Ulamak-ulamak Islam dahulu bukan sahaja hebat didalam ilmu-ilmu
al-Quran dan sunnah tetapi mereka menguasai segala aspek ilmu dunia
yang dapat diambil pengajaran hinggalah hari ini. Seorang saintis
Sepanyol dari University of Extremadura telah menemukan catatan
perubahan cuaca yang dibuat didalam kitab kurun ke 9M dan 10M. Sumber
kitab tersebut mencatatkan salji turun di Baghdad pada tahun 908, 944
dan 1007 hinggakan sungai-sungai membeku.
Kejadian berlaku lebih 1000 tahun dulu berulang kembali buat pertama
kalinya pada zaman moden ini pada tahun 2008 - kitab tersebut banyak
membantu ahli kaji cuaca (meteorologist) lebih memahami perubahan cuaca
yang dialami sekarang.
Kitab 'kuning' yang merakamkan perubahan cuaca dunia yang ditulis oleh ulamak silam!
Petunjuk tentang perubahan cuaca di Baghdad didapati dari penulis dan
ulamak masyhur Islam seperti al-Tabari (913AD), ibn al-Athir (1233AD)
dan al-Suyuti (1505AD); dimana mereka ini telah merakamkan perubahan
cuaca dari masa ke semasa.
Penarang utama journal Weather, Dr Fernando Dominguez berkata,
"Maklumat cuaca yang diperolehi dari sumber silam ini secara khususnya
merujuk kepada keadaan yang melampau yang boleh menjejaskan masyarakat
umum seperti kemarau dan banjir".
"Walau bagaimanapun, mereka juga telah merakamkan keadaan yang melampau
yang jarang berlaku di Baghdad pada masa silam seperti ribut airbatu,
sungai-sungai membeku atau terdapat juga keadaan bersalji".
Kajian tersebut memberikan maklumat berharga kepada saintis yang
mencari jalan tentang corak perubahan cuaca dunia yang berubah dalam
jangkamasa yang lama dan hinggalah kehari ini.
Beliau menambah lagi; " Kitab silam Arab ini amat berguna sebagai alat
untuk mendapatkan gambaran saksi sebenar yang dapat menyokong teori
yang dibuat tentang perubahan cuaca. Keupayaan untuk membina kembali
cuaca sejak zaman silam memberikan kita sejarah berguna dalam memahami
keadaan cuaca sekarang".
http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2107130/Baghdads-frozen-past-revealed-ancient-manuscripts.html
http://petunjukzaman.blogspot.com/2012/02/kajian-al-tabari-ibn-athir-al-suyuti.html
No comments:
Post a Comment