memerlukan kekuatan yang besar karena beban umpan yang bisa mencapai lebih dari 500gm, semua joran jigging mempunyai fast action tapper. Panjang joran jigging bervariasi mulai dari 5 kaki hingga 7 kaki.


Seperti halnya joran popping, joran jigging mempunyai konstruksi yang sangat kuat tapi ringan, kerana aktiviti jigging yang sangat memeras tenaga. Rating joran jigging biasanya disebutkan dalam satuan PE, misalnya PE5, PE6, PE8, PE10. PE adalah satuan ukuran maksimal beban (breaking strain) pada kenur braided, ertinya bila suatu joran jigging mempunyai rating PE8 bererti kekuatan kenur maksimal untuk joran tersebut adalah PE8.


Joran jigging mempunyai 2 model iaitu overhead dan spinning, beberapa jenama terkenal mengeluarkan 1 jenis joran yang sama dengan model overhead dan spinning. Walaupun joran jigging mempunyai rating sampai dengan 100lbs, joran model overhead tetap menggunakan line guide berupa ring, bukan roller seperti pada joran trolling. Ring guide menggunakan bahan dasar metal alloy atau silicon carbide untuk menahan gesekan kenur braided.











9. Joran Tegek

Power dan Action dari joran



Joran dibagi-bagi kelasnya dengan Action (sifat-sifat kelenturan joran sewaktu mendapat beban) dan Power (kekuatan joran).












- Slow Action


Joran jenis ini sangat lentur lifting powernya sangat rendah, hujung joran dapat melengkung hingga mendekati bahagian butt dari joran.Joran ini bagus untuk mengesan gigitan ikan-ikan kecil dan menggunakan kenur yang kecil. Dengan joran jenis ini, tekanan dari ikan lebih diserap oleh joran daripada oleh kenur kerana sifat kelenturannya. Joran dengan bahan dasar fiberglass biasanya mempunyai sifat slow action.












- Fast Action






Bila dibengkokkan joran ini akan sangat cepat sekali kembali ke posisi semula, sangat sesuai untuk melempar umpan dengan ketepatan tinggi dan untuk memainkan umpan buatan sehingga gerakannya bagus di air. Joran fast action hanya melengkung pada bagian atas joran saja, biasanya mulai dari setengah bagian joran ke atas. 





Joran-joran moden dengan jenis ini biasanya terbuat dari High Modulus Graphite atau Carbon Composite sehingga mempunyai kekuatan, sensitiviti dan power yang luar biasa. Power rating dipakai untuk menentukan beban maksimal umpan dan kelas kenur yang dapat dikawal oleh joran tersebut, hal ini lebih berhubungan dengan besarnya target ikan yang akan dipancing













10. Joran bambu


Joran jenis ini banyak digunakan di daerah Yogyakarta, kerana joran jenis ini sudah bertahun-tahun ditemui di Jogja sampai sekarang. Joran jenis ini merupakan sambungan yang kuat antara joran dengan batang buluh muda pilihan sebagai tempat pegangan. Joran jenis ini tidak menggunakan reel, hanya menggunakan tarikan dengan tangan bila mendapatkan ikan. 


Pendapat dari kaki pancing terhadap joran jenis ini adalah joran ini berkesan pada saat ditarik oleh ikan lebih terasa mantap. Joran bambu ini biasa digunakan untuk memancing di kolam mahupun di sungai.











11. Joran Antena (Telescophic)



Joran antena (Telescophic) : joran jenis ini merupakan joran yang dapat disambung seperti antena, ujung atas bahagian tip top nya merupakan bahan yang penuh (tidak kosong), sementara bahagian lain nya kosong. Joran jenis ini biasa dipilih kerana mudah untuk dibawa ke mana-mana.
 http://seribupilihan.blogspot.com

Wednesday, May 15, 2013

PENYANYI RAP WANITA PERANCIS, MELANIE GEOGIADES PELUK ISLAM

Diam's : Sa première apparition officielle, voilée
Di tengah-tengah rancak dan kalut nya perdebatan nasional di Perancis berkaitan dengan tudung kepala/jilbab/hijab , seorang rapper Perancis telah mengejutkan semua peminatnya dengan mengumumkan bahawa beliau telah memeluk agama Islam dan memilih untuk mengenakan jilbab.


Mélanie Georgiades, yang juga terkenal dengan panggilan nama ''Diam'' ini, telah melakukan “transformasi lengkap” bila dibandingkan dengan sebuah gambar ketika dia sebelum muslim di tahun 2009.



Sejak tahun 2009, Diam sudah mulai bersara dari aktiviti nyanyian rap, Namun baru-baru ini bekas rapper Perancis itu membuat penampilan baru di televisyen dengan citra barunya.



Diam yang muncul dalam sebuah wawancara TV eksklusif dengan stasyen TV TF1 Perancis, untuk berkongsi tentang pengalaman masa lalu nya ,mengenai keterlibatannya dengan ketagihan ubat-ubatan terlarang, narkotik, dan hingga beliau pernah di masukkan ke rumah sakit jiwa sampai lah ke tahap dia menemui ketenangan dari Islam.



Hidayah ini datang kepadanya secara tidak disengaja,kata nya,pada mula nya dia sangat tertarik ketika melihat seorang teman Muslimnya bersolat.



Diam mengatakan dia telah berkahwin selama lebih dari setahun dan sekarang dia baru sahaja menjadi ibu, dan sudah menjauh dari kehidupan yang bergantung kepada ubat-ubat penenang,ubat-ubat terlarang dan narkotik. Dalam wawancara TV-nya itu dia mengatakan dia “beralih keyakinan ke Islam adalah hasil dari keyakinan peribadinya sendiri , setelah dia memahami dan membaca Al-Quran.”

Ketika ditanya tentang pemakaian jilbab di Perancis, sebuah negara yang telah melarang jilbab itu , dia berkata: “Saya percaya bahawa saya hidup dalam masyarakat yang toleransi, dan saya tidak merasa terluka hati oleh kritikan, ataupun penghinaan dan stereotip negatif. ”

Ditanyakan oleh pewawancara-nya tentang mengapa dia memakai jilbab sementara banyak juga wanita Muslim tidak memakainya dia menjawab: “Saya melihatnya (jilbab itu) sebagai perintah Allah , ini membawa kebahagiaan di hati saya dan bagi saya ini sudah cukup. ”

Diam yang mengatakan bahawa dengan memeluk Islam dia mendapatkan ketenangan dan kedamaian dan bahawa zaman lalu nya sudah tidak sesuai dengan hidupnya lagi, yang saya tahu sekarang saya menjadi tahu apa tujuan keberadaan saya, dan mengapa saya di sini di Bumi Allah ini. ”

Membahas bagaimana hidupnya sebelum menjadi muslimah, Diam mengatakan: “Saya dahulu sangat terkenal dan saya memiliki apa yang setiap orang terkenal miliki, tapi saya selalu menangis dan meratap sendirian di rumah''

Dia menambahkan: “Saya sangat ketagihan ubat-ubatan, termasuk narkotik dan berhalusinasi dan dirawat di rumah sakit jiwa untuk pulih, tapi ini sia-sia sampai saya mendengar salah sseorang teman Muslim saya mengatakan ‘Saya mahu solat dahulu dan akan kembali , jadi saya mengatakan padanya bahawa saya ingin solat juga'.

Mengingati saat itu, Diam itu mengatakan: “itu adalah pertama kalinya saya menyentuh lantai dengan kepala (bersujud) , dan tiba-tiba saya memiliki perasaan yang kuat bahawa saya tidak pernah mengalami (kebahagiaan ini) sebelumnya, dan saya percaya sekarang bahawa berlutut dalam doa, tidak harus dilakukan kepada siapa pun selain untuk Allah. ”

Diam mengatakan bahawa dia pindah ke Mauritius untuk mempelajari Al-Quran, dan memiliki pemahaman yang lebih baik tentang Islam, dan toleransinya Islam.










Sunday, May 12, 2013

Nasrudin syor seorang hafiz setiap keluarga


TEMERLOH: Kehadiran Ahli Parlimen Temerloh yang baru, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia pada setiap program dan aktiviti bersama rakyat di Temerloh mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, tanpa mengira usia dan bangsa.


Memulakan khidmat sebagai wakil rakyat sejurus diumumkan memenangi kerusi P.088 Parlimen Temerloh, beliau melahirkan rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi serta ucapan penghargaan kepada jentera PAS dan PR yang gigih menjayakan misi Pakatan Harapan Rakyat.

Pada Jumaat lepas, beliau meluangkan masa sehari suntuk untuk bertemu dengan masyarakat Temerloh.


Bermula dengan mengimami solat Jumaat dan menyampaikan khutbah di Masjid Felda Lakum, dengan kehadiran melebihi kebiasaan daripada masyarakat Temeroh dan daerah sekitar, ia turut disusuli ddengan sesi bual bicara 'Tanyalah Ustaz' secara santai bersama jemaah.

Beliau juga sempat beramah-mesra dengan anak muda di pekan Temerloh, sebelum menunaikan solat Maghrib dan menyampaikan kuliah perdana di Masjid Tanjung Besar, Temerloh.

Dengan limpahan hadirin yang datang dari kawasan sekitar, Nasrudin membicarakan iktibar daripada peristiwa perang Badar, Isra' Mikraj, Hijrah dan saranan untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah melalui martabat taqwa, sabar dan tawakkal sebagai pra-syarat kemenangan, di samping turut menyarankan setiap ibu bapa dan kampung di Temerloh untuk 'menginfaqkan' seorang daripada anak-anak untuk mendalami dan menghafal Al-Quran.


Majlis tersebut disusuli dengan jamuan kesyukuran bersama masyarakat setempat.

Sejurus selepas itu, beliau menghadiri mesyuarat bersama PAS Kawasan Temerloh untuk merangka sinergi perancangan dan penyelarasan agenda Membangun Temerloh Berkebajikan secara efektif dan tersusun.

Ramai yang berkesempatan berjumpa dengan beliau melahirkan rasa syukur dan bertuah mempunyai seorang wakil rakyat yang mudah didekati dan mampu mendidik masyarakat, khususnya generasi muda, yang pastinya akan membawa kebaikan untuk seluruh warga Temerloh.

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php

Saturday, May 11, 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu!



Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.



Disediakan oleh:


Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Kelebihan Bulan Rejab




Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam. 



Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 


Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. 



Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.



Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.



Diriwayatkan daripada Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)