Wednesday, September 3, 2014

Perbualan Terakhir Komander Al Qassam



Isteri kepada As-Syahid Raed Al-Attar telah mendedahkan kepada media bahawa suaminya telah menghubunginya melalui telefon 4 minit sebelum beliau terbunuh. Raed Al-Attar telah memberitahu isterinya:
Sesungguhnya jet perang Israel telah mengelilingi tempat ini. Saya tidak boleh keluar dari rumah ini kerana mereka akan menghancurkan keseluruhan bandar untuk membunuh saya. Saya akan kekal berada di dalam rumah di mana saya berada sekarang supaya mereka menghancurkan rumah ini sahaja. Perkara itu lebih baik daripada mereka menghancurkan keseluruhan bandar ini dan membunuh puluhan orang awam.
Sumber: غزه الان
              Facebook Aman Palestin 

No comments:

Post a Comment