Tujuh Perkara yang Disampaikan Presiden Mursi dalam Persidangan Dalam persidangan hari kemarin, Ketika Presiden Mursi memasuki mahkamah, Mursi enggan menanggalkan sut yang dipakainya dan menolak untuk memakai pakaian seragam penjara. . Beliau nampak tenang dan teguh dalam mempertahankan sikapnya. Dalam kesempatan di persidangan tersebut , Presiden Mursi sempat menyampaikan tujuh perkara. Seperti dimaklumkan oleh sumber maklumat yang berkesempatan masuk ke bilik dan menghadiri sidang Isnin ( 4/11/2013 ) kemarin.
Pertama, Presiden Mursi menunjukkan simbol R4BIA . Beliau lalu berkata kepada hakim yang memimpin sidang , "Aku adalah Dr . Muhammad Mursi Ayyath . Akulah presiden Mesir yang sah. Sedangkan engkau tidak sah ( menjadi hakim) . "
Kedua, "Apa yang terjadi pada tarikh 3 Julai adalah rampasan kuasa . Itu adalah sebuah pengkhianatan. "
Ketiga, " Aku menuntut mahkamah menghentikan jenaka ini . "
Keempat, "Aku berada di sini kerana dipaksa, tanpa kehendakku . Aku berharap kehakiman Mesir tidak terlibat dalam rampasan kuasa tentera ini . "
Kelima, "Keputusan melimpahkan kes ku ke mahkamah dikeluarkan oleh pihak yang tidak berkuasa . Berasal dari pendakwa yang ditunjuk oleh penguasa kudeta . "
Keenam, " Aku menolak semua tuduhan yang ditujukan kepadaku . Kerana semua tuduhan itu berasal dari pengkudeta . "
Ketujuh , "Kalian (para hakim) akan dimintai pertanggungjawabannya kerana tidak membiarkanku keluar dari bilik ini untuk melaksanakan tugasku sebagai presiden Mesir. "
Pekarangan Mahkamah Mesir |
Demonstrasi di hadapan Mahkamah |
Beberapa sumber maklumat juga menekankan bahawa 14 orang suspek dalam kes ini menolak untuk tunduk dan menerima kesahihan persidangan kes ini. Bahkan Muhammad Beltagi berkata kepada hakim , "Aku punya 10 alasan fakta dan perlembagaan yang meniscayakan ketidak kesahihan persidangan ini . " Namun 10 alasan ini belum sempat disampaikan , beliau mengatakan" Jatuh- jatuh pemerintahan tentera. " Kemudian Dr . Salim Awwa dan anggota pasukan pembela juga mengatakan " Rakyat ingin membela Presiden , " " Rakyat ingin perlembagaan Presiden. " Ketika suasana sudah gaduh, majlis hakim memutuskan untuk menutup persidangan, dan menundanya hingga bulan Januari tahun mendatang. Presiden Mursi duduk di dalam kurungan suspek, dikelilingi oleh 14 orang lain yang berdiri.
Sumber: https://www.facebook.com/Muslimboy.Naz
http://kopimata2u.com/jutawan2014
ReplyDeletebodoh sebab sanggup berbunuhan hanya kerana sorag presiden, sanggup berbunuhan kanya kerana demokrasi kononnya, sanggup jadi mangsa kekejaman hanya kerana dua perkara ini, apadaaaa
ReplyDeleteInilah perjuangan untuk menegakkan Islam.
ReplyDelete