Syariat Islam Tetap Jadi Sumber Hukum di Mesir
Majlis
Penyusunan Perlembagaan baru Mesir akhirnya sepakat mempertahankan
syariat Islam sebagai sumber segala undang-undang setelah melalui
perdebatan panjang.
Perjanjian itu diambil lewat voting dan
majoriti mutlak ahli majlis bersetuju untuk mempertahankan Perkara-2
Perlembagaan 1971 yang menyebutkan bahawa syariat Islam merupakan
sumber segala un...dang-undang, demikian laporan media massa tempatan, Rabu (11/7/2012).
Majlis Penyusunan Perlembagaan yang anggotanya dari pelbagai kalangan
masyarakat Mesir termasuk NGO dan ketua agama tersebut saat ini sedang
intensif membahas pasal demi pasal perlembagaan baru pengganti UUD 1971.
Pasal 2 UUD 1971 itu menetapkan bahawa Islam merupakan agama rasmi
negara, Bahasa Arab adalah bahasa rasmi, Syariat Islam menjadi sumber
segala undang-undang, dan Al Azhar sebagai kuasa rujukan Syariat Islam.
Ayat dalam Perkara 2 juga menetapkan bahawa para pemeluk agama Kristian
dan Yahudi di Mesir boleh secara bebas menjalankan keyakinan agamanya
dan masing-masing agama boleh menentukan pemimpin anutan masyarakat.
Syeikh Agung Al Azhar, Prof Dr Ahmed Al Tayeb, menyambut baik keputusan
Majlis Penyusunan Perlembagaan itu. "Penetapan syariat Islam sebagai
sumber segala undang-undang itu merupakan harapan umat dan harus tetap
dipertahankan di negara ini," kata Syeikh Al Tayeb kepada televisyen
negara.
Perlembagaan Mesir yang berlaku saat ini menjadi
kontroversi pascarevolusi penumbangan rejim pimpinan Presiden Hosni
Mubarak pada awal tahun lalu. Perlembagaan 1971 itu mula-mula dipinda
selepas referendum pada Mac 2011, kemudian disusuli lagi dengan
"Taklimat Pelengkap Perlembagaan" yang ditetapkan Dewan Tertinggi
Angkatan Bersenjata (scaf) bulan lalu.
Para pemerhati menilai, kekisruhan politik Mesir yang kian menghangat saat ini akan reda setelah perlembagaan baru ditetapkan.
No comments:
Post a Comment