Tentera dan polis rejim
Syiah Iraq berdepan puluhan ribu rakyat muslim yang berdemonstran di
bandar Fallujah wilayah Anbar dengan tindakan yang zalim keatas
demonstrasi itu pada Jumaat (25/1/2013). Agensi berita Al-Istiqlal
melaporkan sehingga pukul 01.00 Sabtu (26/1/2013), jumlah mangsa gugur
dan cedera telah mencapai 73 orang awam muslim.
Seperti hari Jumaat
sebelumnya, Jumaat kelmarin dipenuhi puluhan ribu warga muslim sunni
Iraq di bandar Fallujah dengan aksi demonstrasi menentang rejim Syiah PM
Nouri Al-Malik dan menuntut pembebasan beribu-ribu warga muslim yang
dipenjarakan secara zalim oleh rejim. Ribuan tentera dan polis rejim
Syiah Iraq meleraikan demonstran dengan gas pemedih mata dan dipukul
dengan rotan. Namun ada para demonstran berdegil untuk berganjak
sehingga menyebabkann sniper tentera Syiah menembak mereka dengan
peluru.
Tentera dan polis rejim
Syiah Iraq dikerahkan dalam jumlah yang sangat besar atas perintah PM
Nouri Al-Maliki dan Mentri Pertahanan Sakdun Ad-Dulaimi.
Rakyat muslim dipukul
secara brutal dan ditembak dengan senjata oleh rejim Syiah telah
mengorbankan sekurang-kurangnya 5 warga muslim dan mencederakan lebih
dari 65 warga yang lain. Para demonstran meluahkan kemarahannya dengan
membakar semua kereta tentera rejimSyiah jenis Hammer yang berada di
lokasi kejadian.
Sejumlah ketua suku dan
pemimpin masyarakat bandar Fallujah telah menuntut regim Syiah Iraq
untuk menghentikan penumpahan darah para demonstran awam muslim.
Mufti Iraq, Syaikh Rafi
'Al-Rifa'i, telah menuntut regim Syiah Iraq untuk segera menarik keluar
tentera dan polis dari bandar Fallujah. Beliau menegaskan penduduk
muslim sunni Iraq tidak akan pernah berundur dari tuntutan pelengseran
rejim Syiah Iraq dan pembebasan ribuan tawanan muslim.
Selama enam minggu
terakhir, Iraq telah menyaksikan gelombang revolusi Iraq "Arabic Spring"
dengan tuntutan utama pelengseran rejim Syiah PM Nouri Al-Maliki dan
pembebasan ribuan tawanan muslim sunni. Negeri Anbar, Salahuddin,
Kirkuk, Mosul, Baghdad, Babil, Basrah dan Diyala diwarnai dengan aksi
demonstrasi ratusan ribu warga muslim sunni.
Kredit: Detik Islam
No comments:
Post a Comment