China, negara yang mempunyai
penduduk paling ramai di dunia, dengan jumlah populasi mencecah 1.3
bilion. Negara Tembok Besar ini pernah diperintah oleh maharaja dinasti
sejak 5000 tahun dahulu sehingga menjadi sebuah negara republik pada
1912. Pada era pemerintahan Dinasti Tang, dakwah Islam mula bertapak di
bumi China dan menambat hati sebilangan rakyatnya. Hingga kini,
bilangan penganut Islam melebihi 30 juta orang. Tidak banyak fakta
tentang masyarakat Islam di China yang dipaparkan oleh media. Kejayaan
dan keutuhan ajaran Islam yang berkembang di bawah sistem pemerintahan
komunis ini juga masih misteri.
Di sebalik lingkaran kemegahan
tembok besar dan legasi dinasti maharaja China, tersembunyi lipatan
sejarah kegemilangan Islam di benua Asia. Bermula daripada kedatangan
delegasi Saad bin Abi Waqas yang disambut baik oleh Maharaja Yung Wei
dari Dinasti Tang, Islam bertapak dan terus subur berkembang di bumi
China. Walaupun empayar maharaja silih berganti hingga era pemerintahan
republik komunis, sinar Islam tidak pernah pudar. Malah, sejak 618 M
hingga kini, dakwah Islam yang dibawa oleh sahabat Nabi Muhammad terus
kukuh di bawah acuan budaya dan nilai yang tersendiri sebilangan rakyat
China.
Petikan dari:- Buku Rahsia Islam di China: Gemilang Di Sebalik Tembok Besar
Sejarah
keIslaman Dinasti Ming ini amat jarang sekali disentuh oleh para
orientalis yang mengkajinya mahupun dalam kalangan sejarawan-sejarawan
China yang bukan Islam.
Misalnya dalam
buku 'The Cambridge History of China' tidak ada langsung menyebut
peranan orang Islam dalam menegakkan kerajaan itu, bahkan peristiwa
kebangkitan kumpulan Islam seperti Kebangkitan Serban Merah hanya
dikaitkan dengan pengikut agama Buddha sahaja.
Dalam bukunya
'Sejarah Islam di China, Jing Chee Tang telah memberikan beberapa alasan
yang jelas menunjukkan bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming
itu ialah seorang Islam. Ibrahim T.Y.Ma juga telah membuktikan perkara
yang sama.
Yusuf Chang dalam sebuah artikelnya menyatakan bahawa
Chu Yuan Chang (baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu) seorang
Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam
zaman Yuan. Seorang lagi sejarawan China seperti Muhammad Pai Shou Yi
juga menyatakan bahawa selain Chu Yuan Chang, permaisurinya iaitu Ratu
Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma
di An Hui.
Dikisahkan juga setelah menawan Nanking, Chu Yuan
Chang telah mendirikan sebuah masjid jami'. Masjid ini dinamakan Masjid
Chin Juieh yang bermaksud 'Pencerahan Murni'. Bahkan baginda sendiri
telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang
dibinanya itu. (Ibrahim T.Y.Ma, 1979:126)
Ibrahim Tien Ying Ma,
bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China
sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan
bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam.
Beliau
menjelaskan bahawa 'Ming' bermaksud 'gilang-gemilang atau
terang-benderang'. Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan
Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M.
Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau
'Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya'. Perkara ini bukanlah satu
kebetulan. Ia memang disengajakan kerana pengasas kerajaan Ming adalah
seorang Islam (1979:134).
Di bawah ini video sejarah perkembangan Islam di China.
Petikan daripada http://sejarah2u.blogspot.com/ dan al-jufri blogspot
Perkongsian yang menarik...tq sharing...
ReplyDelete