Keluasan pemerintahan bani Umayyah
Biodata Ringkas
Nama
: Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin al-Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
Gelaran : Asyajj Bani Marwan
T/Lahir : 61H di Madinah.
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan
T/Lahir : 61H di Madinah.
Umur : 39 tahun
Tarikh M/Dunia : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan
Pendidikan
Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi.
Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa
tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b.
Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh
terkenal di Mesir.
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul
Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah,
Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)
Sifat-Sifat Peribadi
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan
warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati
dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah
Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan
negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan
tidak perlu diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi
Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehidupannya semasa menjadi rakyat biasa.
Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala
perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah
harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang
boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.
Pada suatu hari beliau berkhutbah
yang mana antara isinya adalah spt berikut ;
"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi
bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan
dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."
"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi
keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang
hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke
petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"
"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa
ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain
kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi
hari qiamat."
"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang
sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya
berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri.
Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari
yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".
"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta
manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh
binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh,
kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada
tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."
"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada
rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat
barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang
sedang bermimpi yang panjang"
Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang
menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :
1) At-Tirmizi
meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan
lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia
dengan keadilan"
2) Dari Zaid bin
Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi
makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut
menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada
masa itu adalah Gabenor Madinah"
3) Al-Walid bin
Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah
beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi :
"Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah
baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti
sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah
kepadanya".
4) Qais bin Jabir
berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang
beriman di kalangan keluarga Firaun"
5) Hassan
al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan
kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"
6) Umar b Asid
telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang
seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang
ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang
mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan
rakyatnya kaya-raya"
7) 'Atha' telah
berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling
ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian
mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara
mereka."
Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah
Beliau dilantik menjadi Khalifah setelah kematian sepupunya,
Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk
pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem
fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut
dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan
mengembalikannya ke Baitulmal
3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak
layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah
terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata
tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan
askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang
kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang
menyamai gaji pegawai kerajaan.
Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di
kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah Umar telah
memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat
untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para
Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di
Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.
Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan
Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa
Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah
menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang
pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka
kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan
ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.
Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya
telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat
dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan
dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman
datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang
selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....
Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah
memerintah selama 2 tahun 5 bulan
2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah
pemerintahan....
Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan
sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan
dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi
kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu
menerima zakat...........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh
berdikari sendiri..
Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat
masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman
moden ini....hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah
pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar
diikuti oleh orang lain melainkan ornag yang benar-benar ikhlas.....!!!
Makam Khalifah Umar Abd Aziz
Buku Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz (Dr Ali Muhammad Al-Shallabi)
No comments:
Post a Comment